Salam sejahtera dan selamat tahun baru 2012,
Sudah lama juga saya tidak menulis untuk blog ini. Kesibukan kerja serta keadaan cuaca yang tidak mengizinkan saya untuk menulis reviu jalan raya merupakan punca utama mengapa sudah lama saya tidak menulis. Hanya bermula minggu ini barulah saya berkesempatan untuk menulis untuk blog ini.
Pada 5 Januari 2012, saya berkesempatan untuk ke alma mater saya iaitu Universiti Selangor (Unisel) kerana ada hal mustahak untuk diuruskan di sana. Ia membuka peluang untuk saya membuat reviu jalan raya di situ kerana di daerah Kuala Selangor masih ada banyak jalan raya yang seronok untuk bermotor atau berkereta. Tiga jalan untuk reviu hari ini ialah Jalan Bukit Badong B35, Jalan Raja Musa B42 dan Jalan Timur Tambahan B74. Untuk reviu kali ini, saya mulakan dengan Jalan Timur Tambahan terlebih dahulu.
Laluan Negeri Selangor B74, atau lebih dikenali sebagai Jalan Timur Tambahan menghubungkan antara pekan Bestari Jaya dengan Felda Sungai Tengi dan Felda Soeharto. Asalnya laluan ini lebih panjang iaitu 43.2km, tetapi bahagian dari simpang Bukit Tagar dengan penamat laluan asal di Jalan Sungai Panjang B44 sudah pun diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 1205 (di Felda Sungai Tengi) dan Jalan Persekutuan 1206 (di Felda Soeharto). Oleh itu, laluan yang tinggal hanyalah sepanjang 15.2 km dari Kampung Sepakat dekat simpang Bukit Tagar hinggalah ke Kampung Hang Tuah dekat simpang Jalan Raja Musa B42. Bagaimanapun, laluan saya pada hari tersebut hanyalah sehingga Unisel.
Laluan dari Bestari Jaya ke Unisel telah dinaik taraf ke jalan super two, mula dinaik taraf pada tahun 2007 dan siap pada tahun 2009. Saya ingat lagi semasa kali pertama saya menjejakkan kaki ke Unisel, keadaan jalan masuk ke Unisel agak teruk dengan banyak bahagian jalan yang rosak di B42 dan B74 berikutan terdapat banyak lori pasir dan kelapa sawit yang melaluinya. Kini setelah dinaik taraf, keadaan jalan bukan sahaja sangat cantik malah ia lurus dan rata kecuali satu bahagian jalan yang mendap sedikit dekat Kampung Hang Tuah memandangkan jalan tersebut terletak di kawasan berpaya.
Apa itu jalan super two? Jalan super two merupakan jalan raya dua lorong yang dibina dengan piawaian geometri menghampiri lebuh raya ekspres tetapi dengan kawalan masuk separa. Lebar lorong minimum sama seperti lebuh raya ekspres iaitu 3.5 m serta turut dilengkapi lorong kecemasan, walaupun lebarnya cuma separuh daripada lorong kecemasan di lebuh raya ekspres. Di Malaysia, jalan super two ditakrifkan sebagai piawaian JKR R5. Insya-Allah saya akan menulis lebih lanjut mengenainya pada masa akan datang.
Projek naik taraf laluan Bestari Jaya - Unisel turut melibatkan pembinaan benteng di sepanjang tebing Sungai Selangor bagi mengelak banjir. Sebelum adanya benteng ini, air Sungai Selangor sering melimpahi kawasan estet di sepanjang laluannya setiap kali musim hujan ribut petir yang kerap. Air yang melimpah ini ada kalanya turut melimpah hingga ke atas jalan sehingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup dan kelas terpaksa dibatalkan kerana banjir.
Semasa jalan ini dinaik taraf, saya (dan para pelajar Unisel lain) terpaksa menggunakan Jalan Rantau Panjang yang lebih sempit tetapi lebih baik keadaannya pada ketika itu. Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan pada ketika itu menyebabkan jalan B74 tidak sesuai digunakan oleh motosikal.
Garisan penanda jalan di sepanjang Jalan Timur Tambahan B74 sehingga ke Unisel lebih kurang sama tebal seperti di lebuh raya ekspres. Sepanjang melalui jalan B74 ini saya rasakan seperti berada di lebuh raya, tidak seperti semasa ia belum dinaik taraf di mana saya terpaksa menunggang dengan penuh berhati-hati bagi mengelak lubang.
Jalan ini asalnya ada banyak lampu jalan yang menggunakan sel suria tetapi semuanya telah dicabut; lampu-jampu jalan sel suria terakhir di simpang Unisel juga telah dicabut setelah simpang tersebut dijadikan simpang lampu isyarat, cuma lampu isyaratnya belum berfungsi lagi.
Ikuti sambungan siri kedua di Jalan Raja Musa di sini..
Untuk galeri penuh, sila klik sini.

Unisel cuma tinggal 4 km saja dari titik permulaan Jalan Timur Tambahan.
Jalan Timur Tambahan B74
Benteng sungai dibina di sepanjang Sungai Selangor bagi mengelak banjir
Simpang Unisel
Penamat Jalan Timur Tambahan B74 dekat Kampung Hang Tuah
helo , bolh x buat entry mcm mna nak ke unisel dari kl ? dengan peta skali . tq :D
ReplyDeleteHelo,
ReplyDeleteSekarang ada 3 cara untuk ke Unisel dari KL:-
1.) Ikut Lebuhraya Latar E25 ke Ijok (sila rujuk reviu Lebuhraya Latar), seterusnya ke Unisel melalui Jalan Bukit Badong B35, Jalan Rawang B27, Jalan Raja Musa B42 dan Jalan Timur Tambahan B74
2.) Ikut jalan FT54 (Jalan Sungai Buloh / Kuala Selangor)
3.) Ikut Lebuhraya Rawang FT1 atau Lebuhraya Plus E1 ke Rawang kemudian ke Unisel melalui Jalan Rawang B27
Insya-Allah jika ada kelapangan, saya akan cuba bawakan reviu bagi FT54 dan B27. Terima kasih.
Jalan timur tambahan mmg dah dekat dgn jln sg panjang B44 menghala ke sabak bernam. FIY, jln itu rasanya ant jln yg plg teruk d malaysia, cuba try, rasa macam naik kuda shj. Tak sangka ada jln yg setaraf dgn jln dabing gua musang. Maybe jln federal pmg teruk d dunia. Selamat berjalan2.
ReplyDeleteSaya pun pernah dengar tentang keadaan jalan ke Sungai Tengi dan Felda Soeharto yang dikatakan sangat teruk itu, insya-Allah kalau ada kesempatan saya akan mencuba jalan tersebut untuk membuktikannya. Setakat ini, keadaan jalan B74 dari Batang Berjuntai / Unisel ke Bukit Tagar masih elok, dan jajaran Batang Berjuntai-Unisel adalah yang terbaik bagi jalan itu kerana dinaik taraf ke jalan super two.
DeleteJalan masuk Felda selalunya jarang diselenggara kerana kadar aliran trafik yang begitu jarang, hanya terdiri daripada penduduk Felda itu sahaja. Tapi ia bukanlah bermakna jalan masuk Felda boleh dibiarkan berlubang teruk macam baru lepas perang, kerana jalan itulah satu-satunya jalan masuk ke sesebuah tanah rancangan Felda. Malah, ada juga di antara jalan-jalan Felda yang dijadikan jalan utama ke beberapa tempat penting; misalnya, Jalan Felda Sungai Koyan C5/FT1503 sangat penting sebagai sebahagian jalan masuk ke Cameron Highlands dari arah Raub.