Saturday, May 19, 2012

Kelantan bina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai / Kelantan builds Kota Bharu-Kuala Krai Expressway




Salam sejahtera,

Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini telah mengumumkan untuk membina sendiri sebuah lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai, di mana majlis pecah tanah dijadualkan pada 28 Mei ini. Lebuh raya sepanjang 73 km ini akan mempunyai 9 persimpangan bertingkat serta 2 kawasan rehat dan rawat.

Pembinaan akan dimulakan di Seksyen III dari Bukit Tiu (Machang) ke Dusun Damai (Kuala Krai), memandangkan jajaran tersebut hanya melalui tanah kerajaan.

Menurut Pengerusi jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, lebuh raya ini nanti tidak akan dikenakan tol, sebaliknya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Pada majlis pecah tanah itu nanti, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, akan dijemput menghadiri majlis tersebut kerana beliau pernah menyenaraikan projek tersebut untuk dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-9 tetapi tidak diteruskan selepas peralihan kuasa kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sumber: Blog Datuk Husam Musa dan PASPB

Kemaskini:Majlis pecah tanah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai telah berjaya disempurnakan pada 28 Mei 2012 dam 10.00 pagi. Ikuti laporannya di sini.

2 comments:

  1. Adakah lebuh raya ini akan berada bawah pengurusan JKR (atau JKR Negeri) atau Lembaga Lebuhraya Malaysia sesudah siap dan dibuka nanti?

    ReplyDelete
  2. Asalnya projek lebuh raya ini sepatutnya di bawah kerajaan persekutuan melalui LLM, sebab Pak Lah dah pun luluskan untuk dibina semasa tempoh RMK9, tapi bila Najib jadi PM pula kerajaan pusat tak bagi kerjasama pula. Sebab itulah projek lebuh raya ini nanti akan diklasifikasikan sebagai Jalan Negeri Kelantan (D) di bawah bidang kuasa JKR Kelantan dan bukan LLM, tetapi dibina sebagai lebuh raya capaian terkawal (controlled-access highway). Harap maklum.

    ReplyDelete