Monday, June 30, 2014

Melaka Bandaraya Bersejarah Bahagian 3: Menjejak Jalan Persekutuan 5 melalui kota sesat bandar lama Melaka / Historic City of Malacca Part 3: Tracking the Federal Route 5 through a maze within Malacca old town




Salam sejahtera,

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi satu petua bagi merentasi kota sesat di bandar lama Melaka bagi menjejak laluan Jalan Persekutuan 5 di situ. Seperti yang telah saya nyatakan dalam entri Jalan Melaka-Port Dickson FT5, penamat bagi jalan tersebut terletak di bandar lama Melaka. Lebih terperinci lagi, penamat jalan tersebut terletak di simpang antara Jalan Tengkera FT5, Jalan Kubu dan Jalan Tun Tan Cheng Lock. Sementara itu pula, penamat bagi Jalan Melaka-Muar FT5 terletak di Bulatan Bukit Cina yang merupakan titik pertemuan antara Jalan Munshi Abdullah, Jalan Temenggong dan Jalan Laksamana Cheng Ho FT5.

Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, Jalan Syed Abdul Aziz FT192 dibina bagi memintas kota sesat di bandar lama Melaka bagi membolehkan pengguna jalan raya dari arah Port Dickson meneruskan perjalanan ke Muar atau sebaliknya dengan lebih mudah. Namun, jalan tersebut merupakan satu laluan persekutuan yang berbeza dan bukannya sebahagian daripada Jalan Persekutuan 5. Jika anda masih mahu meneruskan perjalanan melalui Jalan Persekutuan 5, anda perlu merentasi kota sesat di bandar lama Melaka terlebih dahulu, yang mungkin memeningkan kepala bagi yang pertama kali melaluinya dan tidak arif mengenai selok-belok jalan di bandar lama Melaka.

Jadi bagaimana hendak merentasi bandar lama Melaka ini...? Dua kata kunci utama yang perlu anda ingat sekiranya hendak menjejaki Jalan Persekutuan 5 di bandar Melaka ini ialah "Semabok" dan "Tengkera".



Jalan dari arah Muar ke Port Dickson boleh dikatakan agak mudah. Jika anda datang dari arah Muar, keluar dari Lebuh AMJ FT19/FT5 di Persimpangan Semabok. Seterusnya, jalan terus di sepanjang Jalan Semabok FT5 dan seterusnya Jalan Laksamana Cheng Ho FT5 sehinggalah anda tiba di Bulatan Bukit Cina. Di bulatan tersebut, anda tidak boleh belok kiri ke Jalan Temenggong kerana ia merupakan jalan sehala; pilihan yang ada hanyalah memasuki sedikit Jalan Munshi Abdullah dan belok kiri ke Lorong Bukit Cina. Jalan terus sehingga anda ditemukan dengan satu simpang empat di Jalan Temenggong. Di situ, anda belok kanan. Jalan terus dan pastikan anda kekal di lorong kiri sehingga anda tiba di satu persimpangan lampu isyarat. Belok kiri ke Jalan Laksamana dan kekal di lorong kanan sehingga anda tiba di Bulatan Jam Besar Melaka. Belok kanan melalui Jambatan Tan Kim Seng dan anda seterusnya akan dilencongkan ke Jalan Tun Tan Cheng Lock dan seterusnya Jalan Tengkera FT5.



Sementara itu pula, laluan dari Port Dickson ke Muar pula agak mengelirukan sedikit. Dari Jalan Tengkera FT5, anda akan dilencongkan ke Jalan Kubu Dari Jalan Kubu, belok kanan dan seterusnya ambil cabang kanan ke Jalan Hang Jebat atau lebih dikenali sebagai Jonker Street.Seterusnya, belok kiri ke Jalan Hang Lekiu Seterusnya, jalan terus di simpang empat pertama dan ambil cabang kanan ke Jalan Kampung Pantai sebaik tiba di satu simpang cabang tiga. Sebaik melintasi Sungai Melaka melalui Jambatan Chan Koon Cheng, belok kanan ke Jalan Laksamana dan terus rapat segera ke lorong kiri. Sebaik berada di Gereja St. Francis Xavier, belok kiri dan belok kiri lagi ke Jalan Gereja sehingga tiba di Jalan Bandar Kaba. Belok kanan ke Jalan Bandar Kaba dan anda akan dilencongkan ke Lorong Bukit Cina. Sebaik tiba di simpang empat di Jalan Temenggong, belok kanan dan akhirnya anda akan kembali semula ke FT5 di Bulatan Bukit Cina. Belok kanan ke Jalan Laksamana Cheng Ho FT5 dan Jalan Semabok FT5.

Bagaimana...? Agak mengelirukan bukan...? Jalan yang saya lalui dari arah Port Dickson pula ada sedikit berbeza. Saya terus menggunakan Jalan Kubu dan berada di lorong kanan sehingga ke penghujungnya (mercu tanda utama di situ ialah stesen minyak Shell Jalan Kubu) dan seterusnya membelok ke kanan ke Jalan Kampung Hulu, yang mana jalan kemudiannya dilencongkan terus ke Jalan Kampung Pantai. Selebihnya, laluan yang digunakan adalah sama seperti panduan di atas.

Ikuti sambungan pengembaraan kami seterusnya dalam entri Jalan Bukit Katil M144/M107.

1 comment:

  1. Are you a business man or woman? Do you need funds to start up your own business? Do you need loan to settle your debt or pay off your bills or start a nice business? Do you need funds to finance your project? We Offers guaranteed loan services of any amount and to any part of the world for (Individuals, Companies, Realtor and Corporate Bodies) at our superb interest rate of 3%. For application and more information send replies to the following E-mail address: standardonlineinvestment@gmail.com
    Thanks and look forward to your prompt reply.
    Regards,
    Muqse

    ReplyDelete