tag:blogger.com,1999:blog-61621445602051897712024-02-26T05:13:10.262+08:00Blog Jalan Raya Malaysia (Malaysian Highway Blog)The first dedicated Malaysian highway blog by a Malaysian highway fansquall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.comBlogger596125tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-69719184468568439432019-03-11T13:54:00.001+08:002019-03-11T14:13:30.283+08:00Mythbuster: Kutipan tol bukan semata-mata untuk penyelenggaraan sahaja / Toll collection is not just for maintenance only

Daripada sibuk bising mengenai tol, berterima kasihlah kepada semua kakitangan syarikat konsesi termasuk jurutol & kakitangan penyelenggaraan kerana menjadikan perjalanan anda lebih selesa dengan sedikit bayaran

Salam sejahtera,

Ramai yang mempersoalkan kenapa kadar tol lebuh raya ekspres yang perlu dibayar setiap kali menggunakannya itu terasa mahal, tanpa menyedari bahawa kadar tol yang dibayar itu sebenarnya terlalu murah dan tidak setimpal dengan khidmat yang diberikan kepada pengguna - dengan kata lain, mahu servis lebuh raya bertaraf dunia tetapi kadar tol bertaraf tandas awam. Adilkah begitu...? Ada juga yang memang sedar akan kepentingan tol bagi memastikan lebuh raya terus terjaga, tetapi mahu kadar tol yang dikenakan itu hanya merangkumi kos penyelenggaraan dan hanya penyelenggaraan sahaja, tanpa menyedari bahawa pekerja penyelenggaraan & jurutol masih ada isteri & anak untuk disara. Hari ini saya akan tunjukkan kepada anda kenapa kadar tol yang kita bayar bukan sekadar untuk penyelenggaraan semata-mata.

Pertama sekali, saya ingin tegaskan kepada anda semua bahawa syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ekspres mengguna pakai model perniagaan lebuh raya ekspres sebagai perkhidmatan (expressway as a service). Model perniagaan ini bermaksud pengguna yang menggunakan lebuh raya ekspres berhak menikmati segala bentuk perkhidmatan yang disediakan di sepanjang lebuh raya, termasuklah khidmat lori tunda percuma, tandas awam percuma, dan yang paling penting, lebuh raya yang sentiasa diselenggara dan berturap cantik - selagi pengguna membayar tol dengan kadar yang setimpal dengan khidmat yang diberikan. Bagi yang tidak menggunakan lebuh raya ekspres pula tidak perlu membayar tol kerana mereka memang tidak merasa segala perkhidmatan yang ada di lebuh raya seperti yang telah saya sebutkan. Model perniagaan ini samalah seperti model perniagaan perisian sebagai perkhidmatan (software as a service) yang diguna pakai dalam Microsoft Windows 10, Adobe Creative Cloud, Apple iOS & khidmat kemas kini Android oleh para pengeluar telefon pintar yang menggunakan Android.

Konsep "lebuh raya sebagai perkhidmatan" (expressway as a service) adalah hampir sama seperti konsep "perisian sebagai perkhidmatan" (software as a service) seperti pada Windows 10

Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya menawarkan perkhidmatan penundaan percuma, khidmat pelanggan & prasarana seperti hentian rehat khas untuk pembayar tol - nikmat apa lagi yang hendak didustakan...?

(Kredit gambar: PLUS Malaysia)

Model lebuh raya ekspres sebagai perkhidmatan sebenarnya bermula daripada peringkat pembinaan sesebuah lebuh raya ekspres itu lagi. Untuk pengetahuan anda, kerajaan sama sekali tidak mengeluarkan duit walau sesen pun untuk membina lebuh raya ekspres. Sebaliknya, syarikat konsesi pula yang memohon pinjaman bank bagi membiayai pembinaan lebuh raya ekspres, di samping sebagai modal awal bagi syarikat konsesi untuk menguruskan lebuh raya ekspres kendalian mereka, termasuklah melatih para pekerja serta bagi menyerap kerugian yang selalunya dialami pada tahun-tahun terawal operasi sebelum mula mencatatkan keuntungan sebaik kadar trafik harian purata (ADT) mencapai kadar minimum yang diperlukan untuk mendapat keuntungan.

Kenapa syarikat konsesi pula yang kena pinjam duit untuk bina lebuh raya ekspres...? Kenapa tidak kerajaan sendiri yang keluarkan duit & bina...? Untuk pengetahuan anda, lebuh raya ekspres merupakan jenis jalan raya yang menduduki tangga teratas dalam hirarki jalan raya dari segi keutamaan laluan, kapasiti trafik, kelajuan operasi, darjah kawalan masuk, tahap kejuruteraan & kos pembinaannya. Apa pula yang menjadikan kos pembinaan lebuh raya ekspres sangat mahal...? Untuk membolehkan lebuh raya ekspres menyokong kelajuan reka bentuk 120 km/j, lebuh raya ekspres perlu dibina selurus mungkin, dengan kecerunan selandai mungkin, dan jejari selekoh sebesar mungkin. Selain itu, lebuh raya ekspres tidak boleh ada sebarang lintasan searas dengan mana-mana jalan raya lain serta keluar masuk lebuh raya ekspres hanya boleh melalui persimpangan bertingkat berlainan aras & dihadkan bilangannya. Untuk mengelakkan daripada pencerobohan haiwan atau manusia yang boleh membawa ancaman pelanggaran, maka lebuh raya ekspres perlu dipagar di sepanjang laluannya. Maka, sudah tentulah ia memerlukan banyak kerja-kerja penarahan bukit, penambakan tanah, serta pembinaan banyak struktur seperti jambatan, jejambat & terowong, yang tentunya melibatkan penggunaan banyak modal insan & jentera pembinaan, membawa kepada kos pembinaan yang sangat tinggi. Oleh kerana kos pembinaannya yang terlalu mahal, maka kerajaan terpaksa menswastakan pembinaannya kepada syarikat konsesi yang dilantik, yang seterusnya diberi kuasa mengutip tol bagi mendapatkan pulangan semula duit pinjaman bank yang dilaburkan untuk membina & menguruskannya.

Jadi kenapa pula anda kena bayar tol untuk menampung kos pembinaan lebuh raya...? Fikirkan logik berikut. Pernahkah anda terfikir kenapa anda perlu bayar parkir setiap kali anda meletak kereta di petak letak kereta awam di bangunan & pusat beli-belah...? Mudah sahaja jawapannya - kerana pemilik bangunan itulah yang membina bangunan & medan letak kereta itu. Jadi sudah tentulah mereka mahu mendapatkan kembali wang yang dilaburkan untuk membina bangunan yang dilengkapi medan letak kereta. Sebagai tuan tanah, sudah tentulah mereka ada hak. Cuba bayangkan apa perasaan anda apabila ada orang yang sesuka hati memparkir kereta di hadapan rumah anda tanpa membayar walau sesen pun kepada anda...? Begitu jugalah dengan lebuh raya ekspres. Ingat, status pemilikan lebuh raya ekspres ialah sebagai jalan persendirian - atau lebih tepat lagi, jalan persekutuan pengurusan persendirian. Jadi, sebagai orang yang menumpang lalu di lebuh raya milik orang lain, hormatilah hak tuan tanah ya. Jangan jadi seperti rejim Zionis yang menganggap "hak orang hak aku, hak aku tetap hak aku".

Pemandu menumpang letak kereta di petak parkir milik DBKL, maka DBKL selaku tuan tanah berhak mengenakan caj parkir - samalah rasionalnya kenapa pengguna lebuh raya perlu membayar tol

Untuk pengetahuan anda juga, lebih kurang 50% daripada hasil tol yang anda bayar itu sahaja digunakan untuk membayar balik pinjaman bank yang saya nyatakan itu. Sebab itulah golongan yang meminta tol diturunkan sekitar 40-60% wajar melupakan sahaja permintaan anda itu kerana ia tidak mampu untuk ditunaikan. Apa jadi kalau kadar tol diturunkan sebegitu melampau...? Sudah tentulah syarikat konsesi tidak mampu untuk membayar balik pinjaman bank mengikut jadual. Akibatnya, pihak bank boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat konsesi kerana mengingkari pembayaran balik pinjaman, yang boleh membawa kepada pengisytiharan muflis. Sekiranya ia berlaku, pihak mahkamah boleh mengeluarkan perintah menutup semua jalan keluar masuk lebuh raya & menyita lebuh raya tersebut sehingga ada pihak yang sanggup mengambil alihnya bagi melunaskan hutang. Jadi jangan fikir akibat buruk daripada penurunan & pemansuhan tol itu perkara main-main, kerana sekiranya ia berlaku, kita juga yang akan melopong - sudahlah lebuh raya percuma tidak dapat, lebuh raya pula ditutup & disita mahkamah. Cuma, perkara sebegitu belum pernah berlaku kerana kerajaan terdahulu cepat bertindak bagi mengelakkannya daripada berlaku - sebaik mengenal pasti syarikat konsesi yang menghadapi masalah kewangan, mereka cepat-cepat mencari syarikat lain yang lebih stabil kewangannya bagi mengambil alih lebuh raya tersebut, misalnya pengambilalihan dua lebuh raya ekspres sarat hutang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) E15 & Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) E29 oleh PLUS Malaysia.

Sekiranya syarikat konsesi diisytihar muflis kerana gagal membayar pinjaman bank, kita tidak akan dapat lebuh raya percuma tetapi sebaliknya mahkamah boleh mengarahkan penutupan lebuh raya

Seterusnya, lebuh raya yang sedang beroperasi perlu diselenggara secara berkala. Penyelenggaraan lebuh raya ekspres tidak boleh mengikut gaya penyelenggaraan jalan persekutuan yang hanya dilakukan sebaik menerima peruntukan - lebuh raya ekspres wajib diselenggara setiap hari kerana ia dibina mengikut tahap kejuruteraan jalan raya tertinggi. Itulah sebabnya kos penyelenggaraan lebuh raya ekspres sangat mahal, bersesuaian dengan tol yang dikutip setiap hari. Jika dibandingkan, jalan persekutuan hanya diselenggara mengikut peruntukan yang diberikan, bersesuaian dengan cukai jalan yang hanya dikutip setahun sekali. Pun begitu, kos penyelenggaraan lebuh raya sebenarnya semakin naik mengikut kadar inflasi, dan bilangan kenderaan yang semakin bertambah turut meningkatkan kos penyelenggaraan kerana jangka hayat permukaan lebuh raya yang semakin pendek & kesan kerosakan terhadap lebuh raya yang semakin ketara. Sebab itulah semakin bertambah bilangan kenderaan, kadar tol sewajarnya semakin naik dan bukan sebaliknya, kerana tidak mungkin berat 100 buah kereta bersamaan dengan sebuah kereta, dan sudah tentulah struktur binaan & permukaan jalan semakin lemah.

Tidak seperti jalan-jalan persekutuan yang hanya diselenggara sebaik menerima peruntukan, lebuh raya ekspres wajib diselenggara setiap hari - dan bagaimana mereka boleh melakukannya...? Melalui setiap sen duit tol yang anda bayar

Juga, lebuh raya yang sudah terlalu sesak dengan kereta juga perlu dinaik taraf & dilebarkan. Tanpa wang mencukupi, bagaimana hendak melebarkan lebuh raya...? Takkanlah hendak tambah lagi hutang bank...? Maka, kadar tol yang anda bayar itu juga membolehkan syarikat konsesi memperoleh wang mencukupi untuk menjalankan segala kerja naik taraf lebuh raya demi keselesaan pengguna tanpa perlu membuat hutang baru dengan bank. Justeru, setiap kali anda menyumpah-menyeranah kerana terperangkap dalam kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2, fikirkan semula sama ada tol yang anda bayar selama ini setimpal atau tidak - jika setimpal, sepatutnya sekarang lagi kerja naik taraf sudah berjalan.

Selain itu, jika ada pengurusan, penyelenggaraan & kutipan tol, sudah tentulah ada manusia yang mengerjakannya, dan manusia-manusia ini perlu dibayar kerana mereka mempunyai anak & isteri untuk disara. Tidak mungkin ada syarikat konsesi yang mengambil robot mahupun jin sebagai pekerja penyelenggaraan mahupun jurutol secara percuma. Sebagaimana kita sendiri yang mahukan gaji dinaikkan secara berkala, begitu jugalah mereka. Daripada duit tol yang kita bayar itulah datangnya sumber rezeki kepada mereka.

Jurutol juga manusia yang masih perlu menyara keluarga, jadi berlaku adillah kepada mereka

Ada sesiapa di kalangan anda yang berani melalui lebuh raya yang gelap pada waktu malam...? Sudah tentulah anda tidak berani kerana lebuh raya yang gelap sudah tentulah bermakna tidak selamat. Jadi lampu jalan dipasang terutamanya di persimpangan bertingkat & hentian rehat. Juga, sanggupkan anda bertayamum di tengah-tengah hentian rehat bahana tiada bekalan air...? Tidak sanggup bukan...? Maka bekalan elektrik & air disalurkan di setiap prasarana lebuh raya untuk keselesaan pengguna - dan sudah tentulah kedua-duanya datang dengan bil utiliti. Maka, kos utiliti ini turut diterapkan di dalam tol lebuh raya yang anda bayar. Tak nak bayar tol...? Anda ada pilihan untuk melalui jalan persekutuan yang gelap dengan hanya bermodalkan lampu jalan TNB, dan jika ada pun tandas awam, perlu bayar 30 sen sekali masuk.

Daripada kos-kos yang saya nyatakan di atas, hanya kos pembayaran balik hutang bank sahaja yang tetap kerana mengikut kadar faedah yang ditetapkan. Sementara itu, kos penyelenggaraan, gaji pekerja, bil utiliti, kos naik taraf & baik pulih lebuh raya pula semakin naik mengikut kadar inflasi. Maka, itulah sebabnya kenapa kenaikan kadar tol itu perlu, untuk membolehkan syarikat-syarikat konsesi menyerap segala kenaikan kos yang saya nyatakan tadi tanpa mengingkari tanggungjawab utama syarikat konsesi bagi membayar balik pinjaman bank yang digunakan sebagai modal awal membina & mengendalikan lebuh raya. Peningkatan bilangan kenderaan yang menggunakan lebuh raya sama sekali tidak menjustifikasikan rasional kenapa kadar tol lebuh raya tidak patut naik, kerana peningkatan bilangan kenderaan sebenarnya hanya meningkatkan kos untuk menyelenggara, membaik pulih & menaik taraf lebuh raya.

Jadi dengan ini, saya rumuskan komposisi yang terkandung dalam setiap ringgit tol yang anda bayar. Bagi setiap ringgit tol yang anda bayar, 50% pergi kepada bayaran balik pinjaman bank. 20% lagi pergi kepada penyelenggaraan, bil utiliti & gaji pekerja, manakala 15-20% lagi untuk kerja-kerja naik taraf & baik pulih. Akhirnya, margin keuntungan bagi syarikat konsesi lebuh raya ekspres cuma sekitar 10-15%, tidak pernah lebih daripada 15%. Sebab itulah jika ada pun diskaun tol, diskaun yang diberikan itu jarang yang melebihi 15%. Kalau ada pun diskaun tol, ia sama ada bermusim atau hanya dinikmati pengguna setia melalui program-program ganjaran kesetiaan oleh syarikat-syarikat konsesi.

Maka dengan ini, jelaslah bahawa walaupun memang benar kutipan tol itu penting untuk penyelenggaraan lebuh raya ekspres, namun mitos bahawa kutipan tol perlu hanya sekadar untuk penyelenggaraan & hanya penyelenggaraan sahaja adalah karut lagi tidak berasas. Mahu bukti lagi...? Kutipan tol yang pernah dilakukan di Jambatan Sultan Yahya Petra FT3 di Kota Bharu & Jambatan Sultan Ismail FT5 di Muar dilaksanakan bagi membayar balik pinjaman bank yang digunakan bagi kedua-dua jambatan tersebut, tetapi penyelenggaraannya pula dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti jalan-jalan persekutuan yang lain. Di samping itu juga, pecahan komposisi perbelanjaan hasil tol ini juga membuktikan bahawa mitos yang mendakwa kononnya syarikat-syarikat lebuh raya ekspres untung besar hasil kutipan tol adalah KARUT...!!! Untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh baca entri Mythbuster mengenainya di sini.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com744tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-70396730784213704832019-03-10T13:20:00.001+08:002019-03-10T13:36:02.676+08:00Penyelenggaraan jalan vs mansuh tol - biar rakyat mati berjemaah terlanggar lubang asalkan tol percuma! / Road maintenance vs abolish toll - Let many people die hitting potholes as long as the toll is free!

Kerana menuntut mansuh tol, semakin ramai rakyat mati berjemaah bahana jalan berlubang yang tidak diselenggara

Salam sejahtera,

Pada 8 Mac 2019, buat pertama kalinya dalam sejarah 147 tahun Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) sejak 1872, Menteri Kerja Raya, Baru Bian telah mengumumkan bahawa penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di seluruh negara terpaksa ditunda berikutan peruntukan yang terlalu sedikit & tidak mencukupi. Apa tidaknya, dalam Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hanya RM100 juta sahaja yang diperuntukkan untuk penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di seluruh Malaysia. Jumlah yang diberikan itu cumalah seperduapuluh sahaja daripada keperluan sebenar JKR sebanyak RM2 bilion. Meskipun Timbalan Menteri Kerja Raya, Tn. Hj. Anuar Tahir telah mengumumkan permohonan tambahan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM610 juta pada Disember 2018, namun daripada pengumuman yang telah dikeluarkan oleh Baru Bian itu, maka ia bermakna bahawa permohonan tambahan peruntukan itu akhirnya telah ditolak oleh Kementerian Kewangan (MOF) di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

Tidak disangka begitu murahnya nilai nyawa pengguna jalan raya di Malaysia

Kenapa peruntukan penyelenggaraan jalan raya tahun ini dicantas sebegitu teruk sekali...? Jika ditinjau kembali, sejak Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14, sudah begitu banyak projek infrastruktur untuk rakyat yang sudah dirancang ataupun sedang berjalan telah dicantas, atau setidak-tidaknya diturunkan kosnya. Antara projek infrastruktur berprofil tinggi yang turut menjadi mangsa ialah Jambatan Bagan Datuk, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), dan MRT3. Malah, projek MRT2 Aliran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pernah berdepan dengan ancaman pemberhentian sebelum keputusan pembatalan itu ditarik balik setelah kontraktor utamanya, MMC-Gamuda terpaksa akur menurunkan kos pembinaannya dengan membatalkan pembinaan stesen Bandar Malaysia. Meskipun sudah sebegitu banyak projek infrastruktur yang dicantas, namun episod pencantasan peruntukan infrastruktur tetap berterusan melalui pemotongan peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan - kesemuanya atas satu alasan yang sama.

Jadi apakah alasan yang sering dicanangkan bagi menjustifikasikan tindakan mencantas peruntukan projek infra rakyat & penyelenggaraan jalan raya. Alasan yang sering dicanangkan tidak lain dan tidak bukan ialah "hutang negara sudah lebih RM1 trilion". Irononya, kerajaan Pakatan Harapan sendiri pun menambah hutang baharu melalui bon Samurai. Tambah ironi lagi, meskipun sudah tahu negara ada hutang keliling pinggang, tetapi Lim Guan Eng boleh pula umumkan pembekuan kenaikan tol di 21 lebuh raya ekspres bagi tahun 2019, yang menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pampasan RM994.43 juta, atau hampir RM1 bilion kepada syarikat-syarikat konsesi.

Kenapa Menteri Kewangan sekarang membuat keputusan sebegitu dangkal sehinggakan tidak tahu membezakan antara kehendak dengan keperluan asas rakyat...? Hendak bayar pampasan konsesi, ada duit. Tapi kalau hendak hulur peruntukan penyelenggaraan jalan, tak ada duit pula, Konon alasan hutang negara RM1 trilion, tetapi cara pengukuran hutang negara itu sendiri diragui dan tidak mengikut standard antarabangsa. Kredibiliti Lim Guan Eng semakin tercalar apabila Presiden Pertubuhan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong mempersoalkan bagaimana Lim Guan Eng boleh menjadi akauntan bertauliah setahun sebelum dia tamat pengajian di Universiti Monash. Maka tidak hairanlah kenapa bagi Lim Guan Eng, tol percuma itu lebih penting daripada nilai nyawa pengguna jalan raya.

Gambar sekadar hiasan

Saya hendak bertanya kepada anda semua, adakah anda akan mati sekiranya tol lebuh raya naik...? Sepanjang sejarah peradaban manusia, tiada seorang pun manusia di muka bumi ini yang mati kerana tol lebuh raya naik. Paling teruk pun cuma dompet anda kering sekiranya anda tidak menambah nilai kad Touch 'n Go lebih awal, itu sahaja. Itu pun masih ada dua lagi talian hayat buat pengguna lebuh raya, sama ada menaiki motosikal yang memang tidak dikenakan tol, ataupun ikut jalan persekutuan. Namun, sekiranya jalan raya berlubang di sana-sini macam baru lepas perang tanpa penyelenggaraan, anda memang boleh terbunuh atau setidak-tidaknya cedera parah atau mengalami kerosakan kenderaan. Adalah amat malang buat rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Menteri Kewangan yang lebih mementingkan tol percuma bagi memancing undi daripada penyelenggaraan jalan raya bagi melindungi nyawa puluhan juta rakyat Malaysia.

Pemotongan peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan bakal merancakkan industri perikanan negara

Jika benar Lim Guan Eng begitu mengambil berat tentang nyawa pengguna jalan raya, apa kata kalau dia memotong gaji bulanannya sendiri berjumlah RM86,464 itu untuk membeli tar yang diperlukan untuk menampal jalan berlubang. Gaji sebulannya sahaja sudah cukup untuk membeli puluhan ribu kampit tar Brotherhood. Sampai bila hendak mengharapkan kumpulan Ikatan Silaturrahim Brotherhood di bawah pimpinan Lando Zawawi untuk menutup jalan berlubang...? Majoriti ahli kumpulan Brotherhood ini bukannya orang senang; kebanyakan daripada mereka berpendapatan rendah & menggunakan motosikal untuk pergi mencari rezeki. Malah, Lando sendiri terpaksa menjual motosikalnya sendiri bagi memastikan tiada lagi jalan berlubang yang tidak bertutup. Bagi mereka, nyawa pengguna jalan raya itu lebih penting. Itu barulah contoh manusia yang ada hati perut, bukannya macam seorang menteri itu yang gaji sebulannya cukup untuk membeli sebuah Honda City secara tunai tetapi langsung tidak peduli akan nasib pengguna jalan raya yang terpaksa bermain rolet Rusia setiap kali berulang-alik mencari rezeki melalui jalan raya berlubang. Beginikah rupa seorang menteri yang bermaruah...? Nobita Lim Guan Eng, maruah anda sekadar di bawah tapak kaki ahli-ahli Brotherhood.

Kepada Lim Guan Eng, selesaikan terlebih dahulu masalah peruntukan membaiki jalan berlubang sebelum hendak sembang mengenai pembekuan tol...

...atau maruah anda di bawah tapak kaki kumpulan Ikatan Silaturrahim Brotherhood

Satu lagi golongan yang terkesan daripada pemotongan peruntukan penyelenggaraan jalan raya sudah tentunya warga JKR sendiri. Saya berasa kasihan akan nasib warga JKR yang sering dijadikan beg tinju pengguna jalan raya yang berang kerana mengalami kerosakan kenderaan & kecederaan bahana jalan raya berlubang yang tidak diselenggara. Kemarahan mangsa-mangsa tersebut memang berasas kerana setiap kali aduan kerosakan jalan raya dikemukakan, alasan yang acapkali menjadi halwa telinga tidak lain dan tidak bukan ialah "kami sedang menunggu peruntukan". Hakikatnya, MOF memang tidak menyalurkan peruntukan yang diperlukan itu, tetapi tiada siapa pun di kalangan warga JKR yang berani memberikan jawapan sebenar itu kerana ia merupakan jawapan taboo yang boleh menyebabkan mereka dibuang kerja. Mahu tidak mahu, terpaksalah kakitangan JKR menelan sahaja segala caci-maki orang awam sambil berzikir "la hawla wa la quwwata illa billah" (tiada daya & tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Pengumuman penangguhan penyelenggaraan jalan persekutuan oleh Baru Bian membuktikan bahawa penemuan saya itu benar. Justeru, saya ingin menyeru kepada pengguna jalan raya sekalian agar tidak lagi menjadikan JKR sebagai beg tinju anda, tetapi sebaliknya menyalurkan kemarahan anda kepada seorang individu yang menjadi dalang di sebalik pemotongan peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan.

Jadi sudah jelas sekarang, yang manakah patut diutamakan...? Adakah anda mahu tol percuma tetapi akhirnya ramai pengguna jalan raya mati berjemaah kerana jalan raya yang berlubang di sana-sini tanpa penyelenggaraan...? Ataupun tol naik tetapi jalan raya diselenggara sempurna, selesa & selamat demi nyawa rakyat...? Orang yang tidak hormat akan nilai nyawa manusia pasti memilih "tol percuma" tanpa menghiraukan nilai nyawa pengguna jalan raya yang lain. Bagi mereka, "pergi matilah pengguna jalan raya yang lain asalkan aku dapat tol percuma". Namun, bagi yang mementingkan nilai nyawa manusia, mereka akan mengutamakan penyelenggaraan jalan raya terlebih dahulu. Setelah kesemua jalan persekutuan siap diselenggara & dibaik pulih, jika masih ada banyak lagi pendapatan negara, barulah boleh sembang tentang tol percuma. Faham...? Atau, adakah rakyat sudah tidak perlu lagi membayar cukai jalan setelah amanah rakyat untuk memastikan jalan raya sentiasa diselenggara dengan sempurna & selamat telah pun dikhianati...?

Sekadar hiasan

Kepada semua ahli keluarga mangsa nahas maut akibat jalan berlubang yang tidak diselenggara, selepas ini anda sudah tahu siapa yang patut anda salurkan segala saman & tuntutan kerosakan kenderaan mahupun kos perubatan kerana kecuaiannya menunaikan tanggungjawab menyalurkan peruntukan kepada JKR bagi membaik pulih jalan tersebut.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com134tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-40605787653567444992019-02-26T00:33:00.002+08:002019-02-26T10:12:53.794+08:00Apa sebenarnya maksud caj kesesakan / What congestion charge actually means

Ini bukannya caj kesesakan...

Ini barulah caj kesesakan

Salam sejahtera,

Sabtu lalu (23 Februari 2019) kecoh dengan pengumuman cadangan pengambilalihan 4 lebuh raya ekspres bagi memansuhkan kutipan tol di situ & menggantikan kutipan tol dengan pelaksanaan caj kesesakan. Pengumuman tersebut menerima kecaman hebat daripada rakyat, termasuklah daripada Blog Jalan Raya Malaysia sendiri. Malah, entri yang saya tulis mengenainya telah mencatatkan lebih kurang 4,500 bacaan dalam masa tidak sampai 48 jam & dikongsi sebanyak lebih 330 kali melalui Facebook. Faktor utama yang membawa kepada angka bacaan & perkongsian yang sebegitu banyak itu ialah pendedahan saya mengenai penipuan di sebalik cadangan penggantian kutipan tol kepada caj kesesakan, yang mana jika sebelum ini pengguna hanya perlu membayar tol sehingga tempoh konsesi tamat, pelaksanaan caj kesesakan akan menyebabkan pengguna terpaksa membayar seumur hidup walaupun selepas 7 keturunan.

Juga, saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa istilah "caj kesesakan" yang digunakan itu juga adalah salah sama sekali. Dalam kes ini, istilah yang sebetulnya ialah "kadar harga jalan" ataupun road pricing. Kenapa penggunaan istilah "caj kesesakan" bagi kes ini adalah salah...? Untuk mengetahui lebih lajut mengenainya, mari kita kenali dahulu maksud kedua-dua istilah ini.

Istilah "kadar harga jalan" merupakan istilah am yang merujuk kepada caj yang dikenakan bagi penggunaan sesuatu jalan. Ia biasanya digunakan bagi menjana pendapatan bagi membiayai penyelenggaraan & membayar balik pinjaman bank yang digunakan bagi membina & menguruskan sesuatu jalan, ataupun sebagai satu alat pengurusan permintaan pengangkutan bagi mengurangkan perjalanan waktu puncak, mengurangkan kesesakan jalan raya serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Antara bentuk kadar harga jalan termasuklah tol lebuh raya, caj kesesakan & caj penalti bagi menggunakan kelas-kelas kenderaan tertentu (seperti penalti penggunaan kenderaan yang tidak melepasi piawaian emisi terkini yang ditetapkan).

Sementara itu pula, "caj kesesakan" pula merupakan satu cabang khusus kadar harga jalan, yang mana caj bayaran dikenakan bagi memasuki kawasan pusat bandar raya yang sibuk. Ia dikenakan sebagai alat ekonomi bagi mengawal jumlah kemasukan kenderaan ke pusat bandar raya. Pengehadan bilangan kenderaan ke pusat bandar raya boleh jadi sama ada kerana mahu mengurangkan kesesakan, memperbaiki kualiti udara yang selama ini tercemar akibat pelepasan asap ekzos kenderaan, jalan-jalan pusat bandar raya yang terlalu sempit, memelihara peninggalan sejarah di pusat bandar raya, atau gabungan dua atau lebih sebab. Strategi penetapan kadar caj kesesakan mengawal jumlah permintaan (kadar trafik), tanpa perlu meningkatkan bekalan (jalan raya).

Perhatikan graf kos-permintaan ini. Pelaksanaan caj kesesakan akan menyebabkan kos penggunaan kereta naik sehingga menyebabkan pengguna lebih cenderung menggunakan pengangkutan awam, sekaligus membolehkan jalan tersebut menangani trafik lebih tinggi tanpa perlu dilebarkan.

Bagaimana caj kesesakan membantu mengawal ekonomi jalan raya sesuatu bandar raya...? Sila lihat pada graf kos-permintaan di atas. Tanpa sebarang bentuk tol ataupun caj kesesakan, kos perjalanan hanya akan dihadkan oleh harga bahan api, kos penggunaan kenderaan (ansuran kenderaan, penyelenggaraan berkala, dsb.) dan caj letak kereta (jika ada). Akibatnya, permintaan (bilangan kenderaan) akan meningkat mendadak sehingga tidak lagi mampu ditanggung oleh jalan raya sedia ada. Pelaksanaan caj kesesakan pula akan menyebabkan kos penggunaan kenderaan persendirian meningkat. Apabila kos penggunaan kenderaan persendirian lebih mahal daripada penggunaan pengangkutan awam, maka orang ramai akan cenderung beralih kepada penggunaan pengangkutan awam. Dengan berkurangannya bilangan kenderaan, maka jalan raya sedia ada di pusat bandar raya mempunyai lebih kapasiti untuk menampung jumlah trafik, sekaligus menggerakkan lengkuk kos ke sebelah kiri. Titik persilangan antara lengkuk kos marginal dengan lengkuk permintaan menandakan jumlah kenderaan optimum yang dirancang untuk dijadikan sasaran.

Dipendekkan cerita, tujuan sebenar caj kesesakan ialah bagi menjadikan kos penggunaan kereta persendirian ke pusat bandar raya lebih mahal daripada pengangkutan awam supaya pengguna yang tidak tahan akan kos penggunaan kereta yang mahal terpaksa beralih kepada pengangkutan awam. Maka, bilangan kereta ke pusat bandar raya akan berkurangan dan secara langsung aliran trafik pun menjadi lebih lancar. Pelaksanaan caj kesesakan sama sekali tidak mengurangkan bebanan tol seperti yang didakwa.

Justeru, melalui kedua-dua definisi yang saya nyatakan di atas, maka jelaslah bahawa istilah "caj kesesakan" yang digunakan dalam pengumuman 23 Februari bagi menggantikan mekanisme tol sebenarnya bukanlah caj kesesakan dalam erti kata sebenar, tetapi hanya sekadar penjenamaan semula mekanisme kutipan tol tetapi menggunakan istilah yang salah. Istilah sebetulnya ialah "kadar harga jalan".

Untuk mengkaji mengenai bagaimana caj kesesakan berfungsi, sudah tentulah kita perlu mengkaji Sistem Kadar Harga Jalan Elektronik (ERP; Electronic Road Pricing). Anda boleh memuat turun kadar ERP terkini Singapura di sini ataupun menggunakan peta interaktif di sini. Anda akan dapati bahawa kadar ERP pada setiap gantri adalah tidak sama. Misalnya, gantri ERP di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) arah selatan mengenakan caj maksimum SGD2.00 antara pukul 8.00 am hingga 8.25 am, dengan waktu percuma dari pukul 9.00 am hingga 7.30 am keesokan harinya. Jika dibandingkan, gantri ERP di Lebuhraya Ayer Rajah (AYE) arah ke pusat bandar raya sebelum Alexandra Road pula mengenakan caj maksimum SGD1.00 antara pukul 8.05 am hingga 8.55 am dengan waktu percuma dari pukul 9.00 am hingga 8.00 am keesokan harinya. Kadar yang berbeza-beza ini adalah hasil daripada bancian trafik bagi mengenal pasti kawasan-kawasan sesak dan waktu paling sesak di kawasan-kawasan tersebut. Hasilnya, kadar ERP disemak semula setiap suku tahun, yang mana ia boleh jadi naik atau turun bergantung kepada keadaan trafik. Semakan semula kadar ERP ini dilakukan bagi memastikan kelajuan operasi purata dapat dikekalkan dalam lingkungan 20-30 km/j di jalan arteri dan 45-65 km/j di lebuh raya ekspres.

Meskipun kadar ERP & waktu percuma adalah berbeza-beza mengikut gantri, namun kesemuanya berkongsi 3 ciri sama:-

Kadar ERP adalah percuma pada waktu malam (tidak perlu tunggu hampir tengah malam)

Tiada caj ERP dikenakan pada hari Ahad & cuti umum

Pada hari sebelum cuti am, kadar ERP adalah percuma selepas pukul 1.00 pm

Beginilah contoh sistem caj kesesakan yang benar-benar dirancang dengan teliti. Jika dibandingkan dengan "caj kesesakan" bagi menggantikan mekanisme kutipan tol yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 23 Februari 2019, ia diumumkan secara tergesa-gesa tanpa sebarang perancangan mahupun kajian awal. Malah, perbincangan dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang bakal terjejas juga langsung tak ada. Penggunaan istilah "caj kesesakan" itu sendiri adalah salah kerana caj kesesakan sepatutnya merupakan mekanisme pengehad jumlah kenderaan ke pusat bandar raya, bukannya sebagai penjenamaan semula kepada mekanisme tol. Sebaliknya, istilah yang sebetulnya ialah "kadar harga jalan". Waktu & kadar caj kesesakan pun main pukul rata sahaja, bukannya hendak kaji dahulu pukul berapa sesuatu jajaran itu sesak atau lengang. Maka, tidak hairanlah kenapa sistem "caj kesesakan" yang hendak diperkenalkan itu gagal teruk dari peringkat cadangan lagi.

Bagi pelaksanaan caj kesesakan dalam erti kata sebenar, maka sudah tentulah Kuala Lumpur seharusnya membentuk program perintis bagi pelaksanaannya. Sebenarnya, dahulu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memang pernah memberikan konsesi bagi mendirikan pondok-pondok tol di Jalan Kuching FT1 (Kamunting), Jalan Pahang, Jalan Cheras FT1, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL E37 & Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban E37 (keempat-empatnya oleh Metramac, kini ANIH Berhad) sebagai satu bentuk caj kesesakan, tetapi tempoh konsesi bagi kesemuanya sudah pun berakhir & tidak menampakkan kesan (dengan kata lain, KL tetap makin sesak). Untuk pelaksanaan yang lebih teratur, maka DBKL perlu memperuntukkan kawasan pusat bandar raya Kuala Lumpur yang disempadani Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur (KL MRR1) & memasang gantri caj kesesakan di kesemua susur keluar ke laluan utama ke pusat bandar raya. Gantri tersebut sudah semestinya menggunakan sistem Aliran Bebas Berbilang Lorong (MLFF; Multi-Lane Free Flow).

Teknologi Aliran Bebas Berbilang Lorong (MLFF) berpotensi untuk dimanfaatkan sebagai gantri bagi pembangunan sistem caj kesesakan di Kuala Lumpur

Cuma masalahnya, buat masa sekarang ini teknologi MLFF masih lagi belum matang kerana mencatatkan kadar false positive (pengguna terlepas daripada dicaj) dan false negative (pengguna dicaj dua kali) yang tinggi, di samping masalah penggunaan nombor plat yang tidak seragam. Teknologi ERP pula tidak sesuai digunakan di Malaysia disebabkan struktur tol yang berbeza & tidak dapat disesuaikan mengikut konteks Malaysia. Dalam kes ini, DBKL perlu bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya dapat tampil dengan satu sistem gantri piawai yang boleh digunakan bagi kedia-dua sistem kutipan tol & caj kesesakan supaya sekiranya sistem gantri yang diguna pakai itu menggunakan transponder seperti pada sistem ERP, pengguna hanya perlu guna satu sahaja transponder tanpa perlu beli lain.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com86tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-68135180978395662072019-02-24T01:10:00.000+08:002019-02-24T10:11:19.031+08:00Caj kesesakan pengganti tol - rahmat buat kaki kelab malam / Congestion charge to replace tolls - a blessing to night clubbers

Jemaah yang rajin berqiyamullail di kelab malam merupakan golongan utama yang menerima rahmat daripada pengumuman caj kesesakan

Salam sejahtera,

Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih bakal berlangsung pada 2 Mac ini. Seperti biasa, musim pilihan raya merupakan musim menabur janji bagi memancing undi rakyat. Seperti biasa, isu tol menjadi halwa telinga setiap kali kempen pilihan raya. Ia termasuklah pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan bahawa akan ada pengumuman penting mengenai tol dalam masa terdekat semasa berucap dalam satu ceramah politik di Batu 26 Beranang sempena PRK Semenyih. Seterusnya, apabila ditanyakan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula, beliau enggan mengulas lebih lanjut & meminta agar menunggu pengumuman lanjut mengenai isu tersebut. Namun, nada berbeza pula didengari daripada Menteri Kerja Raya sendiri, Baru Bian yang mengatakan bahawa keputusan akhir mengenai tol hanya akan dibuat setelah kajian mengenainya dijangka selesai Mei ini.

Namun, pada 23 Februari 2019 pula, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan media penuh kontroversi mengatakan bahawa kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Gamuda Berhad bagi mengambil alih 4 lebuh raya kendaliannya iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) E11, Lebuhraya Shah Alam E5, Lebuhraya Sprint E23 dan Terowong SMART E38, serta menggantikan kutipan tol di situ dengan mekanisme caj kesesakan.

Kenyataan media unilateral oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai caj kesesakan bagi menggantikan kutipan tol

Melalui mekanisme caj kesesakan tersebut, kadar caj kesesakan yang bakal dikenakan nanti adalah seperti berikut:-

Waktu luar puncak (11.00 pm-5.00 am): Percuma

Waktu puncak (5.00 am-8.00 am & 5.00 pm-8.00 pm): Mengikut kadar tol sekarang

Waktu biasa (selain waktu di atas): Diskaun 30%

Serius saya katakan bahawa idea sebegini merupakan idea paling dangkal pernah saya dengar setakat ini. Kenapa saya katakan cadangan tersebut sebagai idea dangkal...?

Rakyat tetap terpaksa terus membayar "tol" yang dijenamakan semula sebagai "caj kesesakan" - Memansuhkan tol dan menggantikannya dengan caj kesesakan tidak lebih daripada sekadar penjenamaan semula "tol" sebagai "caj kesesakan". Rakyat tetap kena bayar juga. Ia ibarat keluar mulut buaya masuk mulut naga.

Lebih banyak wang rakyat dibazirkan untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi bagi mengambil alih lebuh raya - Menamatkan konsesi lebuh raya lebih awal daripada tarikh tamat sepatutnya merupakan satu bentuk pelanggaran perjanjian konsesi. Sebab itulah setiap kali pemansuhan tol, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi, di samping pampasan kepada para pekerja yang hilang mata pencarian setelah diberhentikan kerja susulan penamatan konsesi. Lebih awal konsesi ditamatkan, maka lebih besar jugalah pampasan yang terpaksa dibayar. Buktinya, lihat sahaja apa jadi pada 3 lebuh raya yang ditamatkan kutipan tolnya pada 1 Januari 2018.

Kenyataan ini dibuat tanpa merujuk kepada Menteri Kerja Raya - Kontroversi terbesar mengenai kenyataan Pejabat Perdana Menteri ini adalah kerana ia bercanggah dengan kenyataan Menteri Kerja Raya mengenainya. Baru Bian sudah terang-terangan memaklumkan bahawa sebarang keputusan mengenai tol hanya akan dilakukan sebaik kajian mengenainya siap Mei ini, tetapi kenyataan Pejabat Perdana Menteri pula bercanggah. Siapa sebenarnya Menteri Kerja Raya ni...? Kenapa ramai sangat yang menyibuk hendak buat kerja Menteri Kerja Raya ini...? Juga pada 22 Februari 2019, Pemangku Yang Dipertua Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Emcik Sazally Saidi yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litrak Holdings yang merupakan syarikat konsesi LDP E11 juga menafikan sebarang bentuk pertemuan mahupun perbincangan mengenai isu tol.

Waktu luar puncak yang tidak masuk akal - Waktu luar puncak yang dicadangkan itu adalah dari pukul 11.00 pm hingga pukul 5.00 am. Hanya waktu tersebut sahaja kadar caj kesesakan adalah percuma. Jika dibandingkan dengan Singapura yang lebih dahulu memperkenalkan caj kesesakan yang dikenali sebagai Electronic Road Pricing (ERP), pengguna tidak dikenakan ERP pada waktu malam (biasanya selepas pukul 8.00 pm), malam hari perayaan (selepas pukul 1.00 pm), hari Ahad & cuti umum. Sistem yang hendak diperkenalkan di Malaysia pula bagaimana...? Hari Ahad & cuti am pun tetap kena bayar juga. Hanya pekerja syif tengah malam serta golongan yang berqiyamullail di kelab malam, kelab dangdut, rumah urut & rumah lacur sahaja yang menerima manfaat daripada waktu caj kesesakan percuma itu.

Keupayaan membayar semula hutang bank & penyelenggaraan berkala yang berkurangan - Jika dibandingkan dengan kadar penuh 24 jam sehari bagi kutipan tol biasa, sistem caj kesesakan yang hendak diperkenalkan itu menawarkan 6 jam waktu percuma, 6 jam waktu diskaun 30% dan 6 jam waktu kadar penuh. Secara matematiknya, ia bermaksud kutipan harian yang jauh kurang daripada sekarang. Akibatnya, keupayaan membayar hutang semakin menurun & penyelenggaraan yang selama ini boleh dilakukan setiap hari kemudian berkurangan menjadi sekali-sekala jika ada peruntukan. Akibatnya, pengguna lebuh raya akan menyumbang kepada kekayaan tauke tayar, rim & penyerap hentak selama 7 keturunan bahana lebuh raya rosak & tidak diselenggara.

Anda akan tetap membayar untuk selama-lamanya - Inilah penipuan terbesar di sebalik mekanisme caj kesesakan yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Sistem kutipan tol sedia ada mempunyai satu klausa keluar am yang sama di kesemua lebuh raya ekspres, iaitu sebaik sahaja tempoh konsesi tamat, anda tidak lagi perlu membayar tol buat selama-lamanya. Ya, percuma selama-lamanya selepas tempoh konsesi tamat. Tetapi sistem caj kesesakan yang hendak diperkenalkan itu sebenarnya bermaksud rakyat tetap akan terus membayar & membayar buat selama-lamanya untuk menggunakan lebuh raya itu, meskipun selepas 7 keturunan. Macam mana, hancing tak...? Seronok tak kena tipu...?

Kesimpulannya, rancangan pemansuhan tol dan digantikan dengan caj kesesakan tidak lebih daripada satu lagi cara menipu rakyat yang mudah terpengaruh akan janji tol percuma, tetapi hakikatnya anda tetap kena terus bayar untuk selama-lamanya. Ia tidak lebih daripada sekadar menjenamakan semula perkataan "tol" kepada "caj kesesakan", yang mana akhirnya rakyat tetap dibelenggu caj kesesakan selepas baru keluar daripada belenggu tol. Pengenalan sistem caj kesesakan hanya membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan sekarang bukan sahaja tidak mampu memansuhkan tol, malah sanggup menipu rakyat kononnya mahu mengurangkan kos sara hidup bahana tol, tetapi akhirnya dibelenggu caj kesesakan yang tidak berkesudahan walaupun selepas 7 keturunan. Jika benar kerajaan sekarang betul-betul ikhlas hendak memansuhkan tol, sepatutnya lebuh raya yang dimansuhkan tolnya itu jadi percuma selama-lamanya selepas tol dimansuhkan, bukannya mencekik lagi rakyat dengan caj lain pula.

"Plaza tol" akan dijenamakan semula sebagai "plaza caj kesesakan"

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-46994216751801897332019-02-13T12:21:00.001+08:002019-02-13T12:21:38.402+08:00Pengumuman: FTRoadpedia Pantai Timur 2.0 / Announcement: FTRoadpedia Pantai Timur 2.0

Salam sejahtera,

Untuk kali keenam, saya akan menyertai rombongan FTRoadpedia anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bermula esok (14 Februari 2019) hingga 16 Februari 2019. Edisi kali ini merupakan kesinambungan kpada edisi kedua FTRoadpedia yang diadakan pada penghujung Februari 2017, juga di kawasan pantai timur.

Laluan yang bakal kami gunakan adalah seperti berikut:-

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2

Jalan Persekutuan 8 (keseluruhan laluan)

Jalan Raya Utama Tengah FT34 (separa, reviu akan digabungkan dengan FT8)

Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu FT3 (separa)

Jalan Pantai Penarik FT3685

Jalan Tepuh-Batu Rakit T147

Lebuhraya Pantai Timur E8 (Fasa 1 & Fasa 2)

Kalau diikutkan jarak, ia pastinya lebih jauh daripada yang dilalui semasa FTRoadpedia Pantai Timur sebelum ini, tetapi disebabkan edisi keenam ini turut menggunakan lebuh raya ekspres semasa perjalanan balik, maka sudah tentunya keseluruhan edisi kali ini hanya memerlukan masa 3 hari 2 malam seperti kelaziman.

Buat para peminat Blog Jalan Raya Malaysia di Kelantan, kita jumpa di Kota Bharu...!!!

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-44913548081993662972019-02-07T13:29:00.001+08:002019-02-07T13:29:14.847+08:00Pasang khemah kenduri kahwin di jalan perumahan - dibenarkan atau tidak...? / Setting up wedding feast tents on municipal roads - is it allowed or not...?

Kredit gambar: Asklegal.my

Salam sejahtera,

Musim cuti perayaan bukanlah sekadar musim untuk warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing. Ia juga musim untuk ibu bapa membawa anak-anak mereka melancong di dalam negara melalui jalan raya. Bagi yang hendak melangsungkan perkahwinan pula, masa sebeginilah yang dipilih untuk meraikan pasangan kedua-dua mempelai, memandangkan pada waktu musim cuti sekolah biasanya para tetamu yang diundang mengambil cuti panjang untuk membolehkan mereka menghadiri undangan ke majlis-majlis perkahwinan. Maka, tidak hairanlah kenapa lebuh raya utama dalam negara sering sesak setiap kali musim perayaan.

Bagi pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan di kampung, selalunya tiada masalah merana rumah-rumah kampung selalunya mempunyai tanah yang cukup luas untuk didirikan khemah mahupun untuk dijadikan medan parkir. Kalau tak cukup tempat untuk memparkir kereta, boleh tumpang di halaman rumah jiran sebelah, tak jadi masalah. Kesesakan di jalan-jalan kampung pun agak minimum kerana majoriti trafik di situ cuma dari kalangan orang-orang kampung itu juga. Kalau sesak pun, selalunya kerana hendak berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan. Namun, masalah timbul bagi yang tinggal di kawasan perumahan khususnya rumah teres - mereka selalunya terpaksa memacakkan khemah di tengah-tengah jalan kerana tiada tanah lapang untuk mendirikannya, apatah lagi untuk dijadikan medan parkir jemputan yang hadir.

Namun, adakah tindakan mendirikan khemah di tengah-tengah jalan itu tidak menyalahi undang-undang...? Baru-baru ini saya terjumpa satu entri menarik mengenainya oleh laman portal perundangan Asklegal.my mengenainya dan menemui jawapan yang pastinya memeranjatkan kita semua. Untuk makluman anda semua, perbuatan mendirikan khemah di tengah jalan bagi tujuan majlis perkahwinan, majlis kematian, kenduri tahlil dsb. sebenarnya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 kerana pemasangan khemah tersebut menyebabkan halangan kepada aliran trafik jalan raya, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan tangkapan tanpa waran & dikenakan denda tidak lebih RM500 bagi kesalahan pertama & RM1,000 bagi kesalahan berikutnya.

Terkejut...? Saya sendiri mengakui, saya pun terkejut juga. Tetapi jangan mnggelabah dahulu. Seksyen 46 (4) akta sama memberi kelonggaran untuk mendirikan halangan sementara bagi membolehkan majlis-majlis keraian, keramaian, kenduri dsb. diadakan, dengan syarat perlu memohon keizinan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selalunya, kebanyakan orang - termasuk saya sendiri - tidak ambil pusing sekiranya ada penduduk yang memacakkan khemah kenduri kahwin di tengah jalan atas dasar muafakat sesama jiran. Malah, pihak PBT sendiri pun selalunya tidak ambil pusing mengenainya, asalkan majlis berlaku dengan aman tanpa sebarang kekacauan. Namun awas, sekiranya ada jiran yang komplen mengatakan majlis tersebut menyebabkannya tidak dapat keluar masuk ke rumah sendiri, maka sudah pasti ia akan mengakibatkan keadaan huru-hara. Tuan rumah tidak fasal-fasal ditahap di dalam lokap & terpaksa membayar denda mahal, pergaduhan besar turut tercetus di kawasan kejiranan tersebut disebabkan hanya satu isu remeh. Berbaloikah begitu...? Justeru, sikap muafakat & bertolak ansur sangat penting bagi membolehkan majlis perkahwinan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden

Ok, selesai sudah penerangan mengenai isu sama ada anda boleh memacakkan khemah kenduri kahwin atau tidak. Sekarang, saya hendak sentuh pula mengenai isu pemasangan kain rentang, papan tanda atau bunting pada perabot jalan sebagai penunjuk arah ke rumah pengantin. Bahagian kedua untuk entri ini ditulis bagi memenuhi permintaan beberapa orang kakitangan PBT mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) yang komplen kerana mereka sering terpaksa menanggalkan kain rentang, papan tanda dan bunting yang sering ditinggalkan tanpa dibersihkan sebaik majlis kenduri kahwin tamat.

Dalam kad jemputan ke majlis perkahwinan biasanya akan dilampirkan dengan peta ringkas untuk ke rumah pengantin. Jika jemputan itu terdiri daripada orang tempatan biasanya tiada masalah untuk mencarinya, tetapi orang luar akan menghadapi masalah untuk mencari rumah pengantin, terutamanya bagi yang menjejakkan kaki buat kali pertama di situ. Maka, tuan rumah akan memasang kain rentang, bunting dan papan tanda penunjuk arah yang dibuat daripada kadbod atau kertas bercetak yang berlamina. Biasanya, kain rentang, papan tanda & bunting digantung atau dipasang pada pokok, tiang utiliti (TNB / TM) ataupun perabot jalan seperti pengadang jalan, lampu isyarat, tiang lampu mahupun papan tanda JKR.

Sepatutnya, untuk memasang kain rentang, papan tanda mahupun bunting pada perabot jalan, tuan tanah perlu memohon kebenaran daripada pemilik jalan sama ada JKR ataupun PBT. Selalunya, JKR atau PBT tidak ambil pusing mengenainya, tetapi sekiranya kesemua itu dibiarkan sahaja pada perabot jalan mereka tanpa dibersihkan, maka sudah tentulah mereka sendiri pun meradang kerana ia jelas menunjukkan sikap pengotor dan tidak bertanggungjawab di kalangan orang-orang kita. Sudahlah nak pasang tak mintak izin kepada JKR atau PBT terlebih dahulu, siap menghalang papan tanda JKR atau PBT lagi tu. Lepas habis kenduri kahwin, tak tahu pula hendak tanggalkan balik. Malulah sikit.

Antara contoh pemasangan papan tanda & bunting yang tidak dibersihkan semula selepas selesai kenduri kahwin

(Kredit gambar: En. Izham Ku Zaifah)

Justeru, kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan, fahamilah maksud sebenar di sebalik "kenduri-kendara". Ia bukan bermaksud membuat persiapan majlis dan makan-makan semata-mata. Perkataan "kenduri-kendara" juga bermaksud sebaik sahaja majlis selesai, bersihkan segala khemah yang didirikan, kemas semula rumah & kerusi meja yang digunakan, dan tanggalkan segala kain rentang, papan tanda & bunting yang didirikan, kerana perkataan "kendara" dalam Bahasa Indonesia bermaksud "angkut". Sebab itulah perkataan "kenderaan" dalam Bahasa Indonesia dieja sebagai "kendaraan". Oleh itu, tunjukkanlah kepada dunia bahawa masyarakat Malaysia bersifat pembersih dan bukannya pengotor seperti didakwa.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-69727477303597102942019-02-04T12:25:00.000+08:002019-02-04T12:56:48.607+08:00Kenapa lorong kecemasan tidak wajar dijadikan lorong trafik tambahan / Why emergency lanes are not supposed to be additional traffic lanes

Salam sejahtera,

Sempena musim cuti perayaan Tahun Baru Cina 2019, PLUS Malaysia Berhad bersama-sama Polis Diraja Malaysia merancang untuk membuka bahu jalan keras aka lorong kecemasan dari KM367.6 hingga KM360.5 Lebuhraya Utara-Selatan E1 arah utara sepanjang 7 km dekat Slim River, bertujuan bagi mengurangkan kesesakan kronik di jajaran tersebut setiap kali musim perayaan, memandangkan lokasi tersebut merupakan lokasi berlakunya cerutan trafik daripada 3 lorong sehala kepada 2 lorong sehala. Rasionalnya adalah bagi melegakan keadaan trafik di situ, memandangkan lebih 1.9 juta kenderaan dianggarkan bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini - peningkatan 24% berbanding hari-hari biasa yang mencatatkan purata 1.45 juta kenderaan.

Berikut merupakan penjelasan tambahan daripada pihak PLUS sendiri mengenai pelaksanaan pembukaan lorong kecemasan terbabit:-

Pembukaan Lorong Kecemasan hanyalah selepas pihak PLUS dan Polis membuat penilaian tentang keselamatan di lokasi.

Pembukaan Lorong Kecemasan hanya akan diadakan selepas semua papan tanda keselamatan, trak tunda (sekiranya berlaku kemalangan) serta anggota keselamatan bersedia di lokasi.

Langkah menggunakan Lorong Kecemasan ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti trafik di laluan utama yang dapat menjurus kepada laluan lebih lancar, seterusnya mengurangkan risiko kesesakan dan kemalangan.

Langkah menggunakan Lorong Kecemasan ini akan dihentikan serta-merta sekiranya keadaan keselamatan di lokasi tergugat pada bila-bila masa sahaja.

Pun begitu, saya amat menentang sekeras-kerasnya akan penggunaan lorong kecemasan untuk dijadikan lorong trafik tambahan lebuh raya. Kenapa saya menentangnya...?

Bahu jalan aka lorong kecemasan merupakan laluan larangan yang termaktub dalam Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan (RTR) 1959 & Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 - Keseluruhan jajaran lorong kecemasan di seluruh negara merupakan laluan larangan bagi sebarang jenis kenderaan motor hatta motosikal sekalipun, seperti mana tertakluk dalam Kaedah 53 RTR 1959. Hanya kenderaan kecemasan iaitu kereta polis, ambulans & kereta bomba sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan lorong kecemasan. Justeru, jika lorong kecemasan perlu dibuka sekalipun bagi menangani kesesakan lebuh raya, ia terlebih dahulu memerlukan Menteri Kerja Raya mewartakan penangguhan pelaksanaan Kaedah 53 RTR 1959 bagi jajaran terlibat di dalam Parlimen sebelum pembukaan lorong kecemasan boleh dilaksanakan, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 70 APJ 1987.

Pembukaan lorong kecemasan bakal menyebabkan lengahan terhadap kenderaan kecemasan - Ini merupakan sebab utama kenapa saya amat menentang keras akan pelaksanaan pembukaan lorong kecemasan sebagai lorong trafik tambahan. Meskipun PLUS sudah memberikan jaminan bahawa kenderaan-kenderaan kecemasan sentiasa berada di lokasi, namun ia tetap melambatkan operasi anggota pasukan keselamatan kerana turut sama terperangkap dalam kesesakan bersama-sama orang lain. Akibatnya, pesakit tetap mati sebelum sempat sampai ke hospital. Kenderaan terbakar tetap rentung sebelum bomba sempat sampai. Penyangak tetap berjaya memboloskan diri daripada dikejar polis.

Penggunaan lorong kecemasan di Slim River menggalakkan penyalahgunaan lorong kecemasan di kesemua jajaran lain di lebuh raya ekspres seluruh Malaysia - Pemandu Malaysia sangat terkenal kerana tahap disiplin yang sangat teruk di jalan raya. Tidak cukup dengan itu, mereka amat cepat sentap & melenting jika cuba didisiplinkan melalui pelbagai operasi penguatkuasaan. Lihat sahaja setiap kali operasi penguatkuasaan larangan salah guna lorong kecemasan semasa musim perayaan, pasti akan ada sebegitu ramai yang disaman kerana kebebalan mereka sendiri. Namun, meskipun sudah banyak kali disaman mereka tetap tidak serik & tiada rasa malu lagi menyesal. Tidak cukup dengan itu, pemandu Singapura yang selama ini terkenal sebagai pemandu yang (kononnya) paling berdisiplin di Asia Tenggara & memiliki angka nahas jalan raya antara terendah di dunia pun ikut sama "membuat tahi" di lebuh raya Malaysia. Jadi jika para penyangak lorong kecemasan diberi kelonggaran melalui 7 km lorong kecemasan, apa akan berlaku...? Sudah pastilah mereka akan semakin menjadi-jadi menyalahgunakan lorong kecemasan di kesemua jajaran lain tanpa sedikit pun rasa bersalah & rasa malu - lebih baik mereka jadi haiwan sajalah kalau peraturan pun tidak mahu ikut...!!!

Perancangan perjalanan yang teliti yang sebenarnya mengurangkan kesesakan lebuh raya ekspres, bukan pembukaan lorong kecemasan - Kesesakan lebuh raya semasa musim perayaan memang lumrah, tetapi kesannya hanya dapat dikurangkan melalui perancangan perjalanan yang teliti. Disebabkan itulah diskaun tol diberikan pada hari atau masa trafik paling kurang semasa musim perayaan untuk menarik sebahagian trafik menggunakan lebuh raya pada masa tersebut, bukannya semasa kenderaan paling banyak menggunakan lebuh raya. Juga Jadual Waktu Nasihat Perjalanan dikeluarkan bagi mengagihkan trafik mengikut segmen masa tertentu supaya kapasiti lebuh raya sedia ada dapat dimanfaatkan bagi menangani lonjakan trafik pada musim perayaan. Membuka lorong kecemasan pada hari sesak hanya sekadar mengalihkan titik cerutan di lokasi tersebut sahaja, lebuh raya E1 tetap kekal sesak juga. Sepatutnya, manfaatkan aplikasi peta dalam telefon pintar untuk mencari laluan paling kurang sesak, bukannya sudah tahu sesak pun redah juga. Apa gunanya beli telefon pintar mahal-mahal tetapi tidak tahu memanfaatkan aplikasi peta bagi merancang perjalanan...?

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-63614781031682231022019-01-30T01:52:00.001+08:002019-01-30T01:52:04.757+08:00Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baru Cina 2019 / Expressway Safety Advocation Campaign in conjunction of 2019 Chinese New Year

Salam sejahtera,

Hari ini (29 Januari 2019) saya memenuhi undangan daripada Anih Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur E8 untuk menghadiri majlis pelancaran Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baru Cina 2019 anjuran Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR). Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa perkara sebegini sudah berulang kali diadakan setiap kali musim perayaan besar seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya, tetapi ia tetap penting untuk dihebahkan kepadaumum. Sebab apa...? Pertama, musim perayaan adalah musim yang mencatatkan paling banyak nahas jalan raya. Kedua, bagi memenuhi perintah Allah dalam Surah al-'Asr yang menyuruh manusia berpesan-pesan demi kebaikan semua pihak. Tambahan pula, pihak KKR, LLM & PSKLM mahu memanfaatkan media sosial untuk menularkan satu video pendek bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan pengguna lebuh raya supaya tertib & sopan ketika menggunakan lebuh raya ekspres agar semua pengguna lebuh raya ekspres dapat pulang ke kampung bagi memanfaatkan cuti Tahun Baru Cina dengan keluarga tersayang tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Tarikh-tarikh penting

Cuti am Tahun Baru Cina 2019 adalah pada hari 5 hingga 6 Februari 2019. Biasanya masyarakat Cina akan mengambil cuti sehingga hari kelima. Namun, disebabkan masih ada satu hari bekerja, maka ramai yang akan mengambil cuti pada hari Isnin (4 Februari) supaya mereka boleh pulang ke kampung pada hari Sabtu, 2 Februari 2019. Bagi mereka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, mereka mendapat cuti tambahan sehari pada hari Jumaat (1 Februari 2019) kerana cuti Hari Wilayah. Maka, dijangkakan bahawa lebuh raya ekspres utama negara (Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 & Lebuhraya Pantai Timur E8) paling sesak pada 1, 2 dan 10 Februari, jadi elakkan daripada bertolak pada hari-hari tersebut.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia melancarkan Ops Selamat 14 yang bermula hari ini (29 Januari) hingga 12 Februari, yang menyaksikan had laju jalan persekutuan daripada 90 km/j kepada 80 km/j. Sepanjang tempoh tersebut, saman serta-merta pada kadar maksimum RM300 akan dikenakan bagi 6 kesalahan utama yang akan saya terangkan dalam bahagian berikutnya dalam entri ini. Selain itu, KKR sudah mengeluarkan arahan agar semua kerja penyelenggaraan di lebuh raya ekspres dihentikan kecuali bagi kerja-kerja kritikal sepanjang tempoh sama.

Bagi para pemandu kenderaan berat, anda dilarang daripada menggunakan lebuh raya ekspres bermula 2 hingga 4 Februari 2019, dan juga dari 9 hingga 10 Februari 2019.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad & Anih Berhad masing-masing sudah mengeluarkan Jadual Nasihat Waktu Perjalanan bagi lebuh raya ekspres kendalian mereka. Jadual Nasihat Waktu Perjalanan bagi lebuh raya ekspres kendalian PLUS Malaysia & Anih Berhad adalah seperti berikut:-

Untuk memudahkan anda mengingat kesemua tarikh penting ini, saya tulis semula secara susunan kronologi:-

29 Januari:-

Ops Selamat 14 bermula

Arahan Berhenti Kerja dikeluarkan kepada semua syarikat konsesi

31 Januari - Jadual Nasihat Waktu Perjalanan di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia mula berkuatkuasa

1 Februari - Hari Wilayah Persekutuan (hari paling sesak)

2 Februari:-

Jadual Nasihat Waktu Perjalanan dari Lembah Klang di LPT1 E8 bermula (hari paling sesak)

Larangan penggunaan kenderaan berat bermula

3 Februari - Hari terakhir Jadual Nasihat Waktu Perjalanan dari Lembah Klang di LPT1 E8

4 Februari - Hari terakhir larangan penggunaan kenderaan berat

5 Februari - Tahun Baru Cina (Diskaun tol diberikan)

8 Februari - Jadual Nasihat Waktu Perjalanan ke Lembah Klang di LPT1 E8 bermula

9 Februari - Larangan penggunaan kenderaan berat bermula

10 Februari - Hari terakhir Jadual Nasihat Waktu Perjalanan ke Lembah Klang berkuatkuasa di lebuh raya ekspres kendalian PLUS Malaysia & Anih Berhad (hari paling sesak)

12 Februari - Ops Selamat 14 tamat

Jangan lakukan 6 kesalahan ini

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, saman serta-merta RM300 akan dikenakan jika anda melakukan 6 kesalahan utama sepanjang Ops Selamat 14. Kesalahan tersebut ialah:-

Melanggar had laju

Melanggar lampu merah

Memotong di garisan berkembar

Menyalahguna lorong kecemasan

Memotong barisan

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Kadar diskaun tol

Sebanyak 25 buah lebuh raya ekspres akan memberikan diskaun antara 10 hingga 30 % pada 5 Februari 2019 iaitu pada hari pertama Tahun Baru Cina itu sendiri. Kadar diskaun mengikut lebuh raya ekspres adalah seperti berikut:-

Diskaun 30%

Lebuhraya Cheras-Kajang E7/FT1

Lebuhraya DUKE E33

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) E11

Diskaun 20%

Lebuhraya Baru Pantai (NPE) E10

Lebuhraya Besraya E9

Diskaun 15%

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) E12

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) E13

Lebuhraya Kajang SILK E18

Lebuhraya Guthrie E35

Lebuhraya Maju (MEX) E20

Jalan Pintasan Selat Klang Baru E30

Diskaun 10%

Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2

Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) E20

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) E6

Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE) E15

Jambatan Pulau Pinang E36

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) E8

Terowong SMART E38

Lebuhraya Shah Alam E5

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) E8/FT2

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) E8

Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) E22

Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) E25

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth E17

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah E28

Lebuhraya Linkedua E3 (kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang)

Plaza Tol Ampangan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) E21

Diskaun tol kali ini tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana diskaun tol diberikan pada waktu paling lengang, iaitu pada hari pertama Tahun Baru Cina itu sendiri. Keadaan lengang itu adalah disebabkan adat resam orang-orang Cina yang memerlukan mereka berada di kampung halaman masing-masing sebelum malam Tahun Baru Cina. Justeru, kepada pengguna lebuh raya selain daripada kaum Cina, gunakan hari pertama Tahun Baru Cina untuk pulang ke kampung dan berikanlah peluang kepada sahabat-sahabat kita daripada kaum Cina untuk pulang beraya bersama-sama keluarga di kampung halaman.

Pelancaran video rasmi bagi Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baru Cina 2019

Wakil-wakil syarikat konsesi bergambar kenangan bersama Menteri Kerja Raya, Ketua Pengarah Kerja Raya & Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia

Majlis pelepasan konvoi kenderaan pasukan keselamatan

Baru Bian menyampaikan beg cenderahati kepada pengguna lebuh raya bertuah

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-40263680154045657972019-01-26T20:13:00.000+08:002019-01-26T20:13:16.850+08:00Seantero: Autobahn Jerman bakal dikenakan had laju maksimum / Global: German autobahns may have maximum speed limit

Had laju kebangsaan Jerman - mandatori 50 km/j di kawasan bandar, mandatori 100 km/j di luar bandar, had laju disyorkan 130 km/j di autobahn

Salam sejahtera,

Lebuh raya capaian terkawal, juga dikenali dengan pelbagai nama seperti lebuh raya kereta (motorway), lebuh raya bebas (freeway), lebuh raya ekspres (di kebanyakan negara Asia & sesetengah negeri di Amerika Syarikat) dan pelbagai nama tempatan seperti autobahn (Jerman & Austria), autoroute (di Perancis & Quebec, Kanada), autovia (Sepanyol & Mexico), 高速道路 (kousoku douro) atau 自動車道 (jidoushadou) (Jepun) dan banyak lagi. Lebuh raya capaian terkawal merupakan jenis jalan raya yang menduduki tangga teratas dalam hirarki jalan raya kerana kapasiti trafik yang tertinggi, had laju reka bentuk tertinggi serta darjah kawalan masuk tertinggi.

Jika berbicara mengenai lebuh raya ekspres, pastinya kita akan menyebut mengenai rangkaian lebuh raya kereta (autobahn) di Jerman yang terkenal kerana tiada had laju maksimum di kebanyakan laluan. Namun, masih ada had laju disyorkan (Richtgeschwindigkeit) 130 km/j dikenakan di autobahn Jerman, yang mana anda tidak akan disaman jika memandu melebihi 130 km/j - namun, jika anda terlibat dalam kemalangan semasa menandu pada kelajuan lebih 130 km/j, anda tetap akan disaman kerana meningkatkan bahaya operasi.

Autobahn Jerman (atas) vs lebuh raya ekspres Malaysia (bawah)

Selain itu, "keistimewaan" memandu tanpa had laju maksimum hanya dinikmati pengguna kenderaan ringan iaitu kereta & motosikal. Kenderaan berat pula dikenakan had laju maksimum 80 km/j; bas ekspres yang menerima pensijilan 100 km/j pula dibenarkan memandu sehingga 100 km/j.

Had laju autobahn Jerman mengikut jenis kenderaan

Meskipun dengan ketiadaan had laju maksimum, majoriti kereta & motosikal di lebuh raya Jerman yang tidak dikenakan had laju maksimum hanya memandu lebih laju sedikit sahaja daripada had laju disyorkan yang telah diwartakan. Pejabat Alam Sekitar Persekutuan Jerman melaporkan bahawa pada tahun 1992, kelajuan operasi purata di zon tanpa had laju maksimum cumalah 132 km/j dengan hanya 51% pemandu yang memandu melebihi had laju disyorkan. Pada tahun 2006, pihak berkuasa Jerman menggunakan gelung pengesan kelajuan di dua tempat di Brandenburg, iaitu di Autobahn A9 (6 lorong; di zon had laju disyorkan 130 km/j) dan Autobahn A10 (4 lorong; di zon had laju maksimum 120 km/j). Kajian tersebut mendapati bahawa kelajuan operasi purata kereta di dua lebuh raya tersebut ialah 141.8 km/j di A9 dan 116.5 km/j di A10.

Tidak semua autobahn Jerman yang tiada had laju

Dengan ini, dapatlah disimpulkan bahawa sungguhpun diberi keisitimewaan memandu tanpa had laju maksimum, majoriti pemandu Jerman sekadar memandu lebih laju sedikit sahaja daripada had laju disyorkan. Di kawasan yang ada had laju maksimum pula, lebih kurang 85% pemandu Jerman memandu di bawah had laju maksimum. Ia jelas menunjukkan betapa berdisiplinnya para pemandu Jerman, jauh berbeza berbanding perangai ramai pemandu Malaysia yang memandu jauh melebihi had laju tetapi ada hati hendak berangan-angan mahukan lebuh raya Malaysia tidak dikenakan had laju maksimum seperti Jerman. Jangan haraplah.

Baru-baru ini terdapat satu berita yang pastinya mengecewakan golongan berjiwa kelajuan yang bercita-cita mahu merempit sakan bagaikan pelesit di autobahn Jerman. Kerajaan Jerman bercadang untuk mengenakan had laju maksimum mandatori 130 km/j di kesemua jajaran lebuh raya yang selama ini hanya dikenakan had laju disyorkan 130 km/j. Sebabnya...? Untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau & oksida nitrogen ke tahap paling minimum bagi mengelak daripada dikenakan denda oleh Kesatuan Eropah. Tambahan pula, Jerman bercita-cita mahu menjadi negara pertama yang bakal mengharamkan penggunaan kenderaan berenjin pembakaran dalaman (enjin petrol & diesel) menjelang tahun 2030.

Bagaimana pula pelaksanaan had laju maksimum dapat mengurangkan pelepasan asap pencemar udara...? Logiknya mudah sahaja. Penggunaan bahan api kereta paling jimat pada kelajuan ekonomi maksimum (lebih kurang 80-100 km/j) kerana pada kelajuan ini enjin kereta berputar pada kelajuan yang paling santai pada gear tertinggi. Contohnya, enjin kereta Honda City berputar pada 2,000 rpm sahaja pada kelajuan 100 km/j. Sementara itu, enjin kereta paling kuat makan minyak ketika di dalam bandar, diikuti ketika di lebuh raya. Kereta paling banyak menggunakan bahan api ketika di bandar kerana perlu banyak berhenti & bergerak semula dalam gear rendah. Sementara itu, di lebuh raya ekspres pula, semakin tinggi kelajuan bermakna semakin banyak bahan api yang diperlukan kerana lebih kuasa yang diperlukan untuk menggerakkan kereta. Dengan kata lain, semakin perlahan kelajuan operasi maka semakin kurang gas pencemar yang terhasil.

Bagaimana pula dengan kereta elektrik...? Bukankah kereta elektrik sifar gas pencemar...? Memang benar kereta elektrik langsung tidak menghasilkan sebarang gas pencemar, tetapi proses penjanaan tenaga pula tidak semestinya hijau. Sebahagian daripada elektrik yang dijanakan di Jerman menggunakan sumber tenaga yang tidak hijau seperti arang batu dan nuklear. Justeru, semakin laju kenderaan elektrik dipandu, semakin cepat bateri habis (ataupun, semakin banyak kilowatt jam tenaga bateri digunakan), maka semakin lama masa mengecas bateri yang diperlukan dan semakin banyak bahan api fosil yang perlu dibakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Bagi golongan berjiwa kelajuan yang kecewa akan pengumuman daripada kerajaan Jerman mengenai cadangan mengenakan had laju maksimum 130 km/j, Jerman bukanlah satu-satunya negara yang (selama ini) tidak mengenakan had laju maksimum di lebuh raya. Sebelum ini, negeri Montana di Amerika Syarikat pernah mengenakan had laju "berpatutan & munasabah" (reasonable & prudent) susulan pemansuhan had laju kebangsaan 55 bsj (90 km/j) oleh Presiden Bill Clinton pada tahun 1996, yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri bagi menetapkan had laju maksimum. Namun, susulan perbicaraan mahkamah bagi seorang pesalah trafik di Montana yang disaman kerana memandu laju yang berakhir dengan tewasnya pesalah trafik itu telah membawa kepada pewartaan had laju maksimum 75 bsj (120 km/j) di Montana pada tahun 1999.

Papan tanda peringatan had laju "berpatutan & munasabah" yang mengelirukan di Montana, AS

Sekiranya rang undang-undang pewartaan had laju maksimum autobahn 130 km/j diluluskan di Jerman, satu-satunya negara yang tiada had laju ialah pulau Isle of Man. Namun, saya ingin ingatkan anda bahawa Isle of Man hanya ada jalan raya biasa sahaja & tiada lebuh raya ekspres. Jadi cubalah merempit sakan di Isle of Man jika anda tidak sabar-sabar hendak ke rahmatullah.

Antara kompilasi nahas maut dalam perlumbaan Manx TT Superbike - cubalah merempit sakan di Isle of Man jika mahu cepat ke rahmatullah

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-779471655918976432019-01-19T21:53:00.000+08:002019-01-19T21:53:10.004+08:00Perodua Aruz vs Proton X70: Cerita dua SUV nasional / The story of two national SUVs

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk menghasilkan entri sulung bagi menyambut Tahun Baru 2019 kerana saya sudah kembali sibuk dengan kerja. Tahun Baru 2019 ini disambut dengan kehadiran bukan satu, tetapi dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) nasional, meskipun salah satu daripadanya sebenarnya dilancarkan pada penghujung tahun lalu.

SUV bukanlah genre baharu bagi kereta buatan Malaysia. SUV nasional sulung sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan Perodua Kembara. Mula dikeluarkan pada tahun 1998, Perodua Kembara yang dilencanakan semula daripada model generasi pertama Daihatsu Terios laris bagai pisang goreng panas kerana menjadi SUV paling mampu milik pada masa itu. Meskipun sekadar digerakkan oleh enjin HJ-EJ 1.3L 16 injap SOHC yang sekadar mampu menghasilkan kuasa 83 bhp pada 6,100 rpm & tork 105 N-m pada 5,100 rpm, namun Perodua Kembara terbukti gagah meredah hutan & mendaki cerun sehingga securam 25% kerana dilengkapi sistem pacuan empat roda (4WD) sepenuh masa dengan suis pengunci gear kebezaan tengah. Namun, satu-satunya kelemahan Perodua Kembara ialah kuat melahap minyak, dengan kadar penggunaan bahan api terbaik yang pernah saya capai pun sekitar 10-12 km/L. Pada Jun 2003, enjin HC-EJ asal digantikan dengan enjin K3-VE DVVT yang turut menggerakkan Perodua Myvi selama 2 generasi.

Kembara dihentikan pengeluarannya pada tahun 2006 & digantikan dengan Perodua Nautica pada tahun 2008. Ia menampilkan enjin 3SZ-VE DVVT 1.5L yang turut digunakan pada Toyota Avanza, Perodua Alza & Perodua Myvi 1.5. Sayangnya, Nautica bukan sahaja gagal mengulangi kejayaan Kembara, malah ia juga merupakan model keluaran Perodua yang paling gagal dalam sejarah, dengan jumlah jualan tidak sampai 500 unit. Punca utama kegagalan Nautica tidak lain & tidak bukan adalah disebabkan keputusan Perodua untuk mengimportnya terus dari Jepun dengan sekadar menepek logo Perodua sahaja, meyebabkan Nautica dijual dengan harga dua kali ganda Kembara. Disebabkan harga Yahudi yang dikenakan pada sebuah SUV berenjin 1.5L sahaja, Nautica dihentikan pengeluarannya dalam masa tidak sampai setahun. Sejak itu, Perodua ketandusan model SUV selama 10 tahun sehinggalah pengenalan Perodua Aruz pada 15 Januari 2019.

Sepanjang "dekad kosong" tersebut, pasaran SUV lebih banyak diisi model-model lori pikap berenjin diesel seperti Toyota Hilux, memandangkan rata-rata lori pikap yang dijual sekarang dilengkapi sistem pacuan empat roda separuh masa yang menjadikannya sesuai dilenjan ke dalam hutan. Jika ada pun SUV, model-model SUV sekarang adalah daripada jenis crossover dengan kerangka jenis monokok (jenis keluli dicap, sama seperti kereta biasa) dan bukannya jenis kerangka tangga (ladder frame) seperti lori pikap & SUV tradisional. SUV tradisional yang ada dijual di Malaysia sekarang cumalah Mitsubishi Pajero Sport & Land Rover, itu sahaja. Peralihan trend tersebut adalah susulan daripada krisis harga minyak yang membawa kepada runtuhnya pasaran SUV tradisional dan peralihan kepada SUV jenis crossover. Apa tidaknya, SUV crossover dengan kerangka monokok lebih ringan, lebih aerodinamik & lebih jimat minyak berbanding SUV tradisional yang berat dan menggunakan kerangka tangga.

Para pengeluar kereta nasional di Malaysia juga tidak ketinggalan mengikuti peralihan ini semasa mahu memperkenalkan SUV terbaru masing-masing. Proton yang kini 49% dimiliki pengeluar automotif Geely menggunakan model Geely Boyue yang merupakan sebuah SUV crossover sebagai asas untuk SUV sulung mereka. Perodua pula seperti biasa melencanakan semula Daihatsu Terios generasi ketiga sebagai SUV ketiga mereka, tetapi tidak seperti Kembara dan Nautica yang merupakan SUV tradisional dengan kerangka tangga, SUV terbaru Perodua ini pula merupakan sebuah SUV crossover. Nama yang dipilih bagi dua SUV nasional ini ialah Proton X70 dan Perodua Aruz.

Saya meilih untuk meninjau Perodua Aruz terlebih dahulu, memandangkan Aruz memang ada dipamerkan di Perodua Taman Samudera, Batu Caves, tidak jauh dari rumah saya. Perodua Aruz dilancarkan pada 15 Januari 2019 manakala saya pula meninjau Aruz pada 17 Januari. Nama Aruz ini diambil daripada perkatan "arus" sebagai simbolik kepada arus perubahan dinamik Perodua, daripada sekadar pengeluar picisan yang sekadar menyalin model-model kereta kecil Daihatsu kepada pengeluar kereta rakyat yang bukan sahaja merajai pasaran automotif tempatan, tetapi juga mampu merekabentuk kereta sendiri dari mula. Dari segi rupa luaran, ia nampak sama seperti Toyota Rush generasi kedua yang dilancarkan lebih dahulu pada 18 Oktober 2018 - rupa hadapan & belakang sama, kedua-duanya menggunakan enjin 1.5L 2NR-VE Dual VVT-i yang dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan, dan kedua-duanya boleh muat 7 tempat duduk. Err...tidakkah Aruz & Rush ini nanti akan saling berbunuhan sesama sendiri...? Untuk pengetahuan, Daihatsu Terios memang berkongsi pelantar dengan Toyota Rush. Ini bermakna, Perodua Nautica kelihatan sama seperti Toyota Rush generasi pertama, cuma bezanya ialah Nautica ada 4WD sepenuh masa & boleh muat 5 orang, manakala Rush generasi pertama boleh muat 7 orang tetapi sekadar menggunakan pacuan roda belakang sahaja. Sementara itu, Perodua Aruz dan Toyota Rush generasi kedua pula 100% sama, Jadi bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua model ini...? Jawapannya ialah melalui aksesori dan julat harga. Perodua Aruz dijual dalam julat harga RM72,900 (1.5X) hingga RM77,900 (1.5AV) manakala Toyota Rush dijual pada julat harga RM93,000 hingga RM98,000 dengan lebih banyak kelengkapan canggih.

Bahagian dalaman Aruz ini memang luas. Kerusi baris tengah cukup luas untuk memuatkan 3 orang dewasa biasa. Jika dibandingkan dengan Kembara, kerusi belakang Kembara pula agak sempit. Saya cuba masuk ke kerusi baris belakang Aruz untuk cuba membuat perbandingan dengan Perodua Alza yang juga boleh memuatkan 7 orang. Serius, kerusi baris belakang Aruz memang lebih luas daripada Alza, dengan ruang kaki yang mencukupi. Sementara itu, tombol gearnya pula mengingatkan saya kepada Toyota Avanza mahupun Toyota Vios. Seperti kereta-kereta Perodua yang lain, Aruz ini didatangkan dengan cangkuk beg tangan yang mula diperkenalkan pada Myvi generasi kedua untuk mengelakkan beg tangan daripada diragut. Suis-suis kawalan penyaman udara & butang penghidup tekan didatangkan secara standard.

Perkara yang paling saya kurang gemari mengenai Aruz ini ialah ketiadaan varian pacuan empat roda. Kesemua varian Aruz (dan juga Rush) menggunakan sistem pacuan roda belakang dan bukannya 4WD, walaupun pada varian spesifikasi tertinggi. Tetapi memang ada sebabnya kenapa Aruz menggunakan pacuan roda belakang dan bukannya 4WD seperti pada Kembara & Nautica. Aruz ini dibangunkan sebagai SUV crossover kerana kurangnya permintaan terhadap SUV tradisional yang dikatakan berat, lembab & kuat melahap minyak. Pembeli SUV crossover selalunya membelinya sebagai kereta biasa sahaja tanpa menggunakannya untuk memasuki jalan tanah merah mahupun hutan. Maka, sistem 4WD dianggap satu pembaziran yang sekadar menambah berat, beban enjin dan kos pembuatan. Apalah gunanya sistem 4WD jika ia tidak digunakan. Isu berat & beban enjin merupakan satu faktor utama yang membawa kepada runtuhnya pasaran SUV tradisional, memandangkan kedua-dua isu tersebut membawa kepada masalah penggunaan bahan api yang lahap. Dengan membuang sistem 4WD ini Aruz bukan sahaja tidak selahap Kembara mahupun Nautica, malah Aruz berjaya memperoleh status sebagai SUV subpadat EEV (kenderaan cekap tenaga) dengan penggunaan bahan api lebih kurang 15.5 km/L. Turut menyumbang kepada angka penggunaan bahan api yang cemerlang bagi kategori SUV ini ialah penggunaan sistem henti lahu (idle stop) yang membantu menjimatkan minyak terutamanya di tengah-tengah bandar raya yang sesak.

Sekarang kita pergi kepada reviu Proton X70 pula. Memandangkan dua buah kedai Proton Edar di Taman Samudera & Giant Batu Caves langsung tiada kereta bilik pameran bagi model X70, saya terpaksa ke Proton Edar Jalan Pahang yang ada kereta X70 ini. Seperti yang anda semua sedia maklum, Proton X70 ini merupakan SUV Geely Boyue yang dilencanakan semula hasil daripada pengambilalihan 49% saham Proton oleh Kumpulan Geely dari China yang sebelum ini telah menguasai Volvo. Hasilnya ialah sebuah SUV sulung Proton yang bukan sahaja merupakan kereta tercanggih Proton, tetapi juga merupakan kereta paling mewah Proton dengan harga sekitar Honda Civic "ketam". Empat varian ditawarkan iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD & Premium 2WD, dengan julat harga antara RM99,800 hingga RM123,800. Ada juga yang komplen kononnya X70 ini terlalu mahal bagi sebuah kereta nasional, tetapi buat masa sekarang ini X70 merupakan kereta yang diimport sepenuhnya dari China, yang bermaksud harga yang mahal itu disebabkan oleh cukai import yang dikenakan; pemasangan tempatan hanya akan bermula sekitar separuh tahun kedua 2019 yang pastinya akan menyaksikan penurunan harga yang ketara.

Bagaimana canggihnya kereta X70 itu...? Pertama, X70 ini merupakan kereta Proton pertama yang menggunakan panel meter jenis LCD 7 inci. Kedua, kawalan penyaman udaranya pun jenis panel sentuh LCD. Selain itu X70 dilengkapi brek parkir elektrik, mod Eco & Sport, dan lampu-lampu LED hadapan & belakang (kecuali lampu hadapan halogen pada varian terendah). Tapi ciri X70 yang paling terkenal sudah tentulah unit radio dengan skrin sentuh LCD 8 inci dengan fungsi pengecaman suara, dikuasai sistem operasi Android, digandingkan dengan sistem audio 6-8 pembesar suara Kenwood. X70 ini juga dilengkapi 6 soket USB di mana salah satu daripadanya adalah untuk sambungan ke pemacu kilat USB bagi memainkan lagu-lagu MP3 manakala yang lain hanya untuk mengecas telefon pintar.

Sekarang kita lihat pula enjinnya. Proton X70 ini menggunakan enjin Geely JLE-4G18TDB 1.8L turbo dengan pancitan terus petrol (GDI) yang menghamburkan kuasa 182 bhp pada 5,500 rpm dan tork 285 N-m antara 1,700 hingga 4,400 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Jika anda tertanya-tanya sama ada Proton X70 ini dilengkapi dengan sistem 4WD atau tidak, ya X70 dilengkapi dengan sistem 4WD, tetapi hanya pada varian pertengahan (Executive AWD) sahaja.

Saya suka penutup but yang menggunakan topang gas seperti mana Proton Persona 2007 menggunakan topang gas pada penutup but belakang. Juga, ruangan enjinnya nampak kemas dengan adanya penutup enjin, tetapi penutup enjin ini juga menyukarkan kerja-kerja mengesan kerosakan kerana kabanyakannya sudah terlindung.

Oh, saya hampir terlupa. Meskipun Proton X70 ini besar, tetapi ia cuma boleh memuatkan 5 orang sahaja. Tapi yang bagusnya, ruangan butnya sangat besar & mampu memuatkan sehingga 512L barangan. Jika dibandingkan Arus hanya boleh memuatkan 213L barangan sahaja jika kesemua kerusi dinaikkan, tetapi sekiranya kerusi baris belakang dilipat, maka kemungkinan Aruz boleh mengalahkan X70 dari segi muatan.

Jadi antara Perodua Aruz dengan Proton X70, yang manakah pilihan SUV nasional yang lebih baik...? Jika anda mahukan SUV yang murah & praktikal, maka sudah tentulah Aruz pilihan yang paling sesuai. Tetapi sekiranya anda mahukan SUV nasional yang canggih & mempunyai keupayaan 4WD, maka X70 paling sesuai. Secara jujurnya, perbandingan antara Perodua Aruz & Proton X70 bukanlah satu perbandingan yang adil kerana meskipun kedua-duanya adalah SUV, tetapi masing-masing sebenarnya berada dalam segmen harga yang berbeza. Model pesaing sebenar bagi Perodua Aruz (dan kembarnya Toyota Rush) ialah Honda BR-V, manakala model pesaing sebenar bagi Proton X70 pula ialah Honda CR-V & Mazda CX-3.

Spesifikasi Perodua Aruz 2019

Enjin: 2NR-VE 1,496 cc Dual VVT-i DOHC 16 injap 4 lejang 4 silinder sebaris sejukan cecair

Sesaran: 1,496 cc

Lubang x lejang: 72.5 x 90.6 mm

Nisbah mampatan: 11.5:1

Kuasa kuda: 103 bhp (76 kW) @ 6,000 rpm

Tork: 136 N-m @ 4,200 rpm

Transmisi: Automatik 4 kelajuan

Sistem pacuan: Pacuan roda belakang

Jarak roda: 2,685 mm

Berat kering: 1,300-1,310 kg

Muatan tangki bahan api: 45 liter

Apa yang saya suka

SUV nasional paling murah dalam pasaran sekarang

Luas & boleh muat 7 orang

SUV EEV paling jimat minyak dalam kelasnya (15.5 km/L)

Apa yang saya tidak suka

Tiada varian 4WD

Sukar dibezakan dengan Toyota Rush

Spesifikasi Proton X70 2019

Enjin: Geely JLE-4G18TDB 1,799 cc GDI turbo DOHC 16 injap 4 lejang 4 silinder sebaris sejukan cecair

Sesaran: 1,799 cc

Lubang x lejang: n/a

Nisbah mampatan: n/a

Kuasa kuda: 184 bhp (135 kW) @ 5,500 rpm

Tork: 285 N-m @ 1,700-4,400 rpm

Transmisi: Automatik 6 kelajuan

Sistem pacuan: Pacuan 4 roda (Executive AWD); Pacuan roda hadapan (varian lain)

Jarak roda: 2,670 mm

Berat kering: 1,660-1,725 kg

Muatan tangki bahan api: 60 liter

Apa yang saya suka

SUV sulung Proton yang juga merupakan model tercanggih Proton buat masa sekarang

Ada varian 4WD

Ciri-ciri SUV lebih mewah daripada Honda CR-V pada harga Honda Civic FC

Apa yang saya tidak suka

Kos servis berkala yang lebih mahal daripada Honda CR-V

Amat sukar mencari bilik pameran Proton yang siap sedia ada unit pandu uji

Pandangan hadapan Perodua Aruz dengan lampu dihidupkan

Bahagian belakang Aruz dengan lampu dihidupkan

Lampu isyarat membelok sisi

Paparan meter Aruz sebelum lampu dihidupkan...

...dan selepas enjin dihidupkan

Perodua Aruz menggunakan enjin 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i...

...yang digandingkan dengan transmisi automatik 4 kelajuan

Unit audio skrin sentuh Aruz ini merupakan komponen standard bagi semua varian

Suis-suis kawalan penyaman udara digital

Butang penghidup sentuh adalah standard bagi kesemua varian Aruz

Cangkuk beg tangan yang kini dijadikan ciri standard bagi kesemua kereta Perodua

Suis-suis tingkap kuasa dan suis kawalan cermin sisi yang sangat comel

Bahagian but belakang dengan salah satu kerusi baris belakang dilipat

Untuk melipat kerusi baris tengah untuk masuk ke baris belakang, tarik tuas ini ke hadapan,...

...dan kerusi akan terlipat dengan pantas

Tidak seperti Alza, kerusi baris belakang cukup luas dengan ruang kaki mencukupi untuk penumpang yang tinggi lampai seperti saya

Pandangan hadapan Proton X70

Pandangan sisi X70

Sempat pula budak ini menyorok

Pandangan belakang X70

Ruang but belakang X70 ini sangat besar, memandangkan X70 ini mengangkut 5 orang sahaja

Tombol gear automatik 6 kelajuan berserta panel kawalan penyaman udara digital, suis-suis mod pemanduan & brek parkir elektrik

Unit audio skrin sentuh yang digunakan oleh X70 ini sangat canggih dengan fungsi pengecaman suara, tetapi saya kurang berkenan akan peta yang digunakannya kerana tiada kod laluan

Stereng X70 ini merupakan stereng Proton dengan paling banyak butang-butang kawalan

Suis-suis tingkap kuasa

Salur udara penyaman udara untuk penumpang belakang

Enjin Geely 1.8L GDI turbo yang dikelilingi penutup ruang enjin yang menjadikannya sangat kemas

Penutup but hadapan ini menggunakan topang gas - sama seperti penutup but belakang Proton Persona 2007!

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-24162287993708780952018-12-30T00:07:00.001+08:002018-12-30T11:03:55.137+08:00Apa yang boleh dibina dengan duit RM1 bilion / What you can build with RM1 billion of money

Salam sejahtera,

Baru-baru Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan pembekuan kenaikan tol di 21 lebuh raya ekspres di Malaysia untuk tahun 2019, di mana 12 daripadanya sepatutnya sudah dijadualkan kenaikan tol pada tahun 2019. Jika sebelum ini hanya lebuh raya ekspres perbandaran di Lembah Klang sahaja yang dibekukan kenaikan tol dengan melibatkan kos RM700 juta kepada kerajaan, kali ini bilangannya meningkat kepada 21 lebuh raya ekspres di seluruh negara dengan nilai pampasan sebanyak RM994.43 juta - atau hampir RM1 bilion. Namun, langkah pembekuan kenaikan tol tersebut disambut dengan sindiran sinis oleh rakyat yang bosan akan janji pemansuhan tol yang sudah dicapati. Tambah memalukan lagi, Lim Guan Eng turut dianjingkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan.

Serius saya katakan, tindakan Lim Guan Eng yang membazirkan hampir RM1 bilion duit rakyat semata-mata hendak menghalang kenaikan tol merupakan satu tindakan yang sangat bodoh, ibarat meludah ke langit. Lebih ironik lagi, dalam entri di blog beliau bertarikh 6 Februari 2014, beliau sendiri mengkritik kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) kerana membayar pampasan RM400 juta kepada syarikat konsesi atas sebab yang sama. Kalau diikutkan, saya sendiri pun marah akan pembaziran tersebut pada masa itu, tetapi saya sedikit pun tidak menyangka bahawa rupa-rupanya beliau sendiri lebih teruk - membazirkan wang rakyat 2.5 kali ganda daripada pampasan konsesi tahun 2014 atas sebab sama.

"Perbelanjaan ini adalah untuk memanfaatkan rakyat Malaysia"...? My ass. Celah mana ia "memanfaatkan" rakyat Malaysia...? Adakah Lim Guan Eng sedar berapa banyak jalan persekutuan yang rosak dan berlubang teruk di sana-sini seperti baru lepas perang...? Adakah beliau sedar berapa banyak projek infra rakyat yang sudah dicantasnya atas alasan "negara banyak hutang & tak ada duit"...? Tapi kalau bab membakar RM1 bilion duit rakyat untuk membekukan kenaikan tol semata-mata mahu "membeli jiwa" rakyat yang sudah muak akan janji pemansuhan tol yang dicapati, ada pula duit. Ajaib betul. Dari mana datangnya duit RM1 bilion itu...? Adakah dari mesin pencetak duit, duit Petronas ataupun duit cukai rakyat Perlis, Kelantan, Sabah & Sarawak yang memang tiada lebuh raya ekspres...? Apa faedah pemansuhan tol kepada rakyat Perlis, Kelantan, Sabah & Sarawak yang memang tidak merasa lebuh raya ekspres langsung...?

Kenapa saya katakan pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya ekspres sebagai kerja bodoh lagi membazir...? Mudah sahaja. Adakah dengan membayar pampasan itu bermakna kadar tol tidak akan naik lagi buat selamanya...? Tidak sama sekali. Setiap kali kerajaan tidak meluluskan kenaikan tol, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi terlibat kerana kerajaan sudah dikira melanggar perjanjian konsesi apabila tidak meluluskan kenaikan yang dijadualkan seperti yang terkandung dalam perjanjian. Namun, pampasan yang dibayar itu hanyalah ubat tutup mulut untuk tahun ini sahaja. Kalau tahun hadapan pun tol tak naik, kena bayar lagi pampasan. Jika berterusan sehingga melepasi dua atau lebih tarikh sepatutnya bagi kenaikan tol, maka pampasan yang terpaksa dibayar juga semakin tinggi. Sekiranya kerajaan akhirnya bersetuju meluluskan kenaikan tol setelah tidak tahan membayar pampasan, maka kadar tol akan dinaikkan mendadak dan bukannya beransur-ansur. Bukankah itu satu tindakan bodoh...?

Daripada membazirkan duit rakyat membayar pampasan konsesi lebuh raya tol, lebih baik gunakan duit itu untuk naik taraf jalan persekutuan kepada lebuh raya kembar mesra rakyat

Para pembaca yang budiman lagi bijaksana sekalian, apa yang boleh anda bina dengan duit sebanyak RM1 bilion...? Anda boleh bina keseluruhan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 dari hujung ke hujung dengan duit sebanyak itu. Dengan duit RM1 bilion itu juga, anda boleh membina fasa kedua projek naik taraf Lebuhraya Tun Razak FT12 dari Paloh Hinai ke Segamat sepanjang 100 km kepada lebuh raya kembar. Selain itu, anda boleh gunakan duit RM1 bilion untuk membina hampir 30 buah sekolah. Anda juga boleh membina 2 buah hospital besar bersaiz seperti projek Hospital Kempas dengan duit sebanyak itu. Dengan duit RM1 bilion juga, anda boleh membina Jalan Kanowit-Kapit dari hujung ke hujung, siap ada baki RM200 juta lagi. Jalan berlubang...? Duit RM1 bilion juga bersamaan bajet hampir 2 tahun kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaiki jalan berlubang. Justeru, dengan duit sebanyak itu, sepatutnya kumpulan Ikatan Silaturrahim Brotherhood sudah boleh berehat & bersara daripada menampal jalan-jalan berlubang yang tidak tertampal oleh JKR.

Kepada Lim Guan Eng, selesaikan terlebih dahulu masalah peruntukan membaiki jalan berlubang sebelum hendak sembang mengenai pembekuan tol...

...atau maruah anda di bawah tapak kaki kumpulan Ikatan Silaturrahim Brotherhood

Nampak tak berapa besar nilai duit yang dibazirkan oleh Nobita Lim Guan Eng itu...? Kata negara tak ada duitlah, hutang menggununglah apa kejadah. Kenapa tak guna duit itu untuk bayar hutang negara...?

Ok, saya tahu pasti akan ada di kalangan macai politik tegar yang menuduh saya sebagai "macai pembangkang" kerana ligat menghentam Lim Guan Eng sejak akhir-akhir ini. Awal tahun ini, saya memang ada mengecam Datuk Seri Najib kerana mempolitikkan isu tol dan menggunakan perbandingan yang salah bagi menunjukkan kononnya beliau telah berjaya membina lebuh raya ekspres tanpa tol. Juga, saya pernah mematahkan hujah seorang macai tegar dari sebelah lawan yang menggunakan fakta-fakta salah lagi dangkal atas sebab sama. Di manakah macai-macai Lim Guan Eng pada ketika itu, adakah mereka berada di dalam gua...?

Kepada Datuk Seri Najib, jangan terlalu bergembira terlebih dahulu. Belajar membezakan antara "lebuh raya ekspres capaian terkawal" (controlled-access expressway) dengan "lebuh raya kembar capaian terhad" (limited-access divided highway) terlebih dahulu. Nampaknya Datuk Seri masih tidak mengambil iktibar daripada kesilapan lepas apabila membandingkan antara Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 yang merupakan lebuh raya ekspres capaian terkawal dengan Lebuhraya Pan Borneo yang merupakan lebuh raya kembar capaian terhad. Langsung tidak sama kelas, sepatutnya enggang sama enggang, pipit sama pipit. Jangan lupa, tujuan utama saya menulis entri kali ini adalah untuk membalun, membantai & menghentam politikus-politikus Malaysia yang tidak habis-habis mempolitikkan isu jalan raya dan isu tol.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-81467309418343798332018-12-21T18:29:00.003+08:002018-12-21T18:29:53.744+08:00Sembang Deras: Laluan utama Jalan Tol Trans-Jawa sudah hampir siap, Malaysia pula...? / Talk Cock: Trans-Java Toll Road main route is almost completed, but Malaysia...?

Salam sejahtera,

Lebih kurang 25 tahun dahulu, Malaysia dikenali sebagai negara yang paling pantas membina lebuh raya ekspres merentasi seluruh pantai barat Semenanjung Malaysia dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru - tidak lain dan tidak bukan, Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2. Ia merupakan satu bentuk mahakarya kejuruteraan jalan raya teragung yang dibina di Malaysia pada masa itu, menjadikan Malaysia sebagai antara negara dengan jaringan jalan raya terbaik di Asia sebaris dengan Jepun, Korea Selatan, Taiwan & Singapura. Namun, itu cerita lebih kurang suku abad dahulu. Kini, Malaysia sudah pun dimalukan oleh Indonesia yang baru sahaja merasmikan empat jajaran Jalan Tol Trans-Jawa yang membolehkan pengguna lebuh raya memandu laju dari Jakarta ke Surabaya - dua bandar raya terbesar di Indonesia - di lebuh raya baharu tersebut tanpa perlu lagi keluar ke Jalur Pantura (Nasional 1) yang boleh diibaratkan sebagai Jalan Persekutuan 1 versi Indonesia.

Lebuhraya Utara-Selatan E2 berhampiran Nilai

Sebenarnya, sejarah lebuh raya ekspres di Indonesia bermula hampir serentak dengan sejarah lebuh raya ekspres di Malaysia. Malaysia membina lebuh raya ekspres pertama negara, Lebuhraya Persekutuan FT2, hasil naik taraf Jalan Kuala Lumpur-Klang FT2 kepada lebuh raya ekspres, siap pada tahun 1977. Sementara itu, jalan tol pertama Indonesia, Jalan Tol Jagorawi (Jakarta-Bogor-Ciawi) dibina selari dengan Jalan Raya Bogor (Nasional 2), bermula dari tahun 1973 & siap pada tahun 1978. Pada masa itu, ia belum diumum sebagai jalan tol. Semasa siap, kerajaan Indonesia memikirkan cara memperoleh dana kewangan untuk membayar balik pinjaman & menyelenggara lebuh raya tersebut tanpa membebankan kewangan negara. Sejak itulah Jalan Tol Jagorawi (dan kesemua lebuh raya ekspres yang dibina selepasnya) dibina sebagai lebuh raya bertol.

Yang mana lebih keren, Lebuhraya Persekutuan FT2 (atas) atau Jalan Tol Jagorawi (bawah)...?

Sepanjang dekad 1980an dan 1990an, Indonesia era Suharto tertinggal jauh dalam pembinaan lebuh raya ekspres. Tatkala Malaysia dengan rancak sedang membina Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 sepanjang 802 km (termasuk NKVE E1) yang disiapkan dalam masa 14 tahun, Indonesia sekadar membina jalan-jalan tol yang pendek-pendek sahaja, itu pun sekadar berfungsi untuk menyuraikan trafik di bandar raya besar sahaja. Sewaktu Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 siap pada tahun 1994, China yang sekarang dikenali sebagai negara yang memiliki jaringan lebuh raya ekspres terpanjang di dunia hanya memiliki jaringan lebuh raya ekspres sejumlah sekitar 150 km sahaja.

Tidak cukup dengan Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2, pada tahun 1994 Malaysia mula menaiktaraf Lebuhraya Kuala Lumpur Karak E8/FT2 daripada sekadar jalan super two bertol kepada lebuh raya ekspres capaian terkawal, siap pada tahun 1998. Ia disusuli dengan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 E8 yang mula dibina pada tahun 2001 dan siap pada tahun 2003.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2 (atas) dan Lebuhraya Pantai Timur (bawah)

Namun, reputasi Malaysia sebagai antara yang memiliki jaringan jalan raya terbaik di Asia semakin tercalar. Semuanya bahana ahli-ahli politik & orang berkepentingan yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu tol. Pada tahun 1998 semasa negara dilanda krisis kegawatan ekonomi, kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 naik. Akibatnya, pengguna lebuh raya pada masa itu membantah kenaikan tol tersebut dengan cara paling bijak - dengan memboikot penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 dan membanjiri Jalan Persekutuan 1. Peristiwa itu merupakan titik-tolak kepada pindaan Perjanjian Konsesi pada tahun 1999 yang membawa kepada pelanjutan konsesi PLUS daripada tarikh asal 31 Mei 2018 kepada 31 Mei 2035. Setiap kali kerajaan tidak meluluskan kenaikan tol, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi terjejas. Menteri Kerja Raya, Baru Bian menjelaskan bahawa jumlah pampasan terkumpul lebuh raya ekspres yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat konsesi sejak 1990 hingga kini sudah lebih RM5.11 bilion, cukup untuk menaiktaraf lebih separuh daripada Jalan Persekutuan 1 kepada lebuh raya kembar.

Namun, isu tol terus didendangkan oleh ahli-ahli politik berkepentingan untuk memancing undi sehinggalah sekarang. Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun, parti-parti politik di Malaysia tidak habis-habis menjanjikan pemansuhan tol lebuh raya ekspres. Ada juga ahli politik yang memberikan formula dangkal mengenai kos pemansuhan tol seperti yang dikemukakan oleh Suneo Honekawa... eh silap, Tony Pua yang sekadar menggunakan kos pembinaan sahaja tanpa mengambil kira baki hutang syarikat konsesi dan pampasan pekerja yang perlu dibayar. Namun, sejarah telah pun membuktikan bahawa tidak kira parti mana yang menjadi kerajaan, sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan Harapan, kedua-duanya tidak mampu untuk memansuhkan tol. Jika berjaya sekalipun, harganya tetap dibayar oleh rakyat, sama ada melalui pampasan yang dibayar menggunakan wang rakyat, ataupun jalan persekutuan & negeri yang sememangnya percuma untuk rakyat rosak teruk dan berlubang di sana-sini tanpa sebarang penyelenggaraan. Ia terbukti dengan pencantasan peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2019 daripada RM330 juta di Semenanjung Malaysia kepada hanya RM80 juta sahaja, yang mana duit tersebut ditarik keluar bagi membayar pampasan RM700 kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ekspres bagi menghalang kenaikan tol lebuh raya perbandaran di Lembah Klang.

Video propaganda Tony Pua kononnya kos mengambil alih MEX E20 cuma RM1.32 bilion sahaja

Jika dibandingkan dengan Indonesia, tiada satu pun politikus-politikus mahupun parti-parti politik di sana yang menjanjikan pemansuhan tol. Orang-orang Indonesia kebanyakannya cakna dan sedar bahawa jalan tol sememangnya tidak bersifat marhaen. Kebanyakan keluarga di sana memiliki motosikal dan tidak memiliki kereta, tetapi motosikal tidak pula dibenarkan masuk di jalan-jalan tol. Di Malaysia pula, semua jenis motosikal daripada sekecil-kecil Honda EX5 sehinggalah kepada sebesar-besar Honda Gold Wing boleh menggunakan lebuh raya ekspres. Orang kita sudah sedap menggunakan lebuh raya ekspres yang sepatutnya bersifat premium pada harga yang murah lagi cikai, sebab itulah tol naik hanya 1 sen sekilometer pun bising. Disebabkan itulah Malaysia yang dahulunya gah dengan projek-projek mega lebuh raya ekspres kini semakin statik dalam pembangunan lebuh raya ekspres - sehinggakan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 E8 masih belum bermula lagi.

Projek Jalan Tol Trans-Jawa merupakan projek lebuh raya ekspres rentas negara yang pertama di Indonesia. Ia dibina bagi mengurangkan kesesakan di Jalur Pantura (Nasional 1), sebagai mana Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 dibina bagi mengurangkan kesesakan Jalan Persekutuan 1. Projek Jalan Tol Trans-Jawa mula dibangunkan seawal 1990an, tetapi pada masa itu Indonesia sering bergolak bermula dengan penggulingan Presiden Suharto. Masalah kewangan, ditambah lagi dengan pergolakan politik, menyebabkan perkembangan jalan tol di Indonesia amat perlahan. Hanya bermula pada era Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) barulah pembangunan Jalan Tol Trans-Jawa berkembang dengan pantas. Paling pantas sudah tentulah semasa era Presiden Joko Widodo, iaitu sepanjang 616 km dalam masa hanya 3 tahun (2015-2018).

Peta jajaran Jalan Tol Trans-Jawa (klik untuk besarkan)

Jalan Tol Cipali, sebahagian jajaran Jalan Tol Trans-Jawa

Pada 20 Disember 2018, Presiden Joko Widodo merasmikan 4 jajaran Jalan Tol Trans-Jawa, iaitu Jalan Tol Ngawi-Kertosono, Jalan Tol Jombang-Mojokerto, Jalan Tol Porong-Gempol dan Jalan Tol Gempol-Pasuruan. Dengan siapnya 4 jajaran jalan tol ini, maka pengguna lebuh raya boleh terus memandu dari Merak di sebelah Barat sehingga ke Pasuruan ke sebelah timur, dengan jarak keseluruhan 933 km, lebih panjang daripada mana-mana lebuh raya ekspres di Malaysia. Pembukaan keempat-empat jalan tol tersebut juga bermakna dua bandar raya terbesar di Indonesia iaitu Jakarta dan Surabaya sudah tersambung terus melalui lebuh raya ekspres. Kini, hanya tinggal Jalan Tol Pasuruan-Probolinggo dan Jalan Tol Probolinggo-Banyuwangi sahaja yang belum siap bagi melengkapkan laluan utama Jalan Tol Trans-Jawa sepanjang 1,138 km.

Kesimpulannya, kejayaan Indonesia menyiapkan sebahagian besar Jalan Tol Trans-Jawa dari Merak ke Pasuruan sejauh 933 km secara diam-diam ubi ternyata memalukan Malaysia yang tidak habis-habis mempolitikkan isu tol lebuh raya ekspres. Disebabkan perangai ahli-ahli politikus Malaysia yang suka sembang deras kononnya mampu memansuhkan tol telah merencat perkembangan lebuh raya ekspres di Malaysia. Jangankan beberapa lebuh raya ekspres yang sudah dirancang dalam Blueprint Rangkaian Jalan Raya Malaysia RMK-9, LPT3 E8 yang cuma sekitar 120+ km pun masih belum nampak bayang pelaksanaannya.

Tahun 2020 hanya tinggal setahun lebih sahaja. Semasa saya di bangku sekolah rendah, saya sering membayangkan Malaysia berupaya membina kereta terbang sendiri pada tahun 2020. Realitinya, apa yang kelihatan di Malaysia menjelang 2020 hanyalah "khinzir terbang" gara-gara sembang kencang ahli-ahli politikus yang tidak habis-habis mempolitikkan isu tol meskipun sudah menjadi kerajaan.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-1732138621578715092018-12-19T00:37:00.002+08:002018-12-19T00:50:41.094+08:00RFID Touch 'n Go vs RFID PLUS: Mana satu nak guna ni...? / Touch 'n Go RFID vs PLUS RFID: Which one to be used...?

Gambar sekadar hiasan

Salam sejahtera,

Masa sudah tinggal tidak sampai separuh purnama sahaja lagi sebelum sistem kutipan tol elektronik Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) mula dikuatkuasakan di semua lebuh raya ekspres utama. Namun, tatkala industri lebuh raya ekspres sedang bersiap-sedia untuk pelaksanaannya pada Januari 2019, sudah ada angin ribut yang bertiup kencang antara CIMB Group Holdings dan PLUS Malaysia, dua daripada tiga pemegang saham utama dalam Touch 'n Go (pemegang saham ketiga ialah MTD Equity Sdn. Bhd.). Semuanya gara-gara tindakan PLUS yang melakukan ujian percubaan penggunaan RFID yang dipautkan dengan akaun kad debit atau kad kredit sebagai mod pembayaran di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) E15, Jambatan Pulau Pinang E36 & Plaza Tol Jitra. Akibatnya, CIMB telah menghantar satu notis prosiding timbang tara terhadap PLUS pada 17 Disember 2018 serta memohon perintah injuksi daripada mahkamah untuk menghalang PLUS daripada meneruskan ujian sistem RFID mereka.

Rupa tag RFID jenis pelekat yang digunakan dalam kedua-dua ujian

Pemasangan pelekat RFID pada lampu hadapan kereta

(kredit gambar: Paul Tan)

Sebelum kita teruskan dengan krisis antara PLUS dengan CIMB, kita mulakan dahulu dengan sejarah penubuhan syarikat Touch 'n Go Sdn. Bhd. Sebelum 1996, PLUS asalnya menggunakan sistem kutipan tol elektronik proprietari yang dikenali sebagai PLUS Tag hasil kerjasama antara PLUS (melalui anak syarikatnya, Teras Teknologi Sdn. Bhd.) dengan Mitsubishi Electric Corporation Jepun. Tahap penembusan PLUS Tag pada masa itu sangat rendah disebabkan tiada integrasi antara dua atau lebih lebuh raya di bawah syarikat konsesi berbeza dan juga pengguna lebuh raya (terutamanya di Lembah Klang) terpaksa membazirkan wang membeli sebegitu banyak transponder tol elektronik daripada pengendali berbeza. Daripada situlah timbul keperluan untuk membangunkan hanya satu mod pembayaran tol elektronik yang boleh digunakan di kesemua lebuh raya ekspres, yang membawa kepada pembangunan sistem Touch 'n Go.

Pada Oktober 1996, Rangkaian Segar Sdn. Bhd. (kini Touch 'n Go Sdn. Bhd.) ditubuhkan. Lebuh raya kendalian Metramac (kini Anih Berhad) iaitu Lebuhraya Hubungan Timur-Barat E37, Plaza Tol Jalan Pahang FT2 & Plaza Tol Jalan Cheras FT1 merupakan lebuh raya pertama yang menggunakan sistem Touch 'n Go ini. Pada 12 Mei 1998, ketiga-tiga pemegang saham Rangkaian Segar iaitu CIMB, PLUS & MTD menandatangani satu perjanjian usaha sama yang menjadi perintis kepada usaha integrasi sistem kutipan tol elektronik (ETC) kepada hanya satu sahaja iaitu Touch 'n Go. Maka, PLUS mula beransur-ansur menggantikan sistem PLUS Tag kepada Touch 'n Go secara beransur-ansur.

Kenapa CIMB begitu marah sangat terhadap PLUS berkaitan isu RFID ini...? Tatkala Touch 'n Go sedang mengadakan ujian RFID beta terbuka bermula 3 September 2018, PLUS pula mengadakan ujian RFID mereka sendiri di bahagian utara, meskipun kalau diikutkan pelaksanaan RFID bagi kawasan luar Lembah Klang hanya akan dimulakan pada Januari 2019. Apa yang menjadikan CIMB begitu panas hati ialah PLUS bereksperimentasi dengan integrasi akaun kad debit atau kad kredit sebagai mod pembayaran dalam ujian RFID mereka, sedangkan ujian beta terbuka Touch 'n Go menggunakan hanya Touch 'n Go e-Wallet sebagai satu-satunya mod pembayaran mereka. Jadi sudah tentulah CIMB naik angin kerana dalam ujian RFID PLUS, CIMB tidak mendapat sebarang keuntungan daripada transaksi pembayaran tol RFID, sedangkan dalam ujian beta Touch 'n Go pula kesemua pemegang saham mendapat keuntungan daripada setiap transaksi.

Kenapa PLUS mengambil keputusan untuk bereksperimentasi dengan mod pembayaran kad kredit atau kad debit dalam ujian RFID mereka...? Sejak pelaksanaan sistem ETC sepenuhnya bermula dengan Lebuhraya Linkedua E3 & Plaza Tol Kempas, ramai pengguna lebuh raya yang komplen kerana tiada mod pembayaran alternatif selain Touch 'n Go (& Smart Tag). Situasi ini benar terutamanya tatkala baki kad Touch 'n Go sudah hampir habis dan tidak cukup untuk membayar tol; pembayaran melalui tunai pula tidak diterima sama sekali meskipun ada banyak wang tunai di tangan. Situasi sebegini tentunya menjadi lebih teruk semasa musim perayaan, memandangkan kesemua lorong tambah nilai di plaza tol ditutup. Bagaimana pula jika server Touch 'n Go lumpuh semasa hendak membayar tol...?

Jadi, pihak manakah yang saya sokong susulan isu pertikaian RFID ini...? Sejujurnya, saya amat menyokong tindakan PLUS bereksperimentasi dengan pelbagai mod bayaran kerana ia memberikan lebih peluang kepada pengguna lebuh raya untuk memilih mod pembayaran mengikut kesesuaian. Tak adillah kalau ada pengguna lebuh raya yang tersekat di plaza tol kerana baki Touch 'n Go e-Wallet tidak mencukupi tetapi pada masa yang sama mempunyai wang tunai ataupun baki akaun bank yang cukup banyak untuk membayar tol. Lagipun, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PLUS pada 18 Disember 2018, PLUS turut mendakwa bahawa tidak kurang ramai juga pengguna Touch 'n Go e-Wallet yang turut terlibat dalam sesi ujian RFID PLUS; justeru, PLUS menegaskan tidak ada pelanggaran perjanjian usaha sama dalam sesi ujian mereka. Namun, mungkin kerana PLUS melaksanakan ujian tersebut secara sendirian itulah maka CIMB tidak berpuas hati kerana tiada perbincangan awal mengenainya.

Apa pun, sama-samalah kita doakan yang baik-baik terhadap kedua-dua pihak agar isu pertikaian RFID antara CIMB dengan PLUS dapat diselesaikan dengan cara baik melalui rundingan. Kita sudah tentu tidak mahu pertikaian sebegini memberi kesan terhadap hala tuju pelaksanaan RFID dan seterusnya Sistem Aliran bebas Berbilang Lorong (MLFF) yang sudah beberapa kali tersasar. Kita sudah tentu tidak mahu kembali ke zaman di mana setiap pengguna lebuh raya di Lembah Klang terpaksa membeli sebegitu banyak transponder ETC proprietari sehingga menyemakkan cermin hadapan kereta. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga segala pertikaian dapat diselesaikan dengan cara baik.

P.S.: Apa pun, diminta agar Touch 'n Go dapat menangani segala permasalahan yang dialami oleh para tikus makmal pengguna ujian sepanjang ujian perintis terbuka RFID kerana menurut sahabat-sahabat yang sudah menguji RFID ini, ada yang tidak berpuas hati kerana palang lambat terbuka ataupun ada kalanya tidak terbuka langsung, jarak mengekor yang diperlukan terlalu besar & had laju operasi semasa memasuki pondok tol pula ada kalanya lebih perlahan daripada Smart Tag.

Contoh kegagalan yang tidak boleh diterima semasa ujian oleh laman sekutu kami PanduLaju: Palang tol tidak naik

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-17669443423922683142018-12-17T23:59:00.001+08:002018-12-18T13:41:49.648+08:00Dilema sukan bermotor akar umbi Malaysia / The Malaysian grass-root motor sports dilemma

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu, kami di Blog Jalan Raya Malaysia dan Fuel Gain Kit Kuala Lumpur mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pelumba Cub Prix negara, Md. Hafiz Nor Azman yang maut dalam nahas ketika pusingan akhir Kategori CP150 Malaysian Cub Prix AAM di Bandar Penawar, Johor pada 16 Disember 2018. Nahas tersebut membangkitkan kemarahan para peminat sukan bermotor tanah air, termasuklah bekas pelumba Cub Prix negara Haji Wazi Abdul Hamid, yang mana ramai yang mempersoalkan tahap keselamatan litar jalan raya yang digunakan dalam perlumbaan tersebut. Nahas tersebut telah mengingatkan saya kepada insiden nahas maut EIMARace 2016 di Bandar Indera Mahkota, Pahang yang mengorbankan seorang bapa dan anak perempuannya yang menonton perlumbaan tersebut.

Detik-detik terakhir Md. Hafiz sebelum terkorban dalam nahas Cub Prix Pandar Penawar

Nahas EIMARace 2016 di Kuantan yang mengorbankan seorang bapa dan seorang anaknya

Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia terkenal kerana mempunyai bala tentera papan kekunci yang terdiri daripada firma penyiasatan "Detektif Konon", makcik-makcik bawang, barisan "hakim Mahkamah Persekutuan Facebook", ustaz-ustaz Google, doktor-doktor YouTube, model-model Instagram dan banyak lagi. Dalam kedua-dua nahas ini, kita dapat saksikan sebegitu ramai hakim Mahkamah Persekutuan Facebook yang terus menjatuhkan hukuman mati terhadap penganjur kedua-dua perlumbaan tersebut tanpa terlebih dahulu mengkaji senario sukan bermotor di Malaysia.

Malaysia memiliki angkatan tentera papan kekunci (atas), firma penyiasatan Detektif Konon (tengah) dan barisan hakim Mahkamah Persekutuan Facebook (bawah) yang digeruni seantero dunia

Ku terpinga, tertanya di dalam dilema

Di Malaysia, sukan bermotor merupakan sukan yang langsung tidak bersifat marhaen kerana hanya golongan yang berduit sahaja yang mampu menyertainya. Peserta terpaksa berlumba dengan bermodalkan wang sendiri dan mencari penaja sendiri. Lihatlah bagaimana pelumba Formula Satu (F1) sulung negara, Alex Yoong mula berlumba pada tahun 1992 menggunakan wang sendiri sebelum berjaya bergelar pelumba F1 pada tahun 2001, mengharungi musim penuh memalukan apabila dipandang rendah oleh anak bangsa sendiri setelah tidak berjaya memperoleh sebarang kemenangan sepanjang berlumba dalam F1 sehingga menamatkan karier sebagai pelumba F1 setahun kemudian, dan seterusnya memenangi 3 pusingan A1GP antara 2005 hingga 2008. Juga lihatlah kegigihan pelumba rali negara Karamjit Singh yang banyak kali mengharumkan nama negara dalam sukan rali tetapi pernah mengharungi zaman getir apabila menghadapi masalah kewangan sehingga ke tahap terpaksa menjual rumahnya sendiri untuk membayar denda dan untuk mengangkut keretanya pulang ke Malaysia.

Karamjit Singh, pelumba rali yang banyak mengharumkan nama negara

Pelumba sekarang pula sangat beruntung kerana terdapat saluran yang disediakan untuk menceburi bidang sukan bermotor dengan kos permulaan yang jauh lebih rendah berbanding pelumba generasi terdahulu. Bagi sukan lumba motosikal, Malaysian Cub Prix merupakan tapak permulaan bagi kesemua pelumba negara dalam acara MotoGP & Asian Road Racing Championship. Namun, memandangkan Malaysian Cub Prix ini merupakan sukan bermotor peringkat akar umbi bersifat marhaen, maka hampir kesemua pusingan perlumbaan menggunakan litar jalan raya yang berpengadang dan berpagar menggunakan pagar mudah alih. Pemasangan sebegini membolehkan para penonton yang majoritinya merupakan penduduk tempatan menonton perlumbaan secara percuma tanpa perlu membayar tiket walau sesen pun - tidak seperti perlumbaan di litar sebenar yang memerlukan bayaran tiket yang mahal. Kos penganjuran yang rendah di litar jalan taya tertutup juga membolehkan pihak penganjur menggunakan lebihan bajet penganjuran untuk membiayai kos penganjuran & kos sewa litar di litar tertutup pula supaya penonton masih berupaya menontonnya secara percuma. Longgokan tayar buruk atau guni pasir ditempatkan di selekoh bagi menyerap impak pelanggaran sekiranya ada pelumba terjatuh di selekoh. Perlumbaan EIMARace pula lebih rendah tahap keselamatannya disebabkan bajet penganjuran yang jauh lebih kecil; semasa EIMARace 2016 di Kuantan, pihak penganjur sekadar bergantung kepada pengadang Jersey plastik dan tali bagi memisahkan kawasan litar daripada penonton dan tidak mampu untuk membeli pagar mudah alih yang biasa digunakan di litar Cub Prix.

Jika dibandingkan, perlumbaan premier seperti F1 & MotoGP diadakan di litar lumba sebenar dengan ciri keselamatan dan darjah kawalan masuk yang tertinggi. Keseluruhan litar adalah berpagar. Terdapat tembok yang memisahkan antara litar dengan tempat duduk utama (grand stand). Di selekoh terdapat longgokan tayar buruk dan perangkap pasir bagi memerangkap kenderaan yang terbabas agar tidak melantun ke arah penonton. Namun, adakah kesemua ciri keselamatan tersebut menjadi jaminan bahawa pelumba tidak akan mati...? Tidak sama sekali. Antara bukti paling ketara, Marco Simoncelli & Ayrton Senna yang maut di litar lumba sebenar yang dilengkapi ciri keselamatan tertinggi.

Detik-detik akhir Marco Simoncelli sebelum maut di Litar Sepang

Justeru, wajarkah kita mengambil alih peranan Ketua Hakim Negara dengan menjatuhkan hukuman mati kepada penganjur secara melulu tanpa memberi ruang kepada badan pemantau utama sukan bermotor negara menjalankan tugas siasatan secara menyeluruh...? Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap kes nahas EIMARace 2016 di Kuantan yang menjadi kes mahkamah selama 2 tahun. Kes tersebut berakhir dengan pengumuman Mahkamah Koroner Kuantan pada 29 Mac 2018 yang mengesahkan bahawa nahas tersebut merupakan satu bentuk kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Justeru, kita seharusnya memandang kes-kes sebegini sebagai satu bentuk bahaya pekerjaan (occupational hazard) yang tidak dapat dielakkan tetapi dapat dikurangkan, dan menyerahkan urusan siasatan kepada badan-badan bertanggungjawab seperti AAM.

Jadi jika sekiranya kesemua acara sukan bermotor akar umbi diadakan di litar sebenar yang dilengkapi ciri keselamatan tertinggi seperti Litar Sepang, adakah kita sanggup hendak membayar harga tiket yang mahal sedangkan sebelum ini tak perlu keluar duit walau sesen pun...? Tahu pula orang-orang kita kata "tiket harga Yahudi Israel". Tapi bila diadakan di litar jalan raya bertutup supaya semua orang boleh menonton secara percuma, dikatakan "mengabaikan ciri keselamatan" pula. Orang kita apa pun tak boleh, semuanya serba tak kena. Macam mana sukan bermotor kita hendak maju...? Inilah dilema yang dihadapi para penganjur sukan bermotor akar umbi.

Sekiranya sukan bermotor akar umbi sebegini dihentikan, apa akan terjadi kepada para penggiat sukan sebegini...? Anak-anak muda tiada saluran untuk melepaskan keinginan berlumba secara sah, halal dan selamat. Akibatnya, mereka kembali merempit di jalan raya. Pelumba sedia ada pula terpaksa bersara awal kerana khidmat mereka tidak lagi diperlukan oleh negara. Akibatnya, negara kerugian besar kerana hilang bakat-bakat berharga yang berpotensi mengharumkan negara ke peringkat lebih tinggi. Sementara itu pula, mahasiswa yang menceburi bidang sukan bermotor (khususnya daripada kalangan penuntut jurusan kejuruteraan automotif) pula hilang saluran untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari di kampus demi memperoleh pengalaman berharga yang membantu mereka semasa mencari kerja kelak.

Kesimpulannya, sukan bermotor sememangnya berbahaya dan boleh meragut nyawa. Kesemua pelumba memang sedar mengenainya, tetapi tetap memilih untuk kekal dalam bidang ini kerana lebih mementingkan maruah negara daripada nyawa mereka sendiri. Kemalangan maut seperti yang berlaku di Bandar Penawar itu sememangnya bahaya pekerjaan (occupational hazard) yang terpaksa dihadapi mereka. Tidak dinafikan kemungkinan ada unsur kecuaian dari segi penganjurannya, tetapi kita tidak seharusnya menjadi Detektif Konon mahupun hakim Mahkamah Persekutuan Facebook dan mengambil alih tugas badan pemantau sukan bermotor negara, tetapi memberi peluang kepada badan pemantau tersebut untuk menjalankan siasatan dan sekiranya terdapat unsur kecuaian, maka si pelakunya dikenakan tindakan yang setimpal mengikut lunas undang-undang.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-16431806093780629342018-12-15T12:49:00.003+08:002018-12-15T12:49:34.080+08:00Mobiliti Elektrik Bahagian 1: Stesen pengecas EV berkuasa solar pertama di Lebuhraya Utara-Selatan E2 / Electric Mobility Part 1: The first solar-powered EV charging station at North-South Expressway E2

Salam sejahtera,

Malaysia merupakan salah satu daripada 11 buah negara yang berkeupayaan mengeluarkan kereta sendiri bermula dari peringkat lakaran reka bentuk. Status tersebut adalah hasil daripada penubuhan dua syarikat kereta nasional iaitu Proton dan Perodua, serta syarikat motosikal nasional Modenas (Demak juga pengeluar motosikal nasional, tetapi sudah pun ditutup pada pertengahan tahun 2018). Ironinya, Malaysia ternyata jauh ketinggalan dalam perkembangan teknologi automotif. Buktinya, Perodua hanya menghentikan pengeluaran Perodua Kancil pada tahun 2009, menjadikan Kancil sebagai model kereta berkarburetor terakhir di Malaysia yang dihentikan pengeluarannya.

Perodua Kancil merupakan model kereta berkarburetor terakhir yang dihentikan pengeluarannya

Tatkala Thailand mengeluarkan motosikal kapcai pancitan bahan api pertama di dunia pada tahun 2003 melalui Honda Wave 125i, Malaysia hanya mula mengeluarkan motosikal pancitan bahan api sulung pada tahun 2013 melalui Modenas 118EFI diikuti Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection. Terkini, tatkala Jerman sedang giat berusaha menjadi negara pertama yang berhijrah kepada kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya menjelang tahun 2030, EV amat jarang kelihatan di jalan raya Malaysia, meskipun Malaysia mempunyai beberapa pengeluar motosikal elektrik seperti Eclimo, Treeletrik & Modenas.

Di manakah silapnya sehinggakan Malaysia yang ada dua syarikat kereta nasional dan sebuah syarikat motosikal nasional boleh jauh ketinggalan dalam bidang teknologi automotif...? Ada dua pihak yang seharusnya dipersalahkan. Pihak pertama yang dipersalahkan sudah tentulah kerajaan kerana terlalu lama memberikan perlindungan berlebihan kepada syarikat automotif tempatan sehingga ke tahap menyekat inovasi kerana terlalu lama berada dalam zon selesa tanpa persaingan yang adil. Jika ada pun insentif daripada kerajaan bagi menggalakkan pembangunan teknologi automotif yang hijau dan mesra alam, ia sekadar umpama melepaskan batuk berkahak hijau di tangga sahaja. Sembang kononnya mahu mengurangkan 40% pelepasan karbon menjelang 2020 tetapi hanya mula menguatkuasakan piawaian emisi Euro 4 pada tahun 2016 tatkala negara-negara Eropah sudah memasuki Euro 6. Sembang kononnya mahu menggalakkan penggunaan EV, tetapi stesen pengecas tidak pula didirikan secara giatnya. Paling kasihan sudah tentulah pengeluar EV tempatan kerana pelaksanaan dasar menggalakkan penggunaan EV oleh kerajaan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Pihak kedua yang patut dipersalahkan atas kelembapan negara dalam mengikuti perkembangan teknologi automotif hijau ialah rakyat Malaysia sendiri yang begitu skeptikal terhadap teknologi hijau baharu, terutamanya jika ia dibangunkan oleh orang Malaysia sendiri. Tatkala mekanik bawah pokok di Indonesia rata-ratanya tahu mencuci pam bahan api motor pancitan bahan api elektronik (EFI) yang tersumbat & menggodek-godek PC untuk menala unit kawalan enjin (ECU), mekanik kita masih lagi bercerita tentang karburetor paling besar yang boleh dipadankan pada sesebuah model motosikal. Tambah menyedihkan, ada mekanik yang menawarkan khidmat menurun taraf sesebuah motor EFI kepada karburetor, meskipun ia terang-terangan salah di sisi undang-undang. Bagaimana pula dengan motosikal elektrik keluaran tempatan...? Selain skuter elektrik Eclimo yang digunakan oleh KFC, rasanya itu sahajalah motosikal elektrik keluaran tempatan yang sering saya lihat di jalan raya Malaysia.

Modenas CTric sudah lama dilancarkan pada tahun 2011, tetapi masih tidak kelihatan di jalan raya Malaysia

(Kredit gambar: funtasticko.net)

Selain di KFC, rasanya itu sahajalah lokasi untuk menemui motosikal elektrik di Malaysia

Persekitaran di Malaysia sekarang telah mewujudkan situasi "ayam dan telur" yang menyukarkan penembusan EV di Malaysia. Hendak bawa masuk EV, stesen pengecas tak ada. Hendak dirikan stesen pengecas, tidak berbaloi kerana bilangan pengguna EV terlalu kurang, lebih rare daripada motosikal Yamaha RX-Z yang dianggap rare di kalangan mat-mat motor. Namun, mujurlah ada pihak yang berhasrat mahu menghentikan kitaran "ayam dan telur" ini, iaitu Malaysian Green Technology Corporation aka GreenTech Malaysia, sebuah badan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA; kini Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim).

GreenTech Malaysia merupakan pihak yang paling agresif mempromosikan penggunaan EV di Malaysia, termasuklah mendirikan stesen-stesen pengecas EV di seluruh negara. Mereka juga turut bekerjasama dengan beberapa pengeluar EV seperti Nissan, Mitsubishi, BMW & Renault untuk membawa masuk model-model EV mereka di Malaysia. Selain itu, mereka turut menjadi wakil mengedar bagi kereta Tesla Model S, sama ada menyewakannya bagi tempoh tertentu ataupun jualan secara sewa-beli. Setakat Jun 2018, terdapat lebih 1,000 buah kereta elektrik dan 249 stesen pengecas, di mana 150 daripadanya terletak di Lembah Klang.

Pada 13 Disember 2018, saya dijemput oleh PLUS Malaysia bagi menyaksikan majlis perasmian stesen pengecas EV berkuasa solar pertama di Malaysia. Ia terletak di Restoran Jejantas Ayer Keroh Arah Selatan di Lebuhraya Utara-Selatan E2. Stesen pengecas solar ini didirikan hasil kerjasama GreenTech Malaysia dengan PLUS Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pembangunan Industri (UNIDO). Lihatlah betapa seriusnya GreenTech Malaysia mahu membudayakan penggunaan EV sehingga ke tahap bekerjasama dengan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam perjalanan ke Restoran Jejantas Ayer Keroh, saya berpeluang menikmati pengalaman menaiki kereta Tesla Model S, yang mana saya akan tulis reviu mengenainya dalam episod kedua entri ini nanti. Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia, dan juga Tuan Syed Ahmad Syed Mustafa, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia.

Stesen pengecas EV ini mendapat tenaganya daripada panel solar yang memayungi bukan sahaja stesen pengecas ini sahaja tetapi juga parkir motosikal yang terletak di seberang jalan dari stesen tersebut. Tenaga elektrik arus terus (DC) yang dikumpulkan daripada panel solar tersebut kemudian disimpan ke dalam pek bateri sebelum ditukarkan kepada arus ulang-alik (AC) oleh inverter bagi bekalan elektrik sepanjang hari di stesen pengecas ini. Stesen pengecas ini mampu mengecas dua buah kereta elektrik serentak, sama ada menggunakan soket IEC62196 Jenis 2 (AC 3 fasa 400 V 16 A) bagi pengecasan biasa, ataupun soket pengecas pantas CHAdeMO (DC 480 V 125 A). Contoh kereta yang menggunakan soket IEC62196 Jenis 2 ialah Tesla Model S dan juga kereta-kereta elektrik buatan jenama-jenama Eropah, manakala soket CHAdeMO pula digunakan oleh kereta-kereta elektrik buatan Jepun seperti Nissan Leaf & Mitsubisi i-MIEV.

Gambar rajah pin bagi plag IEC62196 Jenis 2 (atas) dan plag CHAdeMO (bawah)

Dari kiri ke kanan: Plag pengecas IEC62196, CHAdeMO & Sistem Pengecas Gabungan (CCS)

Pengarah Urusan PLUS Malaysia, Datuk Azman Ismail, mendemonstrasikan cara mengecas kereta Tesla Model S menggunakan plag IEC62196 Jenis 2 (atas) & kereta Nissan Leaf menggunakan plag CHAdeMO (bawah)

Trivia: Nama CHAdeMO merupakan kependekan bagi "CHArge de MOve" yang menunjukkan bahawa ia merupakan format pengecas pantas. Ia juga diambil daripada frasa Jepun, "お茶でもいかがですか?" yang bermaksud "kita mengeteh dulu boleh?"

Langkah GreenTech memperkenalkan stesen pengecas suria ini sangat bijak, kerana pasti akan ada pihak yang memperlekehkan usaha membina stesen-stesen pengecas dengan alasan kononnya hendak menjana elektrik untuk mengecas kereta EV pun menggunakan bahan api fosil yang mencemar alam sekitar. Mereka lupa bahawa TNB juga menjana elektrik menggunakan tenaga boleh baharu seperti loji hidroelektrik. Terbaru, TNB baru sahaja menyiapkan projek ladang solar terbesar di Malaysia berkeluasan 98 hektar di Mukim Tanjung 12, Sepang, Selangor, dengan kapasiti maksimum 73.2 MW.

Ladang solar di Mukim Tanjung 12, Sepang, Selangor merupakan projek ladang solar terbesar di Malaysia

Selain Restoran Jejantas Arah Selatan, PLUS & GreenTech juga sedang merancang untuk membuka lima lagi stesen pengecas EV berkuasa solar di sepanjang rangkaian lebuh raya ekspres kendalian PLUS Malaysia, iaitu di R&R Pagoh (arah selatan), R&R Tapah (arah selatan), R&R Dengkil (arah selatan), R&R Gunung Semanggol (arah utara) & R&R Seremban (arah utara). Inisiatif sebegini selaras dengan Pelan Hala Tuju Hijau PLUS 2018-2020, yang menjadikan perjalanan jarak jauh menaiki kereta elektrik tidak lagi menjadi kerisauan pengguna EV, ditambah pula dengan keupayaan beberapa model kereta elektrik sekarang yang kini sudah mula mampu mencatatkan perjalanan setangki penuh petrol dalam sekali cas.

Namun, masih terdapat dua kerisauan saya yang perlu ditangani bagi membolehkan orang ramai berasa yakin untuk menggunakan EV. Pertama, bagaimana pula dengan motosikal elektrik yang pastinya mempunyai jarak perjalanan yang lebih pendek bagi sekali cas penuh...? Modenas CTric misalnya hanya mampu bergerak antara 30-50 km bagi sekali cas penuh. Ada 2 cara yang boleh dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada penunggang motosikal elektrik. Pertama, dirikan stesen mengecas motosikal di setiap hentian sebelah dan hentian rehat & rawat yang terdiri daripada beberapa petak parkir motosikal, beberapa biji soket 13 A biasa dan wakaf bagi membolehkan pengguna motosikal elektrik tidur sebentar, memandangkan masa mengecas motosikal elektrik adalah begitu lama - dan masa mengecas terlalu lama itulah yang menyebabkan motosikal elektrik kurang sambutan. Cara kedua yang lebih pantas pula ialah mendirikan stesen menukar bateri bagi menukar pek bateri yang sudah kehabisan kuasa dengan pek bateri yang sudah penuh dicas - konsep sama seperti menukar tong gas. Cuma masalah yang bakal timbul ialah pek bateri bagi model-model motosikal elektrik yang dijual di Malaysia tidak seragam & tidak sama saiz.

Lain pengeluar, lain bentuk bateri motosikal elektrik - ini bateri Modenas CTric

Kerisauan kedua saya ialah bagaimana pula dengan pengguna jalan persekutuan...? Soalan ini saya ajukan sendiri kepada Tuan Syen Ahmad sendiri. Menurut beliau, setakat ini pihak GreenTech belum menemui sebarang penyelesaian mengenai formula yang boleh diguna pakai bagi pengguna jalan persekutuan, yang mana memang ada logiknya. Lebuh raya ekspres merupakan persekitaran yang begitu terkawal, jadi GreenTech dapat menganggarkan jumlah sebenar stesen pengecas yang diperlukan bagi mencapai tahap mobiliti tanpa had melalui lebuh raya ekspres. Persekitaran di jalan persekutuan juga tidak begitu terkawal, jadi adalah sukar untuk mengagak keperluan bagi stesen mengecas. Namun, ada wakil GreenTech yang memaklumkan kepada saya bahawa Greentech ada perancangan untuk mendirikan stesen-stesen pengecas di Sarawak setelah Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1 siap, yang mana Lebuhraya Pan Borneo FQA1 itu sendiri sememangnya jalan persekutuan.

Jadi bagaimana hendak mendirikan stesen pengecas di jalan persekutuan...? Cadangan saya, tumpukan kepada laluan utama sahaja seperti laluan tulang belakang (Jalan Persekutuan 1, 2, 3, 4 & 5) dan beberapa jalan persekutuan yang menjadi laluan utama seperti Lebuhraya Tun Razak FT12, Jalan Persekutuan 8 & Jalan Raya Utama Tengah (CSR) FT34. Bagi tujuan ini, GreenTech Malaysia boleh cuba dapatkan kerjasama dengan agensi milik kerajaan negeri. Misalnya, hentian-hentian rehat di sepanjang Lebuh AMJ FT19 dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), jadi GreenTech boleh bekerjasama dengan PKNM untuk mendirikan stesen pengecas di Lebuh AMJ FT19.

Usaha GreenTech bekerjasama dengan pengendali lebuh raya ekspres seperti PLUS Malaysia dan juga Petronas bagi mendirikan infrastruktur mengecas EV sememangnya wajar dihargai. Ia diharap dapat memberi kemudahan kepada para pemilik EV untuk mengecas kereta masing-masing tanpa perlu tersadai di "tempat jin bertendang". Namun, usaha menggalakkan penggunaan EV oleh GreenTech pasti sia-sia jika rakyat Malaysia sendiri tidak memberikan sokongan dan jika kerajaan sendiri tidak bersungguh-sungguh menggalakkan penggunaan EV melalui dasar automotif dan penggubalan undang-undang seperti penguatkuasaan piawaian emisi dan pelaksanaan cukai pencemaran.

Ok, bagaimana pula rasanya menaiki kereta Tesla Model S dari Persada PLUS ke Restoran Jejantas Ayer Keroh...? Ikuti reviu mengenainya dalam episod kedua siri ini.

Stesen pengecas EV berkuasa solar ini mampu mengecas dua buah kereta elektrik serentak

Stesen pengecas ini mendapat tenaga elektrik daripada panel solar yang turut memayungi petak parkir motosikal berhampiran

Ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan PLUS Malaysia, Datuk Azman Ismail, & Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia, Tuan Syed Ahmad Syed Mustafa

Gimik pelancaran oleh Datuk Azman & Tuan Syed Ahmad

Berposing bersama-sama plag pengecas CHAdeMO

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-69853115591435735982018-11-21T13:23:00.001+08:002018-11-25T18:45:39.527+08:00Malaysia Local Route: Memartabatkan jalan raya Malaysia melalui perniagaan / Upbringing the prestige of Malaysian highways through businesses

Pitstop A76 Lenggong, perintis kepada usaha memartabatkan jalan raya melalui perniagaan

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana lama tidak menulis susulan keadaan cuaca akhir-akhir ini yang tidak mengizinkan dan tidak kondusif untuk saya menulis. Sempena ulang tahun ketujuh Blog Jalan Raya Malaysia, saya ingin membawakan kepada anda satu inisiatif memartabatkan jalan raya Malaysia oleh sekumpulan komuniti peniaga yang dikenali sebagai kumpulan Malaysia Local Route.

Komuniti Malaysia Local Route merupakan komuniti peniaga yang bermatlamat memartabatkan jalan raya Malaysia sebagai satu bentuk daya tarikan kepada pengguna jalan raya Malaysia  Komuniti ini diwujudkan susulan daripada kejayaan Pitstop A76 Lenggong, premis perniagaan milik salah seorang pengasasnya, Encik WBH Yeop yang mula beroperasi sejak 1 April 2018. Pitstop A76 Lenggong ini sangat dikenali kerana menggunakan jata laluan A76 sebagai logo perniagaannya. Perniagaan yang terletak di persimpangan yang menghubungkan antara laluan baharu Jalan Kuala Kangsar-Gerik FT76 dengan jalan lama A76 di Kampung Sumpitan, Lenggong, Perak ini menggunakan produk-produk pelancongan yang ada di Lenggong sebagai daya tarikan kepada para pengguna jalan raya untuk singgah. Kini, Pitstop A76 Lenggong bukan sahaja berfungsi sebagai kedai makan semata-mata, tetapi turut berfungsi sebagai pusat maklumat pelancongan, kedai cenderamata serta pusat dokumentasi bagi para pengguna jalan raya Malaysia yang ingin memasuki Thailand melalui Jalan Pengkalan Hulu-Betong FT77.

Susulan kejayaan perniagaan Pitstop A76 Lenggong ini, maka Encik WBH Yeop bersama-sama beberapa orang rakan niaga seperti Pak Li, Lawyer Bad, Zulkifli Razak & ramai lagi menubuhkan komuniti Malaysia Local Route bagi menerapkan konsep sama iaitu menggunakan logo jata laluan heksagon beserta kod laluan sebagai logo perniagaan dan berfungsi bukan sahaja sebagai kedai makan tetapi sebagai pusat sehenti bagi membangunkan ekonomi tempatan serta sebagai pusat maklumat ekopelancongan, sejarah dan kebudayaan tempatan. Hasilnya, banyak hentian baharu yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara.

Antara Pitstop yang diusahakan oleh ahli komuniti Malaysia, & angka ini dijangka bertambah

Cuma ada dua teguran yang saya perlu sampaikan kepada rakan-rakan niaga yang mengusahakan Pitstop-Pitstop ini. Pertama, saya perhatikan ada banyak Pitstop yang menggunakan jata laluan Interstate atau Jalan AS sebagai logo perniagaan mereka. Bukan saya kata tak boleh, tapi sebagai pengusaha Pitstop yang menggunakan laluan masing-masing sebagai pengenalan dan daya tarikan, anda sebagai pengusaha merupakan "duta kecil" kepada laluan masing-masing. Justeru, anda seharusnya menggunakan jata laluan Malaysia berbentuk heksagon sebagai logo utama perniagaan anda kerana anda mengiklankan laluan yang menempatkan perniagaan anda, bukannya laluan di Amerika Syarikat. Hendak guna jata Interstate atau Jalan AS tu boleh, tapi sebagai logo kedua atau logo sampingan yang digunakan pada cenderahati seperti baju, rantai kunci, pelekat dan kole. Barulah betul namanya serius memartabatkan jalan raya Malaysia. Ataupun, kalau hendak guna logo "jata AS dalam jata Malaysia" sebagai logo perniagaan pun boleh juga.

Teguran kedua adalah mengenai konsep "kilometer sifar". Mengikut takrifan Malaysia, kilometer sifar sesebuah bandar terletak di pejabat pos masing-masing. Hanya dua bandar raya yang tidak mengikut takrifan ini, iaitu Bandaraya Melaka (di Bangunan Stadhuy's) dan Kota Kinabalu (di bangunan Lembaga Pembangunan Sabah). Sementara itu, kilometer sifar laluan pula titik di mana sesebuah jalan itu bermula, juga dikenali sebagai Seksyen 0 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Namun, saya perhatikan ada pengusaha Pitstop yang melabelkan Pitstop mereka sebagai KM0, yang mana ia tidak betul sama sekali. Justeru, saya ingin menegur rakan-rakan niaga tersebut agar tidak melabelkan perniagaan mereka sebagai KM0, melainkan jika Pitstop anda terletak di pejabat pos ataupun betul-betul di pangkal laluan yang anda iklankan itu.

Begitulah teguran saya kepada para pengusaha Pitstop mengenai penggunaan jata laluan dan istilah "kilometer sifar". Saya harap agar para pengusaha tidak ambil hati atas teguran saya tadi, kerana saya sememangnya amat serius dalam perjuangan memartabatkan jalan raya Malaysia. Apa pun, saya amat menyokong penuh segala usaha baik daripada anda semua. Kepada para pembaca Blog Jalan Raya Malaysia, marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada para pengusaha Pitstop ini dengan singgah sebentar di Pitstop mereka selaku duta kecil bagi laluan masing-masing.

Senarai Pitstop Malaysia Local Route di seluruh negara

(klik untuk peta lokasi)

Perak

A76 Lenggong

FT77 Kroh

FT1 Simpang 5, Parit Buntar

FT76 Liman Kati, Kuala Kangsar

FT109 Labu Kubong, Teluk Intan

Kedah

FT76 Baling

FT110 Langkawi

E1/FT1 Napoh, Jitra

FT175 Melati Dusun, Sik

FT176 Kodiang

Perlis

FT7 Kangar

FT186 Kangar

R142 Kuala Perlis

Pulau Pinang

P169 Nibong Tebal

FT1 Teluk Air Tawar Butterworth

Negeri Sembilan

E2 Hentian Sebelah Nilai

FT86 Jelebu

FT242 Senawang

FT5 Port Dickson

Melaka

FT5 Alai

Selangor

E11 Puchong

E10 Kg. Medan

FT5 Morib

Terengganu

T167 Besut

FT3 Marang

T1 Penarik

Johor

FT1 Segamat

FT12 Segamat

FT23 Tangkak

J153 Kg. Tandong

Pahang

FT59 Tanah Rata

FT59 Ringlet

Kuala Lumpur

Keramat

Kelantan

FT8 Gua Musang

Pitstop FT1 Segamat di belakang Dewan Jubli Intan, Segamat

Pitstop LDP E11 di KM28.7 LDP E11 di Puchong

Pitstop FT59 Tanah Rata betul-betul di tengah-tengah pekan Tanah Rata

Pitstop P169 Nibong Tebal

Pitstop FT8 Gua Musang khas untuk anak-anak Kelantan yang hendak ke Kuala Lumpur

Pitstop T1 Penarik yang terletak di jalan raya pesisir pantai utara Terengganu

Pitstop T167 di Besut, Terengganu

Pitstop FT77 khas buat pengguna jalan raya yang hendak ke Thailand melalui Pengkalan Hulu

Pitstop FT67 Baling diharap dapat menghidupkan kembali pekan Baling pada waktu malam

(Semua kredit gambar: Pengusaha Pitstop masing-masing)

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-72763947376700894862018-11-20T14:24:00.001+08:002018-11-20T14:24:33.556+08:00Pandu uji eksklusif Perodua Bezza 1.0 2016 / 2016 Perodua Bezza 1.0 exclusive test drive

Salam sejahtera,

Lama betul rasanya saya tidak membuat sebarang reviu pandu uji kenderaan. Kali terakhir saya menulis reviu kenderaan ialah pada tahun lepas, iaitu reviu motosikal SYM Sport Rider 125i. Kali ini saya bawakan kepada anda reviu pandu uji kereta pula, iaitu Perodua Bezza 1.0 G. Kenapa saya pilih Perodua Bezza 1.0 G dan bukannya varian spesifikasi penuh 1.3 Advance...? Sejak mula dikeluarkan pada tahun 2016, tempahan bagi varian 1.3 liter paling banyak diterima oleh Perodua berbanding varian 1.0, sedangkan varian 1.0 G bertujuan bagi menyediakan varian mampu milik kepada rakyat Malaysia bagi memecahkan dominasi Proton Saga sebagai model kereta bajet. Bagi mengubah persepsi ramai, Perodua menggantikan varian 1.0 G dengan 1.0 GXtra dengan beberapa tambahan ciri menarik.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016, kehadiran Bezza ternyata menggugat kedudukan Saga yang selama ini merajai segmen kereta bajet. Apa tidaknya, selain diberi dua pilihan enjin VVT-i 1.0 L dan Dual VVT-i 1.3 L yang mana kedua-duanya menerima penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Bezza 1.3 Advance juga merupakan kereta paling murah yang dilengkapi sistem henti-mula yang pastinya meningkatkan tahap penjimatan minyak terutamanya di bandar raya besar.

Untuk sesi pandu uji kali ini, saya menggunakan sebuah kereta Perodua Bezza 1.0 G. Ia digerakkan oleh enjin 1KR-VE 998 cc 3 silinder dengan VVT-i yang mampu menghasilkan kuasa 67 bhp pada 6,000 rpm dan tork 91 N-m pada 4,400 rpm. Sudah cukup memadai. Lagipun, destinasi saya cumalah sekitar Batu Caves dengan Kuala Lumpur sahaja. Dari segi reka bentuk, rasanya tidak perlulah kerana saya pernah menulis mengenainya sebelum ini.

Sebaik saya menekan punat pada kunci untuk membuka punci pintu, hanya kunci pintu pemandu sahaja terbuka. Bagi penumpang lain pula, sama ada perlu membuka kunci satu persatu dari dalam ataupun menggunakan suis kunci berpusat yang ditempatkan di konsol tengah. Ada sebabnya kenapa Perodua sengaja berbuat begitu, tidak lain dan tidak bukan untuk mengelakkan daripada berlaknya insiden yang tidak diingini apabila memandu berseorangan, khususnya wanita.

Saya terus menghidupkan enjin. Tiada butang penghidup tekan, tapi ada saya kisah...? Asalkan berfungsi dengan baik sudahlah. Butang penghidup tekan hanya ada pada varian 1.3 L sahaja. Juga, apa yang tiada pada varian 1.0 G ialah butang-butang pelaras cermin sisi elektrik. Jadi bagaimana saya hendak melaras cermin sisi...? Pakai tangan saja. Untuk cermin sebelah kini, ia memerlukan bantuan penumpang hadapan. Mujurlah cermin sisi tersebut memang sudah dilaras ke paras yang cukup baik.

Tali pinggang keledar sudah terpasang. Seterusnya, saya mengeluarkan sebuah pemacu kilat USB dari kocek seluar saya untuk dipalamkan pada radio kereta ini. Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini, radio Perodua Bezza tiada pemain CD, hanya ada radio dan soket USB sahaja. Sekarang semakin sukar hendak mencari kedai yang menjual cakera padat. Lagu-lagu diperolehi dari gedung-gedung atas talian seperti iTunes. Sebab itulah radio kereta sekarang sudah banyak yang tiada lagi pemain CD. Semasa radio dihidupkan, bunyi yang dihasilkan cukup baik, tiada bunyi-bunyi "kecepish kecepish" yang selalunya sering dikaitkan dengan radio cap ayam.

Destinasi pertama saya sudah tentulah stesen minyak untuk mengisi bahan api. Dengan berbekalkan RM10, saya ingin mengetahui berapa jauh saya boleh pergi dengan petrol sebanyak ini. Sama ada jimat atau tidak, teruskan membaca sehingga selesai.

Dari segi pemanduan, pengalamannya lebih kurang sama seperti memandu sebuah Perodua Axia. Apa tidaknya, Bezza ini dibina menggunakan pelantar sama seperti Axia. Penukaran gearnya begitu lancar tanpa tersengguk-sengguk. Ia tidaklah sepantas Bezza 1.3 mahupun Myvi, tetapi ia tetap memecut mengikut input yang saya berikan pada injak pendikit. Bagaimana pula ketika mendaki bukit...? Untuk mengujinya, saya mengujinya mendaki bukit di Sri Gombak, di mana kecerunan di situ boleh mencecah 10% Menkipun digerakkan oleh enjin yang agak kecil, tetapi Bezza 1.0 G ini ternyata cukup gagah untuk mendaki bukit tersebut, cuma agak malas sedikit dan perlu menekan injak pendikit lebih kuat sedikit. Jika dibandingkan, Perodua Viva milik rakan serumah saya pula memerlukan gear diturunkan secara manual ke D3 untuk mendaki bukit sama. Jadi siapa kata Bezza 1.0 ini tidak cukup kuat untuk mendaki bukit...?

Sepanjang sesi pandu uji bermodalkan duit minyak RM10, saya memandu dari Batu Caves ke Bandar Tasik Permaisuri, seterusnya ke KL Sentral dan seterusnya kembali semula ke Batu Caves melalui Sentul, dengan jarak keseluruhan 45 km. Sebaik sesi pandu uji berakhir, saya dapati tolok bahan api cuma turun 2 bar sahaja. Penggunaan bahan api purata yang ditunjukkan oleh panel LCD menunjukkan angka 15.8 km/L, yang mana saya sifatkan sebagai sangat jimat bagi kawasan bandar raya yang sesak. Angka penggunaan bahan api Bezza ini pastinya akan jadi lebih baik sekiranya saya mengujinya di jalan persekutuan yang lengang, dengan dakwaan pengeluar 21.3 km/L. Nak lebih jimat lagi...? Beli model Bezza 1.3 Advance kerana sistem henti-mulanya menjadikan angka penggunaan bahan api sehingga 24 km/L. Maka tidak hairanlah kenapa kesemua varian Bezza ini menerima penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Apa pula kelemahan Bezza yang saya dapati sepanjang sesi pandu uji ini...? Kelemahan utama Bezza ini terletak pada kedudukan sterengnya di mana lajur stereng Bezza ini lebih cenderung ke kiri. Jangan salah sangka, saya bukan bermaksud stereng Bezza ini beralih-alih kedudukannya kerana stereng Bezza ini tetap dan tidak boleh dilaras. Maksud saya di sini ialah kedudukan stereng Bezza ini lebih ke kiri sehingga menjadikan ruang kaki kiri terasa sempit, tetapi ruang kaki kanan pula lapang. Memang masalah ini boleh diatasi dengan melaras kerusi pemandu ke belakang sedikit, tetapi kalau terlalu ke belakang nanti tangan pula tidak sampai ke stereng. Masalah ini mungkin terjadi kerana penggunaan pelantar Axia untuk membina Bezza ini.

Secara amnya, saya amat berpuas hati dengan pengalaman saya memandu kereta Perodua Bezza 1.0 G ini. Ia jimat minyak, mempunyai ruang but yang besar dan sangat praktikal untuk dijadikan kereta keluarga. Bagi Perodua yang selama ini hanya membina model-model hatchback, kejayaan pasukan perekabentuk Perodua diketuai Encik Muhamad Zamuren Musa bagi membangunkan Bezza ini satu kejayaan yang patut dibanggakan.

Spesifikasi Perodua Bezza 1.0 G 2016

Enjin: 1KR-VE 998 cc VVT-i DOHC 12 injap 4 lejang 3 silinder sebaris sejukan cecair

Sesaran: 998 cc

Lubang x lejang: 71 x 84 mm

Nisbah mampatan: 11.5:1

Kuasa kuda: 67 bhp (50 kW) @ 6,000 rpm

Tork: 91 N-m @ 4,400 rpm

Jarak roda: 2,455 mm

Berat kering: 865-930 kg

Muatan tangki bahan api: 36 liter

Apa yang saya suka

Ruang but yang sangat besar sehingga menewaskan model-model segmen B yang lebih besar

Enjin yang sangat jimat minyak

Meskipun hanya menggunakan enjin 998 cc 3 silinder tetapi ternyata cukup kuat mendaki bukit

Apa yang saya tidak suka

Ergonomik kaki kiri sebelah pemandu yang kurang baik

Gambaran keseluruhan Perodua Bezza 1.0 G

Pandangan bahagian hadapan

Enjin 1KR-VE yang menggerakkan Bezza 1.0 G ini - ia tidaklah selemah disangka

Ergonomik kaki bahagian pemandu yang kurang baik - ruang kaki kiri cukup lapang, tetapi ruang kaki kiri pula seakan ditindih

Seperti biasa, Perodua terus menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan

Radio Bezza yang sangat ringkas tanpa pemain CD

Tombol-tombol kawalan penyaman udara

Meter Perodua Bezza - panel LCD ini ada fungsi odometer...

...tripmeter,...

...penggunaan bahan api purata,...

...penggunaan bahan api semasa,...

...dan jarak sehingga tangki kosong

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-51231814756294646242018-11-10T01:30:00.001+08:002018-11-10T13:57:45.462+08:00Perbandingan antara format muka taip papan tanda dalam edisi asal Arahan Teknik (Jalan) 2E/87 vs pindaan 2011 / Comparison of road signage typeface formats between the original version of Arahan Teknik (Jalan) 2E/87 vs 2011 revision

Malaysia sekarang menggunakan muka taip LLM Lettering pada papan tanda lebuh raya ekspres...

...dan Transport Heavy bagi jalan persekutuan dan negeri

Salam sejahtera,

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menerima pengaruh Panduan Peranti Kawalan Trafik Seragam (MUTCD; Manual on Uniform Traffic Control Devices) dari Amerika Syarikat dalam rekaan papan tanda jalan raya. Disebabkan itu, maka kesemua Arahan Teknik (Jalan) terbitan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dipengaruhi garis panduan dalam MUTCD, selain garis panduan Lebuh Raya Asia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sosial & Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia & Pasifik (UNESCAP). Bagi reka bentuk papan tanda jalan raya, garis panduan mengenainya telah dinyatakan dalam Arahan Teknik (Jalan) 2E/87: Guide Sign Design and Application. Sebelum ini, rekaan papan tanda Malaysia dipengaruhi papan tanda British.

Papan tanda lama gaya British di Jalan Tasek Alai J153

Terdapat dua versi bagi Arahan Teknik 2E/87 ini, iaitu versi asal yang diterbitkan pada tahun 1987 dan versi pindaan tahun 2011 yang juga dikenali sebagai piawaian baharu papan tanda Malaysia. Terdapat beberapa pembaharuan yang diterapkan dalam versi pindaan 2011 seperti penggunaan nama jalan bersama-sama kod laluan dalam papan tanda penunjuk jarak, penggunaan papan tanda penunjuk arah bergrafik interaktif serta penggunaan sistem nombor persimpangan keluar seakan lebuh raya ekspres, tetapi perbezaan yang paling ketara sudah tentulah dari segi penggunaan muka taip.

Perbandingan format lama (atas) & baru (bawah) di Lebuhraya Tun Razak FT12

Papan tanda penunjuk arah bergrafik di Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini (atas) nampak lebih interaktif & lebih menarik daripada papan tanda gaya lama di Lebuhraya Tun Razak FT12 (bawah)

Dalam versi asal Arahan Teknik 2E/87, muka taip yang disebut hanyalah huruf-huruf piawai Siri 1, Siri 2 & Huruf Kecil. Memandangkan pada zaman itu penggunaan komputer & perisian pemproses kata tidak meluas seperti sekarang, maka nama sebenar muka taip yang digunakan tidak disebut secara eksplisit, tetapi jika diperhatikan templat muka taip yang ditampilkan dalam lampiran, satu-satunya fon yang paling menghampiri piawaian versi asal Arahan Teknik 2E/87 ini hanyalah fon Siri E dalam keluarga Siri FHWA Gothic, juga dikenali di Amerika Syarikat sebagai Abjad Piawai bagi Papan Tanda & juga Highway Gothic. Maka, fon Highway Gothic menjadi fon piawai de facto bagi papan tanda jalan raya Malaysia.

Sementara itu versi pindaan 2011 memasukkan perubahan dari segi penggunaan muka taip bagi papan tanda, yang mana kali ini ia disebut secara eksplisit. Pindaan 2011 kali ini menetapkan muka taip piawai de jure bagi papan tanda format baharu sebagai Transport (bagi abjad biasa) dan CcRige (bagi abjad sempit).

Perbandingan muka taip: (dari atas ke bawah) Highway Gothic, Transport & LLM Lettering

Bagi lebuh raya ekspres pula, mula taip yang mula-mula sekali digunakan ialah Highway Gothic. Ia kerana pada masa itu Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Pada masa itu juga tiada sistem nombor persimpangan keluar diterapkan. Hanya pada sekitar tahun 1994 barulah sistem nombor persimpangan keluar digunakan. Juga, muka taip yang digunakan juga ditukar kepada jenis Transport Heavy. Kemudian, Lembaga Lebuhraya Malaysia menyeragamkan reka bentuk muka taip papan tanda lebuh raya ekspres kepada jenis LLM Lettering.

Papan tanda format lama yang menggunakan muka taip Highway Gothic di Exit 235 Persimpangan Tangkak di Lebuhraya Utara-Selatan E2

Kini rata-rata papan tanda lebuh raya ekspres di Malaysia menggunakan muka taip LLM Lettering

Lebuhraya Cheras-Kajang E7/FT1 merupakan satu-satunya lebuh raya ekspres yang masih menggunakan muka taip Highway Gothic

Muka taip LLM Lettering ini sebenarnya diubah suai daripada pelbagai muka taip yang digunakan pada papan tanda jalan raya Malaysia. Bagi abjad sempit, siri LLM Narrow digunakan berasaskan muka taip Highway Gothic Siri B atau C dan CcRige, manakala siri LLM Normal bagi abjad biasa pula diubah suai daripada Transport Heavy dan Highway Gothic Siri E.

Jadi dengan ini saya sudah memperkenalkan kepada anda empat muka taip piawai bagi papan tanda jalan raya Malaysia. LLM Lettering merupakan muka taip piawaian de jure bagi kesemua lebuh raya ekspres di Malaysia kecuali di Lebuhraya Cheras-Kajang E7/FT1, meskipun papan tanda gantri yang menggunakan muka taip LLM Lettering sudah mula digunakan. Sementara itu, meskipun muka taip Transport Heavy (abjad biasa) & CcRige (abjad sempit) merupakan muka taip piawaian de jure sekarang di jalan persekutuan & negeri, namun muka taip Highway Gothic masih lagi digunakan secara meluas sebagai muka taip de facto papan tanda jalan raya Malaysia. Jadi antara keempat-empat muka taip yang saya sebutkan tadi, muka taip yang manakah yang paling anda suka...?

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-15411186199442473782018-11-07T14:05:00.001+08:002018-11-07T14:05:27.851+08:00Belanjawan 2019 memperkasakan industri tayar, rim & penyerap hentak / Budget 2019 boosts tyre, rim & shock absorber industries

Salam sejahtera,

Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini sering menerima kecaman daripada pihak pembangkang, khususnya daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Antara kecaman utama beliau ialah dakwaan bahawa kumpulan mudah terjejas seperti penoreh getah dipinggirkan melalui pemberhentian bantuan kewangan kepada golongan tersebut. Ia susulan daripada krisis kejatuhan harga komoditi terutama getah, yang mana harga getah kini sudah jatuh ke paras kurang RM2 sekilogram - dalam keadaan yang lebih ekstrim, jika penoreh getah menyewa tanah bagi tanaman getah, harga getah sekarang jatuh ke paras RM1 sekilogram.

Namun, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib dengan menyatakan bahawa kerajaan masih membantu para penoreh getah melalui pengumuman Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dalam Belanjawan 2019, dengan jumlah peruntukan RM50 juta. Sungguhpun demikian, tiada siapa sedar bahawa bantuan kepada penoreh getah dalam Belanjawan 2019 sebenarnya tidak terhad kepada bantuan langsung seperti IPG. Jadi bagaimana Lim Guan Eng membantu golongan penoreh getah ini...?

Aha, sebenarnya memang ada satu lagi bentuk bantuan melalui Belanjawan 2019 bagi membela nasib penoreh getah ini - melalui pemotongan peruntukan penyelenggaraan jalan raya. Serius...? Ya, serius.

Siapa sangka pemotongan bajet penyelenggaraan jalan raya mampu membela nasib penoreh getah...?

Kalau setiap hari keadaan sebegini berterusan, pastinya tauke kilang tayar & tauke kilang rim boleh jadi jutawan sehingga tujuh keturunan

Sediakan "cacing" sebelum tayar pancit - di Lazada pun ada jual

Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 bagi Kementerian Kerja Raya Malaysia, anggaran perbelanjaan bagi penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2019 hanyalah RM80 juta sahaja, sedangkan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini pula ialah RM330 juta. Di Malaysia Timur (Sabah, Sarawak & Labuan) pula, amaun bagi penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di sana merosot daripada sekitar RM70 juta pada tahun 2018 kepada hanya RM20 juta pada tahun hadapan. Angka-angka yang ditunjukkan itu sememangnya sangat ironi kerana PLUS Malaysia Berhad sendiri memerlukan sekitar RM1.2 bilion setahun untuk menyelenggara lebuh raya ekspres kendalian mereka yang tidak sampai 1,000 km.

Perbandingan antara anggaran perbelanjaan 2018 (tengah, tidak ditebalkan) dengan anggaran tahun 2019 (kanan, ditebalkan)

Penurunan unjuran perbelanjaan ini pastinya akan membawa kepada pencantasan peruntukan secara besar-besaran. Seterusnya, peruntukan yang dicantas mengakibatkan kemerosotan kualiti turapan yang disebabkan oleh penggunaan tar berkualiti cap ayam & kerja-kerja penyelenggaraan yang cincai dan tidak mengikut prosedur operasi piawai (SOP). Hasilnya...? Poof, jadilah jalan raya yang berlubang di sana-sini macam baru lepas perang - jalan raya di Kandahar, Afghanistan pun lagi cantik.

Tak sangka jalan raya di Kandahar boleh secantik begini

(Lokasi: Lebuhraya Kabul-Kandahar, Afghanistan)

Dengan bertambahnya lubang dan kerosakan di jalan raya, maka kadar nahas jalan raya yang disebabkan oleh keadaan jalan raya yang rosak akan meningkat secara mendadak, setidak-tidaknya melibatkan tayar yang pancit atau pecah. Keadaan ini seterusnya akan membawa kepada meningkatnya permintaan terhadap tayar getah & "cacing" tayar. Permintaan terhadap tayar & "cacing" tayar yang meningkat pula akan meningkatkan permintaan terhadap getah asli, yang kemudiannya akan membawa kepada peningkatan harga getah di pasaran global - akhirnya barulah nasib penoreh getah kembali terbela dan mampu hidup senang-lenang kembali seperti dahulu.

Pengumuman pemotongan bajet peruntukan pembaikan jalan merupakan rahmat buat pengusaha kedai tayar

Sebenarnya, industri getah dan industri tayar bukanlah satu-satunya industri yang menerima manfaat besar daripada Belanjawan 2019 kali ini. Ada banyak lagi industri yang semakin berkembang makmur tahun hadapan susulan pembentangan Belanjawan 2019. Antaranya termasuklah industri rim aloi, penyerap hentak, lengan bawah, bar penstabil dan banyak lagi. Jenama seperti Racing Boy dan JRD pastinya semakin gah di persada dunia. Dalam keadaan yang lebih ekstrim, jualan kereta dan motosikal baharu pastinya akan meningkat mendadak disebabkan oleh peningkatan jumlah kenderaan yang mengalami total-loss dalam nahas jalan raya. Bukankah ini satu perkembangan baik untuk ekonomi negara...?

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-8617733216354119572018-11-07T00:25:00.002+08:002018-11-07T00:25:22.038+08:00Jasamu dikenang, Datuk Haji Sarani Dollah / Your deeds will be remembered, Datuk Haji Sarani Dollah

Salam sejahtera,

Pada 1 November 2018, saya diundang oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bagi menghadiri satu majlis meraikan persaraan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, Datuk Haji Sarani Dollah, yang juga merupakan salah seorang penyokong kuat Blog Jalan Raya Malaysia, daripada perkhidmatan awam. Beliau sepatutnya menamatkan perkhidmatan beliau secara rasminya pada 30 November 2018, tetapi majlis diadakan lebih awal berikutan kesibukan beliau menjalankan tugasan rasmi pada bulan terakhir beliau dalam perkhidmatan kerajaan setelah berkhidmat selama 35 tahun 10 bulan.

Datuk Hj. Sarani Dollah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR pada tahun 2013. Namun, menurut beliau, sebenarnya 5 tahun terawal beliau dalam perkhidmatan awam juga adalah bersama-sama KKR. Maka, tempoh 5 tahun beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR adalah ibarat sirih pulang ke gagang. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menemuduga Puan Noreha Mohd. Ripin bagi jawatan Ketua Unit Korporasi, tanpa sedikit pun menyangka bahawa mereka sebenarnya tinggal dekat sahaja.

Kisah pertemuan kali pertama saya dengan Datuk Hj. Sarani adalah semasa saya menghadiri majlis taklimat media mengenai isu JB EDL E14. Semasa taklimat berakhir, saya disapa oleh dua orang pegawai berpangkat tinggi, iaitu Dato' Ir. Hj. Ismail Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (sudah bersara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri 2018, tempat beliau kini digantikan oleh Dato' Sr. Aziz Abdullah) dan Datuk Hj. Sarani sendiri. Hati saya melonjak keriangan. Apa tidaknya, sebelum hari bersejarah itu, saya sering berdoa agar segala penulisan saya mengenai perjuangan memartabatkan jalan raya Malaysia mendapat perhatian daripada KKR, dan pada hari itu saya disapa sendiri oleh orang nombor empat paling berkuasa dalam KKR selepas Menteri Kerja Raya, Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ketua Setiausaha KKR.

Bermula daripada hari bersejarah itulah terjalin hubungan erat antara Blog Jalan Raya Malaysia dengan Kementerian Kerja Raya Malaysia. Bermula daripada Datuk Saranilah saya diperkenalkan dengan sahabat-sahabat dalam KKR, termasuklah Menteri Kerja Raya pada masa itu, Datuk Seri Fadillah Yusof, dan timbalannya Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin. Tambah manis lagi, saya berjaya menarik keluar Allahyarham Admin Aiman Ab. Majid, admin kedua Blog Jalan Raya Malaysia, untuk diperkenalkan kepada barisan kepemimpinan KKR. Saya juga diserap masuk ke dalam Rakan KKR oleh Datuk Hj. Sarani sebagai satu keluarga besar.

Gambar kenangan semasa Majlis Rumah Terbuka KKR Aidilfitri 2016

Sejak pertemuan kali pertama saya dengan Datuk Hj. Sarani, telah banyak kejayaan yang dikecapi bersama-sama oleh KKR & BJRM. Antara kejayaan terbesar kami termasuklah berjaya menulis koleksi sejarah lengkap jalan raya dan lebuh raya utama di Malaysia (terutamanya Lebuhraya Utara Selatan E1/E2, Lebuhraya Pantai Timur E8, Lebuhraya Pan Borneo FQ1/FS1/FS22/FS13, dan Jalan Persekutuan 1, 2, 3 & 5).

Kejayaan terbesar kami dalam usaha memartabatkan jalan raya Malaysia sudah tentulah penganjuran siri jelajah FTRoadpedia yang telah menghasilkan banyak reviu jalan raya termasuklah reviu lengkap Jalan Persekutuan 2 & Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1. Siri jelajah FTRoadpedia ini diilhamkan oleh Datuk Seri Fadillah sendiri, mungkin setelah tertarik membaca cerita-cerita saya dalam setiap reviu jalan raya yang saya tulis selama ini di Blog Jalan Raya Malaysia. Meskipun saya kemudian dikejutkan dengan berita pemergian Aiman Ab. Majid dan ibu saya, namun kejayaan penganjuran FTRoadpedia sedikit-sebanyak mengubat kesedihan saya ketika itu.

Masa berlalu dengan begitu pantas. Dengan tidak disangka-sangka, tahun 2018 merupakan tahun di mana saya terpaksa berpisah dengan ramai sahabat di KKR & Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Datuk Seri Fadillah & Datuk Rosnah tidak lagi menjadi Menteri & Timbalan Menteri Kerja Raya setelah Barisan Nasional kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Beberapa orang sahabat seperjuangan seperti Tuan Hj. Razali Derahman, Mejar Tajul Urus Tajuddin & Dato' Hj. Ismail Md. Salleh kini sudah bersara daripada perkhidmatan awam. Kini, Datuk Hj. Sarani yang saya amat hormati sebagai ayah angkat saya dalam KKR bakal menamatkan perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam.

Selepas ini, Datuk Hj. Sarani tentunya akan menghabiskan masa persaraan beliau dengan bermesra bersama anak-anak & cucu-cucu tersayang. Namun, meskipun pada masa itu nanti Datuk Hj. Sarani tidak lagi berada dalam KKR, namun saya amat berharap agar hubungan ukhuwah yang terjalin selama ini terus berkekalan - bukan sahaja sebagai pengasas Rakan KKR, bukan sahaja sebagai watak bapa dalam Rakan KKR, tetapi sebagai ayah angkat saya. Tanpa Datuk Hj. Sarani, maka sudah tentulah saya tidak dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat di KKR & JKR. Tanpa Datuk Hj. Sarani, maka sudah tentulah suara saya selama ini bagi memartabatkan jalan raya Malaysia tidak dapat sampai kepada pihak KKR.

Jasamu tetap dikenang selama-lamanya, Datuk Hj. Sarani Dollah. Terima kasih atas segala-galanya, Datuk. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sebaga jasa dan budi baik Datuk kepada saya selama ini.

Ucapan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat KKR, Pn. Noreha Mohd. Ripin

Giliran saya pula berucap bagi mewakili Rakan KKR yang diasaskan oleh Datuk Hj. Sarani sendiri

Ucapan perpisahan oleh Datuk Hj. Sarani

Ucapan penghargaan oleh En. Zakhir Mustafa (aka Abang Madu) selaku ketua Rakan KKR

Lando Zawawi turut sama menyampaikan ucapan penghargaan kepada Datuk Hj. Sarani bagi pihak Ikatan Silaturrahim Brotherhood

Penyampaian cenderahati kenang-kenangan oleh Unit Komunikasi Korporat KKR

Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada wakil Rakan KKR Johor, En. Azmil

Abang Madu pula menyampaikan cenderahati kenangan bagi pihak Rakan KKR

Upacara memotong kek persaraan secara berjemaah

Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin selama ini berkekalan walaupun selepas bersara

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-2971590322279035842018-10-28T13:07:00.000+08:002018-10-28T19:20:27.601+08:00Doraemon: Alat pemansuh tol / Doraemon: A gadget to abolish toll

Gambar sekadar hiasan semata-mata

Salam sejahtera,

Untuk entri kali ini, saya bawakan kepada anda sebuah episod yang diilhamkan daripada siri anime Doraemon, siri anime kegemaran kanak-kanak yang pernah disiarkan di saluran televisyen ntv7 sebelum ia dihentikan siarannya oleh ntv7. Dalam siri Doraemon, penonton pastinya mengenali watak Suneo Honekawa, seorang budak bermata sepet dan bermulut muncung yang terkenal kerana keceluparan mulutnya dan suka menunjuk-nunjuk akan kekayaannya.

Namun, dalam entri kali ini pula saya ingin membawakan watak Suneo Honekawa di alam nyata, tidak lain dan tidak bukan Tony Pua, Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan Malaysia. Meskipun Suneo di alam nyata tidaklah sekaya Suneo di alam anime, namun persamaan yang paling ketara antara kedua-dua versi Suneo tersebut ialah keceluparan mulut mereka - dalam kes alam nyata, keceluparan (atau istilah lebih tepat lagi, sembang kencang) yang ditunjukkan sering memakan dirinya balik, khususnya mengenai isu pemansuhan tol lebuh raya ekspres dan isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) vs Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Cuba perhatikan, apakah persamaan antara kedua-dua video di atas ini...?

Memandangkan Blog Jalan Raya Malaysia berbicara mengenai isu-isu jalan raya dan lebuh raya, maka sudah tentulah kami mengupas mengenai isu pemansuhan tol, salah satu manifesto Pakatan Harapan yang menjadi antara senjata utama mereka untuk mengalahkan Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah paling lama memegang kuasa selama 61 tahun sehinggalah tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018. Antara yang paling lantang mempolitikkan isu tol sudah tentulah Tony Pua, yang membuat dakwaan pada tahun 2009 kononnya "kos sebenar untuk pengambilalihan lebuh raya daripada konsesi adalah dalam sekitar RM25 bilion". Malah, dalam video YouTube yang disiarkan pada April 2018 sempena kempen PRU-14, dia mendakwa bahawa kononnya kos mengambil alih Lebuhraya Maju E20 (MEX) sepanjang 26 km cumalah 1.32 bilion sahaja, yang diambil bulat-bulat daripada angka kos pembinaannya dan mempertikaikan rasional tempoh konsesi 30 tahun kepada MEX. Serius lawak.

Video propaganda Tony Pua kononnya kos mengambil alih MEX E20 cuma RM1.32 bilion sahaja

Oh, baru saya tahu. Kalau diikutkan logik Tony Pua, para pekerja MEX merupakan hamba abdi yang tidak dibayar gaji mereka dan tiada keluarga untuk disara. Malah, mereka tidak perlu memakai walau seurat benang sekalipun semasa bekerja. Sementara itu, turapan permukaan lebuh raya juga adalah daripada jenis yang sangat kebal daripada bedilan kereta kebal Israel dan tahan beribu-ribu tahun lamanya (macam jalan batu zaman Empayar Rom purba dahulu) dan tidak akan berlubang walau 1 mm sekalipun. Lampu jalan di MEX E20 juga tidak perlu dibayar bil elektriknya kerana menggunakan pelita minyak tanah - nanti sekejap, bukankah harga minyak tanah sekarang lebih mahal daripada diesel...? Di samping itu juga, bekalan air untuk Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan pula diperoleh dari perigi buta yang dikorek di belakang bangunan R&R yang tidak perlu dibayar bil airnya. Oh ya, bagaimana pula dengan projek MEX 2 E20 yang dipanjangkan 16 km lagi sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...? Oh, fasa sambungan itu dibina dengan menggunakan Robot Segera yang dipinjam daripada Doraemon secara percuma, manakala jentera-jentera binaan pula menggunakan air kencing sebagai bahan apinya. Sebab itulah Suneo Honekawa...eh silap, Tony Pua mendakwa bahawa kos mengambil alih kesemua lebuh raya ekspres di Malaysia cuma RM25 bilion dan bukannya sekitar RM400 bilion seperti yang didakwa Menteri Kerja Raya sebelum ini, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Rupa Robot Segera yang dipinjam daripada Doraemon

Dakwaan yang dikeluarkan oleh Tony Pua itu hanya membuktikan kedangkalan ramai ahli-ahli politik termasuklah Tony Pua sendiri yang cuma pandai bercakap di atas kerusi empuk dan di dalam bilik berhawa dingin semata-mata mahu memancing undi rakyat - tanpa pernah sekali pun menjejakkan kaki sendiri ke pejabat-pejabat syarikat konsesi lebuh raya, apatah lagi ke tapak-tapak projek lebuh raya yang sedang dalam pembinaan. Kalau setakat sembang kencang sahaja tanpa pernah meninjau sendiri operasi lebuh raya ekspres, khinzir pun boleh terbang. Sebab itulah saya sedikit pun tidak mempercayai janji-janji ahli politik yang mendakwa mahu memansuhkan tol, kerana saya tahu dia memang tidak akan mampu melakukannya. Jika berjaya sekalipun, pasti ada harga lain yang terpaksa dibayar oleh rakyat, seperti jalan berlubang tidak diselenggara mahupun pampasan yang terpaksa dibayar menggunakan duit rakyat, dibuktikan daripada apa yang berlaku setelah pemansuhan kutipan tol di 4 plaza tol bermula tengah malam 1 Januari 2018.

Kepada Tony Pua, biar saya sekolahkan anda balik tentang kenapa dakwaan anda kononnya kos pengambilalihan kesemua lebuh raya cuma RM25 bilion itu sebagai dangkal dan tidak berasas. Sebab utama yang paling mudah, baki hutang PLUS Malaysia kepada pihak bank sahaja sudah lebih daripada angka RM25 bilion yang anda dakwa. Ok, mungkin anda persoalkan, kenapa PLUS pinjam RM30 bilion (5 kali ganda kos pembinaan E1 & E2) sedangkan kos pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 cuma RM5.95 bilion (mengikut nilai ringgit tahun 1994)...? Pertama, adakah pada hari pertama beroperasi sahaja PLUS terus dapat untung...? Tidak, mana-mana lebuh raya ekspres akan bermula dengan kerugian selama beberapa tahun sehinggalah melepasi kadar trafik harian purata (ADT) minimum yang membolehkan syarikat konsesi mula mencatatkan keuntungan (break-even). Jadi, soalan yang patut anda tanya ialah berapa tahun dan berapa ADT minimum yang diperlukan untuk melepasi takat break-even. Bukannya main pukul rata mengatakan kononnya "hari-hari banyak kereta lalu, takkan tak untung". Saya pun boleh cakap, "Hari-hari pelanggan datang ke kedai, mustahil ada kedai boleh rugi" kalau logik sedangkal itu yang digunakan. Jadi, jika pengusaha kedai perlu memikirkan berapa ramai pelanggan yang datang membeli barangan dan berapa bayak barang yang dijual sebelum dapat balik modal, sama jugalah seperti syarikat konsesi lebuh raya yang memerlukan berapa banyak kenderaan yang melaluinya sebelum mula untung.

Sesetengah lebuh raya hanya perlu beberapa tahun sahaja untuk mula untung manakala sesetengah yang lain pula sudah lebih sedekad pun masih rugi seperti yang dialami oleh Lebuhraya Kajang SILK E18 yang menanggung kerugian lebih 10 tahun sebelum ia diambil alih oleh Prolintas. Maka, duit pinjaman bank yang bernilai beberapa kali ganda kos pembinaan asal itu penting sebagai modal permulaan operasi lebuh raya untuk bertahan sehingga mula mencatatkan keuntungan.

Kedua, duit pinjaman bank yang bernilai berkali ganda lebih tinggi daripada kos asal pembinaan lebuh raya itu juga penting sebagai modal untuk naik taraf lebuh raya pada masa akan datang. Untuk kes MEX misalnya, duit itulah yang digunakan sebagai modal untuk membina projek MEX2 E20 tanpa perlu meminjam daripada bank lagi. Habis tu takkan nak buat hutang lagi untuk membina MEX2 E20...? Nak panjangkan tempoh konsesi sampai berapa abad lagi...? Juga, perhatikan betul-betul jajaran KL-Seremban di Lebuhraya Utara-Selatan E2 - sudah berapa kalikah ia dilebarkan daripada sekadar 4 lorong kepada 6 lorong dan seterusnya 8 lorong bagi jajaran Nilai-Seremban...? Sudah berapa kalikah Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban bersalin kulit bermula daripada sekadar hentian sebelah yang hanya ada sebuah stesen minyak Petronas sahaja pada asalnya...? Semuanya daripada duit pinjaman bank tersebut.

Lain kali, jangan percaya akan janji memansuhkan tol oleh mana-mana parti politik kerana terbukti hancing

Justeru kepada Tony Pua, formula matematik yang anda gunakan semasa mengira kos pengambilalihan konsesi lebuh raya yang hanya menggunakan angka-angka kos pembinaan semata-mata sebenarnya tidak lebih daripada sekadar ajaran sesat lagi menyesatkan. Saya sudah sebut banyak kali sebelum ini dan saya ulang sekali lagi kali ini. Untuk mengambil alih syarikat konsesi, anda bukan sahaja perlu bayar kos pembinaan lebuh raya, malah anda perlu membayar pampasan kepada pekerja & peniaga gerai hentian rehat yang hilang mata pencarian mereka, di samping menanggung baki hutang syarikat konsesi yang masih belum dilangsaikan. Capische...? Sebaiknya, anda tanya sendiri Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenapa beliau sendiri menolak sebarang manifesto memansuhkan tol - kerana majoriti lebuh raya ekspres dibina semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat, jadi beliau tahu manifesto sebegitu memang tidak mampu ditunaikan.

Adakah semudah itu untuk memujuk Tun Dr. Mahathir yang lebih dahulu makan garam dalam hal lebuh raya ekspres menerima idea anda untuk memansuhkan tol itu...?

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pegawai khas menteri

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-9912051042728273672018-10-26T01:27:00.003+08:002018-10-26T12:43:13.612+08:00 Teksi vs Grab: Kenapa rakyat Malaysia enggan naik teksi lagi / Taxicabs vs Grab: Why Malaysians refuse to board taxicabs again

Tak perlulah salahkan orang lain atas kegagalan yang berpunca daripada salah sendiri

Salam sejahtera,

Sejak akhir-akhir ini isu pemandu teksi begitu hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi susulan insiden 10 orang pemandu teksi Langkawi bersikap biadab dan melemparkan kata-kata kesat seperti "Kencing...!!!" terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi semasa pertemuan khas dengan para pengusaha teksi di situ. Pertemuan tersebut diadakan bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut yang dihadapi para pengusaha teksi Langkawi yang mendakwa mata pencarian mereka terjejas terlalu teruk bahana kewujudan perkhidmatan e-panggilan seperti Grab. Kenapa Grab dipersalahkan...? Mudah sahaja - kerana para pengguna sistem pengangkutan awam majoritinya lebih gemar menggunakan Grab berbanding teksi, malah jika disebut perkataan "teksi" sahaja pun mereka merasa jelek dan meluat.

Kalau di hadapan Perdana Menteri pun boleh berperangai biadab dan kurang ajar, dengan pelanggan apatah lagi

Mahukah anda menaiki teksi jika pemandunya berlagak samseng seperti ini...?

Kenapa orang awam amat membenci perkhidmatan teksi sehingga ke tahap amat mengalu-alukan perkhidmatan teksi mengalami kepupusan...? Semuanya disebabkan reputasi teksi Malaysia yang dinobatkan sebagai perkhidmatan teksi paling teruk di dunia. Bukan saya kata, tetapi maklumat tersebut dihimpunkan oleh laman portal perkhidmatan teksi British LondonCabs.co.uk. Menurut laman portal tersebut, pemandu teksi Malaysia termasyhur kerana suka mengenakan tambang mencekik darah tahap Yahudi Israel, enggan menggunakan meter, suka melencong daripada laluan sepatutnya (supaya dapat mengenakan tambang tahap Yahudi Israel hasil perbatuan lebih yang direkodkan pada meter), berperangai biadab, enggan mengambil pelanggan, memilih pelanggan, enggan menghantar pelanggan melalui kawasan sesak, keadaan teksi yang daif, kotor, berbau busuk dan asyik rosak. Paling teruk apabila ada pemandu teksi yang menunjukkan perangai samseng apabila mereka menyerang pemandu Grab (dan sebelum ini,Uber) dan merosakkan kereta mereka.

Kompilasi 10 sebab kenapa pengguna tidak suka menaiki teksi

(klik untuk besarkan)

Bagaimana pula dengan khidmat e-panggilan seperti Grab...? Sungguh mudah, dengan menggunakan aplikasi Grab, anda hanya perlu hidupkan tetapan lokasi, tetapkan destinasi yang dituju, dan buat pembetulan lokasi anda berada sekiranya lokasi anda berada yang dipaparkan adalah tersasar berbanding lokasi sebenar. Seterusnya, aplikasi akan mengira jumlah tambang yang perlu dibayar mengikut kadar tambang dan juga jarak yang dilalui. Sekiranya anda setuju dengan tambang yang dipaparkan, klik butang Tempah. Pemandu Grab yang ada berhampiran akan menjawab dan seterusnya datang mengambil anda. Sebaik sahaja tiba, bayar mengikut tambang yang dipaparkan oleh aplikasi Grab.

Aplikasi Grab memudahkan penggunanya memanggil pemandu, mengetahui kadar tambang dengan telus dan memberi penarafan kepada pemandu - sebab itulah tambang Grab murah dan yang paling penting, pemandunya bersopan-santun

Kenapa lebih ramai pengguna menggunakan app e-panggilan seperti Grab...? Selain struktur tambang yang lebih murah, lebih telus dan lebih adil, rata-rata pemandu Grab juga sangat bersopan-santun dan berbudi bahasa. Ini kerana sebarang komplen daripada pengguna yang mendakwa seseorang pemandu Grab itu biadab boleh mengakibatkan pemandu itu bakal hilang pekerjaannya. Maka, pemandu Grab tiada pilihan selain menjaga kelakuan mereka di hadapan penumpang. Di samping itu juga, kereta yang digunakan oleh pemandu Grab rata-ratanya kenderaan baru yang cantik dan bersih.

Mungkin ada di kalangan pembaca Blog Jalan Raya Malaysia yang merupakan pemandu teksi berasa meradang apabila membaca entri ini dan mengatakan saya menyebelahi pemandu Grab. Untuk berlaku adil, saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya ketika menggunakan teksi. Semasa tahun-tahun terawal saya tinggal di Batu Caves, memang saya ada beberapa kali menggunakan teksi, tetapi sangat jarang - itu pun kerana kerosakan kenderaan sama ada motosikal atau kereta. Sepanjang hanya beberapa kali saya menggunakan teksi, alhamdulillah boleh dikatakan dalam hampir kesemua pemandu yang saya dapat itu rata-ratanya bersopan-santun, sentiasa senyum, tiada marah-marah, tiada membuat hal, menggunakan meter dan tidak mengenakan tambang mencekik darah.

Saya percaya pasti anda semua menganggap pengalaman saya ketika menaiki teksi itu satu bentuk keajaiban, tetapi memang itulah yang berlaku. Namun, itu semua memang benar berlaku sekitar tahun 2011-2013 tatkala aplikasi e-panggilan masih belum wujud lagi. Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki saya. Namun, dalam era di mana masyarakat sekarang sudah menolak cara konvensional menahan teksi, saya percaya ramai di antara pemandu teksi yang pernah membawa saya dahulu itu sudah berhenti memandu teksi. Malah, pemandu teksi di kawasan perumahan saya pun boleh dikatakan sudah pupus sekarang. Sebab apa...? Semuanya disebabkan masih ramai pemandu teksi lain yang masih tidak mengubah perangai buruk mereka - tambang cekik darah, perangai biadab, enggan mengambil penumpang, tidak guna meter, suka melencong, teksi kotor, berbau busuk dan sering rosak. Kepada golongan yang enggan membuang tabiat lama mereka, bagaimana anda mengharapkan kami kembali menggunakan teksi jika anda masih lagi meneruskan segala tabiat buruk yang menyebabkan para pemandu teksi dicemuh dan dijauhi masyarakat...?

Siapa sebenarnya yang lebih zionis daripada Yahudi Israel...?

Jika perangai seperti ini yang ditunjukkan ramai pemandu teksi, jangan hairanlah jika anda hilang pelanggan.

Kepada para pemandu teksi sekalian, anda seharusnya sedar bahawa anda sekarang sedang berada dalam industri perkhidmatan di mana rajanya ialah pelanggan anda dan bukannya anda. Sikap sombong tidak seharusnya ada kerana pelanggan berhak memilih perkhidmatan mana yang paling memuaskan untuk mereka. Jadi, tunjukkanlah khidmat terbaik anda kepada mereka. Nampak sahaja kelibat penumpang, terus ambil tanpa banyak soal. Jika pelanggan anda mahu ke tengah-tengah pusat bandar raya tatkala waktu gegas, pergi sahaja tanpa banyak soal. Jika ada meter, gunakan untuk meyakinkan pelanggan bahawa anda tidak menipu mereka. Pastikan teksi anda sentiasa dicuci dan disembur pewangi kerana anda memandu teksi dan bukannya lori sampah. Paling penting, sentiasa murah senyuman ketika dengan pelanggan kerana pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan anda pasti akan datang mencari anda lagi dan lagi. Itu sahajalah cara untuk memulihkan kembali keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan teksi, bukannya mendesak pengharaman aplikasi e-panggilan tatkala perkhidmatan yang anda tunjukkan itu sendiri teruk.

Serius saya katakan, saya sebenarnya berasa kasihan melihat sebilangan pemandu teksi yang berkelakuan baik, jujur dan tidak "membuat tahi" seperti ramai pemandu yang lain, tetapi perangai buruk yang dipamerkan pemandu lain itu menyebabkan pemandu yang bagus pun turut merasa kesannya. Namun, apa boleh buat. Krisis yang dihadapi pemandu sekarang bukanlah krisis "siapa rampas pelanggan siapa", tetapi lebih kepada krisis keyakinan orang ramai terhadap pengangkutan teksi yang kini sudah lenyap. Justeru, daripada anda sibuk hendak membelasah pemandu Uber dan merosakkan kereta mereka, lebih anda berusaha untuk memulihkan kembali keyakinan orang ramai terhadap sistem pengangkutan teksi.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-9940082028468408322018-10-25T00:40:00.000+08:002018-10-25T00:44:54.876+08:00FTRoadpedia Sarawak Finale: Senarai hajat - Jalan Pintasan Brunei / Wishlist - Brunei Bypass

Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh, salah satu daripada 9 pos imigresen yang terpaksa ditempuhi sepanjang perjalanan dari Miri ke Sindumin

Salam sejahtera,

Menutup siri entri FTRoadpedia Sarawak ialah entri Senarai Hajat mengenai cadangan sebatang jalan raya baharu yang bakal memintas Brunei Darussalam. Cadangan tersebut timbul kerana kesulitan untuk melintasi 9 pos imigresen semata-mata hendak memandu dari Miri ke Sindumin di Sarawak. Apa tidaknya, daerah Limbang diapit oleh dua bahagian Brunei Darussalam, manakala Brunei Darussalam itu pula diapit oleh daerah Miri dan Lawas. Macam kek lapis Sarawak. Kenapa boleh jadi begitu...?

Sebut tentang kek lapis Sarawak, saya sempat membeli beberapa biji kek lapis Sarawak di kedai kek lapis Sarawak Siti Payung yang terkenal di Miri

Untuk mengetahui kenapa daerah Limbang dan Lawas boleh terkepung sehinggakan hendak ke Limbang atau Lawas adalah ibarat hendak memasuki daerah lain sedangkan kedua-duanya masih dalam negeri Sarawak, kita perlu mengetahui sejarah Sarawak terlebih dahulu. Asalnya pada zaman dahulu, Sarawak merupakan sebahagian jajahan takluk Brunei Darussalam, bersama-sama dengan bahagian barat Sabah. Kesultanan Sarawak yang merupakan sebuah negeri di bawah naungan Brunei wujud dari tahun 1599 hingga 1641 semasa mangkatnya satu-satunya Sultan Sarawak, Sultan Tengah Manga kerana dibunuh. Pada masa itu, Sarawak hanya merujuk kepada kawasan lembangan Sungai Sarawak, atau lebih tepat lagi, Bahagian Kuching sekarang. Sultan Tengah merupakan putera kepada Sultan Brunei sebelum pembentukan negeri Sarawak. Setelah mangkatnya Sultan Tengah, Sarawak kembali sebagai jajahan takluk Brunei.

Negeri Sarawak moden yang kita kenali sekarang wujud pada tahun 1841 semasa kedatangan seorang pelayar British bernama James Brooke. Pada masa itu, kerajaan Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan huru-hara akibat pemberontakan dan perebutan kuasa susulan penemuan bijih antimoni di kawasan Kuching. Setelah Brooke berjaya menghentikan pemberontakan dan keadaan huru-hara di situ, Sultan Brunei memajakkan kawasan Kuching kepada Brooke. Bermula daripada hanya kawasan Kuching, semakin lama semakin banyak jajahan yang dipajakkan kepada Brooke sehingga merangkumi seluruh negeri Sarawak yang kita kenali sekarang. Bagi pentadbiran negeri Sarawak, James Brooke mewujudkan satu sistem ketua kerajaan yang diwarisi secara monarki yang kita kenali sebagai Raja Putih Sarawak.

Sistem jalan raya sedia ada memerlukan anda melimpasi Brunei meskipun sekadar hendak ke Limbang dari Miri

Disebabkan struktur geografi dan politik Sarawak dan Brunei, maka Lebuhraya Pan Borneo yang mula dirancang pembinaannya pada tahun 1965 terpaksa merentas Brunei Darussalam, dan juga terpaksa merentas sebegitu banyak pos imigresen. Penderitaan sama terpaksa dihadapi rakyat Brunei yang tinggal di Daerah Temburong apabila hendak ke daerah lain di Brunei terutamanya Daerah Brunei dan Muara yang menempatkan Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei.

Sehubungan dengan itu, maka kedua-dua kerajaan Brunei dan Sarawak merancang untuk membina jalan pintasan bagi menghubungkan antara wilayah masing-masing. Brunei sedang membina Jambatan Temburong sepanjang 30 km merentasi Teluk Brunei bagi menghubungkan Daerah Temburong dengan Bandar Seri Begawan, dengan kos keseluruhan BND1.6 bilion. Jambatan Temburong dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.

Sementara itu, Malaysia pula merancang untuk membina Jalan Pintasan Brunei yang pastinya jauh lebih panjang. Rancangan pembinaan jalan pintasan tersebut mula disuarakan seawal dekad 1980an lagi. Malah, cadangan laluannya turut dimasukkan dalam atlas terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar Sdn. Bhd.) semasa zaman persekolahan saya dahulu. Cadangan Jalan Pintasan Brunei ini akan bermula di Long Lopeng melalui Lebuhraya Lawas-Merapok-Sindumin FQC1 ke Ba' Kelalan dan Bario sebelum ke Long Seridan dan seterusnya ke Long Lama dan Marudi sebelum berakhir di Jalan Bintulu-Miri FQA1. Untuk ke Limbang pula, satu laluan cabang boleh dibina dari Jalan Pintasan Brunei ke Limbang melalui Nanga Medamit. Apa pun, kita tunggu sahaja sehinggalah jajaran sebenar dimuktamadkan oleh JKR Sarawak.

Kenapa Jalan Pintasan Brunei ini sangat penting...? Pertama, tidak semua penduduk di Bahagian Limbang yang memiliki pasport, khususnya yang tinggal di pedalaman. Maka, sudah tentulah pesakit dari kawasan pedalaman seperti Ba' Kelalan berdepan masalah kerenah birokrasi di sempadan.

Kedua, Jalan Pintasan Brunei dapat memberikan akses kepada pengangkutan jalan raya yang berkualiti buat penduduk pedalaman. Memang ada jalan yang dibina di bawak Projek Jiwa Murni seperti di Ba' Kelalan dan Marudi, tetapi kualiti jalan yang terhasil sangat teruk. Sebab apa...? Sebab jalan raya Projek Jiwa Murni tidak dibina mengikut piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi sekadar dibina dengan cara sama seperti pembinaan jalan kampung iaitu sekadar rawatan permukaan sebelum dihamparkan dengan lapisan asas kerikil dan aspal yang nipis, itu sahaja. Sebab itulah jalan yang terhasil cepat rosak kerana tidak mampu menampung beban trafik yang tinggi. Jika dibandingkan, sekiranya Jalan Pintasan Brunei dibina sebagai jalan super two di bawah piawaian JKR R5, ia boleh tahan muatan kenderaan berat, boleh menampung sehingga 100,000 kenderaan sehari serta selamat dipandu sehingga had laju reka bentuk 100 km/j.

Ketiga, beberapa buah petempatan di pedalaman seperti Ba' Kelalan dan Bario terletak begitu hampir dengan sempadan Malaysia-Indonesia. Maka, sudah tentulah kawasan-kawasan tersebut terdedah dengan ancaman kegiatan yang melanggar undang-undang seperti penyeludupan dsb. Sebelum ini kita sudah pun menyaksikan bagaimana pembinaan Lebuhraya Timur-Barat FT4 membantu menghalang kegiatan pengganas komunis yang aktif di sempadan Malaysia-Thailand, dengan mempercepatkan pergerakan pasukan keselamatan. Atas sebab yang sama juga, kerajaan Indonesia kini giat melaksanakan pembinaan Jalan Lintas Kalimantan Poros Utara yang juga dikenali sebagai Jalan Lintas Perbatasan. Justeru, kerajaan perlu meneruskan pembinaan Jalan Pintasan Brunei bagi melindungi penduduk pedalaman daripada ancaman keselamatan.

Yang terakhir, Jalan Pintasan Brunei diharapkan dapat menyerlahkan potensi ekonomi di pedalaman. Misalnya, Bario amat dikenali kerana meskipun terletak di tanah tinggi di pedalaman, namun ia sangat dikenali kerana berasnya yang sangat enak dan sangat wangi. Namun demikian, disebabkan tiada laluan darat untuk memasarkan hasil pertanian Bario, harga beras Bario menjadi sangat mahal sehingga mencecah hampir RM40 untuk beras putih seberat 3.5 km. Maka, adalah amat diharapkan agar Jalan Pintasan Brunei nanti dapat membantu mengembangkan potensi Bario sebagai jelapang padi bukit Sarawak.

Jalan Pintasan Brunei mampu menyerlahkan potensi Bario sebagai kawasan jelapang padi bukit Sarawak

Namun demikian, tidak semua pihak yang bersetuju akan cadangan pembinaan Jalan Pintasan Brunei ini. Tatkala Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan pendahulunya, Datuk Seri Fadillah Yusof memperjuangkan pembinaan jalan ini, Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum pula menentang cadangan pembinaannya atas alasan kos yang tinggi serta jalan sedia ada itu sebenarnya lebih menjimatkan masa. Namun, antara kemaslahatan pihak yang ramai dengan keselesaan segelintir pihak sahaja, yang mana lebih penting...? Adakah penduduk Ba' Kelalan, Bario, Long Lama dan Marudi itu sebegitu kaya dan mampu menaiki kapal terbang setiap hari semata-mata untuk memasarkan hasil pertanian mereka...? Sedangkan saya yang merupakan orang bandar pun berasa perit hendak melaburkan wang untuk membeli tiket kapal terbang, apatah lagi penduduk Ba' Kelalan, Bario, Marudi dan Long Lama.

Pesan saya kepada Datuk Henry Sum, cuba hayati denyut nadi rakyat dan jangan hanya pentingkan diri sendiri sahaja. Orang-orang Ba' Kelalan tidak sekaya Datuk, tetapi mereka tetap berkeupayaan untuk menumbangkan wakil rakyat yang mengkhianati sokongan mereka.

Siri FTRoadpedia Sarawak berakhir di sini. Seperti dijanjikan, saya akan sambung semula siri reviu FTRoadpedia edisi lepas yang masih belum siap seperti FTRoadpedia Lekir, FRoadpedia Zon Selatan dan FTRoadpedia Zon Utara.

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-42407056375016683972018-10-23T15:05:00.000+08:002018-11-10T01:36:45.582+08:00FTRoadpedia Sarawak Part 8: Martabat jalan raya Sarawak di Jalan Bintulu-Miri FQA1 / Reputation of Sarawakian highways at Bintulu-Miri Road FQA1

Salam sejahtera,

Seperti yang anda semua sedia maklum, komplen nombor satu saya mengenai rangkaian jalan raya Sarawak ialah pada papan tanda yang digunakan. Kebanyakan papan tanda yang digunakan bukan sahaja tidak mengikut Arahan Teknik (Jalan) 2E/85 - Guide Sign Design and Application, malah tiada piawaian seragam dari segi jenis font tulisan, warna tulisan serta warna latar belakang yang digunakan pada papan tanda. Selain itu, kod laluan juga tidak digunakan. Akibatnya, orang-orang Sarawak tidak dapat membezakan yang mana satu jalan persekutuan dan jalan negeri kendalian Jabatan Kerja Raya Sarawak dan yang mana satu jalan perbandaran kendalian pihak berkuasa tempatan. Daripada situ bermulalah episod tendang-menendang aduan kerosakan jalan umpama bola. Setiap kali ada jalan berlubang, JKR Sarawak sering menjadi beg tinju masyarakat, meskipun jalan yang rosak itu bukan jalan selenggaraan JKR Sarawak. Reputasi jatuh, maruah tercalar.

Jadi bagaimanakah JKR Sarawak boleh memulihkan kembali maruah dan reputasi mereka selaku badan yang diamanahkan untuk membina dan menyelenggara infrastruktur untuk rakyat terutamanya jalan raya...? Memang betul Sarawak melalui Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd. (LBU) sedang membina sebatang lebuh raya kembar yang bakal menjadi kebanggaan kebanggaan rakyat Sarawak. Tetapi itu sahaja masih belum mencukupi untuk memartabatkan rangkaian jalan raya Sarawak dalam erti kata sebenar. Untuk mengangkat kembali martabat jalan raya Srawak serta maruah JKR sebagai pemegang amanah rakyat Sarawak untuk membina dan memelihara rangkaian jalan raya Sarawak, maka segala-galanya perlu dimulakan dengan perkara asas. Asas yang diterapkan kepada anggota tentera untuk membina satu pasukan tentera yang sangat kuat dan digeruni ialah melalui latihan kawad kaki. Maka, asas untuk memartabatkan jalan raya perlu dimulakan dengan melakukan transformasi besar-besaran terhadap papan tanda jalan raya Sarawak. Jenis papan tanda bagaimana yang saya kehendaki...? Baca sehingga habis untuk mengetahuinya.

Bagi mengakhiri perjalanan hari terakhir jelajah FTRoadpedia Sarawak, kami masih perlu menamatkan baki 203 km perjalanan dari Bintulu ke Miri melalui Jalan Bintulu-Miri. Seperti Jalan Kuching-Sri Aman FQA1, Jalan Bintulu-Miri FQA1 bermula dari bandar Bintulu sebagai Jalan Negeri Sarawak, tetapi saya tidak tahu Q berapa kerana seperti di kebanyakan bandar lain di Sarawak, kod laluan sangat jarang digunakan pada papan tanda jalan raya. Hmm... bagaimana hendak hentikan kecaman masyarakat terhadap JKR kalau papan tanda pun tak ikut garis panduan Arahan Teknik JKR dan tiada kod laluan...? Apa pun, Jalan Bintulu-Miri hanya mula menggunakan kod laluan FQA1 bermula di Persimpangan Nyabau.

Tidak lama selepas meninggalkan Bintulu, keadaan jalan menjadi sangat selesa dan sangat mulus. Apa tidaknya, jajaran yang saya lalui itu ialah jajaran Persimpangan Nyabau-Persimpangan Bakun, salah satu daripada dua jajaran perintis bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1 selain Jalan Teluk Melano-Sematan. Maka, sebahagian besar jajaran sudah hampir siap kecuali Persimpangan Nyabau, Persimpangan Bakun serta sebilangan kecil bahagian di jajaran tersebut. Jajaran Persimpangan Nyabau-Persimpangan Bakun ini memberikan bayangan keseluruhan bagaimana rupanya keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo FQA1 apabila siap kelak. Apabila projek Lebuhraya Pan Borneo FQA1 siap kelak, ia betul-betul menyerupai Lebuhraya Segamat-Muar FT23, Lebuhraya Ipoh-Lumut FT5, Lebuh AMJ FT19 dan Jalan Raya Utama Tengah (CSR) FT34. Mungkin status FQA1 sebagai lebuh raya kembar capaian terhad dan bukannya lebuh raya ekspres capaian terkawal menyebabkan anda memandang rendah tentang FQA1, tetapi biar saya bongkarkan satu fakta yang bakal membeliakkan mata anda - baru-baru ini projek Lebuhraya Pan Borneo FQA1 telah memenangi Anugerah Tahun dalam Infrastruktur 2018 bagi kategori Jalan Raya dan Lebuh Raya, mengalahkan dua finalis lain yang mana kedua-duanya merupakan projek lebuh raya ekspres capaian terkawal: Projek Koridor Interstate 59/Interstate 20 di Alabama, Amerika Syarikat dan projek Lebuhraya Zhengzhou-Xixia di China. Serius...!!!

Di Persimpangan Bakun, kerja pembinaan persimpangan bertingkat di situ sedang berjalan dengan rancak. Jalan Bakun FQ803 dibina sebagai jalan masuk ke Empangan Bakun, empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, dengan kapasiti janaan 2,400 MW. Kapasiti penjanaan yang sangat besar ini menyebabkan terdapat rancangan untuk membangunkan satu sistem grid elektrik bagi menghubungkan Bakun dengan Sabah dan Kalimantan, malah pernah ada rancangan untuk memasang kabel bawah tanah untuk dihubungkan dengan Sistem Grid Nasional di Semenanjung Malaysia. Sebenarnya, sebelum ini terdapat dua kali cubaan membinanya pada tahun 1980an dan 1990an tetapi gagal atas sebab kegawatan ekonomi.

Sementara itu, jalan di sebelah kiri yang juga dihubungkan ke Persimpangan Bakun merupakan sebatang jalan raya baharu ke Kawasan Perindustrian Samalaju, sebuah kawasan perindustrian baharu yang diwujudkan di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri. Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri mula dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2007 sebagai satu lagi laluan alternatif dari Bintulu ke Miri.

Jalan Bintulu-Miri FQA1 ini sangat lengang dan sangat kosong tanpa ada apa-apa pekan. Kalau ada insiden tidak diingini seperti kenderaan rosak, memang azablah jawabnya. Secara kebetulan semasa hari sudah hampir senja, saya ternampak ada seorang penunggang motosikal yang terpaksa menolak motosikalnya yang rosak. Di mana letaknya pekan paling hampir...? Pekan pertama yang saya temui sepanjang Jalan Bintulu-Miri FQA1 ialah Batu Niah, dan jaraknya ialah 107 km dari Pesimpangan Nyabau di Bintulu. Ya, serius saya katakan. Justeru, pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik untuk mengelakkannya rosak di tengah jalan - serius azab...!!!

Seperti namanya, pekan Batu Niah terletak berhampiran dengan Taman Negara Gua Niah yang menempatkan Gua Niah, gua terbesar di Malaysia. Maka kemakmuran pekan Batu Niah datang bukan sahaja daripada pengguna Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1 yang lalu-lalang, tetapi juga sebagai pekan persinggahan bagi yang hendak ke Gua Niah. Dari Batu Niah, Miri hanya tinggal 96 km, tetapi sebelum itu masih ada satu lagi pekan persinggahan iaitu Bekenu. Jarak Bekenu dari Batu Niah ialah 52 km. Sementara itu, jarak dari Batu Niah ke pekan Beluru pula 58 km dan perlu memasuki Jalan Beluru-Bakong.

Hari sudah malam. Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Kami dimaklumkan bahawa rombongan akan singgah sebentar di tapak projek Pakej 11 di Sungai Tangap sebagai persinggahan terakhir kami sebelum tiba di Sibu. Di pejabat tapak projek, pihak LBU menjamu kami dengan makan malam yang lazat seperti nasi berlaukkan kari kambing. Selesai makan malam, kami meneruskan perjalanan kami ke Miri.

Selepas sebegitu jauh berjalan, kelibat petempatan mula kelihatan tatkala perjalanan berbaki 11 km sahaja lagi. Lega...!!! Akhirnya perjalanan yang sangat panjang bakal berakhir di Miri, bandar raya kedua terbesar di Sarawak selepas Kuching. Jalan FQA1 bertukar menjadi jalan raya kembar sehingga ke Miri. Seperti yang pernah saya katakan, Miri merupakan satu-satunya bandar kawalan di sepanjang FQA1 di mana FQA1 merentasi pusat bandar rayanya. Jika dibandingkan dengan bandar kawalan lain di sepanjang FQA1 termasuklah Kuching, FQA1 dilencongkan melalui simpang tiga atau bulatan ke arah lain tanpa merentasi pusat bandarnya.

Bermula dari Persimpangan Lapangan Terbang Miri, mata saya disajikan dengan pemandangan yang betul-betul saya ingin lihat selama ini sepanjang berada di Sarawak - papan tandanya. Sepanjang FQA1 sehinggalah ke hotel penginapan kami di Pullman Miri Waterfront untuk malam terakhir FTRoadpedia Sarawak, papan-papan tanda di sepanjang jalan sudah banyak digantikan dengan papan tanda format baharu JKR - warna latar biru gelap yang seragam, tulisan putih yang menggunakan font Transport, dan yang paling penting, dilengkapi jata laluan serta nombor laluan. Papan tanda seperti inilah yang yang sepatutnya dipasang pada semua jalan raya di serata Sarawak. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada JKR Miri kerana menjadi perintis kepada usaha memartabatkan jalan raya Sarawak melalui pemasangan papan tanda yang mematuhi Arahan Teknik (Jalan) 2E/85. Saya juga ingin menggesa JKR Sarawak dan semua JKR Bahagian di Sarawak agar menggantikan kesemua papan tanda di kesemua jalan persekutuan dan jalan negeri kendalian JKR Sarawak sebagai bukti kukuh bahawa JKR Sarawak benar-benar serius ingin mengangkat martabat dan maruah rangkaian jalan persekutuan dan negeri di Sarawak.

Oleh kerana hari sudah gelap, maka saya putuskan untuk mengambil gambar-gambar papan tanda jalan raya Miri semasa dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Miri untuk pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Majlis penutup FTRoadpedia Sarawak diadakan di Hotel Pullman Miri Waterfront dan disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya YB Baru Bian. Secara amnya, saya sifatkan siri jelajah kali ini sebagai amat berjaya kerana pada hari terakhir jelajah FTRoadpedia Sarawak, saya disajikan dengan usaha bersungguh-sungguh oleh JKR Miri bagi merintis kepada inisiatif memartabatkan jalan raya Sarawak melalui pemasangan papan tanda yang mengikut piawaian JKR. Finale sebeginilah yang saya ingin lihat. Barulah berbaloi dengan ratusan ringgit tiket kapal terbang yang saya laburkan untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang. Saya menyertai setiap jelajah FTRoadpedia bukan kerana sekadar mahu makan angin, menginap di hotel-hotel mewah dan menikmati juadah yang sedap-sedap. Tujuan saya menyertai jelajah FTRoadpedia adalah kerana saya mahukan rangkaian jalan raya Malaysia dimartabatkan. Bagi FTRoadpedia Sarawak pula, satu lagi sebab utama saya menyertainya adalah bagi menunaikan hajat seorang sahabat yang sudah meninggal dunia - dan jika sahabat saya itu masih hidup, beliau pastinya amat berbangga dengan tahap kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo FQA1 ini sebagai usaha memartabatkan jalan raya Sarawak.

Jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Fadillah Yusof, mantan Menteri Kerja Raya yang mengilhamkan siri jelajah FTRoadpedia ini. Juga terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia kerana sering mengundang saya untuk menyertai (atau lebih tepat lagi, mahukan saya untuk menyertai) setiap edisi jelajah FTRoadpedia yang dianjurkan. Juga terima kasih kepada para pelanggan kami di FGK Kuala Lumpur - hasil sokongan anda semua, saya berjaya menyempurnakan siri reviu jalan raya kedua termahal oleh Blog Jalan Raya Malaysia.

FTRoadpedia Sarawak berakhir di sini, tetapi sebelum itu saya ingin menulis satu lagi entri senarai hajat Jalan Pintasan Brunei sebelum siri reviu FTRoadpedia Sarawak ditamatkan dengan sempurna. Selamat tinggal Bumi Kenyalang, saya pasti akan kembali lagi untuk menguji jalan raya pesisir pantai Sarawak pula.

Jajaran Persimpangan Nyabau-Persimpangan Bakun yang semakin memperlihatkan rupa akhirnya ketika siap

Persimpangan Bakun - asalnya merupakan simpang tiga tetapi berubah menjadi simpang empat susulan pembukaan Kawasan Perindustrian Samalaju

Majlis penutup FTRoadpedia Sarawak di Hotel Pullman River Waterfront yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian

Panorama muara Sungai Baong dari pusat bandar raya Miri

Miri merupakan bandar raya kedua terbesar di Sarawak selepas Kuching dan juga lebih besar daripada Bandar Seri Begawan, Brunei

Meninggalkan pusat bandar raya Miri untuk ke Lapangan Terbang Miri

Macam inilah sepatutnya rupa papan tanda jarak di jalan raya Sarawak

Reka bentuk papan tanda penunjuk arah bergrafik yang lengkap dengan kod laluan

Lagi koleksi gambr papan tanda format baharu JKR di Miri

Memasuki Persimpangan Lapangan Terbang Miri

Jumpa lagi Bumi Kenyalang...!!!

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162144560205189771.post-28720000884806395642018-10-20T10:35:00.000+08:002018-10-23T15:12:53.016+08:00FTRoadpedia Sarawak Part 7: Jalan Sibu-Bintulu FQA1, jalan paling teruk di Sarawak yang perlukan perhatian / Sibu-Bintulu Road FQA1, the worst road in Sarawak that requires attention

Salam sejahtera,

Reviu Jalan Sibu-Bintulu membuka diari hari terakhir FTRoadpedia Sarawak pada 1 Oktober 2018. Sebelum saya menjejakkan kaki ke Sarawak, saya sering terdengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa Jalan Sibu-Bintulu FQA1 merupakan jalan raya berturap yang paling teruk di Sarawak. Cerita tersebut pastinya sangat ironik, memandangkan jajaran Sibu-Bintulu merupakan jajaran terakhir yang disiapkan pada tahun 1985 bagi projek Jalan Raya Utama Pertama Sarawak. Jadi sempena hari terakhir FTRoadpedia Sarawak, saya mahu melihat sendiri sama ada cerita tersebut benar atau tidak.

Cuaca pagi di Sibu pada ketika itu mendung. Rombongan FTRoadpedia Sarawak meninggalkan hotel penginapan untuk ke destinasi pertama kami iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Selangau. Bukan di Selangor ya. Jadi, sudah tentulah Sungai Buloh di Selangau jauh berbeza daripada Sungai Buloh di Selangor.

Jarak Bintulu dari Bulatan Sibu cuma 201 km, lebih kurang sama seperti jarak Kuala Lumpur ke Segamat. Bezanya, tatkala saya hanya memerlukan masa lebih kurang 3 jam 45 minit untuk ke Segamat dari Kuala Lumpur, jarak serupa memerlukan masa daripada pagi hingga ke petang. Selain disebabkan banyak berhenti, keadaan jalan yang sangat teruk menyebabkan bas tidak dapat dipandu laju, dengan kelajuan purata sekitar 50 hingga 70 km/j di sepanjang Jalan Sibu-Bintulu.

Stapang merupakan pekan pertama yang kami lalui sepanjang Jalan Sibu-Bintulu FQA1. Ia sekadar pekan kecil yang terletak di tebing sungai Batang Oya dan terletak 28 km dari Persimpangan Sibu. Saiznya kecil sahaja, cuma terdiri daripada sederet kedai sahaja. Namun, destinasi hentian pertama kami sebenarnya terletak di pekan Selangau yang terletak 29 km dari pekan Stapang ini.

Selangau merupakan pekan persinggahan penting bagi pengguna Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1 yang hendak ke pekan-pekan pesisir pantai seperti Mukah, Balingian, Igan, Oya, Matu dan Dalat. Menurut sejarah, tapak asal Selangau terletak di pertembungan antara Sungai Selangau dengan Batang Mukah, tetapi setelah siapnya Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1, maka penduduknya berpindah ke lokasi sekarang yang terletak di tepi FQA1. Asalnya Selangau dihuni penduduk dari suku kaum Beketan, tetapi majoriti penduduk Selangau sekarang terdiri daripada orang-orang Iban; orang-orang Beketan sekarang sudah berpindah ke Tatau, satu lagi pekan penting di sepanjang laluan Sibu-Bintulu FQA1.

Kami berhenti sebentar di Jennifer's Cafe bagi melepaskan hajat masing-masing. Jennifer's Cafe terletak betul-betul selepas Persimpangan Selangau yang dihubungkan dengan jalan raya pesisir pantai Mukah melalui Jalan Negeri Sarawak Q225. Jadi, memang sesuai sangat kafe ini dijadikan hentian rehat bagi para musafir di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1. Keadaan langit yang gelap menunjukkan hujan akan turun pada bila-bila masa, tetapi sebenarnya memang sudah hujan seketika semasa menghampiri pekan Stapang dan reda sedikit sebaik menghampiri Jennifer's Cafe. Maka, tidak hairanlah kenapa sebegitu ramai yang mahu melepaskan hajat masing-masing di Jennifer's Cafe.

Semasa hendak meneruskan perjalanan ke Bintulu, kami singgah sebentar di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Selangau. Kami terpaksa turun dari bas dan menaiki beberapa buat kereta untuk melalui jalan masuk ke sekolah berkenaan kerana berlakunya tanah runtuh tidak jauh dari pangkal jalan masuk ke sekolah berkenaan yang menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup satu lorong. Kehadiran kami disambut murid-murid, guru-guru dan penduduk Kampung Sungai Buloh yang majoritinya terdiri aripada orang-orang Iban. Kami ke SK Sungai Buloh Selangau bagi menyaksikan majlis pecah tanah projek baik pulih sekolah tersebut yang dikategorikan sebagai sekolah daif. Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor Musyati-Mudajaya, salah satu kontraktor bagi salah satu pakej projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1 sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.

Hujan mula turun dengan lebatnya semasa majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian. Kami terpaksa menunggu di sekolah sementara menunggu hujan teduh sebelum kami dapat kembali semula ke bas kami. Jadi sementara menunggu hujan teduh, kami disajikan dengan makanan oleh pihak sekolah. Sebaik hujan sudah agak teduh sedikit, kami kembali semula ke bas kami untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya ialah pekan Tatau yang terletak 74.5 km dari SK Sungai Buloh Selangau. Sepanjang perjalanan ke sana, ternyata dakwaan yang mengatakan bahawa Jalan Sibu-Bintulu FQA1 sebagai jalan raya berturap paling teruk di Sarawak terbukti benar, terutamanya di jajaran Selangau- Tatau. Keadaan jalan mendap, beralun dan berlubang di sana-sini macam baru lepas perang. Setiap kali melalui jajaran yang beralun, saya terasa seperti menunggang kuda liar. Setiap kali bas terlanggar lubang, seram memikirkan kemungkinan tayar bas pecah. Lagipun mana ada bengkel bas sepanjang 74.5 km perjalanan. Malah, kalau kami tiba di Tatau ataupun berpatah balik ke Selangau sekalipun, belum tentu ada bengkel bas mahupun kedai tayar. Jika anda menaiki motosikal, anda mungkin perlu bersiap-sedia dengan sekurang-kurangnya 10 ekor "cacing" - maksud saya, getah pelekat penampal tayar.

Jangan salah sangka pula; saya bukanlah hendak menghentam JKR Sarawak semata-mata, tetapi apa yang saya mahu tunjukkan di sini ialah keadaan Jalan SIbu-Bintulu FQA1 yang sangat teruk itu jelas membentuk sebab utama kenapa projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1 wajar diteruskan tanpa penangguhan dan tanpa cantasan. Jika di negeri-negeri lain masalah jalan berlubang adalah disebabkan keculasan kontraktor utiliti yang mengorek lurang atau lubang laluan kabel di jalan raya tanpa menutupnya dengan sempurna serta masalah birokrasi dan red tape semasa proses permohonan peruntukan pembaikan jalan, di Sarawak pula masalah logistik merupakan masalah nombor satu yang membawa kepada jalan rosak yang terbiar atau terlalu lambat dibaiki. Masalah logistik datang bukan sahaja akibat jalan yang teruk, tetapi juga akibat ketiadaan pejabat JKR daerah di beberapa daerah seperti Selangau dan Tatau. Jika di Sabah, setiap daerah mempunyai pejabat JKR daerah, malah ada sub-daerah seperti Telupid yang turut mempunyai pejabat JKR daerah. Namun, jika dibandingkan dengan Sarawak pula, pejabat-pejabat JKR daerah hanya ada di daerah tertentu yang ramai penduduk sahaja; daerah kurang penduduk seperti Selangau dan Tatau pula tiada pejabat JKR daerah. Justeru, adalah diharap agar siapnya projek Lebuhraya Pan Borneo FQA1 ini nanti akan mengurangkan masalah logistik yang dihadapi JKR Sarawak agar jalan-jalan rosak dapat ditangani segera.

Sebaik tiba di Tatau, kami meninjau projek pembinaan Jambatan Tatau bagi menggantikan jambatan sedia ada. Seterusnya, kami singgah solat sebentar di Masjid Pekan Tatau kerana selepas ini sudah tiada lagi tempat untuk berhenti rehat sepanjang 51 km sehinggalah kami tiba di Bintulu untuk meninjau projek Persimpangan Nyabau. Jadi selepas saya selesai solat, saya mengambil kesempatan untuk meninjau suasanan pekan Tatau sementara menunggu ahli rombongan selesai solat. Seperti kebanyakan pekan-pekan kecil lain di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1, kemakmuran ekonomi penduduk Tatau banyak bergantung kepada pengguna FQA1 yang lalu-lalang. Maka, kemudahan asas yang ada seperti kedai makan, stesen minyak dan masjid menjadikan Tatau pekan persinggahan wajib bagi pengembara yang melalui FQA1. Kewujudan masjid di Tatau adalah disebabkan oleh peratus penduduk Islam yang tinggi di Tatau, yang mana kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Melayu dan Melanau.

Kami meneruskan perjalanan. Keadaan jalan selepas pekan Tatau kali ini lebih baik daripada jajaran Selangau-Tatau. Selepas melalui perjalanan 51 km, kami akhirnya tiba di Bintulu, bandar keempat terbesar di Sarawak selepas Kuching, Miri dan Sibu. Bandar ini pesat membangun hasil aktiviti pelombongan minyak serta perindustrian. Dari segi pengangkutan, Bintulu merupakan penamat bagi Jalan Sibu-Bintulu FQA1 dan merupakan permulaan bagi Jalan Bintulu-Miri FQA1. Oleh kerana Jalan Sibu-Bintulu FQA1 dibina lebih kemudian daripada Jalan Bintulu-Miri FQA1, maka satu persimpangan utama yang dikenali sebagai Persimpangan Nyabau terbentuk beberapa km dari pusat bandar Bintulu, sekaligus membentuk titik penamat bagi Jalan Sibu-Bintulu FQA1.

Seperti beberapa persimpangan utama di sepanjang FQA1 seperti Persimpangan Sibu, Persimpangan Sarikei dan Persimpangan Sri Aman, Persimpangan Nyabau mempunyai masalah kesinambungan laluan yang menyebabkan kesesakan dan juga risiko keselamatan semasa keluar masuk simpang. Maka, untuk mengatasinya, sebuah persimpangan bertingkat kini sedang dalam pembinaan. Bagi projek lebuh raya kembar Pan Borneo FQA1, Persimpangan Nyabau dibina sebagai jejambat jalan raya kembar di atas simpang tiga sedia ada. Reka bentuk ini dipilih disebabkan sudah terdapat banyak bangunan yang didirikan di sekeliling Persimpangan Nyabau, menyebabkan ia tidak boleh dinaik taraf kepada persimpangan trompet.

Perkembangan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1 di jajaran Sg. Arip-Bintulu

Perkembangan projek Jambatan Tatau

(kredit video: Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd.)

Hari sudah lewat petang. Dengan ini, maka tamatlah sudah epik jalan raya paling teruk di Sarawak yang mendapat perhatian arwah Tok Nan, Ketua Menteri Sarawak terdahulu yang bertegas mahu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak FQA1 diteruskan sebagai lebuh raya kembar demi anak bangsa Sarawak. Terima kasih kepada arwah Tok Nan dan Datuk Seri Fadillah Yusof kerana mengusahakan projek lebuh raya kembar ini demi anak bangsa Sarawak. Juga tidak ketinggalan ialah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana melaksanakan pembinaannya - jangan kerana salah silapnya, terus dilupakan segala jasa beliau. Kita bukan hakim dan kita bukan tuhan, jadi serahkan kepada Allah dan Yang Arif untuk menentukan hukuman setimpal dan bukannya mengambil tugas hakim dan tuhan.

Kami perlu beredar sekarang kerana perjalanan ke Miri masih berbaki 203 km. Untuk mengetahui suasana sepanjang baki perjalanan 203 km ke Miri, ikuti reviu terakhir dalam siri FTRoadpedia Sarawak dalam entri Jalan Bintulu-Miri FQA1.

Pemandangan waktu pagi di bandar Sibu

Bergilir-gilir melepaskan hajat di Jennifer's Cafe, Selangau

Antara wajah-wajah ceria anak-anak kaum Iban yang bersekolah di SK Sungai Buloh, Selangau

Inilah antara anak-anak bangsa Sarawak yang menjadi harapan Sarawak untuk memajukan negeri pada masa akan datang

Projek pembinaan Jambatan Tatau di sebelah jambatan asal

Jalan Sibu-Bintulu FQA1 dari tapak projek Jambatan Tatau

Panorama pekan Tatau yang mendamaikan

Jalan Sibu-Bintulu FQA1 menjadi lebuh raya kembar bermula ari Persimpangan Lapangan Terbang Bintulu

Pelan Persimpangan Lapangan Terbang Bintulu

Persimpangan Bertingkat Nyabau yang sedang dalam pembinaan

Pelan Persimpangan Bertingkat Nyabau serta gambaran projek siap

squall-shinodahttp://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.com0