Tuesday, June 5, 2012

Sepintas lalu: SKVE E26 / Overview: SKVE E26

Salam sejahtera,

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) merupakan sebuah lebuh raya yang merentasi bahagian selatan Lembah Klang seperti Putrajaya dan Cyberjaya sebelum melalui Telok Panglima Garang dekat Banting dan akhir sekali Pulau Indah. Fasa terawal lebuh raya ini siap pada tahun 2000 sebagai laluan masuk utama ke Putrajaya. Ia juga menjadi laluan perintis bagi Lebuhraya Kajang SILK E18 dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ke Sungai Ramal, Kajang sebelum disambung sehingga ke Mines.

Fasa pertama lebuh raya dikira dari Persimpangan Uniten sehingga Exit 2606 Persimpangan SKVE yang disambungkan ke Lebuhraya Damansara-Puchong E11 dan Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya FT29. Kemudian, fasa seterusnya bagi lebuh raya ini terbengkalai selama enam tahun sehinggalah SKVE Holdings Sdn. Bhd. meneruskan projek lebuh raya terbengkalai ini sehinggalah Seksyen 1B dari Exit 2606 Persimpangan SKVE sehingga Exit 2607 Persimpangan SKVE Saujana Putra.

Minggu lalu pada 29 Mei 2012, Seksyen 2 SKVE dari Saujana Putra ke Telok Panglima Garang sudah dibuka kepada lalu lintas. Memandangkan saya belum berkesempatan untuk mengadakan reviu khas SKVE, izinkan saya memetik reviu dari dua bloggers iaitu Abdul Aziz A Wahab dan Zakwan-Nayli. Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua bloggers ini kerana sudi berkongsi reviu awal untuk tatapan para pembaca.

Menurut Abdul Aziz, Seksyen 2 SKVE sebenarnya lewat setahun daripada jadual. Puncanya? Menurut seorang pengunjung di blog Kelapa Muda yang dipercayai terlibat dalam pembinaan E26 Seksyen 2, jajaran tersebut melalui kawasan tanah gambut yang mudah mendap serta mengambil masa untuk 'dirawat'. Tak apalah, faktor ini sememangnya faktor luar jangka. Yang penting, syarikat konsesi tetap mahu mempersembahkan sebuah lebuh raya yang bermutu tinggi tanpa cacat-cela untuk manfaat semua pengguna jalan raya. Namun, ia tidak bermakna mendapan tidak berlaku langsung, dan ia terbukti apabila didapati sambungan pada penyambung jambatan sebelum Exit 2609 Persimpangan Telok Panglima Garang tidak rata.

Menurut satu lagi reviu oleh blogger Zakwan-Nayli, keadaan lebuh raya SKVE E26 sangat gelap pada waktu malam kerana tiada lampu jalan. Sebagai sebuah lebuh raya di Lembah Klang, pemasangan lampu jalan amat diperlukan untuk mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada keadaan jalan yang gelap serta banyak kenderaan.

Walaupun saya belum berkesempatan untuk mencuba jajaran E26 Seksyen 2, saya pernah melalui Seksyen 1B dari Saujana Putra ke Putrajaya beberapa kali. Daripada situ, saya mendapati terdapat kelemahan ketiga yang tidak disebut oleh kedua-dua blogger tadi - had laju terlalu rendah. Oleh kerana jarak antara persimpangan bertingkat begitu jauh, maka sepatutnya had laju dinaikkan kepada 110 km/j dan bukannya 90 km/j sebagaimana sekarang. Saya sendiri pun tidak faham apa rasionalnya had laju yang begitu rendah diletakkan sedangkan lebuh raya tersebut tidak sesak, tambahan pula jarak antara persimpangan bertingkat juga jauh.

Jika ada kesempatan, insya-Allah saya sendiri akan membuat reviu menyeluruh mengenai lebuh raya E26 ini serta menemuramah sendiri dengan "orang kuat" SKVE sebagaimana yang pernah saya lakukan pada Lebuhraya Latar E25.

Kredit kepada: Abdul Aziz A Wahab, Kelapa Muda dan Zakwan-Nayli


Kemaskini: Blog Jalan Raya Malaysia telah membuat satu reviu eksklusif di SKVE E26. Sila klik sini untuk membaca reviu eksklusif khas buat anda.



Gambar oleh Abdul Aziz A Wahab



Permukaan jalan yang kurang rata pada ‘joint’ antara tanah dan jambatan.



Lagi ‘joint’ yang kurang rata pada jambatan sebelum susur keluar ke Telok Panglima Garang.



R&R Tanjung Dua Belas. Dijangka meriah apabila WCE siap.



Susur keluar Tanjung Dua Belas ke WCE.
Perkataan yang dikaburkan:
E28 Banting
B18 KLIA
E28 Sabak Bernam



Jejambat susur keluar Tanjung Dua Belas ke WCE yang masih dalam pembinaan.




Gambar oleh Zakwan-Nayli





10 comments:

  1. km 28 - 30, both bound, severe undulating, deadly at speed... I guess the soft ground is still settling..

    Btw, keep up the good work on the highway blog! very welldone!

    CP

    ReplyDelete
  2. salam. pada pendapat peribadi saya, had laju 90km/j di seksyen 1B berpatutan kerana kawasan tersebut agak berselekoh. jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, sekurang-kurangnya tahap kerosakan dapat dikawal. jika hendak dinaikkan kelajuan kepada 110km/j, kawasan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak berwajib adalah di antara exit skve saujana putra dan exit tanjung dua belas.

    sungguhpun begitu, dengan perkiraan trafik pada masa yang akan datang, mungkin itu yang menyebabkan kelajuan lebuh raya ini dihadkan kepada 90km/j sahaja. mungkin kita boleh lihat perkara yang sama pada lebuh raya KESAS. lebuh raya 3 lorong tetapi had laju hanya 90km/j.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan saudara.

      Untuk pengetahuan saudara, selekoh yang saudara maksudkan itu ialah kawasan berhampiran kolam bekas lombong di Puchong. Memandangkan kolam bekas lombong itu begitu dalam, kemungkinan faktor itu menjadi faktor utama mengapa laluan E26 di situ agak berselekoh. Namun, pada pandangan saya pula, jika hendak kenakan had laju 90 km/j sekalipun, hanya di kawasan selekoh itu sahaja yang wajar dikenakan had laju itu; had laju yang terlalu rendah di lebuh raya sebenarnya tidak sesuai malah berbahaya kerana pemandangan yang sama (monotonous) boleh mencetus keadaan mengantuk terhadap pemandu.

      Dalam kes lebuh raya KESAS E5 pula had laju 90 km/j adalah wajar berikutan jarak antara persimpangan agak rapat.

      Apa pun, saya sendiri akan membuat reviu ekslusif SKVE E26 dalam tempoh terdekat, memandangkan entri kali ini lebih bersifat sepintas lalu dengan memetik reviu terawal oleh beberapa blogger lain.

      Delete
    2. sama-sama.

      kolam bekas lombong mempengaruhi selekoh, maklum.
      bab kelajuan, saya mula bersetuju dengan saudara. seperti yang saya perkatakan, mungkin jika pihak berwajib ingin pertimbangkan pun, antara kawasan saujana putra dan tanjung dua belas sahaja.

      Delete
  3. Fakta tambahan : jangan terkejut jika had laju seksyen 3 SKVE E26 nanti sama atau lebih rendah daripada 90km/j.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan besar apa yang saudara katakan itu adalah betul sebab ada ura-ura yang mengatakan jajaran seksyen 3 SKVE E26 cuma selebar 2 lorong saja (macam jajaran terakhir Lebuhraya Senai-Desaru E26 yang cuma 2 lorong sahaja) berbanding jajaran lain SKVE selebar antara 4-6 lorong.

      Delete
    2. boleh dikatakan ya kerana melalui pemerhatian saya, jejambat/jambatan yang dibina dalam seksyen 3 hanya boleh memuatkan jalan 2 lorong sahaja.

      Delete
    3. Ye ke? Ada gambar dia tak? Kalau ada, harap dapat emailkan ke email saya squall_shinoda@hotmail.com

      Delete
    4. InsyaAllah, akan diusahakan.

      Delete