Salam sejahtera,
Terlebih dahulu Blog Jalan Raya Malaysia ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan kepada para pembaca sekelian. Saya memohon maaf kerana lambat menulis entri ini disebabkan kesibukan kerja.
Kembara Blog Jalan Raya Malaysia ke bumi Hang Tuah pada 21 hingga 22 Jun 2014 disertai oleh sahabat saya Khairul Azmi dan saya sendiri. Episod pertama bagi siri jelajah Blog Jalan Raya Malaysia ke Melaka membawa anda menyelusuri sepanjang laluan tulang belakang pantai barat Semenanjung Malaysia - tidak lain dan tidak bukan, Jalan Persekutuan 5. Kenapa pula Jalan Persekutuan 5...? Bukankah lebih senang kalau ikut sahaja Lebuhraya Utara-Selatan E2 sehingga ke Ayer Keroh dan seterusnya Melaka...? Kalau diikutkan, sudah tentulah perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan E2 jauh lebih selesa dan lebih menyenangkan, tetapi kami mahukan satu perjalanan yang penuh santai serta disajikan dengan pelbagai panorama menarik di sepanjang jalan yang tidak mampu ditawarkan oleh mana-mana lebuh raya ekspres.

Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban melalui Lebuhraya Utara-Selatan E2 sebelum melencong ke Port Dickson melalui Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) E29. Seperti semasa saya mula-mula menghasilkan reviu SPDH E29, lebuh raya tersebut masih lengang dan tidak banyak sehinggakan Khairul Azmi yang baru pertama kali mencuba lebuh raya itu sukar untuk mempercayainya. Cuma, bezanya kali ini ialah Kawasan Rehat dan Rawat Mambau kali ini sudah meriah dengan kedai-kedai yang dibuka serta kenderaan yang berhenti rehat di situ, tidak seperti semasa reviu SPDH diadakan yang mana langsung tiada kedai yang dibuka bagi hentian arah Port Dickson. Sebaik tiba di penamat Lebuhraya Seremban-Port Dickson E29 dan Lebuhraya Teluk Kemang FT219, kami berhenti rehat seketika di Shell Teluk Kemang sambil memenuhkan tangki motosikal kami.
Sebenarnya, panjang keseluruhan Jalan Melaka-Port Dickson FT5 dari bandar lama Melaka sehingga ke simpang Jalan Sepang FT5 di penamat Jalan Seremban-Port Dickson FT53 adalah lebih kurang 99 km. Namun, kami tidaklah meneroka keseluruhan Jalan Seremban-Port Dickson FT5 itu, memandangkan kami memang ada rancangan untuk melencong ke Tanjung Bidara melalui Jalan Masjid Tanah-Kuala Linggi FT138, sebelum kembali semula ke FT5 di Masjid Tanah. Hasilnya, jarak perjalanan kami dapat dipendekkan kepada sekitar 73 km sahaja.
Jalan Melaka-Port Dickson FT5 ini secara amnya berbengkang-bengkok dan berkelok-kelok di hampir keseluruhan laluan kecuali di jajaran Lukut-Teluk Kemang dan Tanjung Kling-Melaka. Tambahan pula, keadaan jalan pula boleh dikatakan agak sempit dengan lebar lorong purata sekitar 3.25 m (JKR R4). Selain itu, banyak tempat yang tiada bahu jalan, maka saya terlepas banyak shot menarik di sepanjang jalan tersebut terutamanya di Teluk Kemang.
Sebelum memasuki Jalan Masjid Tanah-Kuala Linggi FT138, kami tiba di pekan Pasir Panjang. Sebenarnya, Pasir Panjang juga terletak tidak jauh dari tepi pantai, tetapi ia tidak sekomersial pantai Teluk Kemang dan Port Dickson. Mungkin jika ada kesempatan saya ingin meneroka sendiri sama ada pantai di situ bersih atau tidak, kerana sungguhpun pantai Teluk Kemang dan Port Dickson lebih terkenal, tetapi saya kurang menggemarinya kerana keadaan pantai yang kurang bersih akibat kesan pencemaran laut serta sikap orang ramai sendiri yang suka membuang sampah merata-rata. Itulah sebab utama kenapa kami mahu melencong ke Tanjung Bidara yang jauh lebih bersih. Maka, kami melencong sebentar ke situ untuk menghayati panorama perkampungan tepi pantai sambil menikmati air kelapa dan air Long Chan sebagai penghilang dahaga.
Setelah puas menikmati pemandangan di Tanjung Bidara, kami kembali semula ke FT5 di Masjid Tanah bagi menghabiskan baki perjalanan kami ke Bandaraya Melaka. Sebenarnya, Masjid Tanah juga ada sejarahnya yang tersendiri. Ia mendapat namanya daripada sebuah masjid yang dibina di tepi Sungai Baru (tapak bandar Masjid Tanah sekarang) sekitar kurun ke-19 dengan menggunakan tanah sebagai bahan binaannya. Masjid tersebut seterusnya diubahsuai pada tahun 1951. Namun, peranan masjid tersebut sebagai masjid utama di Masjid Tanah kini telah digantikan oleh sebuah lagi masjid yang lebih baharu dan lebih besar, iaitu Masjid Jamek Masjid Tanah.
Bandar Masjid Tanah ini merupakan bandar terbesar dalam daerah Alor Gajah, sungguhpun ibu daerah Alor Gajah terletak di bandar Alor Gajah sendiri. Malah, beberapa buah ibu pejabat daerah seperti TNB Alor Gajah juga terletak di Masjid Tanah. Susun atur bandar ini juga sangat tersusun dan terancang, yang mana pusat bandar Masjid Tanah yang kita kenali sekarang ini disempadani Jalan Melaka-Alor Gajah FT5 di sebelah selatan, Jalan Alor Gajah-Masjid Tanah FT139 di sebelah utara, Jalan Bandar Baru Masjid Tanah di sebelah barat, dan Jalan IKS Masjid Tanah di sebelah timur.
Satu sebab utama kenapa Jalan Melaka-Port Dickson FT5 ini berkelok-kelok ialah kerana faktor muka bumi di sepanjang Tanjung Kling-Teluk Kemang yang berbukit-bukit dan mempunyai banyak kampung. Maka, seperti kebanyakan jalan raya yang dibina semasa zaman penjajah, Jalan Melaka-Port Dickson FT5 ini dibina mengikut bentuk muka bumi tanpa menarah bukit. Maka, untuk meluruskannya sahaja sekalipun memerlukan banyak rumah dirobohkan. Habis tu kenapa Lebuh AMJ FT19 boleh dibina lurus dan cantik...? Jika dibandingkan, majoriti kawasan yang dilalui Lebuh AMJ adalah landai; tambahan pula, kebanyakan jajaran Lebuh AMJ FT19 melalui kawasan yang kurang padat sedikit berbanding jalan tepi pantai FT5 yang kepadatan penduduknya lebih tinggi. Satu-satunya kawasan hutan yang ada di sepanjang Jalan Melaka-Port Dickson FT5 ialah Hutan Rekreasi Sungai Udang yang terletak tidak jauh dari Masjid Tanah. Simpang masuk ke Lebuh SPA FT33 juga terletak berhampiran hutan tersebut, iaitu di pinggir pekan Sungai Udang.
Pekan Sungai Udang merupakan sebuah pekan yang terletak di dua daerah, iaitu di sebelah daerah Alor Gajah dan daerah Melaka Tengah. Sempadan antara kedua-dua daerah tersebut terletak betul-betul sebelum simpang ke Kem Terendak. Pusat bandar sebenar Sungai Udang terletak di sebelah Melaka Tengah, tetapi taman-taman perumahan yang lebih baharu pula terletak di sebelah daerah Alor Gajah. Sungai Udang juga menempatkan sebuah pusat penapisan minyak Petronas.
Setibanya di Tangga Batu, perjalanan kini hanya tinggal 14 km sahaja lagi. Jalan masih lagi agak berkelok-kelok. Hanya setelah tiba di Tanjung Kling barulah jalan menjadi lurus sehingga ke Bandaraya Melaka. Tanjung Kling menempatkan perkampungan masyarakat India Peranakan yang dikenali sebagai Chitty. Mereka mula bertapak di Melaka sezaman dengan masyarakat Cina Peranakan ataupun Baba Nyonya, iaitu semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Jika masyarakat Chitty berkampung di Tanjung Kling, masyarakat Baba Nyonya pula kebanyakannya menetap di bandar lama Melaka, yang bakal saya ulas lebih lanjut dalam entri Jonker Street nanti.
Sepanjang jajaran dari Tanjung Kling ke Klebang pula terdapat banyak gerai tepi jalan yang menjual produk-produk tempatan Melaka seperti belacan, cincalok dan dodol. Asalnya, para peniaga membina sendiri gerai-gerai mereka sebelum pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah membina gerai-gerai baharu yang lebih moden untuk keselesaan para peniaga dan pembeli. Selain di sini, Jalan Taboh Naning FT19 dan Jalan Simpang Ampat-Pulau Sebang M10 juga banyak menempatkan gerai-gerai seumpamanya.
Sebaik tiba di Limbongan, lalu lintas Jalan Melaka-Port Dickson FT5 dilencongkan ke jalan tepi pantai baharu iaitu Jalan Syed Abdul Aziz FT192. Banyak peta dan papan tanda yang melabelkan jalan tersebut sebagai FT5 tetapi ia sebenarnya salah. Laluan sebenar FT5 ialah di sepanjang Jalan Tengkera FT5 yang dilencongkan ke kiri dari arah Port Dickson. Keadaan jalan yang sempit selebar dua lorong tanpa sebarang bahu jalan menyebabkan aliran trafik dilencongkan. Ia mungkin memudahkan pengguna yang seterusnya hendak ke Muar, tetapi ia bermaksud mereka sudah dilencongkan daripada laluan sebenar FT5. Tidak jauh sebelum penamat Jalan Tengkera FT5 ataupun Jalan Melaka-Port Dickson FT5 terdapat satu pasangan sehala - lalu lintas dari arah Port Dickson dilencongkan ke Jalan Gajah Berang; untuk kembali ke Jalan Tengkera FT5, anda perlu belok kanan Jalan Rev Seet Kim Beng dan anda dilencongkan ke Jalan Ong Kim Wee sebelum tiba ke lampu isyarat untuk kembali ke FT5. Belok kiri dan jalan jalan terus di simpang tersebut kerana sekali lagi jalan terus akan membawa anda ke FT192 dan bukannya FT5.
Jalan Melaka-Port Dickson FT5 tamat di bandar lama Melaka di simpang Jalan Tun Tan Cheng Lock-Jalan Kubu FT5. Untuk meneruskan perjalanan ke Muar melalui FT5, anda perlu menyelusuri kota sesat di bandar lama Melaka sebelum akhirnya menemui semula jejak FT5 di Jalan Laksamana Cheng Ho FT5 dan Jalan Semabok FT5, yang menjadi permulaan kepada Jalan Melaka-Muar FT5.
Bagaimana pula keadaannya semasa kami ke Tanjung Bidara...? Ikuti sambungannya dalam entri Jalan Masjid Tanah-Kuala Linggi FT138 dan Jalan Teluk Gong-Masjid Tanah M157.
Untuk galeri penuh gambar, sila klik sini.

Berehat sebentar sambil mengisi minyak di Shell Teluk Kemang
Keadaan pekan Teluk Kemang
Pekan Pasir Panjang, pekan pertama yang kami lalui di sepanjang Jalan Melaka-Port Dickson FT5
Melencong seketika ke Tanjung Bidara melalui Jalan Masjid Tanah-Kuala Linggi FT138
Pusat bandar Masjid Tanah di simpang Jalan Masjid Tanah-Alor Gajah FT139
Persimpangan IKS Masjid Tanah yang menjadi sempadan bandar Masjid Tanah di sebelah timur
Hutan Rekreasi Sungai Udang, satu-satunya hutan yang ada di sepanjang Jalan Melaka-Port Dickson FT5
Simpang masuk ke Lebuh SPA FT33 di Sungai Udang
Perjalanan berbaki 14 km sahaja lagi di Tangga Batu
Jalan Melaka-Port Dickson FT5 hanya bertukar lurus sebaik tiba di Tanjung Kling sehingga ke Bandaraya Melaka
Gerai-gerai tepi jalan yang menjual belacan, cincalok dan dodol
Setibanya di Persimpangan Limbongan, anda perlu belok kiri untuk meneruskan perjalanan melalui FT5 kerana jalan terus akan melencongkan anda ke Jalan Syed Abdul Aziz FT192
Pasangan sehala FT5 melalui Jalan Gajah Berang
Papan tanda yang menyesatkan - belok kiri dan jangan jalan terus kerana jalan terus akan membawa ke FT192, bukannya FT5
Penamat Jalan Tengkera FT5 aka Jalan Melaka-Port Dickson FT5 di bandar lama Melaka
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAeon Bukit Tinggi di Klang, bukan di Melaka.
ReplyDeleteMaaf atas kesilapan. Kesilapan tersebut muncul kerana saya copy and paste coding untuk gambar-gambar dan mengeditnya semula. tanpa menyedari bahawa ada gambar Aeon Bukit Tinggi yang tidak dibuang. Ia sudah pun diperbetulkan, terima kasih.
Delete