Keadaan Lebuhraya Pasir Gudang FT17 yang berlubang teruk (kredit gambar: Persatuan Bangsa Johor)
Salam sejahtera,
Hari ini Blog Jalan Raya Malaysia ingin menyiarkan satu pendedahan berani oleh laman Facebook Persatuan Bangsa Johor mengenai Lebuhraya Pasir Gudang FT17 yang dibiarkan berlubang tanpa sebarang tindakan pencegahan secara mutlak oleh badan-badan yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Sejak ia dibuka kepada lalu lintas, Lebuhraya Pasir Gudang FT17 sentiasa mencatatkan kadar aliran trafik yang sangat tinggi setiap hari, terutamanya dari kalangan lori-lori berat yang berulang-alik ke Pasir Gudang. Akibatnya, jalan raya sering mendap dan berlubang di sana-sini, sekaligus membahayakan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dan pemandu kereta. Tambah parah lagi, lebuh raya itu tidak berlampu dan gelap pada waktu malam. Kerja-kerja pembaikan yang dilakukan pula hanya sekadar menepek butiran batu halus bertar (premix) yang dilakukan secara cincai. Esok lusa, pasti berlubang lagi.
Cakap-cakap mengenai "projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang" yang selama ini dilaungkan kerajaan hanyalah ibarat tong kosong tanpa sebarang tindakan yang dilakukan. Sudah lama pengumuman mengenai "naik taraf" tersebut dilaungkan, tetapi langsung tiada sebarang kerja yang dilakukan. Buktinya, pada tahun 2010 kerajaan persekutuan mengumumkan projek tersebut sepatutnya bermula tahun hadapan (2011), tetapi sepanjang tahun 2011 langsung tiada kelibat pekerja melakukan kerja-kerja pembinaan dan naik taraf jalan. Tahun 2012 ini, sekali lagi kerajaan menjanjikan benda yang sama, siap dengan pengumuman peruntukan RM150 juta bagi Fasa 1 dari Kangkar Tebrau ke Plentong sejauh hanya 8 km. Agaknya pihak-pihak yang berkenaan mahu tunggu sehingga ada menteri atau Sultan sendiri yang jadi mangsa kemalangan di situ baru mereka mahu mengambil tindakan. Maka, tidak hairanlah janji naik taraf FT17 itu hanyalah sekadar "Janji Dicapati".
Lebuhraya Pasir Gudang - Jalan Berlubang (JB)
Cukup membimbangkan. Keadaan lebuhraya Pasir Gudang sering berlubang lebih2 lagi pada waktu hujan sekarang ini. Apakah langkah yang perlu JKR ambil? Lokasi gambar ini di ambil dari arah Pasir Gudang, Flyover JPJ Tmn daya menghala ke Taman Perling berdekatan Shell & Sport Prima. Beberapa rakan dari page PBJ ini sendiri mengadu dan menyuruh saya mengutarakan isu ini agar pihak berwajib lebih peka menangani masalah yang berlaku di negeri Johor. Dalam pemantauan saya, jalan di kawasan inilah yang paling banyak berlubang. Kesemua lubangnya berada di lorong kiri. Untuk keselamatan anda semua, sila gunakan lorong kanan apabila memandu/menunggang di kawasan ini.
Kita tak boleh nak salahkah JKR kerana mereka sentiasa menjalankan kerja untuk menurap jalan yang berlubang ini. Kita juga tak boleh nak salahkan hujan kerana ianya rahmat dan ciptaan Yang Esa. Kebanyakkan lubang berlaku di sebelah kiri jalan. tetapi kita tak boleh nak salahkan brader2 lori yg melalui kawasan ini kerana sememangnya lebuhraya inilah adalah laluan utama mereka untuk ke pelabuhan. Maka, dengan ini, tahap turapan jalan yg di buat adalah TIDAK BERKUALITI kerana sering pecah dan berlubang. Cuba contoh projek lebuhraya yg lain, mereka turap dgn cukup kualiti. Jangan beri alasan jalan ini tidak di kenakan bayaran tol, kami bayar cukai jalan untuk apa? Adakah untuk memboncetkan perut pihak atasan?
Lihatlah tahap bahaya akibat lubang-lubang yang bersepah di sepanjang lebuhraya ini;
- Membahayakan penunggang motosikal, boleh berlakunya kemalangan sama ada tersembam mahupun rim gelong dan pecah.
- Keadaan waktu malam yang gelap mendatangkan bahaya kepada kereta. Penglihatan tidak jelas, nak elak lubang, terhimpit kenderaan di sebelah.
- Kenderaan A brek secara mengejut akibat adanya lubang di hadapan lantas kenderaan B yang datang dari belakang melanggar kenderaan A di hadapan.
- Boleh meragut nyawa. Tak percaya? Baca saja di bahagian komen di laman FB Persatuan bangsa Johor.
- Penyebab kesesakan lalu-lintas. Setiap pagi sesak, kenderaan bergerak terlalu perlahan kerana mahu mengelak daripada masuk ke dalam lubang.
Cuba bincangkan dua persoalan ini;
- Adakah tar yang di gunakan untuk menurap jalan di lebuhraya Pasir Gudang tidak berkualiti?
- Adakah di sebab lebuhraya ini tidak di kenakan bayaran tol, maka ianya tidak di selenggara dengan baik?
- Adakah di sebabkan kontraktor penyelenggaraan yg membuat kerja sambil lewa? Bila jalan berlubang, tampal. Berlubang lagi, tampal lagi. Buat 20 kali, banyak menguntungkan kerana semua projek boleh di claim?
- Adakah di sebabkan kontraktor tidak mengorek jalan dan menabur konkrit terlebih dahulu? Dengan hanya kerja menampal sahaja memang la jalan tersebut bakal berlubang lagi. Betul tak?
- Hampir keseluruhan jalan yg berlubang ini sering terjadi di tempat yg sama setiap tahun. Takkan lah ada jin kat dalam lubang tuh kan?
- Harga tiket masuk Legoland dengan harga tayar kereta masuk lubang sport rim bengkok adalah sama nilai. Setuju?
(Jika ada persoalan lain, sila nyatakan. AMARAN! No Politice Here!)
No comments:
Post a Comment