Saturday, April 21, 2012

Sepintas lalu / Overview: JB EDL E14





Salam sejahtera,

Dalam nukilan yang lalu, saya ada melaporkan mengenai Lebuhraya Hubungan Penyuraian Timur Johor Bahru E14, atau lebih dikenali sebagai JB EDL, yang baru saja dibuka pada awal bulan April. Namun, belum sampai beberapa hari ia dibuka, sudah ada cerita kontroversi mengenai isu kutipan tolnya.

Untuk pengetahuan semua, JB EDL E14 ini percuma sepenuhnya dari pangkalnya iaitu Exit 1401 [menghubungkan dengan Jalan Lingkaran Dalam Johor bahru (JB IRR) FT188]. Kalau begitu, bagaimana JB EDL mengutip tol? Sebenarnya, kutipan tol bagi E14 ini hanya dilakukan di Plaza Tol CIQ Sultan Iskandar yang sebelum ini hanya dilakukan oleh Plus Expressways Berhad. Jika kutipan tol untuk EDL dimulakan, maka bayaran tol tambahan akan dikenakan di plaza tol berkenaan, teknik yang sama seperti di Plaza Tol Sungai Besi.

Buat masa sekarang, saya masih belum berkesempatan untuk ke Johor Bahru untuk menguji lebuh raya berkenaan. Oleh itu, saya pautkan dahulu satu video YouTube untuk menunjukkan kepada anda suasana di lebuh raya berkenaan.

Satu kritikan awal yang saya patut utarakan kepada syarikat konsesi E14 ialah papan tanda yang terlalu kecil di jajaran bertingkat. Selain terlalu kecil, papan tanda makluman persimpangan ditempatkan hanya apabila sudah terlalu dekat, satu kelemahan yang turut dikongsi beberapa lebuh raya lain.

Apa pun, saya akan membuat liputan penuh mengenai JB EDL E14 ini jika keadaan mengizinkan.

No comments:

Post a Comment