Monday, December 31, 2012

Jalan Gunung Brinchang FT432

Salam sejahtera,

Cuti persekolahan hujung tahun 2012 semakin hampir melabuhkan tirainya, yang bermaksud masa untuk bercuti bersama keluarga semakin berakhir. Oleh itu, manfaatkanlah masa-masa yang tinggal ini untuk bersama-sama keluarga. Saya percaya ada di antara para pembaca yang menggunakan kesempatan hujung tahun ini dengan menghabiskan baki cuti tahunan yang tinggal dengan pergi bercuti bersama keluarga. Salah satu tempat percutian yang menarik di dalam negara ialah Cameron Highlands yang terkenal dengan cuacanya yang agak sejuk serta produk pertaniannya yang sukar diperolehi di kawasan rendah seperti sayur-sayuran, teh dan strawberi.

Asalnya, satu-satunya jalan untuk ke Cameron Highlands hanyalah melalui Jalan Persekutuan 59 dari Tapah di Perak. Kini, ada banyak pilihan jalan raya untuk ke sana - selain jalan lama FT59 yang sempit, dipenuhi selekoh tajam serta tiada bahu jalan, laluan alternatif paling popular untuk ke sana ialah Lebuhraya Timur-Barat Kedua FT185 (juga dikenali sebagai Jalan Simpang Pulai-Gua Musang FT185). Selain itu, orang-orang Pahang boleh juga ke Cameron Highlands tanpa perlu keluar dari negeri Pahang melalui Jalan Ringlet-Sungai Koyan (setakat ini status jalan ini sama ada jalan persekutuan atau negeri serta kod laluannya masih belum diketahui, harap Kementerian Kerja Raya dapat memaklumkan status serta kod laluan). Untuk ke Sungai Koyan, hanya perlu memandu ke bandar Raub melalui Jalan Persekutuan 8 dan seterusnya ambil Jalan Negeri Pahang C5 untuk ke Sungai Koyan dan seterusnya Ringlet.

Selain menikmati cuaca yang sejuk dan menyamankan, teh Boh atau Cameron Bharat yang segar, atau strawberi segar yang baru dipetik dari kebun, saya ingin mengajak anda semua untuk mencuba jalan raya berturap tertinggi di Malaysia iaitu Jalan Gunung Brinchang FT432. Dengan ketinggian maksimum 2,032 m dari aras laut, jalan raya ini sememangnya jalan raya berturap tertinggi di Malaysia, malah jauh lebih tinggi daripada mana-mana jalan raya pergunungan di Sabah termasuklah Lebuhraya Tamparuli-Ranau FT22 yang terletak tidak jauh dari Gunung Kinabalu.


Peta Jalan Gunung Brinchang FT432 (klik untuk besarkan)

Baiklah, anda tentunya tertanya-tanya di mana anda hendak memasuki jalan tersebut bukan? Melalui Jalan Persekutuan 59, ia terletak lebih kurang 4.2 km di bahagian utara pekan Brinchang, iaitu arah untuk keluar ke FT185. Simpang masuk ke FT432 ini agak tersorok, jadi anda perlu memandu dengan lebih cermat supaya anda tidak terlepas simpang tersebut. Mercu tanda penting di situ ialah kebun madu lebah yang terletak betul-betul di sebelah kanan simpang tersebut. Dah dapat jumpa? Bagus!

Sebelum saya teruskan, ada beberapa perkara yang saya perlu ingatkan kepada para pembaca semua. Pertama sekali, jalan ini sebenarnya ialah jalan selorong seperti jalan kampung. Di kawasan tanah rendah dan rata, anda masih boleh berselisih di mana-mana bahagian jalan tersebut, tetapi ia berbeza dengan jalan ini. Memandangkan ia selorong sahaja, anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk berselisih dengan kenderaan lain terutamanya lori-lori teh dari Ladang Teh Boh Sungai Palas yang terletak tidak jauh dari situ. Tambahan pula, terdapat banyak selekoh terlindung di sepanjang jalan ini. Oleh itu, anda perlulah sentiasa memandu dengan berhati-hati, sentiasa menyalakan lampu sepanjang jalan ini walaupun pada waktu siang, serta membunyikan hon setiap kali di selekoh. Memandangkan jalan ini hanya selorong seperti jalan kampung, had laju yang sesuai di FT432 ini hanyalah serendah 20 km/j. Dengan had laju yang sebegitu rendah, perjalanan ke puncak Gunung Brinchang dari simpang pangkal FT432 sejauh hanya 6.7 km mengambil masa lebih kurang setengah jam. Disebabkan keadaan jalan yang begitu sempit jugalah saya menyarankan agar anda menggunakan motosikal sekiranya anda benar-benar serius mahu menawan jalan raya tertinggi di Malaysia yang hanya selorong sahaja. Kenapa pula selorong? Tujuan jalan ini dibina ialah sebagai jalan masuk ke menara telekomunikasi dan balai cerap di Gunung Brinchang, maka kadar perselisihan dengan kenderaan lain adalah sangat kecil.

Kedua, jalan ini curam dan licin. Pada kebanyakan jajaran, FT432 mendaki bukit pada kecerunan antara 5-10%. Namun, setelah melepasi tapak perkhemahan Gunung Irau di mana had penyelenggaraan tamat, kecerunan meningkat sehingga lebih 20%, sehinggakan anda terpaksa menggunakan gear satu untuk mendaki cerun tersebut. Tambah memburukkan lagi, keadaan jalan menjadi kurang baik setelah melepasi had sempadan penyelenggaraan. Oleh itu, anda perlu sentiasa menggunakan gear rendah sepanjang jalan dan jangan pandu lebih 20 km/j. Selain itu, pastikan brek sentiasa berfungsi dengan baik dan pastikan bunga tayar masih tebal untuk mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Sekarang kita teruskan dengan reviu mengenai Jalan Gunung Brinchang ini. Saya pernah mencuba jalan ini semasa pergi berkonvoi menggunakan motosikal bersama-sama seorang sahabat saya di Universiti Selangor (Unisel) iaitu Khairul Azmi ke Cameron Highlands untuk bercuti pada Januari 2011. Rancangan asal saya pada masa itu ialah untuk pergi ke Ladang Teh Boh Sungai Palas untuk bersarapan dan menikmati teh segar. Namun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana kedai teh di Ladang Teh Boh Sungai Palas masih belum dibuka kerana masih awal pagi lagi. Akhirnya, rancangan tersebut bertukar kepada rancangan untuk menakluki jalan raya berturap tertinggi di Malaysia.

Sepanjang perjalanan, kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar pemandangan di sepanjang Ladang Teh Boh Sungai Palas ini. Ternyata ladang teh ini menawarkan satu panorama yang begitu memukau mata memandang. Had laju yang begitu rendah di FT432 membolehkan kami menunggang secara relaks dan santai sambil menikmati setiap pemandangan menarik yang disajikan di sepanjang jalan ini. Namun, semasa di tapak perkhemahan Gunung Irau pula, kedua-dua motosikal Yamaha Lagenda 110 yang kami tunggangi itu terpaksa bekerja keras mendaki pada kecerunan lebih 20% dalam gear 1. Keadaan jalan yang kurang baik sebaik sahaja melepasi tapak perkhemahan itu juga menyebabkan kami terpaksa menunggang dengan penuh berhati-hati.

Sebaik kami tiba semula di kawasan yang agak rata tidak sampai beberapa ratus meter dari penghujung jalan, kami memutuskan untuk mengakhiri misi menakluk jalan raya tertinggi di Malaysia dengan penuh kepuasan. Apa pun, misi menakluk jalan raya tertinggi di Malaysia ini berakhir dengan jayanya.

Untuk gambar penuh, sila klik sini.



Kemaskini: Kementerian Kerja Raya telah mengesahkan bahawa Jalan Ringlet-Sungai Koyan ialah jalan persekutuan dan kod laluannya ialah FT102. Harap maklum.






Salah satu kebun sayur-sayuran yang terdapat di Jalan Gunung Brinchang FT432






Pemandangan Ladang Teh Boh Sungai Palas yang begitu mengasyikkan






Rakan konvoi saya, Khairul Azmi






Ladang teh lagi






Mentari pagi menyinari alam






Salam 1Malaysia dari saya di Blog Jalan Raya Malaysia






Gelagat di Gunung Irau

Sunday, December 30, 2012

Lebuhraya Papar-Sindumin FT1: Sepintas lalu / Papar-Sindumin Highway FT1: Overview

Salam sejahtera,

Lebuh kurang dua minggu lalu, saya ada menulis mengenai petikan ucapan perasmian Lebuhraya Papar-Sindumin FT1 oleh Tun Dr. Mahathir pada 19 November 1981. Lebuh raya dua lorong tersebut merupakan jajaran terakhir laluan A2 yang siap diturap, yang mana kemudiannya dicantumkan dengan laluan A1 bagi membentuk Jalan Persekutuan 1 di negeri Sabah pada tahun 1996 berikutan penyeragaman sistem kod jalan persekutuan di sana. Lebuh raya sejauh 109 km ini bermula dari Bulatan Bongawan dekat Papar dan tamat di Pusat Imigresen Merapok-Sindumin, bagi menghubungkannya dengan Lebuhraya Lawas-Merapok-Sindumin FT1 di Sarawak.

Sejak siapnya lebuh raya ini pada tahun 1981, pekan-pekan dan bandar-bandar yang dilaluinya menjadi maju dengan sebegitu pantas. Bandar Papar, Beaufort dan Sipitang berkembang dengan sebegitu pesat. Pekan Kimanis juga bakal berkembang maju sebagaimana Paka di Terengganu setelah Terminal Petroleum dan Gas Sabah di Kimanis milik Petronas dibina.

Kali ini Blog Jalan Raya Malaysia ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman seorang blogger yang menggunakan Lebuhraya Papar-Kimanis FT1 untuk ke Brunei untuk tatapan para pembaca. Terima kasih buat Saudara Hasidy Harun kerana sudi berkongsi pengalaman beliau menggunakan jalan raya tersebut.




Perjalananku Ke Brunei Darussalam. (Bahagian II)

.........setelah berehat untuk mandi dan membuang air kecil dan besar, saya dan kawan saya bersiap untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan kami dimulakan dengan sarapan pagi di sebuah restoran melayu di Pekan Putatan. Tidak banyak pilihan makanan di restoran ini. Walau apapun, perut kena diisi. Santapan mee goreng dan minuman panas. Jam menunjukkan pukul 10 pagi, kami memulakan perjalanan yang jauh dan menyeronokkan.

Berdasarkan peta Sabah yang kami muat turun daripada internet, perjalanan kami ini akan menemui pekan Kimanis iaitu 45 km dari Kota kinabalu. Untuk ke Pekan Kimanis, terdapat 2 laluan yang boleh dipilih. Laluan melalui pekan Kinarut dan Papar atau laluan terus ke Kimanis tanpa perlu ke Pekan Kinarut dan Papar. Persimpangan laluan lampu isyarat ini boleh ditemui selepas sahaja melalui Kem Askar Lok Kawi. Laluan untuk ke Pekan Kimanis melalui Pekan Kinarut dan Papar adalah simpang ke sebelah kanan, manakala laluan terus ke Pekan Kimanis tanpa perlu ke Pekan Kinarut dan Papar adalah terus kehadapan. Saya dan kawan saya memilih untuk terus ke laluan Pekan Kimanis. Perjalanan dijangka mengambil masa 40-45 minit. Perjalanan satu lorong sehala ini melalui kampung dan rumah-rumah kampung ditepi jalan yang berselekoh tajam kiri dan kanan. Berhati-hati ketika melalui jalan ini kerana saiz jalan dia kecil dan mempunyai selekoh. Dalam perjalanan ini, kita akan temui suatu kawasan yang rata dan cantik pemandangannya. Jelapang padi Sabah gelaran diberi. Jauh mata memandang, teringat kenangan. Setelah hampir 10.43 minit perjalanan, kami sudah hampir untuk sampai ke Pekan Kimanis. 




2 Km sebelum sampai ke Pekan Kimanis dan 39 Km untuk sampai di Daerah Beaufort.


Pekan Kimanis tidaklah besar tatkala hendak dibandingkan Pekan Kunak atau Pekan Telupid, memang tidak boleh dibandingkan. Ianya sebuah pekan yang hanya terdapat beberapa deretan kedai papan. Walaupun begitu, umum sudah mengetahui Projek Carigali Petronas (SAMUR) telah pun dimulakan. Kita boleh melihat projek itu yang terletak ditepi jalan dan beberapa projek pembinaan rumah kedai beberapa deret yang begitu rancak boleh diandaikan pekan ini akan maju tidak berapa lama akan datang.


Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Pekan Beaufort, tidak kurang 37 Km daripada Pekan Kimanis. Untuk ke Pekan Beaufort ini, perjalanannya tidaklah rumit kerana hanya satu laluan utama sahaja untuk terus ke Pekan Beaufort ini. Sebelum sampai ke Pekan Beaufort, kita akan bertemu Bulatan Bongawan yang mana bulatan ini membahagikan perjalanan ke Pekan Bongawan dan Jalan Bongawan Estate.




Bulatan Bongawan




Setelah melalui Bulatan Bongawan, kita akan temui Papan Tanda Jarak destinasi Seterusnya..




Pemandangan biasa ketika melalui Laluan Utama ke Pekan Beaufort dari Pekan Kimanis iaitu Station Laluan Keretapi KK-Weston


Tepat pukul 12.10pm, setelah melalui pekan Kimanis, Bulatan Bongawan dan Pekan membakut kami tiba di Pekan Beaufort, setelah melalui perjalanan untuk 2 Jam. Pekan ini besar, dan pada firasat saya ia boleh dipanggil bandar kerana infrastrukturnya yang sempurna. Kawan yang saya amat kasihi yang turut bersama saya, dapat mengutip cebisan foto pekan Beaufort untuk tatapan kalian.




Ketibaan kami disambut dengan papan tanda Pekan Beaufort. 




Replika Buah Kelapa menjadi simbolik kepada Pekan Beaufort.


Pasar Pekan Beaufort




Masjid Pekan Beaufort




Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Beaufort. Betul-betul ditengah Pekan Beaufort.




Terminal Kereta Sewa Pekan Beaufort dan "Bini-bini".




Papan Tanda Jalan Ke Tapak Stesen Kereta Api, pekan Beaufort.




Ke Sipitang, kena melalui jambatan. Laluan utama ke Pekan Sipitang, Lawas Dan Brunei Darussalam.



Inilah dia jambatan yang dimaksudkan. Jambatan ini menghubungkan Pekan Beaufort dan laluan ke Pekan Sipitang yang dipisahkan oleh Sungai Padas. Panjang jambatan atau lebar Sungai Padas adalah lebih kurang 600 m.


Habis cerita mengenai Pekan Beaufort, jom kita teruskan perjalanan bersama kami ke Pekan Sipitang. Pekan Sipitang merupakan daerah yang paling hujung di sebelah selatan Negeri Sabah. Jarak antara Pekan Beaufort dan Pekan Sipitang adalah 44 km. Ia mengambil masa dalam 40-45 minit perjalanan. Pemandangan menuju ke pekan Sipitang amat cantik dengan kiri dan kanan laluan utama kelihatan luas walaupun dipenuhi oleh tumbuhan lalang. Di sebelah kanan sepanjang laluan ke Pekan Sipitang ini, kita boleh lihat, lautan luas Laut China Selatan. Pemandangan sepanjang laluan ke Pekan Sipitang kami kongsikan bersama.




Papan Tanda Jarak. Sipitang 33 Km.




Cantik. Satu-satunya, laluan utama ke Pekan Sipitang dari Pekan Beaufort.




19 km sebelum sampai ke Pekan Sipitang, kami bertemu dengan simpang masuk ke Pekan Weston (Sebelah kanan).




Lagi. Pemandangan laluan utama menuju ke Pekan Sipitang.


Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Pemandangan yang indah disepanjang laluan ke Pekan Sipitang membuatkan kami alpa dan lalai sehinggakan kami tidak menyedari bahawa kami telah sampai di Pekan Mesopol, sebuah pekan kecil dibawah pentadbiran Pekan Sipitang. Mesapol terdiri daripada deretan kedai dan terdapai masjid utama ditepi jalan.




Papan tanda menunjukkan kami menghampiri Pekan Mesapol




Sedikit gambaran dan sekitar Pekan Mesapol. 


Kami meneruskan perjalanan tanpa memasuki Pekan Mesapol kerana hari sudah petang. Walaupun masih awal tetapi perancangan waktu perlu diatur lebih awal agar tidka terburu-buru mengejar waktu. Tidak jauh dari Pekan Mesapol, kini tiba di Pekan Sipitang, daerah terakhir Sabah sebelum masuk ke Lawas, Sarawak


Pekan Sipitang agak besar. Terletak betul-betul ditepi Laut China Selatan. Majoriti kaum di Daerah Sipitang ini adalah daripada suku kaum kedayan, brunei, murut dan pelbagai bangsa. Sipitang terkenal dengan pesta tahunan mereka yang dimasukkan sebagai kalendar pelancongan daerah ini iaitu Pesta GATA Sipitang. Antara tempat menarik di Sipitang ini adalah Taman Esplanade. Taman ini terletak betul-betul di Pekan Sipitang itu. Sebelum sampai ke Pekan Sipitang, terdapat stesen minyak Shell di tepi sebelah kanan. Cebisan gambar untuk kalian, saya muatkan.




Susur masuk ke Pekan Sipitang dan kenderaan kami ini berada diatas Jambatan.




Stesen Minyak Shell yang dimaksudkan. Kalau kita lihat, di jauh ke dalam gambar ini, Laut China Selatan.


Kami meneruskan perjalanan dan selepas sahaja melalui Pekan Sipitang ini, kami temui bulatan yang menujukan arah ke Pekan Kecil Sindumin dan Lawas, Sarawak. Hati dan fikiran sudah mulai "excited" kata orang putih. Sebentar lagi, kami akan melangkah ke luar negeri Sabah. 




Papan tanda arah selepas melalui Pekan Sipitang.




Untuk ke Lawas, Sarawak, kita akan menuju ke Pekan SIndumin, iaitu pekan kecil dibawah pentadbiran Sipitang, bersempadan dengan Lawas, Sarawak.


Sedikit masa lagi, perjalanan kami di Sabah akan berakhir dan kami hanya berada di Sabah dalam 20-25 minit sahaja lagi. Jarak Pekan Sipitang dengan Pekan kecil Sindumin adalah 22 Km. Laluan ke pekan Sindumin ini agak berbukit. 




Papan tanda arah ini menunjukkan kami sampai ke penghujung Negeri Sabah. Persimpangan bulatan ini menunjukkan Ke simpang kanan adalah Pekan Kecil Sindumin, Sabah. Manakala, simpang kiri adalah Pos Imigresen SIndumin, Sabah - Pos Imigresen Merapok, Lawas, Sarawak.



Kredit kepada: Hasidy Harun

Pakaian keselamatan motosikal / Motorcycle safety clothing



Pakaian motosikal yang anda sepatutnya pakai (di sebelah kanan) vs pakaian yang tidak sesuai (di sebelah kiri).
Gambar asal oleh: Yayasan Keselamatan Motosikal


Salam sejahtera,

Dalam entri yang lalu, saya ada menyiarkan berita mengenai kadar kemalangan berulang-alik yang kini semakin meningkat ke tahap yang membimbangkan. Apa tidaknya, kecederaan dan kematian yang berpunca daripada kemalangan berulang-alik ini bukan sahaja menyebabkan seseorang atau sesebuah keluarga hilang mata pencarian, malah ia juga menyebabkan kerugian kepada majikan kerana hilangnya modal insan yang sukar didapati dengan mudah dan serta-merta. Kematian akibat kemalangan berulang-alik juga turut menyebabkan kerugian kepada negara kerana negara bukan sahaja kehilangan sumber modal insan yang berupaya memajukan negara, malah ia turut memberi kesan negatif kepada ekonomi negara, berikutan pasaran dalam negara yang mengecil akibat kemalangan maut.

Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan mangsa kemalangan terdiri daripada penunggang motosikal. Penunggang motosikal mempunyai risiko kemalangan jalan raya 17 kali ganda lebih tinggi daripada pemandu kereta, dan lebih 2/3 daripada jumlah kemalangan yang melibatkan motosikal bukan berpunca daripada penunggang motosikal sendiri, tetapi angkara segelintir pemandu beroda empat yang melanggar peraturan jalan raya. Dengan kata lain, penunggang motosikal ibarat timun manakala pemandu kereta pula ibarat durian, digelek pun luka, menggelek pun luka. Maka tidak hairanlah jika penunggang motosikal menjuarai statistik kemalangan berulang-alik.

Jadi bagaimana pula penunggang motosikal hendak melindungi diri mereka daripada nahas jalan raya? Satu-satunya cara bagi melindungi penunggang motosikal adalah tunggangan defensif, dan pakaian yang bersesuaian adalah sebahagian daripada tunggangan defensif. Pakaian keselamatan terbaik untuk melindungi penunggang motosikal sudah tentunya sut perlumbaan penuh yang berharga ribuan ringgit, tetapi majoriti penunggang motosikal tentunya tidak mampu untuk memilikinya. Jadi apa pula pakaian alternatif yang anda boleh pakai? Biar saya senaraikan pakaian yang sedikit-sebanyak berupaya melindungi anda (walaupun tidak sehebat sut perlumbaan) tetapi dalam masa yang sama mampu untuk dimiliki:-

  1. Topi keledar - Sebagaimana yang anda sedia maklum, pemakaian topi keledar diwajibkan kepada semua penunggang motosikal bagi melindungi kepala anda daripada kecederaan. Pilih topi keledar berkualiti yang cukup tebal serta mempunyai pelekat SIRIM. Saya paling syorkan sekurang-kurangnya topi keledar separuh muka. Pastikan topi keledar tersebut mempunyai pelindung muka (visor) bagi melindungi mata dan muka anda daripada serangga, batu-batu halus, puing-puing serta habuk yang dilayangkan ke arah anda. Tukar visor tersebut dengan kerap untuk memastikan penglihatan anda di tahap terbaik. Jangan sekali-kali menggunakan topi keledar "tempurung" kerana ia tidak berupaya untuk melindungi seluruh kepala anda. Jika anda pernah terlibat dalam kemalangan, tukar topi keledar kerana topi keledar yang lama mungkin sudah mengalami kegagalan struktur akibat hentakan yang kuat. Juga, pastikan topi keledar anda diikat cukup ketat kerana jika anda tidak mengikat tali topi keledar dengan betul, topi keledar boleh terlucut dari kepala anda, menyebabkan kepala anda terdedah kepada risiko kecederaan parah.
  2. Jaket - Pemakaian jaket yang bersesuaian berupaya melindungi tubuh anda sekiranya anda terjatuh dari motosikal semasa kemalangan dengan meminimakan impak yang diterima. Jaket perlumbaan yang sering dipakai oleh penunggang superbike mempunyai banyak lapisan perlindungan yang dibuat daripada kevlar atau bahan-bahan lain untuk melindungi penunggang daripada kecederaan pada kelajuan lebih 250 km/j. Bagi motosikal biasa, saya cadangkan agar anda memakai sekurang-kurangnya jaket kulit yang kalis air serta cukup tebal. Untuk membolehkan anda lebih mudah dilihat oleh kenderaan lain, pastikan jaket tersebut berwarna terang dilengkapi jalur pemantul cahaya; jika tiada, pakailah vest keselamatan berpemantul cahaya. Lampu pencahayaan siang juga turut membantu.
  3. Sarung tangan - Tindakan refleks terawal oleh penunggang motosikal semasa berlaku kemalangan jalan raya ialah meletakkan tapak tangan ke permukaan jalan atau tanah. Jika anda tidak memakai sarung tangan, tapak tangan anda boleh cedera akibat bergeser dengan permukaan jalan. Sarung tangan juga berupaya melindungi jari-jemari anda daripada kesejukan yang boleh mengganggu pengendalian alat kawalan motosikal seperti genggam pendikit, brek, suis lampu serta suis lampu isyarat membelok.
  4. Seluar - Pakailah seluar panjang yang cukup tebal bagi melindungi betis dan paha anda daripada kecederaan. Jangan hanya berseluar pendek sahaja kerana kaki anda tidak dilindungi sama sekali.
  5. Kasut - Kasut motosikal yang bagus mestilah cukup tebal supaya berupaya melindungi kaki anda daripada kecederaan. Paling baik, carilah kasut yang mempunyai lapisan keluli di bahagian hadapan bagi melindungi jari-jemari kaki anda. Kasut juga berperanan melindungi kaki anda daripada melecet semasa menukar gear bagi motosikal yang menggunakan sistem gear anjakan ke atas (gear sungkit). Jangan sekali-kali memakai selipar Jepun semasa menunggang kerana ia sama sekali tidak berupaya melindungi kaki anda daripada kecederaan.
Kesimpulannya, pakailah pakaian yang bersesuaian ketika menunggang motosikal demi keselamatan anda. Anda sepatutnya memakai topi keledar separuh atau penuh muka dengan visor, jaket, sarung tangan, seluar panjang yang cukup tebal serta kasut bagi melindungi diri anda ketika menunggang motosikal, bukannya sekadar memakai T-shirt, topi keledar "tempurung", seluar pendek dan selipar Jepun ketika menunggang. Saya akui memang pakaian yang saya sarankan itu agak merimaskan terutamanya ketika cuaca panas, tetapi ia lebih baik daripada anda mati katak kerana tiada perlindungan daripada ancaman nahas jalan raya. Akhir kata, ingatlah orang yang tersayang.

Saturday, December 29, 2012

Kes kemalangan ulang-alik meningkat dalam tempoh 5 tahun: Maznah / Commuting accident increased within 5 years: Maznah

KUALA LUMPUR: Kadar kemalangan ketika berulang-alik membabitkan pekerja meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan. 

Beliau berkata, tahun ini sebanyak 25,000 kes kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja direkodkan di seluruh negara setakat Oktober lalu, berbanding 24,809 kes tahun sebelumnya. 

"Sebanyak 19,041 kes kemalangan direkodkan pada 2008 dan menunjukkan peningkatan untuk tahun-tahun seterusnya apabila pada 2009, sebanyak 20,810 kes dicatatkan manakala 22,036 kes pada 2010," katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. 

Maznah berkata, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 3,422 kes membabitkan kematian dan 31,054 kes menyebabkan kecederaan hilang upaya kekal dilapor. 

Pada 2008, katanya, 728 kes kematian dicatatkan, 759 kes pada 2009, 720 kes (2010), 805 kes (2011) dan sehingga 31 Oktober tahun ini, jumlah kematian menurun kepada 410 kes. 

Bagi bilangan kes kecederaan hilang upaya kekal pula, Maznah berkata sebanyak 5,559 kes direkodkan pada 2008; 6,313 kes pada 2009; 6,934 kes (2010), 7,305 kes (2011) dan sehingga tempoh berakhir Oktober lalu, 4,943 kes dicatatkan. - BERNAMA 




KUALA LUMPUR: The accident cases involving commuting workers had increased annually since five years ago, said the Deputy Minister of Human Resources, Datuk Maznah Mazlan. 

She said, there are 25,000 accident cases involving commuting workers have been recorded this year as of October, compares to 24,809 cases in the previous year. 

"19,041 accident cases were recorded in 2008 and it shows significant increases during the following years when in 2009, there were 20,810 cases recorded and 22,036 cases in 2010," she said when answering a question by Senator Muhamad Yusof Husin during the Senate conference today. 

Maznah said, along that period, there were 3,422 fatal cases and 31,054 cases causing permanent disability injuries were reported. 

In 2008, she said, 728 fatal cases were recorded, 759 cases in 2009, 720 cases (2010), 805 cases (2011) and as of 31 October this year, the fatality has dropped to 410 cases. 

For the numbers of permanent disability injury cases, Maznah stated that there were 5,559 cases recorded in 2008; 6,313 cases in 2009; 6,934 cases (2010), 7,305 cases (2011) and as of October this year, 4,943 cases were recorded. - BERNAMA 



Sumber / Source: Berita Harian

Tuesday, December 18, 2012

Apa Kejadahnya: Jalan Kalabakan-Sepulot - Memakmur Kontraktor Penyangak, Mensengsara Rakyat: Sebuah Janji Dicapati / What The Hell: Kalabakan-Sepulot Road - Prospering Scoundrel Contractor, Enhancing Rakyat's Misery: A Promise Unfulfilled



RM565 juta wang rakyat dibazirkan untuk membina jalan batu kerikil sakit ini dan berjuta-juta ringgit lagi dibazirkan untuk membina semula dan menurapnya.


Salam sejahtera,

Blog Jalan Raya Malaysia telah beberapa kali menyiarkan mengenai isu penyelewengan dalam pembinaan Jalan Kalabakan-Sepulot di Sabah, yang sepatutnya dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 bersama-sama Lebuhraya Kimanis-Keningau dan Lebuhraya Sipitang-Tenom. Sementara Lebuhraya Kimanis-Keningau dan Lebuhraya Sipitang-Tenom masing-masing siap pada tahun 2006 dan 2007, Jalan Kalabakan-Sepulot sejauh 145 km yang sepatutnya siap pada tahun 2008 pula hanya dibina cincai sebagai jalan batu kerikil yang mudah rosak terutamanya setiap kali musim hujan, menjadikannya hanya sesuai dilalui kenderaan berat serta kenderaan pacuan empat roda sahaja.

Hari ini, Blog Jalan Raya Malaysia telah menemui satu pendedahan yang amat memeranjatkan, iaitu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia) pada tahun 2008 mengenai dakwaan amalan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam projek Jalan Kalabakan-Sepulot. Ia sememangnya sudah dijangka kerana projek tersebut memakan kos sebanyak RM565 juta tetapi sekadar disiapkan secara cincai sebagai jalan batu kerikil sahaja, yang tentunya tidak boleh diterima sama sekali.

Biar saya buat satu perbandingan ringkas antara tiga projek jalan raya RMK8 ini. Lebuhraya Kimanis-Keningau sejauh 58.5 km dibina dengan kos RM275 juta, bermaksud kos purata sekilometer ialah RM4.7 juta sekilometer. Sementara itu, Lebuhraya Sipitang-Tenom pula dibina dengan kos RM265 juta (jarak sebenar tidak dapat dieprolehi), dengan andaian kos purata sekilometer lebih kurang sama seperti Lebuhraya Kimanis-Keningau kerana kedua-duanya melintasi Banjaran Crocker. Namun demikian, Jalan Kalabakan-Sepulot sejauh 145 km pula dibina dengan kos RM565 juta, bermaksud kos purata sekilometer ialah RM3.9 juta. Bagi sebatang jalan raya yang hanya dibina sebagai jalan batu kerikil, kos sebegini sememangnya tidak masuk akal sama sekali. Dengan kata lain, sememangnya terdapat unsur "songlap" yang amat ketara dalam projek ini.

Laporan kepada Badan Pencegah Rasuah ini bukan setakat mengenai jalan yang dibina tidak mengikut syarat kontrak iaitu jalan raya bitumen berturap kekal. Blog Jalan Raya Malaysia mendapati bahawa kontraktor penyangak yang diamanahkan untuk membina jalan raya ini ialah Irama Duta Sdn. Bhd. yang turut membina Lebuhraya Timur-Barat FT4 Fasa 2. Sementara fasa kedua Lebuhraya Timur-Barat FT4 boleh disiapkan dengan begitu cantik sekali, keadaan Jalan Kalabakan-Sepulot pula tidak ubah seperti jalan pembalakan. Dengan kata lain, RM565 juta dibazirkan begitu sahaja untuk "membina" jalan yang lebih kurang sama seperti tidak membinanya langsung. Ia sememangnya satu penghinaan yang amat besar buat rakyat Sabah, seolah-olah menafikan hak mereka untuk menikmati infrastruktur yang baik sebagaimana di Semenanjung. Akibat daripada projek sakit ini, sekali lagi wang rakyat terpaksa dibazirkan untuk membinanya kembali dan menurapnya.

Apa yang dikesalkan ialah kontraktor penyangak ini seakan kebal daripada tindakan undang-undang. Saya pernah cuba mencari maklumat mengenai projek sakit ini di laman portal Kementerian Kerja Raya, tetapi tiada fail PDF bagi maklumat mengenai jalan tersebut yang saya dapat perolehi. Jika dibandingkan dengan dua lagi projek jalan raya Sabah yang telah saya senaraikan tadi, kedua-dua fail PDF tersebut menunjukkan hasil pembinaan yang begitu cantik sekali.

Tanpa membuang masa lagi, saya akan siarkan salinan laporan asal yang pernah disiarkan di laman Malaysia Today.




Was the Sultan of Perak blackmailed?


On 3rd July and 11th August 2008, DATUK KONG HONG MING made two separate reports to the Anti-Corruption Agency in Kota Kinabalu with regards to alleged corruption in the awarding of the ‘Jalan Sapulut – Kalabakan, Tawau’ road project at the contract sum of RM565 million. The sub-contract was awarded to Gamuda Berhad , a company owned by Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah. Thus far no action has been taken by the Anti-Corruption Agency. Was this used to blackmail the Sultan of Perak?




To: 

The Director / Officer In-Charge
Anti-Corruption Agency (ACA)
Tawau

Dear Sir,

Re: AN ACA REPORT – Request for Investigation of Any Corrupt Practices and Abuse of Power on the Construction of ‘Jalan Sapulut – Kalabakan, Tawau, Sabah’ as a Design & Build Contract at the Contract Sum of RM565 million 

I, DATUK KONG HONG MING (NRIC NO.530306-12-5323), a Malaysian of Lot 21, 3rd Floor, Block C, Damai Point, Luyang, Kota Kinabalu (Hand-phone 0138888188 and 088-233558) hereby make this report calling upon ACA to investigate any corrupt practices or abuse of power committed in the implementation of a road construction project by the Federal Government through Jabatan Kerja Raya.

The subject matter of this complaint is a Design & Build contract for a road project described as ‘Jalan Sapulut – Kalabakan, Tawau’ at the contract sum of RM565 million. The design for the road project at the contract sum of RM565 Million for 179 kilometer was a permanent bituminous road with sealed pavement.

The contractual obligations of the contractor in a Design & Build contract require the contractor to provide the design, scope of work and specifications to be approved by the Government and to build according to the approved design, scope of work and specifications. Thereafter, based on negotiation between the Government and the contractor, the Government awarded the Design & Build contract at the negotiated contract sum, in this case, RM565 million for 179 kilometer of sealed road with bituminous pavement.

In a Design & Build contract like this contract, the contractor is not permitted to amend or vary the design and scope of work. In a nutshell, the contractor must complete the contract in full conformity with the approved design and scope of work without variation order.

The Project was completed sometime in early 2008 and the contractor has demobilized from the site recently.

Unfortunately, instead of building 179 kilometer of bituminous pavement serving as a major truck road linking the south and north of the State of Sabah, the Government has only completed only a 179 kilometer of standard gravel road wholly contrary to the Design & Build contract for a bituminous sealed road.

Before the Design & Build contract, the existing road was already then a good gravel road built and used by timber operator for logging activities.

I also urge your ACA experts to investigate into the very sub-standard and extremely poor quality of work done and workmanship carried out in this mega project costing our Malaysians taxpayers some RM565 million. It is just too plain and obvious in inspecting the newly completed retaining structures and concrete roadside drains which are already now in such deplorable conditions.

It is a crime to allow such shoddy workmanship and inferior work in this expensive project. What was the basis for the Government to accept the road as practically and satisfactorily completed? 

This is a case of an outrageous and scandalous wrongdoing. It is more than just a serious wastage and abuse of public funds. It has also deprived all Malaysians especially Sabahans in Tawau a good system of road network in furtherance of our social and economic development.

Those who were responsible for the suffering of the people must be held accountable for this tragic loss of public funds and blatant abuse of power. 

It will be more outrageous for us, especially the ACA, to ignore it. 

Thank you for your attention and further necessary actions against those culprits who were responsible for any corrupt practices and abuse of power.

Yours faithfully,


__________________________
DATUK KONG HONG MING
Dated: 3rd July 2008

***************************************************************

11th August 2008

To: 

The Director

Anti-Corruption Agency (ACA)

Kota Kinabalu


Dear Madam,

Re: AN ACA REPORT – Request for Investigation of Any Corrupt Practices and Abuse of Power on the Construction of ‘Jalan Sapulut – Kalabakan, Tawau, Sabah’ as a Design & Build Contract at the Contract Sum of RM565 million 

I, KONG HONG MING (NRIC NO.530306-12-5323), a Malaysian of Lot 21, 3rd Floor, Block C, Damai Point, Luyang, Kota Kinabalu (Hand-phone 0138888188 and 088-233558) hereby make this report calling upon ACA to investigate any corrupt practices or abuse of power committed in the implementation of a road construction project by the Federal Government through Jabatan Kerja Raya.

On 03.07.2008, I lodged this complaint at the ACA office in Tawau. I provided some documents for the purpose of investigation. However, I am uncertain whether any investigation has been carried out. I must congratulate you that your ACA officers in Tawau were courteous and professional to complainant at least to me during two occasions. But, I was surprised that in another occasion while I was there, a male staff was not so happy to accept my report on other matter. 

The subject matter of this complaint is a Design & Build contract for a road project described as ‘Jalan Sapulut – Kalabakan, Tawau’ at the contract sum of RM565 Million. The design for the road project at the contract sum of RM565 Million for 179 kilometer was a permanent bituminous road with sealed pavement.

The contractual obligations of the contractor in a Design & Build contract require the contractor to provide the design, scope of work and specifications to be approved by the Government and to build according to the approved design, scope of work and specifications. Thereafter, based on negotiation between the Government and the contractor, the Government awarded the Design & Build contract at the negotiated contract sum, in this case, RM565 million for 179 kilometer of sealed road with bituminous pavement.

In a Design & Build contract like this contract, the contractor is not permitted to amend or vary the design and scope of work. In a nutshell, the contractor must complete the contract in full conformity with the approved design and scope of work without variation order.

The Project was completed sometime in early 2008 and the contractor has demobilized from the site recently.

Unfortunately, instead of building 179 kilometer of bituminous pavement serving as a major truck road linking the south and north of the State of Sabah, the Government has only completed only a 179 kilometer of standard gravel road wholly contrary to the Design & Build contract for a bituminous road.

Before the Design & Build contract, the existing road was already then a good gravel road built and used by timber operator for logging activities.

I also urge your ACA experts to investigate into the very sub-standard and extremely poor quality of work done and workmanship carried out in this mega project costing our Malaysians taxpayers some RM565 million. It is just too plain and obvious in inspecting the newly completed retaining structures and concrete roadside drains which are already now in such deplorable conditions.

It is a crime to allow such shoddy workmanship and inferior work in this expensive project. What was the basis for the Government to accept the road as practically and satisfactorily completed? 

This is a case of an outrageous and scandalous wrongdoing. It is more than just a serious wastage and abuse of public funds. It has also deprived all Malaysians especially Sabahans in Tawau a good system of road network in furtherance of our social and economic development.

Those who were responsible for the suffering of the people must be held accountable for this tragic loss of public funds and blatant abuse of power. 

It will be more outrageous for us, especially the ACA, to ignore it. 

Thank you for your attention and further necessary actions.

Yours faithfully,


__________________________

DATUK KONG HONG MING

My Address: Lot 21, 3rd Floor, Block C, Damai Point, Luyang, Off Jalan Damai, Kota Kinabalu

Tel (Office) 088-233558, Fax 088-245646, Hand-phone 0138888188 

Monday, December 17, 2012

Apa Kejadahnya: Lebuhraya Pasir Gudang FT17 dibiarkan berlubang / What The Hell: Pasir Gudang Highway FT17 is left abandoned with potholes


Keadaan Lebuhraya Pasir Gudang FT17 yang berlubang teruk (kredit gambar: Persatuan Bangsa Johor)


Salam sejahtera,

Hari ini Blog Jalan Raya Malaysia ingin menyiarkan satu pendedahan berani oleh laman Facebook Persatuan Bangsa Johor mengenai Lebuhraya Pasir Gudang FT17 yang dibiarkan berlubang tanpa sebarang tindakan pencegahan secara mutlak oleh badan-badan yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia. 

Sejak ia dibuka kepada lalu lintas, Lebuhraya Pasir Gudang FT17 sentiasa mencatatkan kadar aliran trafik yang sangat tinggi setiap hari, terutamanya dari kalangan lori-lori berat yang berulang-alik ke Pasir Gudang. Akibatnya, jalan raya sering mendap dan berlubang di sana-sini, sekaligus membahayakan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dan pemandu kereta. Tambah parah lagi, lebuh raya itu tidak berlampu dan gelap pada waktu malam. Kerja-kerja pembaikan yang dilakukan pula hanya sekadar menepek butiran batu halus bertar (premix) yang dilakukan secara cincai. Esok lusa, pasti berlubang lagi.

Cakap-cakap mengenai "projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang" yang selama ini dilaungkan kerajaan hanyalah ibarat tong kosong tanpa sebarang tindakan yang dilakukan. Sudah lama pengumuman mengenai "naik taraf" tersebut dilaungkan, tetapi langsung tiada sebarang kerja yang dilakukan. Buktinya, pada tahun 2010 kerajaan persekutuan mengumumkan projek tersebut sepatutnya bermula tahun hadapan (2011), tetapi sepanjang tahun 2011 langsung tiada kelibat pekerja melakukan kerja-kerja pembinaan dan naik taraf jalan. Tahun 2012 ini, sekali lagi kerajaan menjanjikan benda yang sama, siap dengan pengumuman peruntukan RM150 juta bagi Fasa 1 dari Kangkar Tebrau ke Plentong sejauh hanya 8 km. Agaknya pihak-pihak yang berkenaan mahu tunggu sehingga ada menteri atau Sultan sendiri yang jadi mangsa kemalangan di situ baru mereka mahu mengambil tindakan. Maka, tidak hairanlah janji naik taraf FT17 itu hanyalah sekadar "Janji Dicapati".

Tanpa membuang masa lagi, saya siarkan laporan eksklusif oleh Persatuan Bangsa Johor buat tatapan pembaca.




Lebuhraya Pasir Gudang - Jalan Berlubang (JB)

Cukup membimbangkan. Keadaan lebuhraya Pasir Gudang sering berlubang lebih2 lagi pada waktu hujan sekarang ini. Apakah langkah yang perlu JKR ambil? Lokasi gambar ini di ambil dari arah Pasir Gudang, Flyover JPJ Tmn daya menghala ke Taman Perling berdekatan Shell & Sport Prima. Beberapa rakan dari page PBJ ini sendiri mengadu dan menyuruh saya mengutarakan isu ini agar pihak berwajib lebih peka menangani masalah yang berlaku di negeri Johor. Dalam pemantauan saya, jalan di kawasan inilah yang paling banyak berlubang. Kesemua lubangnya berada di lorong kiri. Untuk keselamatan anda semua, sila gunakan lorong kanan apabila memandu/menunggang di kawasan ini.

Kita tak boleh nak salahkah JKR kerana mereka sentiasa menjalankan kerja untuk menurap jalan yang berlubang ini. Kita juga tak boleh nak salahkan hujan kerana ianya rahmat dan ciptaan Yang Esa. Kebanyakkan lubang berlaku di sebelah kiri jalan. tetapi kita tak boleh nak salahkan brader2 lori yg melalui kawasan ini kerana sememangnya lebuhraya inilah adalah laluan utama mereka untuk ke pelabuhan. Maka, dengan ini, tahap turapan jalan yg di buat adalah TIDAK BERKUALITI kerana sering pecah dan berlubang. Cuba contoh projek lebuhraya yg lain, mereka turap dgn cukup kualiti. Jangan beri alasan jalan ini tidak di kenakan bayaran tol, kami bayar cukai jalan untuk apa? Adakah untuk memboncetkan perut pihak atasan?

Lihatlah tahap bahaya akibat lubang-lubang yang bersepah di sepanjang lebuhraya ini;

  1. Membahayakan penunggang motosikal, boleh berlakunya kemalangan sama ada tersembam mahupun rim gelong dan pecah.
  2. Keadaan waktu malam yang gelap mendatangkan bahaya kepada kereta. Penglihatan tidak jelas, nak elak lubang, terhimpit kenderaan di sebelah.
  3. Kenderaan A brek secara mengejut akibat adanya lubang di hadapan lantas kenderaan B yang datang dari belakang melanggar kenderaan A di hadapan.
  4. Boleh meragut nyawa. Tak percaya? Baca saja di bahagian komen di laman FB Persatuan bangsa Johor.
  5. Penyebab kesesakan lalu-lintas. Setiap pagi sesak, kenderaan bergerak terlalu perlahan kerana mahu mengelak daripada masuk ke dalam lubang.

Cuba bincangkan dua persoalan ini;

  1. Adakah tar yang di gunakan untuk menurap jalan di lebuhraya Pasir Gudang tidak berkualiti?
  2. Adakah di sebab lebuhraya ini tidak di kenakan bayaran tol, maka ianya tidak di selenggara dengan baik?
  3. Adakah di sebabkan kontraktor penyelenggaraan yg membuat kerja sambil lewa? Bila jalan berlubang, tampal. Berlubang lagi, tampal lagi. Buat 20 kali, banyak menguntungkan kerana semua projek boleh di claim?
  4. Adakah di sebabkan kontraktor tidak mengorek jalan dan menabur konkrit terlebih dahulu? Dengan hanya kerja menampal sahaja memang la jalan tersebut bakal berlubang lagi. Betul tak?
  5. Hampir keseluruhan jalan yg berlubang ini sering terjadi di tempat yg sama setiap tahun. Takkan lah ada jin kat dalam lubang tuh kan?
  6. Harga tiket masuk Legoland dengan harga tayar kereta masuk lubang sport rim bengkok adalah sama nilai. Setuju?

(Jika ada persoalan lain, sila nyatakan. AMARAN! No Politice Here!)

Friday, December 14, 2012

Arkib Blog Jalan Raya Malaysia: Ucapan perasmian Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2 oleh Tun Dr. Mahathir / Malaysian Highway Blog Archive: North-South Expressway E1 and E2 inaugural speech by Tun Dr. Mahathir



Lebuhraya Baru Lembah Klang bercantum dengan laluan utama Lebuhraya Utara-Selatan E1 di Bukit Lanjan


Ucapan perasmian Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8 September 1994

Saya mengucapkan terima kasih ke pada pihak Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) kerana menjemput saya untuk merasmikan penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari ini.

2. Saya gembira bahawa negara kini mempunyai sebatang lebuh raya bertaraf antarabangsa yang dapat membantu mempercepatkan pembangunan ekonomi dan sosial di negara ini.Pemandu-pemandu juga kini boleh memandu dengan lebih selesa, menjimatkan masa dan lebih selamat. Saya mengucapkan syabas kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS kerana melaksanakan projek ini dengan jayanya.

3. Projek lebuhraya ini adalah antara projek Kerajaan yang terawal diswastakan. Dengan pelaburan yang tinggi dalam aneka jenis industri oleh pelabur dari dalam dan luar negeri amatlah penting pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang serta kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik turut dibangunkan dengan sama pesat.

4. Biasanya Kerajaan membiayai infrastruktur daripada hasil pendapatan Kerajaan dan pinjaman. Pinjaman juga bergantung kepada kewangan Kerajaan. Adalah jelas jika pembangunan infrastruktur ditentukan oleh kemampuan Kerajaan, maka ia akan lewat dibina dan tidak akan terdaya membekalkan keperluan industri yang berkembang pesat. Dengan itu pelaburan akan tersekat dan pertumbuhan negara terhalang.

5. Melalui penswastaan, kewangan Kerajaan tidak lagi menjadi penghalang. Sebaliknya, kewangan Kerajaan menjadi lebih kukuh kerana Kerajaan tidak lagi perlu mengadakan peruntukan untuk projek dan gaji kakitangan dalam badan berkenaan. Syarikat swasta mengambilalih semua perbelanjaan ini.

6. Pengurusan secara komersil menyebabkan projek disiap serta pendapatan diperolehi lebih awal. Kerajaan juga mendapat cukai di mana dahulu tidak ada keuntungan dan tidak ada cukai. Kakitangan Kerajaan yang tidak terlibat dengan penswastaan pun mendapat nikmat daripada pengurangan perbelanjaan Kerajaan dan pertambahan cukai yang dikutip.

7. Rakyat juga mendapat manfaat daripada kemudahan infrastruktur yang siap lebih awal dan pengagihan belanjawan Kerajaan kepada kemudahan-kemudahan infrastruktur dan subsidi yang lain. Pasaran saham dan pelabur kecil dan besar tentu akui akan kesan baik daripada penswastaan.Sekarang terdapat banyak syarikat gergasi yang disenaraikan di mana dahulu tidak ada. Oleh kerana Kerajaan memperuntukkan sebahagian besar daripada saham-saham kepada PNB dan syarikat-syarikat Amanah Saham Bumiputra lain, maka proses penswastaan berjaya menjadikan lebih tiga juta Bumiputera sebagai pemilik saham syarikat-syarikat gergasi.

8. Pendekata semua pihak, termasuk kakitangan Kerajaan yang dipindahkan ke syarikat swasta mendapat manfaat daripada proses penswastaan. Oleh kerana sebab-sebab inilah maka Kerajaan akan meneruskan dasar penswastaannya.

9. Pembukaan Lebuhraya Utara-Selatan hari ini bukan sahaja membuktikan kejayaan dasar penswastaan tetapi juga keberkesanan kerjasama yang rapat di antara sektor awam dengan swasta selaras dengan Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated.

10. Ia membuktikan kebolehan dan kemampuan industri pembinaan tempatan melaksanakan projek raksasa. Jelaslah bahawa kita juga mempunyai kepakaran serta mutu kerja yang setanding dengan industri pembinaan antarabangsa. Projek ini juga menunjukkan kemampuan kita mengurus dan membina sebuah prasarana yang kompleks yang bertaraf 'world class' dengan menggunakan kepakaran luar negeri di tahap yang minima sahaja. Projek sebesar ini juga telah berjaya dibiayai oleh institusi kewangan tempatan yang sudah mantap dengan kepakaran 'financing' yang canggih dan terkini.Kontraktor-kontraktor kita telah membuktikan kemahiran mereka dengan menyiapkan kerja lebih awal daripada yang ditetapkan oleh Kerajaan.

11. Projek ini juga berjaya mencungkil bakat perniagaan dan pengurusan Bumiputera yang jelas setanding dengan bukan Bumiputera. Demikianlah pengiktirafan kepada kebolehan syarikat Bumiputera sehingga negara-negara lain tidak ragu-ragu lagi menjemput mereka untuk melaksanakan projek-projek di negara berkenaan.

12. Sektor swasta mempunyai peranan yang penting dalam mempercepatkan proses perindustrian negara. Antara peranan utama yang boleh dimainkan oleh sektor swasta ialah memenuhi kekurangan dalam sektor awam. Sektor swasta boleh menyediakan keperluan kewangan bagi membiayai sesuatu projek di samping melaksanakannya dengan lebih cekap dan efektif.'Flexibility' yang ada pada sektor swasta juga membolehkan sektor itu lebih agresif dan efisien. Kerajaan boleh membantu dengan mempercepatkan bukan sahaja proses sesuatu projek, tetapi juga meningkatkan mutu khidmat yang disediakan.

13. Penjimatan masa dan kecekapan adalah dua faktor yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dengan mengadakan prasarana yang terancang dan bertaraf antarabangsa seperti Lebuhraya Utara-Selatan kita boleh menjimatkan masa dan memudahkan pengangkutan barangan dan penumpang. Saya yakin Lebuhraya Utara-Selatan ini akan dapat membantu pertumbuhan berbagai-bagai industri termasuk perumahan dan bandar-bandar baru. Di samping itu, laluan lebuh raya amat sesuai untuk kabel telekomunikasi dan kemudahan pelancongan seperti perhentian beristirahat dan motel sepanjang lebuh raya.

14. Dengan wujudnya sistem rangkaian pengangkutan yang baik, maka tempat-tempat yang dihubungi oleh jalan raya atau lebuh raya akan dapat dibangunkan secara tersusun. Dari utara ke selatan, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk memenuhi keperluan penduduk dan pembangunan kawasan. Bandar Nilai, misalnya, telah mengalami perubahan yang besar bukan hanya dengan adanya Lebuhraya Seremban tetapi juga kerana cadangan untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Di samping menyediakan prasarana untuk pembangunan, lebuh raya bukan sahaja menarik pelaburan dari dalam dan luar negeri tetapi juga membuka peluang-peluang perniagaan kecil tempatan. Gerai-gerai yang disediakan oleh PLUS boleh menampung keperluan peniaga kecil yang berdekatan. Hanya yang dikehendaki ialah mereka berniaga secara lebih teratur.

15. Kesan pembukaan Lebuhraya Utara-Selatan sudah pun jelas ternampak. Bandar-bandar kecil dan terpencil sudah tumbuh dengan pesatnya. Hari ini bandar-bandar seperti Bukit Kayu Hitam, Kangar, Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai, Bukit Mertajam dan Seberang Jaya sudah menjadi pusat industri kerana bandar- bandar ini tidak lagi dianggap jauh dari pelabuhan atau lapangan terbang antarabangsa.Eksekutif syarikat sekarang sanggup tinggal atau bekerja di bandar-bandar ini kerana mudah bagi mereka pergi dan balik dari bandaraya.

16. Sungai Petani hari ini bukan lagi sebuah bandar kecil yang dilalui untuk ke Alor Setar atau Thailand tetapi adalah sebuah bandar yang berkembang maju. Hari ini ketiga-tiga estet perindustriannya, iaitu Batu Arang, Tikam Batu dan Sungai Petani telah berjaya menarik pelaburan bernilai beratus juta ringgit. Pusat-pusat komersil dan kawasan perumahan di bandar tersebut juga sedang membangun dengan cepat sekali.

17. Pulau Pinang yang memang pesat membangun telah menjadi lebih sibuk kerana lebuh raya Utara-Selatan. Di masa yang sama, ramai yang suka memandu kereta sendiri dari Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bharu dan Singapura ke Pulau Pinang, di mana dahulu mereka tidak berminat berbuat demikian kerana perjalanan tidak selesa. Sudah tentu industri pelancongan menjadi lebih maju. Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang sudah menjadi lebih pesat daripada zaman ianya bergantung kepada taraf kawasan bebas cukai.

18. Di kawasan tengah pula, Lebuhraya Utara-Selatan memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pembangunan hartanah di Ipoh, Perak, di mana tiga kawasan perumahan telah bertukar menjadi kawasan pertumbuhan baru. Taman pertama, Silibin; Jelapang dan Taman Meru, yang terletak di pinggir bandaraya Ipoh telah dibangunkan sebagai pusat bersepadu dengan industri ringan dan berat, kompleks komersil dan tempat peranginan golf.

19. Negeri Selangor dan Perak akan membangunkan kawasan seluas 24,000 hektar yang merangkumi empat daerah di sepanjang sempadan kedua-dua negeri itu yang dinamakan Lembah Bernam. Di Selangor juga, Lebuhraya Utara-Selatan membantu mempercepatkan pembangunan di bandar seperti Rawang, Serendah, Ulu Yam dan Batang Kali di mana projek kereta nasional kedua, sebuah kolej, pusat penyelidikan kesihatan, Perumahan Bukit Beruntung sedang dijalankan.

20. Di kawasan Selatan pula, Sungei Besi, Kajang, Bangi di Selangor; Nilai, Pedas, Labu di Negeri Sembilan; Ayer Keroh di Melaka dan Pagoh, Yong Peng - Air Hitam di Johor, adalah antara bandar-bandar yang pesat membangun dengan aneka jenis industri.

21. Nyatalah pembukaan Lebuhraya Utara-Selatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan peniaga, tetapi juga telah meningkatkan mutu kehidupan rakyat keseluruhannya, di samping memudahkan pengangkutan dan perjalanan.

22. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Berhad kerana bukan sahaja berjaya melaksanakan Lebuhraya Utara-Selatan tetapi menyiapkannya dalam tempoh 15 bulan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan keseluruhan Lebuhraya Utara-Selatan.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
8 September 1994

(Dipetik dari: Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif)

Arkib Blog Jalan Raya Malaysia: Ucapan perasmian Lebuhraya Papar-Sindumin FT1 oleh Tun Dr. Mahathir / Malaysian Highway Blog Archive: Papar-Sindumin Highway FT1 inaugural speech by Tun Dr. Mahathir





Lebuhraya Papar-Sundumin FT1 sejauh 109 km bermula dari Bulatan Bongawan (atas) dan berakhir di Bulatan Sindumin (bawah). (Gambar asal oleh: Hasidy Harun)


Salam sejahtera,

Satu sebab yang menjadikan usaha memartabatkan jalan persekutuan di Malaysia sukar dilaksanakan ialah kerana peristiwa-peristiwa yang melibatkan pembinaan serta perasmiannya yang jarang didokumentasikan dalam mana-mana media massa mahupun media cetak. Memanglah laporan berita di dada akhbar tentunya ada, tetapi laporan akhbar selalunya hanyalah sepintas lalu dan bersifat sementara kerana kita selalunya akan cenderung membuang akhbar lama setelah dibaca. Oleh itu, Blog Jalan Raya ingin mengambil inisiatif untuk mengarkibkan teks-teks ucapan pembukaan dan perasmian jalan raya yang sempat didokumentasikan.

Dalam entri pertama dalam arkib Blog Jalan Raya Malaysia, saya ingin mengarkibkan teks ucapan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa merasmikan Lebuhraya Papar-Sindumin FT1 sejauh 109 km pada 17 November 1981. Ramai di antara kita yang tidak mengetahui, sebenarnya "zaman keemasan" pembinaan jalan-jalan raya di negeri Sabah adalah semasa zaman Datuk Harris Salleh dari Parti Berjaya (salah satu parti komponen Barisan Nasional yang sudah dibubarkan pada tahun 1991). Kenapa saya katakan begitu? Pada zaman Datuk Harris Salleh, Sabah adalah negeri kedua terkaya di Malaysia hanya di belakang Selangor, hasil daripada perkembangan industri cari gali petroleum serta pembalakan di sana. Hasilnya, banyak jalan raya berturap yang menjadi laluan tulang belakang di Sabah dibina dengan rancaknya pada masa tersebut. Selain Lebuhraya Papar-Sindumin FT1, beberapa jalan raya utama lain seperti Lebuhraya Tamparuli-Ranau FT22, Lebuhraya Tawau-Semporna FT13 / SA51 Lebuhraya Lawas-Merapok-Sindumin FT1 turut dibuka kepada lalu lintas pada awal 1980an.

Sebagai entri pembuka bagi arkib Blog Jalan Raya Malaysia, izinkan saya membentangkan teks ucapan Tun Dr. Mahathir semasa pembukaan Lebuhraya Papar-Sindumin FT1 ini.



Ucapan Perasmian Lebuhraya Papar-Sindumin FT1 oleh Tun Dr. Mahatir pada 17 November 1981

Yang Amat Berhormat Datuk Harris Mohd. Salleh, Ketua Menteri Negeri Sabah; 
Yang Berhormat Datuk S. Samy Vellu, Menteri Kerjaraya dan Kemudahan Awam; 
Yang Berhormat Tan Sri Suffian Korok, Menteri Pembangunan Infrustruktur Sabah; 
Yang Berhormat-Yang Berhormat; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara sekelian kerana telah memberikan sambutan yang sangat meriah kepada saya pada hari ini. Sebahagian besar daripada saudara-saudara sekelian telah datang beramai-ramai dari tempat-tempat yang jauh dan dari kawasan-kawasan pendalaman untuk bersama-sama menghadiri Majlis ini. Di atas susah payah saudara-saudara semua saya sekali lagi mengucapkan terima kasih.

2. Saya merasa sukacita mengetahui bahawa projek lebuhraya Papar ke Sindumin ini yang sepanjang 68 batu dan berharga $50 juta telah siap semenjak akhir tahun 1980 iaitu setelah tiga tahun dalam pembinaan. Ini adalah salah satu daripada projek-projek yang telah disiapkan mengikut jadual sungguhpun jadual itu telah dipanjangkan sedikit oleh sebab-sebab cuaca dan keadaan tanah. Di sini sukalah saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak di atas segala usaha untuk menyiapkan lebuhraya ini.

3. Pembinaan lebuhraya Papar ke Sindumin ini adalah sebahagian daripada keseluruhan strateji untuk mempastikan bahawa Negeri Sabah mempunyai satu rangkaian jalanraya yang menghubungi satu bandar ke satu bandar dan dari bandar-bandar di sebelah barat dengan bandar-bandar di sebelah timur negeri Sabah ini. Lebuhraya-lebuhraya yang dibina menjadi nadi dalam pembangunan ekonomi dan sosial Negeri Sabah, terutamanya memandangkan pada masa ini Negeri Sabah sedang meningkatkan lagi usaha-usaha pembangunanya.Ia akan mendekatkan lagi hubungan di antara semua rakyat di Negeri Sabah. Dalam konteks pembangunan, sistem perhubungan yang lengkap adalah asas bagi membolehkan rakyat menerokai aktiviti-aktiviti ekonomi yang dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka.

4. Dua lagi lebuhraya yang sedang di dalam pembinaan ialah lebuhraya Tamparuli ke Ranau dan lebuhraya Sempurna ke Lahad Datu. Lebuhraya Tamparuli ke Ranau yang panjangnya 44 batu dianggar memakan perbelanjaan sebanyak $95 juta. Ia dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan. Pada masa ini jalan ini boleh digunakan untuk lalu lintas sekiranya kenderaan-kenderaan itu tidak dipandu laju. Lebuhraya Sempurna ke Lahad Datu sepanjang 91 batu sedang di dalam pembinaan dan dianggar berharga sebanyak $76 juta. Ianya dibina pada sebahagian besarnya mengikut aliran (alignment) jalan yang telah ada dan adalah dijangka siap dalam masa dua tahun lagi.

5. Pembinaan lebuhraya dari Papar ke Sindumin ini bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan perhubungan rakyat Negeri Sabah, dari Kota Kinabalu ke Papar dan ke Sindumin sahaja bahkan juga terus ke Negeri Sarawak di mana satu lagi lebuhraya dari Lawas ke Merapok sedang di dalam pembinaan.Dengan siapnya lebuhraya Lawas-Merapok sepanjang 18 batu itu pada akhir tahun ini, perjalanan dari Kota Kinabalu ke bandar-bandar dalam Negeri Sarawak akan dapat menjadi lebih cepat dan mudah.

6. Dengan cara ini akan tercapailah tujuan Kerajaan bagi memperkukuhkan lagi perhubungan di antara rakyat Malaysia di kedua-dua negeri ini. Ini juga akan memudahkan pergerakan penduduk-penduduk, tenaga pekerja, alat-alat jentera yang penting untuk kemajuan dan pembangunan pertanian dan industri dalam kedua-dua negeri ini.

7. Di bawah Rancangan Malaysia Keempat, Kerajaan Persekutuan telah membuat peruntukan sebanyak $5,918 juta bagi kemudahan-kemudahan infrustruktur asas seperti jalanraya, bekalan air, dan elektrik bagi seluruh negara kita. Daripada jumlah ini, Negeri Sabah telah diperuntukkan $691.2 juta. Peruntukan untuk Negeri Sabah akan ditambah sekiranya perlu dan ada kemampuan untuk melaksanakan projek-projek tambahan.

8. Pembinaan lebuhraya memanglah sukar dan memakan belanja yang banyak. Tetapi apabila satu-satu lebuhraya itu siap maka adalah menjadi perkara yang sangat penting supaya ianya diselenggarakan dengan sempurna untuk mengelakkan ianya terbiar dan menjadi rosak yang akan menyebabkan perbelanjaan yang banyak untuk diperbaiki. Aspek penyelenggaraan jalanraya ini, saya ingin tegaskan, hendaklah diambilkira dan hendaklah diberikan perhatian yang sama seperti pembinaan jalanraya itu sendiri.

9. Dalam usaha-usaha perancangan dan pembinaan infrastruktur pihak perancang bukan sahaja mesti mengambilkira aspek-aspek ekonomi projek itu, tetapi juga mestilah memikirkan bahawa orang ramai yang mana projek itu ditujukan adalah sedia untuk menerima dan merebut peluang-peluang dari pembinaan projek pembangunan itu.Dengan cara ini sesuatu projek itu akan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya terutama sekali oleh pihak yang menerimanya. Dalam hal ini pihak-pihak perancang hendaklah mengusahakan program-program pembangunan mereka secara bersepadu supaya sesuatu projek pembangunan ini dapat memberi faedah maksima kepada rakyat.

10. Sebelum saya sudahi ucapan saya ini, sukalah saya memberikan tahniah kepada Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-Kemudahan Awam Malaysia yang bertanggungjawab bagi pembinaan jalanraya-jalanraya Persekutuan di Negeri Sabah ini, kepada Kerajaan Negeri Sabah, dan kepada Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah yang menjadi badan pelaksana bagi projek-projek jalanraya ini.

11. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pemandu yang mengandungi semua badan-badan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan yang telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan baik dan sempurna.

12. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, saya dengan sukacitanya mengistiharkan lebuhraya ini dibuka dengan rasminya.

Terima kasih.

Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
19 November 1981

(Dipetik dari: Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif)

Monday, December 10, 2012

Sejarah Lebuhraya Kuala Lipis-Gua Musang FT8 / Kuala Lipis-Gua Musang Highway FT8 history

Salam sejahtera,

Saya percaya ramai pengguna jalan raya terutamanya anak-anak Kelantan yang merantau ke ibu kota sering menggunakan Jalan Persekutuan 8 (atau sering digelar "Jalan Nombor 8") untuk berulang-alik ke kampung bukan? Terima kasih kerana sudi memartabatkan laluan tersebut dengan menggunakan kod laluan dengan betul. Sememangnya Jalan Persekutuan 8 ini sangat berjasa kepada anak-anak Kelantan kerana tanpa jalan tersebut, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu boleh mencecah lebih 700 km. Namun, setelah siapnya Jalan Persekutuan 8, jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu kini hanya lebih kurang 470 km sahaja.

Jalan Persekutuan 8 boleh dikatakan sebagai jalan raya persekutuan tulang belakang utama yang terakhir disiapkan di Semenanjung Malaysia, kerana jajaran terakhir FT8 yang dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lipis-Gua Musang dibina pada tahun 1981 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986. Ironinya, jajaran dari Bentong ke Kuala Lipis dibina semasa zaman penjajahan British berikutan penjajah British menjadikan Kuala Lipis sebagai ibu negeri Pahang sebelum berpindah ke Kuantan pada tahun 1955. Pendahulunya iaitu Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang siap dibina pada tahun 1983. Sebelum itu, pekan Gua Musang hanya boleh diakses melalui kereta api sahaja. Dengan siapnya jajaran Lebuhraya Kuala Lipis-Gua Musang pada tahun 1986, Jalan Persekutuan 8 menjadi laluan utama bagi pemandu dari Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka ke Kelantan, menjadikan laluan tersebut semakin sesak. Jalan FT8, bersama-sama dengan jalan FT9 dari Tampin ke Karak, membentuk satu laluan tulang belakang utama yang dikenali sebagai Jalan Raya Tulang Belakang Utama Tengah (Central Spine Highway).

Sungguhpun usia Lebuhraya Kuala Lipis-Gua Musang masih muda iaitu baru 26 tahun, jalan raya ini sudah banyak memakan korban berikutan laluannya yang banyak berselekoh. Apa tidaknya, keadaan jalan yang terlalu banyak berselekoh ini menyebabkan segelintir pemandu yang mengekori kenderaan perlahan hilang sabar, lantas memotong secara berbahaya. Sebab itulah sudah tiba masanya untuk kerajaan menaik taraf keseluruhan Jalan Persekutuan 8 ini daripada jalan raya tunggal 2 lorong kepada jalan raya kembar 4 lorong untuk menampung kadar aliran trafik yang tinggi.

Kali ini, saya bawakan satu lagi catatan sejarah yang jarang didokumentasikan dalam mana-mana media massa mahupun media cetak. Sebelum ini, saya pernah bawakan kepada anda mengenai sejarah Lebuhraya Karak FT2, kini saya bawakan kepada anda kisah pembinaan Lebuhraya Kuala Lipis-Gua Musang FT8. Terima kasih kepada Encik Midie yang merupakan anak jati Merapoh kerana sudi berkongsi pengalaman beliau menjadi saksi pembinaan jajaran penutup bagi Jalan Persekutuan 8 ini.




Jalan raya Merapoh



Jalan Bukit Tujuh semasa dalam pembinaan lagi.


Apabila dengar sahaja orang-orang tua kata jalan raya akan dibuka di Merapoh ni tak lama lagi, gembira sangat aku macam baru dapat hadiah walaupun pada masa tu aku budak-budak lagi. Tak silap masa tu aku dalam darjah 6. Terbayang difikiran aku Merapoh ni tak lama lagi akan ada kereta, bas, lori dan macam-macamlah seperti di Bandar Kuala Lipis atau Gua Musang.

Lepas tu tentu ada pula elektrik, air paip, siaran tv dan radio yang dah jelas, telefon dan sebagainya. Pendek kata Merapoh ni nanti setandinglah dengan tempat-tempat lain yang dah lama menikmati kemudahan tu. Rasanya tak sabar-sabar nak lihat jalan raya tu siap.

Walaubagaimanapun sehingga aku tamat sekolah rendah, jalan raya ni tak siap lagi. Jadi aku kenalah naik kereta api untuk ke sekolah menengah agama di Padang Tengku. Di sekolah ni aku tinggal di asrama. Setiap kali apabila aku boleh balik ke kampung, aku selalulah tertinjau-tinjau di tingkap keretapi kalau-kalau ternampak jalan raya baru tu. Masa tu pertanyaan "Dah setakat mana jalan raya ni siap?" selalu bermain difikiran ku. Begitulah ambil beratnya aku kepada projek jalan raya ni. Aku rasa orang-orang Merapoh pun pada masa tu macam aku jugalah, tak sabar-sabar nak tengok jalan raya bertar ni siap.

Jalan raya ni akan menghubungkan Bandar Kuala Lipis dengan Gua Musang. Mengikut cerita orang, jalan raya tu nanti dari Kuala Lipis akan melalui kampung-kampung seperti Kechau Tui, Pagar Sasak, Dada Kering, Chegar Perah, Sg. Temau, Sg. Yu, Kubang Rusa, Telok Gunung, Merapoh, Mentara sampailah ke Gua Musang. Sementara Kuala Lipis dah ada jalan raya sampai ke Kuala Lumpur manakala Gua Musang pula dah ada jalan raya hingga ke Kota Bahru. Jadi jalan raya yang nak dibuat di Merapoh ni kira jalan penting jugalah. Jalan yang menghubungkan antara timur dan barat.

Aku masih ingat, semasa aku tingkatan 2, aku pernah lalu di jalan raya ni yang masih dalam pembinaan dengan membonceng sebuah motosikal Honda Cup lampu bulat. Aku diajak oleh abang cu untuk menemaninya membawa balik motosikal tu ke Merapoh setelah dibaiki di sebuah kedai motor di Padang Tengku. Aku tak taulah kenapa motor tu tak dibawa melalui kereta api je. Mungkin abang cu pun tak sabar-sabar nak merasa melalui jalan raya tu agaknya. Kebetulan pula pada masa tu musim hujan.





Laluan Jalan Raya Merapoh


Selepas je melalui kampung Dada Kering, motor yang kami naiki lekat tayarnya kerana tanah selut. Agak aku tempat tu dekat-dekat dengan Bukit Tujuh. Risau juga aku sebab tengok sekeliling bukannya ada orang, hutan tebal adalah! Bertambah risau lagi sebab tak tau sejauh mana lagi untuk sampai ke Merapoh ni. Lepas ke motor ni meredah selut sejauh itu? Aku risau sangat sebenarnya tapi buat tak tau jelah sebab tengok abang cu bersemangat sangat nak balik dengan motor tu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan lalu di situ. Lega sikit rasa hati bila tengok sebuah 'Land Rover' menuju ke arah kami. Kereta tu berhenti dan pemandunya menyuruh kami angkat motor dan letakkan di bahagian belakang keretanya. Katanya tak lepas motor nak lalu jalan di depan tu sebab lecak sangat. Lepas Sg. Yu nanti barulah jalan elok sikit.

Nasib baik ada orang nak menolong, kalau tidak jenuh kome bermain selut sebelum sampai ke Merapoh. Entah pukul berapa sampai ke Merapoh tak taulah tetapi masih siang lagi.

Itulah secebis kisah aku melalui jalan raya yang menghubungkan antara Lepeh dan Gua Musang semasa pembinaannya antara tahun 1981-1985.




Jalan raya dah siap. Inilah jalan raya ke Merapoh sekarang.
Gambar ini diambil di kawasan Sungai Temau-Chegar Perah, dekat dah dengan Bukit Tujuh.



Rencana asal oleh: Midie Merapoh