Donate!




Salam sejahtera,

Terima kasih kerana mengunjungi Blog Jalan Raya Malaysia. Blog Jalan Raya Malaysia merupakan satu inisiatif jangka panjang oleh seorang anak watan Malaysia bagi memastikan rangkaian jalan raya Malaysia dimartabatkan. Untuk menjayakan misi ini, reviu-reviu jalan raya diadakan bukan sahaja untuk berkongsi keindahan jalan raya Malaysia kepada dunia, malah sebagai sumber ilmu yang selama ini jarang didokumentasikan. Hasilnya, Blog Jalan Raya Malaysia kini merupakan salah satu sumber rujukan utama bagi maklumat mengenai jalan raya Malaysia, termasuklah oleh Wikipedia.

Semasa pertama kali menubuhkan Blog Jalan Raya Malaysia, kami berasa sungguh berbangga dan teruja kerana Blog Jalan Raya Malaysia adalah begitu istimewa. Ia adalah taman ilmu bagi anda yang dahagakan maklumat mengenai jalan raya Malaysia. Sebab itulah kami mengadakan reviu jalan raya khas buat anda, kerana reviu jalan raya membantu melengkapkan kajian mengenai sesebuah jalan raya.

Namun, mengadakan reviu jalan raya sebenarnya memerlukan perbelanjaan yang berterusan. Reviu jalan raya yang pendek hanya memerlukan kos petrol yang minima. Namun, reviu jalan raya yang lebih panjang pula memerlukan tambahan perbelanjaan bagi penginapan, memandangkan masa perjalanan pergi balik adalah lebih daripada sehari. Sesetengah reviu jalan raya pula memerlukan penggunaan kereta atas faktor keselamatan, yang tentunya akan menambah kos bahan api.

Sekiranya semua orang yang melawat Blog Jalan Raya Malaysia pada hari ini menderma sebanyak hanya RM5 (AS$1.55), maka jumlah yang bakal diperolehi adalah mencukupi untuk mengadakan reviu jalan raya bagi sebahagian besar jalan raya di negeri Sabah. Namun, tidak semua orang yang mampu atau berkesempatan untuk menderma. Tak apalah, kami faham kerana kami percaya akan keikhlasan anda yang sudi menderma.

Untuk kali ini, kami memohon jasa baik anda agar sudi mendermakan sebanyak RM5, RM10, RM20 atau seberapa banyak yang anda mampu untuk memastikan Blog Jalan Raya Malaysia terus bertahan sebagai taman ilmu dan sumber maklumat bagi jalan raya Malaysia.

Terima kasih.

Mohd. Hezery bin Hussin
Pengasas, Blog Jalan Raya Malaysia


Ke mana wang derma dibelanjakan?
  1. Kos reviu jalan raya - petrol, tol (jika ada), penginapan (jika ada), sewa kenderaan (jika ada), dan penyelenggaraan kenderaan.
  2. Teknologi - sambungan Internet, penyelenggaraan dan bayaran bagi storan dalam talian (jika ada). Kami juga bercadang untuk membeli sebuah komputer riba, kamera digital dan telefon pintar supaya kami dapat menghasilkan reviu jalan raya yang lebih berkualiti serta lebih kerap dikemas kini walau di mana jua berada.

Bagaimana anda hendak menderma?
  1. PayPal atau kad debit / kredit - Hanya buka sebuah akaun PayPal secara percuma di http://www.paypal.com dan pautkan kad kredit atau kad debit anda pada akaun PayPal tersebut. (Petua: Kebanyakan bank sekarang memasukkan fungsi kad debit pada kad ATM anda) Seterusnya, klik butang Donate pada bahagian kanan atas blog, log masuk akaun PayPal anda dan masukkan jumlah derma anda. Jika anda tiada akaun PayPal, anda masih boleh gunakan kad kredit atau kad debit anda dalam borang derma. Sila ambil perhatian bahawa nilai minimum derma adalah sekurang-kurangnya RM5.00 kerana PayPal mengenakan sedikit caj perkhidmatan.
  2. Mesin CDM, pindahan bank atau cek - Anda boleh menderma melalui akaun bank tersebut (kedua-dua akaun atas nama Mohd. Hezery bin Hussin):-

    • Hong Leong Bank: 151-50-05077-8
    • Bank Simpanan Nasional: 01133-29-00024751-3




Hello everyone,

Thank you for visiting Malaysian Highway Blog. Malaysian Highway Blog is a long-term initiative by a Malaysian to strengthen the prestige of the Malaysian highway network. In order to make this mission a success, we create highway reviews not only to share the beauty of Malaysian highways to the world, but also as a reference source for highways that are seldom being documented. As a result, Malaysian Highway Blog is now one of the major source for the information regarding Malaysian highways, including by Wikipedia.

When we first founded Malaysian Highway Blog, we were so proud and excited because Malaysian Highway Blog was something special. It is the knowledge garden for those longing for the information regarding Malaysian highways. That's why we constantly provide highway reviews, because highway reviews help perfecting the research of a particular highway.

However, creating highway reviews require constant expenses. A typical short highway review may only require minimal petrol cost, but a longer highway review may require more expenses for accommodation, as the return-trip journey may require more than a day. Some highway reviews require the use of a car for safety reasons, which may obviously add the fuel cost.

If every single visitor of Malaysian Highway Blog today donates just RM5 (US$1.55), the accumulated amount would be sufficient to make \reviews of most major highways in Sabah. But not all visitors can or will donate. That's fine, we understand because be believe in sincerity of you who are willing to donate.

For this time, we would appreciate if you are willing to donate RM5, RM10, RM20 or as much as you can afford to sustain Malaysian Highway Blog as a garden of knowledge and major reference source for Malaysian highways.

Thank you.

Mohd. Hezery bin Hussin
Founder, Malaysian Highway Blog



Where does your donation go?

  1. Highway review costs - petrol, toll (if available), accommodation (if available), vehicle rental (if available), and vehicle maintenance.
  2. Technology - Internet connection, maintenance and costs for online storage (if available). We are also planning to purchase a laptop, a digital camera and a smartphone so that we are able to produce higher-quality highway reviews that are updated more often wherever we are.



How to donate?
  1. PayPal or debit / credit card - Simply open a free PayPal account at http://www.paypal.com and link your credit or debit card to your PayPal account. (Hint: Major banks nowadays often embed debit card functionalities to your ATM card) Next, click the Donate button at the top right corner of the blog, log in to your PayPal account and key in the amount of your donation. If you do not have a PayPal account, you can still use your credit or debit card in the donation form. Please take note that the minimum amount of donation should be at least RM5.00 due to the service charge imposed by PayPal.
  2. Cash deposit machine (CDM), bank transfer or check - You can donate via these bank accounts (both accounts are under the name of Mohd. Hezery bin Hussin):-

    • Hong Leong Bank: 151-50-05077-8
    • Bank Simpanan Nasional: 01133-29-00024751-3

4 comments:

  1. Hi Mohd. Hezery,
    Saya Dahlia Mazelan dari PLUS Malaysia.
    Boleh saya dapatkan number tel. dan email Mohd Hezery?
    Ini adalah untuk tujuan rujukan dan untuk membolehkan pihak kami untuk menghubungi encik.
    Encik boleh email saya di, DAHLIA.MAZELAN@plus.uemnet.com atau hubungi saya di 03-7666 4522.
    Terima kasih. Selamat sejahtera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, saya sudah pun e-melkan kepada alamat e-mel saudari.

      Terima kasih.

      Delete
  2. Salam En Hezery.

    Saya ada sedikit masalah berkaitan terowong di persimpangan Setiawangsa Lebuhraya DUKE dari arah Damansara.

    Untuk pengetahuan en, saya memandu setiap pagi menghantar isteri ke tempat kerja dari persimpangan Setiawangsa, masuk ke lebuhraya DUKE untuk ke Damansara. Kemudian, saya kembali semula melalui lebuhraya Duke, dan keluar di persimpangan Setiawangsa.

    Masalah bermula apabila saya susur keluar ke setiawangsa dan mahu masuk terowong menuju ke jalan Jelatek, penglihatan dalam terowong agak gelap dilihat dari luar sebelum masuk ke dalam terowong. Ini mungkin disebabkan silau cahaya matahari dari arah bertentangan yang membuatkan mata kita tidak nampak dalam terowong. Keadaan ini berlaku pada waktu pagi antara pukul 9 - 10/11 pagi. Ini amat berbahaya kerana dari luar, saya tidak nampak samada ada kereta di dalam terowong atau tidak, walaupun ada lampu. Saya hanya perasan ada kereta sekiranya saya sudah masuk ke dalam terowong. Jadi saya minta jasa baik en boleh buat review sedikit tentang situasi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila buat aduan tentang masalah pencahayaan di terowong Exit 3306 Persimpangan Setiawangsa kepada pihak Kesturi di ibu pejabat mereka di Plaza Tol Batu.

      Delete

Advertisement