Salam sejahtera,
Kali ini Blog Jalan Raya Malaysia ingin membawa anda semua berjalan-jalan ke Myanmar bagi menyelusuri sepanjang lebuh raya capaian terkawal pertama di Myanmar iaitu Lebuhraya Yangon-Mandalay sepanjang 586.7 km. Lebuh raya ekspres ini menghubungkan antara dua bandar raya terbesar di Myanmar iaitu Yangon dan Mandalay. Lebuh raya ini memendekkan perjalanan antara kedua-dua bandar raya tersebut daripada 13 jam melalui jalan lama kepada hanya 7 jam sahaja, dengan had laju maksimum 100 km/j.
Cadangan pembinaan sebuah lebuh raya yang menghubungkan antara kedua-dua bandar raya tersebut sebenarnya mula diutarakan sejak tahun 1954 lagi. Kajian kemungkinan mula dijalankan pada tahun 1959 dengan bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat. Namun, setelah kajian tersebut siap pada tahun 1960, didapati kos pembinaannya sangat mahal. Sekali lagi, Amerika Syarikat menawarkan untuk menjalankan satu lagi kajian kemungkinan bagi alternatif yang lebih ekonomik, tetapi kajian tersebut terhenti pada tahun 1962 susulan rampasan kuasa oleh tentera Myanmar yang seterusnya membentuk Parti Program Sosialis Myanmar yang berfahaman komunis. Setelah pemerintahan Myanmar jatuh ke tangan rejim komunis, asalnya pihak pemerintah tentera bersetuju untuk meneruskan pembinaannya setelah kajian kedua siap pada tahun 1963, tetapi rancangan tersebut akhirnya dibatalkan susulan Amerika Syarikat enggan mengiktiraf kerajaan rejim komunis Myanmar.
Rancangan pembinaan lebuh raya tersebut dihidupkan semula setelah rejim komunis Myanmar yang berfahaman komunis menyedari kepentingan strategik lebuh raya tersebut bagi pihak mereka. Rancangan tersebut dihidupkan semula pada tahun 1973 setelah rejim komunis Myanmar menerima sebuah kilang simen dari Jepun sebagai bantuan kewangan. Namun, sekali lagi rancangan menghidupkan semula projek tersebut terbantut lagi akibat krisis tukaran mata wang asing yang lemah di sana.
Lebuh raya yang ada sekarang ini dibangunkan oleh rejim junta Myanmar yang memerintah dari tahun 1988 sehingga 2011. Untuk merangsang pembinaan infrastruktur di sana, lebih banyak kilang simen dan besi keluli dibina di Myanmar. Projek pembinaan Lebuhraya Yangon-Mandalay dimulakan pada Oktober 2005 dan dibuka sepenuhnya pada 29 Disember 2010. Projek tersebut dibiayai daripada hasil eksport gas asli ke Thailand.
Secara keseluruhan, keadaan Lebuhraya Yangon-Mandalay boleh dikatakan sangat lengang. Selain daripada kadar pemilikan kenderaan bermotor yang kurang di kalangan rakyat Myanmar, lebuh raya ini juga tidak membenarkan lori untuk menggunakannya. Selain itu, kadar tolnya yang dianggap terlalu mahal buat rakyat Myanmar juga menjadikan orang kebanyakan tidak berkemampuan untuk menggunakan lebuh raya ini. Namun, sejak Lebuhraya Yangon-Mandalay dibuka pada tahun 2010, ia terkenal sebagai lebuh raya maut yang banyak memakan korban, meskipun keadaan lebuh raya tersebut lengang dan tidak banyak kenderaan. Bagaimana ia boleh berlaku...?
Sebab utama kenapa Lebuhraya Yangon-Mandalay banyak meragut nyawa penggunanya adalah disebabkan pembinaannya yang terlalu tergesa-gesa sehinggakan aspek keselamatan serta piawaian antarabangsa bagi lebuh raya ekspres tidak diambil peduli. Memang sangat bagus jika lebuh raya ekspres sepanjang 587 km ini disiapkan dalam masa hanya 5 tahun sahaja, tetapi malangnya ia dilakukan dengan menggunakan banyak jalan pintas kejuruteraan.
Lebuhraya Yangon-Mandalay langsung tiada lorong kecemasan di sepanjang jajarannya
Kenapa boleh ada jalan-jalan kecil ke rumah-rumah orang...? Beginikah rupa lebuh raya capaian terkawal...?
Sudahlah papan tanda amaran pembinaan dan kon keselamatan diletakkan di saat-saat akhir, tulisannya terlalu kecil pula - pekerja-pekerja inilah yang akan mati terlebih dahulu akibat kerja-kerja pembaikan tidak ikut prosedur
Kenapa boleh ada warung di tepi lebuh raya ini...? Kenapa boleh ada orang-orang yang melepak di tepi lebuh raya ini...? Apakah mereka semua ini tidak takut akan bahaya dilanggar kereta...?
Kehadiran warung dan kedai makan yang dibina sesuka hati di tepi lebuh raya ekspres bakal mengancam nyawa pengguna lebuh raya dengan risiko kemalangan maut
Simpang tiga ke jalan kecil sebegini tidak patut ada di lebuh raya ekspres
Penguatkuasaan had laju memang bagus, tetapi ia tetap tidak berupaya mengurangkan kadar kemalangan sekiranya lebuh raya itu sendiri mencabuli piawaian
Lebuh raya ini tidak berpagar, sekaligus memudahkan orang tempatan dan kenderaan yang tidak sepatutnya berada di lebuh raya ekspres menceroboh masuk
Ketiadaan pagar di sepanjang lebuh raya juga boleh menyebabkan haiwan liar seperti gajah menceroboh masuk ke lebuh raya, mengancam nyawa pengguna lebuh raya dan gajah itu sendiri
Tahap pencahayaan Lebuhraya Yangon-Mandalay ini sangat teruk kerana kurang lampu jalan dipasang di persimpangan bertingkat
Lebuh raya mencerut secara mengejut daripada 3 lorong sehala kepada 2 lorong sehala - bas ini nyaris-nyaris melanggar tembok Jersey
Papan tanda pemberitahuan serta jalur derum (rumble strips) langsung tiada ketika menghampiri plaza tol
Anah panah yang digunakan di papan tanda gantri ini juga mengelirukan - bukanlah papan tanda ini untuk pemberitahuan lorong tunai dan lorong ETC...?
Tiada lampu isyarat dan kurang lampu jalan boleh mengakibatkan persimpangan searas di pangkal Lebuhraya Yangon-Mandalay berbahaya kepada pengguna lebuh raya
Bulatan di beberapa kilometer terakhir berhampiran Mandalay. Kehadiran bulatan menjadikan lebuh raya ini tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai lebuh raya capaian separa kerana bulatan merupakan sejenis lintasan searas
Berikut saya senaraikan pencabulan piawaian lebuh raya ekspres yang diamalkan di Lebuhraya Yangon-Mandalay sehingga ia terkenal sebagai lebuh raya maut di Myanmar:-

- Tiada bahu jalan keras aka lorong kecemasan di sepanjang jajarannya.
- Lebuh raya ini juga tidak berpagar langsung, sekaligus membolehkan penduduk tempatan menceroboh masuk dan akhirnya membahayakan diri mereka sendiri.
- Konsep belokan miring tidak diamalkan langsung - Dalam pembinaan jalan raya, lengkuk luar sesebuah selekoh ditinggikan, menyebabkan kenderaan miring sedikit semasa mengambil selekoh. Tujuannya ialah bagi mengurangkan kecenderungan untuk terbabas keluar dari selekoh akibat daya emparan yang terhasil. Namun di Lebuhraya Yangon-Mandalay pula, selekohnya dibina rata sahaja tanpa ditinggikan sedikit di bahagian lengkuk luar, menyebabkan selekoh di lebuh raya tersebut sangat berbahaya dan boleh menyebabkan pengguna lebuh raya terbabas walaupun dipandu pada kelajuan yang begitu perlahan.
- Pembahaginya pula sekadar menggunakan konkrit bebendul yang tidak berupaya menangani kelajuan melebihi 90 km/j. Untuk kelajuan 100 km/j di lebuh raya ini, hanya pembahagi jenis pengadang keluli dan tembok Jersey sahaja yang sesuai bagi menangani kelajuan tinggi.
- Rumah penduduk dibina betul-betul di tepi lebuh raya - Pemerhatian saya melalui Google Maps juga mendapati boleh pula ada rumah-rumah orang yang dibina betul-betul di tepi lebuh raya, sekaligus mendedahkan penduduknya dengan bahaya dilanggar oleh kenderaan yang laju-laju belaka.
- Peniaga boleh berniaga sesuka hati di tepi lebuh raya - Jika anda kerap menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2, anda akan menemui papan tanda larangan berniaga lemang di tepi lebuh raya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan nahas pelanggaran dari belakang akibat pemandu memparkir kenderaan di lorong kecemasan dan seterusnya lorong kiri jika terlalu ramai pelanggan mengunjunginya. Namun, larangan serupa tidak pula dikuatkuasakan di Myanmar.
- Cerutan atau penambahan lorong secara tiba-tiba dengan jarak tidak mencukupi, sekaligus membahayakan pengguna lebuh raya yang lain akibat pertukaran lorong secara tiba-tiba. Jarak cerutan atau capahan yang baik mestilah sekurang-kurangnya 100 m.
- Jalan susur persimpangannya tidak berlampu
- Wujudnya sambungan ke jalan-jalan kecil yang tidak sepatutnya wujud
- Papan tanda penunjuk arah hanya didirikan di saat-saat akhir
- Persimpangan searas tanpa lampu isyarat di pangkal lebuh raya - Permulaan lebuh raya ini di Yangon sekadar dibina sebagai persimpangan searas tanpa lampu isyarat
- Kurang kon dan papan tanda amaran di kawasan kerja - Semasa kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya dilakukan, kurang papan tanda amaran dan kon keselamatan yang diletakkan. Selain itu, jarak antara papan tanda amaran dengan kawasan kerja juga terlalu hampir.
Kenapa saya senaraikan kesemua pencabulan piawaian lebuh raya ekspres yang dilakukan oleh Lebuhraya Yangon-Mandalay ini...? Tidak lain dan tidak bukan sebagai iktibar kepada semua syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia agar tidak melakukan pencabulan yang sama. Namun, masih ada lagi projek lebuh raya baharu yang mencabuli piawaian lebuh raya ekspres yang telah ditetapkan dalam Arahan Teknik 8/86: A Guide on Geometric Design of Roads seperti Lebuhraya Pantai Barat E32. Saya tidak boleh menerima sama sekali idea menggunakan sebahagian jalan FT5 sebagai sebahagian laluan E32 kerana ia akan membahayakan nyawa pengguna lebuh raya serta penduduk tempatan yang tinggal di sepanjang Jalan Klang-Teluk Intan FT5 dan Jalan Teluk Intan-Sitiawan FT5. Malangnya, pencabulan piawaian lebuh raya terus dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal. Kepada pihak WCE, mahukah anda melihat Lebuhraya Pantai Barat E32 menjadi Lebuhraya Yangon-Mandalay versi Malaysia...? Jika tidak mahu, hentikan pencabulan piawaian lebuh raya di WCE E32 dengan menggunakan laluan berasingan bagi jajaran Tanjung Karang-Hutan Melintang dan Teluk Intan-Lekir, bukannya menggunakan laluan FT5.
No comments:
Post a Comment