Sedikit pengubahsuaian boleh dilakukan pada persimpangan RCUT asas yang menghubungkan Jalan Sebatu M117 dengan Lebuh AMJ FT19 sebagai langkah penambahbaikan
Salam sejahtera,
Pada hari ini (14 Oktober 2014), Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang mengadakan program Hari Inovasi KKR 2014 bertempat di ibu pejabat Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur. Sempena dengan Hari Inovasi KKR pada hari ini, saya ingin menyajikan beberapa entri menarik mengenai beberapa inovasi jalan raya yang patut dicuba di Malaysia,
Sebagai pembuka tirai, saya ingin bawakan satu rekaan persimpangan searas konflik minima untuk dicuba di beberapa batang jalan raya kembar luar bandar seperti Lebuh AMJ FT19. Seperti yang anda semua sedia maklum, persimpangan searas merupakan salah satu lokasi yang paling kerap berlaku kemalangan maut, disebabkan sifatnya yang memerlukan pengguna jalan raya yang keluar masuk simpang untuk melintasi aliran trafik dari arah bertentangan atau tepi, sekaligus mewujudkan titik konflik yang boleh menyebabkan kemalangan. Maka, satu mekanisme kawalan diperlukan bagi mengurangkan kecenderungan berlakunya kemalangan, melalui penandaan jalan raya (tanpa kawalan; hanya bergantung kepada aturan keutamaan), papan tanda berhenti serta lampu isyarat. Namun, bagaimana kalau lampu isyarat rosak...? Sudah tentulah aliran keluar masuk simpang akan jadi bercelaru...!!! Justeru, satu rekaan alternatif bagi persimpangan searas sebegini mula dibangunkan, dikenali sebagai persimpangan searas konflik minima.
Jenis pertama: Persimpangan pusingan-U tanpa lintasan (RCUT), dengan penambahbaikan
Bagaimana persimpangan konflik minima berfungsi...? Ada beberapa rekaan yang boleh dipertimbangkan bagi membangunkan persimpangan dengan konflik minima. Rekaan pertama memerlukan persimpangan jalan kecil ditukar menjadi persimpangan masuk kiri keluar kiri (LILO; left-in left out) serta sepasang pusingan U bagi membolehkan pemandu dari jalan-jalan kecil yang terpaksa membelok ke kiri untuk melakukan pusingan-U untuk ke arah berlawanan. Rekaan pertama ini dikenali sebagai persimpangan pusingan-U tanpa lintasan (RCUT; restricted crossing U-turn intersection). Namun, kelemahan utama persimpangan ini ialah pemandu dari jalan besar yang hendak membelok ke kanan akan berebut pusingan-U dengan pemandu dari jalan kecil yang juga hendak ke kanan. Maka, penambahbaikan dilakukan pada persimpangan RCUT asas dengan menambah sepasang lorong membelok (dan membelah pembahagi jalan) bagi membolehkan pemandu dari jalan besar untuk terus membelok ke kanan untuk memasuki jalan kecil tanpa berebut pusingan-U dengan pengguna jalan raya dari jalan kecil.
Peta Persimpangan Sebatu di Lebuh AMJ FT19
Cuba lihat gambar dan peta di atas. Persimpangan jenis LILO dipilih disebabkan kadar aliran trafik di Jalan Sebatu M117. Namun, rekaan sebegini ada kelemahannya - pengguna Jalan Sebatu M117 yang hendak ke kanan akan berebut pusingan-U dengan pengguna Lebuh AMJ FT19 yang hendak ke kanan ke M117. Maka, ada baiknya jika dibina sepasang lorong membelok masuk (serta membelah sedikit pembahagi jalan) untuk membolehkan pengguna Lebuh AMJ FT19 untuk membelok terus ke kanan tanpa perlu berebut pusingan-U dengan pengguna M117.
Jenis kedua: Persimpangan searas aliran berterusan (CFI)
(Kredit gambar: FHWA)
Contoh persimpangan CFI di Amerika Syarikat
(Kredit gambar: FHWA)
Jenis kedua ialah persimpangan searas aliran terus (CFI; continuous flow intersection). Rekaan persimpangan ini meminimakan konflik dengan memperkenalkan jalan-jalan kecil yang mana pemandu yang hendak ke kanan hanya perlu melintasi aliran trafik jalan besar dari arah bertentangan dan seterusnya melintasi aliran trafik jalan kecil dari arah kanan sahaja. Ia berbeza dengan pendekatan simpang empat tradisional yang memerlukan pemandu melintasi aliran trafik dari arah hadapan, kiri dan kanan sekaligus, menjadikannya lebih selamat. Namun, rekaan sebegini ada kelemahannya yang tersendiri - ia banyak memakan ruang serta memerlukan pengaturcaraan pemasaan lampu isyarat yang begitu rumit. Rekaan sebegini masih belum ada di Malaysia tetapi sudah banyak terdapat di Amerika Syarikat.
Berminat untuk membina persimpangan sebegini di Malaysia...? Untuk bacaan lanjut mengenai kedua-dua persimpangan ini, anda boleh baca entri lebih terperinci mengenai persimpangan RCUT dan persimpangan CFI di laman web Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan Amerika Syarikat (FHWA).

No comments:
Post a Comment