Idea untuk permainan simulasi pengurusan lebuh raya - bunyinya menarik kan...? ;)
Salam sejahtera,
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Maulidur Rasul yang kedua dalam tahun ini bagi pembaca Blog Jalan Raya Malaysia yang beragama Islam dan Selamat Hari Krismas buat pembaca Blog Jalan Raya Malaysia yang beragama Kristian. Musim perayaan kali ini sangat istimewa kerana dirayakan sebelah-menyebelah. Semoga keharmonian yang kita kecapi sekarang ini dapat dikekalkan.
Memandangkan tahun 2016 semakin menjelang tiba, kali ini saya ingin bocorkan kepada anda salah satu rancangan utama saya untuk tahun 2016 ini. Sejak saya mula mewujudkan Blog Jalan Raya Malaysia, sekarang sudah lebih 3 tahun saya menghasilkan banyak reviu jalan raya serta mengkaji sejarah lengkap beberapa batang jalan raya utama secara percuma. Memang saya ada menyertakan butang Donate di blog ini untuk memperoleh sumbangan tambahan bagi menghasilkan lebih banyak reviu jalan raya, namun hakikatnya sangat sedikit yang menderma, dan projek reviu XPDC Teganu Kita 2015 merupakan satu-satunya projek reviu jalan raya yang dijayakan sepenuhnya daripada sumbangan derma para pembaca.. Tapi takkanlah pula saya hendak memaksa orang pula, bukan...? Beberapa orang kenalan dan sahabat saya pun pernah mengesyorkan kepada saya untuk memanfaatkan potensi Blog Jalan Raya Malaysia bagi menambahkan pendapatan. Maka, saya terfikir untuk menghasilkan beberapa produk sampingan bagi menyokong aktiviti Blog Jalan Raya Malaysia, seperti membukukan beberapa reviu jalan raya terbaik kami, menghantar rencana kepada penerbit majalah, mengkompilasikan sejarah lengkap bagi beberapa batang jalan raya di Malaysia, menghasilkan cenderahati serta menghasilkan permainan komputer dan telefon pintar.
Idea untuk menghasilkan permainan komputer dan telefon pintar ini datang setelah bermain beberapa permainan dating sim sebelum ini. Jadi saya pun berfikir, apa kata kalau saya gunakan idea simulasi daripada permainan dating sim untuk menghasilkan permainan simulasi pengurusan lebuh raya pula...? Memandangkan saya tiada latar pengaturcaraan komputer (kecuali Visual Basic atas dasar suka-suka), maka saya perlu belajar untuk membangunkan permainan menggunakan enjin Ren'Py, iaitu enjin permainan novel visual sumber terbuka yang berasaskan bahasa pengaturcaraan Python. Mungkin ada banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari, tetapi ia tidak mustahil memandangkan sudah ada banyak permainan percuma dan berbayar yang dibangunkan menggunakan enjin Ren'Py. Malaysia boleh, saya pun boleh...!!! ;)
Sekarang kita pergi kepada gaya permainan yang saya ingin rancangkan dalam permainan kali ini. Permainan yang diberi tajuk kerja "Concession" ini mengisahkan seorang usahawan (pemain) yang ditawarkan oleh Kementerian Kerja Raya untuk membina sebatang lebuh raya ekspres. Pemain boleh memilih untuk membina lebuh raya perbandaran (paling pendek, 3 persimpangan, 1 hentian rehat, paling mudah), lebuh raya pintasan (sederhana panjang, 5 persimpangan, 2 hentian rehat) dan lebuh raya luar bandar (paling panjang, 10 persimpangan, paling sukar). Pemain akan memperoleh pinjaman bank, yang mana jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik (100-300 hari) adalah bergantung kepada jenis lebuh raya. Pemain boleh memilih sama ada untuk membina lebuh raya percuma ataupun lebih raya bertol, jadi ada 7 penamat kesemuanya - setiap satu lebuh raya mempunyai penamat percuma dan penamat bertol, manakala penamat ketujuh sudah tentulah penamat buruk. Sepanjang permainan, pemain bertanggungjawab mengendalikan dan menyelenggarakan lebuh raya. mencari sumber pendapatan, membayar hutang bank, melatih pekerja, membayar bil utiliti dan melaksanakan program khidmat sosial. Selain itu, pemain juga perlu peka akan mood pengguna lebuh raya dan memastikan mood mereka kekal tinggi. Sebenarnya saya masih ada lagi idea-idea yang lebih ekstrim dan radikal, seperti membuat pilihan yang mencabuli piawaian lebuh raya ekspres serta pilihan untuk "merasuah", di samping insiden tunjuk perasaan sekiranya mood pengguna lebuh raya merudum teruk, tetapi idea radikal ini saya simpan dahulu untuk siri kedua pula.
Bagaimana pendapat para pembaca yang budiman tentang idea ini...? Saya juga amat mengalu-alukan sebarang idea tambahan daripada sahabat-sahabat dalam industri lebuh raya ekspres terutamanya syarikat-syarikat konsesi lebuh raya agar permainan simulasi ini lebih realistik tetapi dipermudahkan. Maklum balas daripada para pemain industri lebuh raya ekspres ini sangat penting, kerana tujuan utama saya ingin membangunkan permainan simulasi ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan lebuh raya ekspres dalam bentuk yang sudah dipermudahkan. Apa tidaknya, selama ini terdapat segelintir pihak - terutamanya macai-macai politik - yang sering memomokkan rakyat dengan dakwaan kononnya bisnes pembinaan dan pengurusan lebuh raya ekspres merupakan lubuk emas hasil "rompakan" terhadap pengguna lebuh raya. Justeru, permainan ini direka bagi menyanggah dakwaan mereka ini.
Untuk menjayakan projek ini, saya amat memerlukan seseorang yang pandai melukis strok manga serta berkemahiran mewarnakannya menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menyumbang gambar latar belakang serta imej sprite watak . Imej yang anda saksikan di atas itu sebenarnya hanyalah imej mock-up yang dihasilkan daripada beberapa imej percuma di serata internet, jadi anda boleh jangkakan imej bagi versi akhir akan kelihatan jauh berbeza daripada imej mock-up di atas. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang imej latar belakang dan sprite watak, sila e-mel hasil kerja seni demo anda ke squall_shinoda@hotmail.com.
Permainan ini dirancang untuk dibangunkan bagi pelantar PC (Windows 7 ke atas), Android dan iOS. Sudah tentulah, permainan ini akan didatangkan dalam bentuk percuma dan berbayar. Tentang limitasi bagi versi percuma, saya akan umumkan setelah versi akhir dikeluarkan kelak. Apa pun, teruskan mengikuti perkembangan pembangunan permainan ini di Blog Jalan Raya Malaysia ataupun laman Facebook kami.
Terima kasih atas sokongan anda...!!! ;)

No comments:
Post a Comment