Wednesday, May 23, 2012

Fon yang digunakan pada papan tanda jalan raya Malaysia / Fonts commonly used on Malaysian highway signboards

Salam sejahtera,

Dalam entri yang lalu, saya ada menyentuh mengenai keadaan jalan raya Sarawak yang tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, malah papan tandanya juga tidak mengikut piawaian JKR. Kali ini, saya akan menulis mengenai jenis fon tulisan yang lazim digunakan papan tanda piawai JKR.

Terdapat dua jenis fon utama yang diterima oleh Kementerian Kerja Raya sebagai fon piawai serta digunakan secara meluas pada papan-papan tanda di jalan raya dan lebuh raya Malaysia, iaitu fon Siri FHWA (juga dikenali sebagai Highway Gothic) serta Transport Heavy.

Majoriti papan tanda jalan raya di Malaysia menggunakan fon Siri FHWA, kecuali papan tanda lebuh raya ekspres yang lebih cenderung menggunakan fon Transport Heavy. Fon yang asalnya dibangunkan oleh Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan AS (FHWA) pada tahun 1945 digunakan secara meluas kerana fon ini membolehkan tulisan pada papan tanda lebih jelas dilihat pada jarah jauh serta kelajuan tinggi. Sebab itulah fon sebegini turut digunakan di negara-negara luar AS termasuk Malaysia.

Satu lagi fon piawai yang diterima oleh piawaian JKR ialah Transport Heavy. Fon sebegini sering digunakan di lebuh raya ekspres. Bentuknya seakan serupa dengan fon Siri FHWA, tetapi perbezaan yang paling ketara ialah pada huruf L kecil, di mana huruf L kecil Transport seakan ada satu lidah kecil pada bahagian bawahnya. Fon Transport dibangunkan oleh Jabatan Kerja Raya United Kingdom pada tahun 1957 sebagai fon piawai di sana.

Untuk gambaran yang lebih jelas, saya paparkan dua papan tanda sebagai contoh.






Papan tanda lebuh raya ekspres yang menggunakan fon Transport Heavy



Papan tanda jalan persekutuan yang menggunakan fon Siri FHWA



Sumber gambar: Wikipedia

8 comments:

  1. Apakah jenis font yg digunakan di Lebuhraya Seremban - Port Dickson E29 pada papan tanda 'Lebuhraya PLUS - Lebuhraya Tamat' pada gambar yg saudara telah tangkap? Kelihatan seperti 'Transport' dalam berbentuk 'narrow'.

    ReplyDelete
  2. Okey. Tetapi saya lihat ianya berbeza sedikit. Sekarang banyak papan tanda amaran di lebuhraya yang menggunakan font jenis ini. Mungkin juga font ini font 'Clearview' atau font 'Highway Gothic' yang di'modified'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Font Clearview sangat berbeza. Kalau anda berminat untuk melihat contoh penggunaannya, ada beberapa papan tanda di Kuala Lumpur serta Lebuhraya Tebrau FT3 (Ulu Tiram-Kota Tinggi) menggunakan font tersebut.

      Delete
  3. Anda ada gambar papan2 tanda tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini belum ada, insya-Allah saya akan maklumkan sebaik saya ada mengambil gambar tersebut.

      Delete