Tuesday, September 4, 2012

Reviu terawal Honda Future oleh majalah Roda Roda / Honda Future early review by Roda Roda magazine



Salam sejahtera,

Masih ingatkah mengenai rencana Honda Future 125 dalam Blog Jalan Raya Malaysia tidak berapa lama dulu? Sejak rencana mengenai Honda Future mula disiarkan di Blog Jalan Raya Malaysia, rencana tersebut sudah menjadi rencana paling popular dengan hampir 2,200 pembaca (setakat hari ini). Terima kasih atas sokongan para pembaca dan teruskanlah menyokong Blog Jalan Raya Malaysia.

Satu sesi uji pandu media telah diadakan sempena pelancaran model baru motosikal Honda Future 125, bermula dari Palace of Golden Horses di Seri Kembangan, Selangor ke Port Dickson. Perjalanan sejauh lebih kurang 100 km ini melalui Lebuhraya Sungai Besi E9, Lebuhraya Utara-Selatan E2 dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson E29. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Blog Jalan Raya Malaysia tidak berkesempatan menghadiri sesi uji pandu tersebut, oleh itu saya ingin memetik reviu terawal yang dilakukan oleh majalah Roda Roda, majalah motosikal berbahasa Melayu terulung di Malaysia. Reviu tersebut boleh dibaca di majalah Roda Roda isu September 2012.

Meskipun agak terkilan kerana tidak berkesempatan untuk menyertai sesi uji pandu media tersebut, namun tidak mengapa kerana saya masih boleh membuat perbandingan di antara Honda Future (yang diuji oleh wartawan Roda Roda) dengan Honda Wave 125 Ultimo yang saya gunakan semasa reviu jalan raya di laluan yang sama iaitu Lebuhraya Seremban-Port Dickson E29. Setelah diteliti perbandingan antara kedua-dua motosikal tersebut, terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara antara kedua-dua model tersebut:-



  1. Fizikal - Pelana Honda Future ini lebih empuk dan lebih lebar daripada Honda Wave Ultimo. Tangki minyak serta kebuk simpanan Honda Future juga lebih besar daripada Honda Wave Ultimo. Kedua-dua penambahbaikan ini terhasil daripada rekaan semula kerangka yang lebih lebar, membolehkan tangki minyak serta kebuk simpanan dibuat lebih besar - cukup besar sehingga boleh memuatkan sebiji topi keledar penuh muka.
  2. Kuasa - Enjin Honda Future ini sebenarnya adalah enjin yang serba baru, tidak seperti enjin Honda Wave Ultimo yang sebenarnya dikitar semula daripada Honda Wave S tetapi kurang berkuasa berikutan penggunaan modul CDI yang mengehadkan kelajuan putaran enjin. Akibatnya, enjin Wave Ultimo seakan-akan malas untuk memecut tetapi Future pula sangat galak memecut. Ia terbukti apabila Wave Ultimo hanya mampu mencapai 95 km/j dalam gear 3 (itu pun punyalah payah), sedangkan Future dengan mudah mampu mencapai 100 km/j pada gear yang sama. Hasilnya, Honda Wave Ultimo hanya mampu mencapai kelajuan lebih kurang 110 km/j dengan bersusah-payah, tetapi Honda Future pula boleh mencapai kelajuan maksimum 120 km/j dengan mudah. Hanya dengan mengubah gegancu belakang sahajalah yang membolehkan Honda Wave Ultimo mampu mencapai kelajuan maksimum yang lebih tinggi iaitu 120 km/j.
  3. Penggunaan bahan api - Wartawan Roda Roda yang menguji Honda Future ini berupaya memperoleh penggunaan bahan api sebanyak 2.8 L/100 km (35.7 km/L). Bacaan ini diperoleh setelah Honda Wave itu dilenjan sehabis-habisnya pada kelajuan sekitar 110-120 km/j. Sepanjang saya menggunakan Honda Wave Ultimo pula, saya hanya mampu memperoleh 32 km/L pada kelajuan yang lebih rendah iaitu 100-110 km/j. Hanya apabila gegancu belakang diubah sahajalah penggunaan bahan api menjadi lebih baik iaitu 34 km/L pada kelajuan 110-120 km/j. Apa pun, kesemua bacaan tersebut jauh berbeza daripada kadar penggunaan bahan api yang didakwa oleh Boon Siew Honda iaitu 60.3 km/L, kerana angka tersebut hanya boleh dicapai pada kelajuan malar 40 km/j pada gear 4.

Sementara saya merungut mengenai ketiadaan sistem pencitan bahan api PGM-FI sebagaimana model-model yang sama di Thailand dan Indonesia, Roda Roda pula berpendapat agar sistem gantungan dua penyerap hentak yang digunakan pada Future digantikan dengan sistem monoshock seperti yang digunakan oleh model pesaing terutamanya Yamaha Y135LC.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Honda Future, saya ingin mengajak rakan-rakan bikers untuk mendapatkan majalah Roda Roda isu September sebelum kehabisan. Apa pun, teruskan menyokong Blog Jalan Raya Malaysia dan Roda Roda!

Laman Facebook Roda Roda: Klik sini

12 comments:

  1. sedikit tambahan model ini tidak di pasang tayar jenis Tubeless,pihak Honda hanya memberi tayar bertiub.ini amat tidak ekonomi pada pengguna oleh sebab itu saya berpaksa tukar tayar jenis Tubeless yang lebih lasak bagi perjalanan jarak jauh atau dekat.terpaksa pula keluar kos tambahan dalam RM150 untuk memasang tayar Tubeless.
    AJA ~Nordin




    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan isu tersebut. Semasa saya membeli Honda Wave Ultimo sendiri pun saya cuma dapat tayar bertiub walaupun sudah sedia ada rim sport. Boon Siew Honda sepatutnya memasang tayar tanpa tiub yang terbukti lebih selamat.

      Delete
  2. letih la menunggu future nih......... dari awal puasa sampai nk habis raya pun belum dapat lagi..... tunggu keereta pun tak lama macam nih.... hati dah fed-up nk pakai future, baik angkat LC haritu.... kalau la boleh dapat balik duit tuh.... honda hampehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya nak beli motor tempoh menunggu tak lama, sekejap je... setakat motor kapcai tu selalunya kedai ada banyak ready stock... kalau beli pun biasanya paling lama pun 2-3 hari (termasuk urusan JPJ), kalau lebih lama daripada tu maknanya kedai tu sendiri yang lambat atau malas nak order, lebih baik order kat kedai lain...

      Delete
    2. Same here bro, I made my downpayment since 8/8/12 until today still no sign of my booked future!

      Delete
  3. masalahnya kat area aku takde stock future nih, bukan kat kedai dia je, kedai lain juga....... pelik tul, padahal hometown honda tuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm pelik betul..maybe pasal model baru lagi so production belum banyak lagi kot.. Boon Siew Honda kena jawab ni..

      Delete
  4. so after 2 month waiting, last week I cancel the order and buy another bike........ honda lost 1 customer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batch terawal selalunya akan ada masalah tak cukup ready stock... apa pun, semoga motor yang anda beli sebagai ganti tidak akan mengecewakan anda...

      Delete
  5. setuju dengan review di atas... cuma, benarkah kepala honda future ini amat ringan jika dibawa ke kelajuan tinggi? sebab belakang dia dah berat oleh tangki minyak? betol kah ini? belom ujicuba lagi cuma sempat dudok2 atas seat dia kat kedai aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya sendiri pun belum berkesempatan mengujinya lagi, tetapi apa saya boleh katakan ialah pengendalian Future ini amat bergantung kepada isi kandungan ruang simpanan di bawah tempat duduk. Jika ia diisi penuh, maka pengendaliannya lebih kurang sama seperti motosikal kapcai lain. Namun, jika ruang simpanan tersebut kosong, kemungkinan akan berlaku seperti dakwaan yang mengatakan kepala Future sangat ringan pada kelajuan tinggi, kerana agihan berat yang sudah kurang seimbang. Biasanya, kenderaan yang agihan beratnya 50-50 ataupun bahagian depan berat sedikit selalunya mempunyai pengendalian yang lebih baik daripada agihan berat yang lebih tertumpu di bahagian belakang.

      Delete