Sunday, December 30, 2018

Apa yang boleh dibina dengan duit RM1 bilion / What you can build with RM1 billion of money




Salam sejahtera,

Baru-baru Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan pembekuan kenaikan tol di 21 lebuh raya ekspres di Malaysia untuk tahun 2019, di mana 12 daripadanya sepatutnya sudah dijadualkan kenaikan tol pada tahun 2019. Jika sebelum ini hanya lebuh raya ekspres perbandaran di Lembah Klang sahaja yang dibekukan kenaikan tol dengan melibatkan kos RM700 juta kepada kerajaan, kali ini bilangannya meningkat kepada 21 lebuh raya ekspres di seluruh negara dengan nilai pampasan sebanyak RM994.43 juta - atau hampir RM1 bilion. Namun, langkah pembekuan kenaikan tol tersebut disambut dengan sindiran sinis oleh rakyat yang bosan akan janji pemansuhan tol yang sudah dicapati. Tambah memalukan lagi, Lim Guan Eng turut dianjingkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan.




Serius saya katakan, tindakan Lim Guan Eng yang membazirkan hampir RM1 bilion duit rakyat semata-mata hendak menghalang kenaikan tol merupakan satu tindakan yang sangat bodoh, ibarat meludah ke langit. Lebih ironik lagi, dalam entri di blog beliau bertarikh 6 Februari 2014, beliau sendiri mengkritik kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) kerana membayar pampasan RM400 juta kepada syarikat konsesi atas sebab yang sama. Kalau diikutkan, saya sendiri pun marah akan pembaziran tersebut pada masa itu, tetapi saya sedikit pun tidak menyangka bahawa rupa-rupanya beliau sendiri lebih teruk - membazirkan wang rakyat 2.5 kali ganda daripada pampasan konsesi tahun 2014 atas sebab sama.

"Perbelanjaan ini adalah untuk memanfaatkan rakyat Malaysia"...? My ass. Celah mana ia "memanfaatkan" rakyat Malaysia...? Adakah Lim Guan Eng sedar berapa banyak jalan persekutuan yang rosak dan berlubang teruk di sana-sini seperti baru lepas perang...? Adakah beliau sedar berapa banyak projek infra rakyat yang sudah dicantasnya atas alasan "negara banyak hutang & tak ada duit"...? Tapi kalau bab membakar RM1 bilion duit rakyat untuk membekukan kenaikan tol semata-mata mahu "membeli jiwa" rakyat yang sudah muak akan janji pemansuhan tol yang dicapati, ada pula duit. Ajaib betul. Dari mana datangnya duit RM1 bilion itu...? Adakah dari mesin pencetak duit, duit Petronas ataupun duit cukai rakyat Perlis, Kelantan, Sabah & Sarawak yang memang tiada lebuh raya ekspres...? Apa faedah pemansuhan tol kepada rakyat Perlis, Kelantan, Sabah & Sarawak yang memang tidak merasa lebuh raya ekspres langsung...?

Kenapa saya katakan pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya ekspres sebagai kerja bodoh lagi membazir...? Mudah sahaja. Adakah dengan membayar pampasan itu bermakna kadar tol tidak akan naik lagi buat selamanya...? Tidak sama sekali. Setiap kali kerajaan tidak meluluskan kenaikan tol, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi terlibat kerana kerajaan sudah dikira melanggar perjanjian konsesi apabila tidak meluluskan kenaikan yang dijadualkan seperti yang terkandung dalam perjanjian. Namun, pampasan yang dibayar itu hanyalah ubat tutup mulut untuk tahun ini sahaja. Kalau tahun hadapan pun tol tak naik, kena bayar lagi pampasan. Jika berterusan sehingga melepasi dua atau lebih tarikh sepatutnya bagi kenaikan tol, maka pampasan yang terpaksa dibayar juga semakin tinggi. Sekiranya kerajaan akhirnya bersetuju meluluskan kenaikan tol setelah tidak tahan membayar pampasan, maka kadar tol akan dinaikkan mendadak dan bukannya beransur-ansur. Bukankah itu satu tindakan bodoh...?




Daripada membazirkan duit rakyat membayar pampasan konsesi lebuh raya tol, lebih baik gunakan duit itu untuk naik taraf jalan persekutuan kepada lebuh raya kembar mesra rakyat


Para pembaca yang budiman lagi bijaksana sekalian, apa yang boleh anda bina dengan duit sebanyak RM1 bilion...? Anda boleh bina keseluruhan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 dari hujung ke hujung dengan duit sebanyak itu. Dengan duit RM1 bilion itu juga, anda boleh membina fasa kedua projek naik taraf Lebuhraya Tun Razak FT12 dari Paloh Hinai ke Segamat sepanjang 100 km kepada lebuh raya kembar. Selain itu, anda boleh gunakan duit RM1 bilion untuk membina hampir 30 buah sekolah. Anda juga boleh membina 2 buah hospital besar bersaiz seperti projek Hospital Kempas dengan duit sebanyak itu. Dengan duit RM1 bilion juga, anda boleh membina Jalan Kanowit-Kapit dari hujung ke hujung, siap ada baki RM200 juta lagi. Jalan berlubang...? Duit RM1 bilion juga bersamaan bajet hampir 2 tahun kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaiki jalan berlubang. Justeru, dengan duit sebanyak itu, sepatutnya kumpulan Ikatan Silaturrahim Brotherhood sudah boleh berehat & bersara daripada menampal jalan-jalan berlubang yang tidak tertampal oleh JKR.




Kepada Lim Guan Eng, selesaikan terlebih dahulu masalah peruntukan membaiki jalan berlubang sebelum hendak sembang mengenai pembekuan tol...




...atau maruah anda di bawah tapak kaki kumpulan Ikatan Silaturrahim Brotherhood


Nampak tak berapa besar nilai duit yang dibazirkan oleh Nobita Lim Guan Eng itu...? Kata negara tak ada duitlah, hutang menggununglah apa kejadah. Kenapa tak guna duit itu untuk bayar hutang negara...?

Ok, saya tahu pasti akan ada di kalangan macai politik tegar yang menuduh saya sebagai "macai pembangkang" kerana ligat menghentam Lim Guan Eng sejak akhir-akhir ini. Awal tahun ini, saya memang ada mengecam Datuk Seri Najib kerana mempolitikkan isu tol dan menggunakan perbandingan yang salah bagi menunjukkan kononnya beliau telah berjaya membina lebuh raya ekspres tanpa tol. Juga, saya pernah mematahkan hujah seorang macai tegar dari sebelah lawan yang menggunakan fakta-fakta salah lagi dangkal atas sebab sama. Di manakah macai-macai Lim Guan Eng pada ketika itu, adakah mereka berada di dalam gua...?




Kepada Datuk Seri Najib, jangan terlalu bergembira terlebih dahulu. Belajar membezakan antara "lebuh raya ekspres capaian terkawal" (controlled-access expressway) dengan "lebuh raya kembar capaian terhad" (limited-access divided highway) terlebih dahulu. Nampaknya Datuk Seri masih tidak mengambil iktibar daripada kesilapan lepas apabila membandingkan antara Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 yang merupakan lebuh raya ekspres capaian terkawal dengan Lebuhraya Pan Borneo yang merupakan lebuh raya kembar capaian terhad. Langsung tidak sama kelas, sepatutnya enggang sama enggang, pipit sama pipit. Jangan lupa, tujuan utama saya menulis entri kali ini adalah untuk membalun, membantai & menghentam politikus-politikus Malaysia yang tidak habis-habis mempolitikkan isu jalan raya dan isu tol.

1 comment:

  1. KABAR BAIK!!!

    Nama saya Lady Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu kepada Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah penipu , karena mereka kemudian akan meminta pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, jadi berhati-hatilah terhadap Perusahaan Pinjaman yang curang itu.

    Perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, tidak akan menuntut pembayaran konstan dan mereka tidak akan menunda pemrosesan transfer pinjaman, jadi harap bijak.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang secara finansial dan putus asa, saya telah ditipu oleh beberapa pemberi pinjaman online, saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan menggunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ms. Cynthia, yang meminjamkan saya pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa konstan pembayaran atau tekanan dan tingkat bunga hanya 2%.

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya terapkan dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

    Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik jika dia membantu saya dengan pinjaman, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres atau penipuan

    Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman apa pun, silakan hubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan atas karunia Allah, ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda mematuhi perintahnya.

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan memberi tahu saya tentang Ibu Cynthia, ini emailnya: arissetymin@gmail.com

    Yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran cicilan pinjaman saya yang akan saya kirim langsung ke rekening perusahaan setiap bulan.

    Sepatah kata cukup untuk orang bijak.

    ReplyDelete