Wednesday, July 25, 2012

Honda Future: Hero penjelajah jauh / Honda Future: Long-distance exploration hero


Honda Future dengan brek cakera depan dan belakang.


Ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh memuatkan sebiji topi keledar bermuka penuh.


Tangki minyak 5.6 L, terbesar dalam kelasnya.


Papan pemuka Honda Future.


Enjin 125cc baru yang lebih padat, lebih berkuasa dan lebih jimat minyak.


Salam sejahtera,

Hari ini Blog Jalan Raya Malaysia ingin memperkenalkan kepada anda khususnya mat-mat motor yang suka menjelajah jauh yang sedang tercari-cari motosikal yang paling sesuai untuk mereka. Di Malaysia, ramai penunggang motosikal yang suka mengembara jarak jauh meskipun dengan hanya bermodalkan motosikal kapcai. Sama ada kapcai atau superbike, yang penting ialah kepuasan bermotosikal yang tidak terhingga.

Baru-baru ini, Boon Siew Honda telah melancarkan model motosikal kapcai terbaru dalam siri Honda Wave iaitu Honda Future 125 pada 19 Julai 2012. Pelancaran motosikal ini tepat pada masanya bagi memenuhi keperluan mat-mat motor yang inginkan sebuah motosikal kapcai yang berupaya mengembara jarak jauh tanpa perlu banyak mengisi minyak.

Sebelum ini Blog Jalan Raya Malaysia sendiri sudah beberapa kali menguji pandu motosikal Honda Wave 125X Ultimo dalam beberapa siri reviu jalan raya seperti Jalan Muar-Labis J32, Jalan Sungai Tua B23, serta Lebuhraya Segamat-Kuantan FT12. Sepanjang beberapa siri reviu jalan raya tersebut, saya dapati beberapa kelemahan nyata pada Honda Wave Ultimo seperti berikut:-
  1. Saiz tangki yang terlalu kecil (3.7 L), hanya mencukupi untuk perjalanan lebih kurang 110-120 km pada kelajuan 100 km/j
  2. Enjin yang agak malas untuk memecut ketika mendaki bukit serta di lebuh raya berikutan kuasa kuda yang berkurangan berbanding Honda Wave 125S lama (9.3 PS @ 7,500 rpm berbanding 10.1 PS @ 9,500 rpm), masalah pecutan diselesaikan dengan menggunakan gegancu belakang yang lebih besar sedikit (36 gigi berbanding gegancu asal 35 gigi)
  3. Suspensi belakang yang terlalu lembut

Ketiga-tiga kelemahan tersebut diselesaikan dalam model terbaru Honda Future ini. Tangki minyaknya kali ini dibesarkan daripada 3.7 L pada Honda Wave Ultimo kepada 5.6 L, menjadikan Honda Future sebagai motosikal kapcai dengan tangki minyak terbesar (sekaligus memecahkan rekod Modenas CT110/100 dengan tangki minyak sebesar 5.3 L). Honda mendakwa saiz tangki tersebut mencukupi untuk perjalanan sehingga 336 km (mod ECE40). Namun, dalam penggunaan sebenar, adalah mustahil untuk mendapatkan jarak sebegini bagi tunggangan pada kelajuan 100 km/j, maka jarak sekitar 250 km adalah lebih realistik.

Rekaan tangki yang semakin besar juga menyebabkan saiz ruang simpanan di bawah tempat duduk (dipanggil U-box oleh Honda) bertambah besar, cukup besar sehingga boleh memuatkan sebuah topi keledar bermuka penuh (full-face).

Honda Future kali ini menggunakan enjin 125 cc baharu yang direka semula, bukannya enjin 125 cc yang dikitar semula daripada model-model Honda Wave 125 lama, sungguhpun ukuran lubang x lejang dikekalkan. Bon Siew Honda mendakwa enjin baharu ini lebih padat, lebih berkuasa dan lebih jimat berbanding Honda Wave Ultimo terdahulu. Ia kini berupaya menghasilkan 9.6 PS @ 7,500 berbanding Honda Wave Ultimo yang hanya menghasilkan 9.3 PS @ 7,500. Tork juga meningkat daripada 10.0 N-m @ 5,000 rpm kepada 10.6 N-m @ 5,500 rpm, menjadikannya lebih berkuasa. Penggunaan bahan api juga lebih jimat, daripada 57.8 km/L kepada 60.3 km/L.

Dari segi sistem suspensi, penyerap hentak belakang kali ini lebih keras dan lebih mantap, tidak lagi terlalu lembut seperti model-model Honda Wave terdahulu, membolehkan anda meratah selekoh dengan lebih yakin. Brek belakang kali ini ditukar kepada jenis cakera (pilihan) berbanding brek gelendong yang digunakan sebelum ini.

Cuma apa yang mengecewakan ialah Honda Future masih menggunakan karburetor dan bukannya sistem pancitan bahan api PGM-FI seperti yang digunakan di Thailand dan Indonesia. Saya tidak menyalahkan Boon Siew Honda dalam isu ini, tetapi yang patut dipersalahkan ialah dasar automotif kerajaan yang hanya sekadar tin kosong tetapi langsung tidak pernah menerapkan piawaian-piawaian automotif terkini terutamanya piawaian emisi. Sejak 1997 sehingga sekarang, kerajaan hanya menggunakan piawaian Euro 2 yang sudah lapuk dan sepatutnya digantikan dengan piawaian Euro 5 sekarang. Sikap kerajaan yang acuh tak acuh mengenai piawaian automotif inilah yang menyebabkan tiada inovasi di kalangan pemain industri automotif tempatan, sebaliknya hanya mengitar semula teknologi purba dan lapuk atas alasan kos seperti karburetor yang sepatutnya hanya wujud pada enjin mesin rumput, mesin air tebu dan enjin bot sangkut sahaja sekarang.

Kesimpulannya, jika anda inginkan sebuah motosikal yang paling sesuai untuk perjalanan jauh, maka Honda Future 125 adalah salah satu pilihan yang patut anda pertimbangkan. Dengan harga atas jalan antara RM 5,578 hingga RM 5,998, Honda Future nyata tidak pernah mengecewakan pemiliknya khususnya bagi perjalanan jauh.

Muat turun risalah Honda Future di sini.

Perhatian: Bagi segala persoalan mengenai ubahsuai motosikal, sila rujuk FAQ mengenai ubahsuai motosikal yang dibenarkan dan dilarang terlebih dahulu dan ajukan soalan berkaitannya di ruangan komen dalam entri tersebut.

332 comments:

  1. Assalamualaikum....saya nak tanya..berapa kelajuan maksimun honda future ni kalau orang kurus menunggangnya dan berapa kelajua maksimun jugak kalau orang macam saya berat 80 kilogram menunggangnya ..(sila jawab,dah fikir nak beli ni).....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dibandingkan dengan Honda Wave Ultimo, saya anggarkan 120 km/j, mungkin boleh naik sampai 130 km/j kalau pakai sprocket 36 (sprocket asal
      35). Honda Wave Ultimo pula 110 km/j, kalau pakai sprocket 36 boleh naik 120 km/j. Meter
      kedua-duanya jenis berat, jadi 100 km/j Future / Wave Ultimo = 110 km/j Yamaha Lagenda 115Z

      Delete
  2. cadang nak beli tapi nak tau macam mana dengan kedudukan block yang menghala kehadapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blok enjin menghala ke depan memang biasa digunakan pada kebanyakan motor kapcai, jadi memang tiada masalah. Cuma motor yang menggunakan sistem injap yang kompleks (seperti SOHC 4 injap sesilinder pada Yamaha 135LC atau DOHC 4 injap sesilinder pada Suzuki Belang) yang perlu menggunakan blok jenis condong.

      Delete
  3. aku baru beli beli honda future nii,enjin bunyi lembut tapi meter udah 80 km.sedap dibawa ,kesimpulan kira berbaloi jugakk
    jom ikut kisah lanjut bakal aku tulis
    http://bahulucom.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda kepada para pembaca :)

      Delete
  4. Saya baru beli motor honda future dengan harga RM5.7XX... Baru satu hari beli dah 90km... Hari ni dah masuk hari ketiga saya beli, minyak masih penuh lagi... So, motor ni memang menakjubkan. Saper-saper dah ada motor nie... Meh la kita wat komuniti dekat Facebook... Bolehlah kita share sesame kan3...

    ReplyDelete
  5. http://www.facebook.com/HondaFuture125Malaysia

    ReplyDelete
  6. "dasar automotif kerajaan yang hanya sekadar tin kosong tetapi langsung tidak pernah menerapkan piawaian-piawaian automotif terkini terutamanya piawaian emisi. Sejak 1997 sehingga sekarang, kerajaan hanya menggunakan piawaian Euro 2 yang sudah lapuk dan sepatutnya digantikan dengan piawaian Euro 5 sekarang. Sikap kerajaan yang acuh tak acuh mengenai piawaian automotif inilah yang menyebabkan tiada inovasi di kalangan pemain industri automotif tempatan, sebaliknya hanya mengitar semula teknologi purba dan lapuk atas alasan kos seperti karburetor yang sepatutnya hanya wujud pada enjin mesin rumput, mesin air tebu dan enjin bot sangkut sahaja sekarang."-- faktor USIA penjawat kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya malas buat kerja sebenarnya. Kalau jadi menteri alam sekitar, kena ambil tahu piawaian emisi dan juga standard fuel consumption.

      Delete
  7. bentuk lebih kurang sama dengan model terdahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama. Enjin yang digunakan jenis baru dan jauh berbeza, bukannya sekadar pakai balik enjin Wave 125. Lampu depan pakai 2 biji mentol dan ada position light kat signal depan. Lampu belakang pakai LED. Kebuk bawah seat pun besar dan tangku pun lagi besar so seat dia lagi lebar.

      Delete
  8. Salam, sekadar mohon pendapat, aku peminat setia LC 135 dari sejak 2007 lagi dan sekarang aku pakai yg latest model 2011. namun LC model ini amat mengecewakan dari segi prestasi,so berbaloi kah kalau aku tukar angin ke future ni? tks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Yamaha 135LC sememangnya antara model kapcai terpantas. Dari segi prestasi, model 2011 sebenarnya tak jauh beza daripada keluaran asal model 2006. Cuma, yang menjadikan model 2011 ini rasa macam tak laju ialah sebab meter model 2011 tu jenis berat. Banyak juga respons yang saya dengar daripada pengguna LC 2011 yang cuma mampu mencapai sekitar 120-140 km/j, tapi sebenarnya itulah lingkungan kelajuan maksimum sebenar LC, tak kiralah model LC lama ataupun baru, klac auto ataupun klac manual 5 kelajuan. Dengan kata lain, meter LC lama tu sebenarnya meter tipu saja yang sebenarnya tak begitu tepat (160 km/j LC lama ≈ 140 km/j LC baru).

      Kalaulah kelajuan yang anda lebih pentingkan, hanya motor Suzuki Belang 150 sahaja satu-satunya model kapcai yang lebih laju daripada LC, dengan kelajuan maksimum sekitar 150-160 km/j. Meter yang digunakan pun memang meter digital yang lebih tepat. Ia kerana enjin Belang asalnya pernah digunakan pada model sport FXR150 yang pernah dikeluarkan lebih kurang sedekad lalu. Cuma masalahnya ialah penggunaan minyaknya yang agak kuat sedikit kalau ikutkan standard kapcai 4 lejang, walaupun ia boleh dikatakan sangat jimat kalau ikutkan standard motor sports kecil (jauh lebih jimat daripada TZM / NSR).

      Honda Future ini pula memang terkenal jimat minyak dan enjin yang tahan lasak. Model ini juga sangat sesuai untuk berjalan jauh disebabkan tangki minyaknya yang besar. Dari segi prestasi juga ia sudah cukup sesuai untuk digunakan di lebuh raya ekspres kerana mampu mencapai kelajuan maksimum 120 km/j dengan mudah.

      Tapi sebenarnya motor yang paling jimat minyak minyak bukanlah Honda Future, tetapi Modenas GT128 kerana penggunaan karburetor Keihin NCV dengan TPS yang sebenarnya boleh dikatakan selangkah ke arah penghijrahan ke fuel injection. Honda Future hanya akan jadi model paling jimat minyak jika dan hanya jika ia pakai injection. GT128 ini pun boleh dikatakan tahan lasak kerana sudah ramai bikers GT yang berjaya sampai ke Thailand, Vietnam malah ada yang berjaya sampai ke London dengan motor ini. Namun, jarak perjalanan dengan setangki penuh sebenarnya lebih kurang sama seperti Future kerana saiz tangki yang lebih kecil iaitu 4.3L. Selain itu, meter GT128 pun sebenarnya meter tipu (kelajuan sebenar GT128: sekitar 130 km/j).

      Kesimpulannya, saya serahkan kepada anda untuk memilih sama ada untuk kekal menggunakan LC ataupun berhijrah ke model-model alternatif lain yang saya cadangkan termasuklah Honda Future.

      Delete
    2. saya ada byk nak tanya boleh tak saya PM jer ( apa e-mail )

      Delete
    3. E-mail saya di squall_shinoda@hotmail.com

      Delete
  9. As-salam...ini citer saya bila saya komplen kat pomen kedai yg saya ambil motor HF ni pasal brek disc blkg yg bbunyi bdecit decit ketika mbrek. dia kata memang mcm tu .buat pengetahuan ini 1st time saya guna motor brek disc. comment plse.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brek cakera belakang memang macam tu. Oleh itu, lebih baik gunakan brek belakang dengan cermat untuk memperlahankan motor dan anda perlu lebih banyak bergantung kepada brek hadapan.

      Delete
  10. salam squall-shinoda...menarik perhatian la honda future ni...skrg dah makin byk jumpa kat hghway...dgn lampu split di blkg mmg lain dr yg lain...mmg model honda feveret dr dulu..tp skrg ni tgh guna shogun axelo...nak tnya apa pendapat sedara ttg axelo ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suzuki Shogun Axelo juga satu model pesaing yang setara bagi Honda Future ini. Kalau ikutkan Shogun Axelo lebih berkuasa sedikit serta lebih laju sedikit. Dari segi penggunaan minyak, kedua-duanya lebih kurang sama. Tapi dari segi kemudahan mencari alat ganti serta ketahanan enjin, Honda Future menang.

      Delete
  11. Sesiapa yang dah ada Honda Future 125... Bleh la join group di facebook...

    http://www.facebook.com/groups/469176103105477/
    Honda Future 125 Malaysia

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. tima kasih squall-shinoda atas feedback anda..cuma sy rasa honda future lg laju dr axelo..axelo di m'sia sudah kena cut-off kelajuannya beza dgn axelo dipasaran thailand & indonesia (info dr mekanik suzuki)...nak dptkan sehingga 110km/j pon perlu bergantung pd keadaan angin...tp sy ada bertanya pd sorang owner honda future dimana dia boleh pergi selaju 120km/j tanpa sebrg masalah..x tau la klu ketepatan meter menjadi sebab...tangki axelo juga jauh lebih kecik dr future (+- 3.2liter shj)...apa pon honda future bakal jadi fenomena baru dlm dunia model kapcai dewasa ini..wslm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Kalau begitu mungkin kalau dapat tukar pakai CDI racing akan banyak membantu.

      Delete
  14. Bro, saya pakai wave 125x. Mmg tangki dia kecik sgt, motor tu pun agak lembap sikit. Mekanik saya kata enjin pikap akan jadi ringan kalau saya tukar CDI, camshaft dan racing coil plug. Ok ke bro? 400 lebih gak terbang tu nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk tingkatkan kelajuan Wave 125X Ultimo, modifikasi paling ringkas ialah menukar gegancu belakang kepada yang besar sedikit (gegancu asal 35 gigi tukar kepada 36 gigi). Kalau tukar pakai CDI, camshaft dengan coil racing, itu lebih baik, tetapi karburetor mesti ditala semula (ketiga-tiga modifikasi ini masih boleh dikira tak akan kantoi dengan JPJ). Paling ekstrem ialah modifikasi tukar komponen enjin racing (ported & polished head, piston racing, etc.), tapi dah tentu akan kantoi dengan JPJ. Oh ya, pemasangan sistem fuel injection retrofit pun boleh dikira ekstrim berikutan kosnya yang mencecah hampir RM1,000 dan keupayaan untuk bikin tuning dengan hanya menggunakan komputer sahaja (yang ini sah tak akan kantoi dengan JPJ).

      Delete
    2. Kalau camtu saya mgkin akan teruskan tukar CDI, camshaft dan coil tu. Takdela kena potong ngan Lagenda 115 standard tu lagi :p

      Tq bro

      Delete
  15. salam..apa pendapat sedara ttg wave110?saya ada tkar carb wave125 tpi bila dah tkar motor ada sedikit semput..motor cm nak pgi lgi laju dri asal tpi dlm pada masa yg sama motor cm semput..ada pendapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wave 110 memang kelajuan maksimumnya sekitar 100-110 km/j. Kalau tukar karburetor Wave 125 sahaja pun tak membawa apa-apa perubahan sangat pun sebab memang CDI Wave 110 ada cut-off, sama juga seperti Wave 125X Ultimo. Kalau nak lari lebih laju, lebih baik tukar pakai CDI racing juga.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  16. cdi da tkar..bru2 ni bru pasang carb wave125..tpi motor cm semput lak..setiap kal bila pulas throttle terasa dia mendap..motor rasa cm boleh pgi lgi tpi dalam mse yg sama dia semput..carb sblum pasang tu dia ada servis tlbih dhulu..ke brg2 dlm carb kena pkai wave110 pnya blik cnth seperti mainjet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pasang karburetor baru, memang karburetor tu perlu ditala semula terlebih dahulu, jadi perlu banyak kali main-main dengan skru angin dengan skru minyak (skru condong). Jadi memang banyak trial and error. Kalau semput, cuba tala semula sampai dah tak semput. Talaan standard bagi skru angin ialah 1 7/8 pusingan (ketatkan dulu skru angin kemudian longgarkan skru bermula dari titik ketat tersebut). Amalan paling baik ialah bila setiap kali lepas menala karburetor, minta Jabatan Alam Sekitar periksa tahap emisi motor untuk pastikan ia dalam lingkungan yang dibenarkan (peratus karbon monoksida mesti di bawah 3.5%). Jika melebihi tahap dibenarkan, anda wajib tala semula karburetor.

      Delete
  17. honda wave ultimo leh upgrade ke nak tukar tangki minyak besar skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Kerangka Honda Wave 125S / 125X Ultimo adalah kecil, hasilnya tangki minyak pun jadi kecil.

      Delete
  18. susah nak long distance.asyk nak kena berenti isi minyak jer.nak tukar motor masih ada hutang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adat travel long distance pakai motor kapcai memang macam tu. Kena isi minyak setiap sekitar 100-110 km. Kalau tak tau bajet nak isi minyak kat mana, kena la standby minyak botol.

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. motor baru kluar kedai... saya ingin terus ingin rider dalam 400km... so apa pendapat saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 400 km tu masih dalam pantang, jadi tak boleh bawa lebih daripada 80 km/j dalam tempoh 1000 km pertama.

      Delete
  21. Bro,nk tnya skit.sy guna wave 125s. baru2 ni, moto sy jd semput..baru gear 3 dah sedut2..ada pomen yg ckap masalah pada valve dan valve seal.ada juga yg cakap coil api dan kena potong blok..carb baru servis,tapi masalah masih sama..motor saya sudah 3 tahun..apa pndapat bro ttg masalah sy ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca motor jadi semput ni ada banyak... kalau bukan karburetor tersumbat pun, kemungkinan sudah banyak arang terkumpul pada cylinder head. Memandangkan motor tu dah 3 tahun, cuba buat top overhaul.

      Delete
    2. Apa yg dibuat semasa overhaul?kosnya pula bagaimana?

      Delete
    3. Semasa top overhaul, bahagian blok dan kepala silinder akan ditanggalkan. Kepala silinder dan piston akan dicuci untuk membuang arang yang melekat pada kebuk pembakaran. Injap serta valve seat akan diperiksa untuk mengesan sebarang tanda kehausan. Jika OK, kelegaan injap akan dilaras semula. Anggaran kos bagi top overhaul ialah antara RM100-200.

      Delete
    4. Ouh..ok..thnx 4 da info..nanti st try carik pomen..

      Delete
  22. bro apa modifikasi yang boleh kta buat kat motor Honda Future 125cc untuk mnmbah kelajuan atau mngkatkan prestasinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Modifikasi paling mudah ialah pakai sprocket belakang besar sedikit (36 gigi berbanding sprocket asal 35 gigi). Kalau ada modal lebih sikit, anda boleh pertimbangkan untuk pakai CDI racing, coil racing dan camshaft racing. 4 pengubahsuaian tadi tak akan kantoi dengan JPJ. Kalau tukar karburetor, ekzos dan penapis udara, berkemungkinan akan kantoi dengan JPJ.

      Delete
    2. brapa km boleh naik klu dh mod mcm tu?camshaft racing tu nk pkai yg hi ke lo pnye? sori bdk bru blajo....:P

      Delete
    3. Saya tidak pasti berapa boleh naik, anda mungkin perlu mengujinya sendiri untuk memilih yang lebih sesuai. Apa pun, jika anda menukar camshaft racing, anda juga perlu menukar piston racing supaya tidak terhentak dengan injap.

      Delete
  23. bro, aku nk tanya skit.
    aku baru guna honda future ni 2 bulan, meter pun baru 1200km+.
    Mula2 guna aritu ada bau petrol kuar d wayar overflow dekat enjin sebelah kiri..hantar kedai, pomen ketatkan nat dekat tangki petrol.
    lepas servis 1000km, baru aku speed 100km+..masalahnya kelmarin petrol kuar dengan laju d wayar overflow tadi bila aku nak start enjin..
    hantar kedai, pomen kata karburetor tersumbat sebab guna petrol kotor.
    dia kata kapcai lain semua guna filter tp honda future Xguna sebab tu jadi camni, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul seperti jangkaan anda iaitu masalah karburetor. Tapi ia bukan berpunca daripada petrol yang kotor. Sebenarnya, ia kemungkinan besar berpunca daripada skru buang minyak yang longgar. Anda tak akan terlepas skru tersebut pada karburetor sebab skru itulah yang paling dekat dengan salur overflow tu. Kalau masalah masih tak selesai walaupun skru tersebut dan diketatkan, hantar motor tersebut segera ke pusat servis Honda di Kepong, KL.

      Delete
  24. nak tanya la bro shinoda, antara honda future dgn gt128 mane satu yg lebih di prefer... thanx..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi kelajuan maksimum dan penggunaan bahan api, Modenas GT128 lebih baik. Namun, dari segi ruangan simpanan serta jarak perjalanan bagi setangki penuh, Honda Future lebih baik.

      Delete
    2. so makneny dari segi performance modeas gt128 lebih baik.. sebab kalau tgok dari pada spesifikasi, gt128 lebih murah dgn tayar tubeless dan brakedisc dpan blkg.

      besok nak beli motor nie tu yg tanya pendapat.. hehe.. mungkin beli gt128 kot..

      Delete
  25. bro nak tanye cdi wave 125s ada cut off tak????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, pada 13,000 rpm. Kalau CDI Wave 125X Ultimo pula cut-off pada 9,000 rpm.

      Delete
  26. hye bro...nak tnye skit...aku bli lagenda 115z...running msih dlm 12++..aku nak moto aku laju skit...klu aku tukar spoket apa ssuai?ape je untk lajukan moto aku?tp xnk kacau dlam..hehe..aku cme nak tauk mcm spoket..ape2 yg xkaitan dgn enjin..bg detail skit.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sprocket yang sesuai ialah 14 (depan), 37 (belakang). Selain daripada nisbah sprocket, anda boleh cuba gunakan CDI racing atau coil racing kalau tak nak usik enjin atau karburetor.

      Delete
    2. tp bro smlm dha tukar spoket blakang 36..dpn original..original dpt brapa? n cdi apa ssuai utk lagenda 115z...nak laju skit je..utk highway..sbb nak cpat smpai..
      thx bg info..

      Delete
    3. Speed maksimum Lagenda 115Z cuma sekitar 110 km/j, dan agak berat sikit nak sampai 110 terutamanya kalau pakai sproket asal sebab kuasa kuda Lagenda 115Z sebenarnya kurang daripada Lagenda 110 lama.

      Delete
  27. Salam geng, aku nak tanya, skrg aku guna wave 125 first model, tahun 2005, cadang nak tukar ke wave future sebab tangki besar, amcam, ok tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK, sebab tangki lebih besar jadi lebih sesuai untuk berjalan jauh.

      Delete
  28. assalamualaikum..bro, sy nk tnye. honda future ni blh ccah 120km tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itulah kelajuan maksimum Honda Future.

      Delete
    2. salam bro, aku dah guna honda future ni hampir 2 bulan, bw g keja je dlm 23km..dlm iklan kata honda future ni boleh pergi ke +-365km dlm kelajuan 60km/j..
      tp pengalaman aku bw motor ni dlm kelajuan 90-110km, minyak full tank (RM8.00) akan habis walaupun baru perjalanan 180km...em kira tak jimat minyak juga la honda future ni.

      Delete
    3. Sebenarnya angka penggunaan bahan api yang didakwa itu memang tidak realistik. Angka sekitar 60 km/L itu sebenarnya hanya boleh dicapai apabila menunggang pada kelajuan 40 km/j dalam gear 4 di atas jalan raya yang rata secara malar dan berterusan. Dalam keadaan sebenar, angka sekitar 42 km/L yang saudara dapati itu sebenarnya boleh dikatakan jimat, walaupun tidak seperti yang diharapkan, memandangkan saudara sering menunggang laju sekitar 90-110 km/j.

      Delete
  29. pndpat pribadi,kalau HF ni pkai monoshock agy smart..n lyan koner pon bez..pngalaman 125zr & 135lc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju. Motor-motor yang menggunakan sistem monoshock lebih baik pengendaliannya terutamanya di selekoh.

      Delete
  30. Says in in Tanya mileage Honda wave s vs future sama tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud anda jadual penyelenggaraan berkala atau penggunaan bahan api? Jika Jika anda maksudkan jadual penyelenggaraan berkala, ketiga-tiga Honda Wave 125S / 125X Ultimo / Future mempunyai jadual penyelenggaraan berkala yang sama. Tapi kalau saudara maksudkan penggunaan bahan api, sudah tentulah Honda Future lebih jimat.

      Delete
  31. saya pakai HF baru 3 bulan, 100km je tak boleh p dah. apasal ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anda masih dalam "tempoh pantang" (bawah 1,000 km)? Jika ya, sifat enjin baru "dalam pantang" memang begitu. Anda cuma akan dapat rasakan prestasi maksimum motosikal anda selepas tiga kali tukar minyak hitam (12,000 km).

      Delete
  32. seeloknya tkar mnyak hitam bg hf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya paling syorkan sekurang-kurangnya Shell Advance AX5/7 atau Castrol cicak.

      Delete
  33. salam..bro..meter minyak wave 125 dah biol la..minx pndangan??nak check pelampung cmne ek??meter speed dah rosak effect meter minyak skali x?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu terminal wayar pada tangki minyak, di situlah terletaknya pelampung took bahan api. Minta mekanik kedai motor bukakannya dan memeriksanya.

      Speedometer rosak disebabkan kabel speedometer putus ataupun gearnya rosak. Ia tiada kaitan dengan tolok bahan api sama sekali.

      Delete
  34. SALAM BRO SAYA NAK BERTANYA SAYA TINGGAL DI SEREMBAN DAN AKAN BERKERJA DISHAH ALAM,SAYA SEDANG TERCARI CARI MOTOR YANG SESUAI UNTUK PERJALANAN SAYA NI TOLONG BAGI PENDAPAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anda berulang-alik Seremban-Shah Alam? Jika ya, anda perlu lebih berhati-hati kerana mereka yang tinggal jauh lebih berisiko mengalami kemalangan ulang-alik ke tempat kerja. Sentiasa pakai pakaian bermotosikal seperti jaket motosikal berpemantul, kasut yang benar-benar tahan lasak, sarung tangan serta topi keledar jenis baik bagi perlindungan tambahan.

      Berbalik kepada soalan anda tadi, motosikal yang paling sesuai dengan anda ialah yang mempunyai kelajuan maksimum lebih tinggi daripada had laju lebuh raya, saiz tangki yang besar, enjin yang tahan kelajuan tinggi berterusan, dan sudah tentunya jimat minyak. Ada beberapa model yang saya boleh cadangkan kepada anda:-

      1.) Modenas GT128 - Menawarkan nilai untuk wang yang sangat baik kerana dengan harga sekitar RM5,000 anda ditawarkan sebuah jentera 130 cc yang cukup berkuasa di lebuh raya. Setakat ini, saya dapati model ini paling jimat minyak (lebih kurang 64 km/L @ 80 km/j). Kelajuan maksimum sebenar ialah sekitar 130 km/j.
      2.) Yamaha 135LC - Model ini merupakan model kapcai besar paling popular kerana ia sangat berkuasa dan laju. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 140 km/j. Namun, model ini sangat manja kerana anda mesti menggunakan minyak enjin sekurang-kurangnya semi-sintetik. Penggunaan sistem sejukan cecair juga menambah kos penyelenggaraan. Namun, kelemahan paling utama 135LC ialah motosikal ini sering menjadi sasaran pencuri.
      3.) Suzuki Belang 150 - Motosikal kapcai paling berkuasa serta mempunyai saiz enjin terbesar kerana enjinnya pernah digunakan pada model sports kecil Suzuki FXR150 suatu ketika dahulu. Penunggang bebas memilih antara 3 setting enjin mengikut kesesuaian iaitu Economy, Normal dan Power. Namun, saiz tangki minyaknya terlalu kecil untuk enjin sebesar ini, dan agak kuat makan minyak dalam mod Power (setangki penuh petrol hanya mencukupi untuk perjalanan sekitar 100 km sahaja). Kelajuan maksimumnya ialah sekitar 150-160 km/j.
      4.) Honda Future - Terkenal dengan reputasi enjinnya yang tahan lasak, mudah diselenggara dan jimat minyak. Saiz tangki minyaknya adalah yang terbesar dalam kelasnya iaitu 536 L, lebih besar daripada rekod terdahulu oleh Modenas CT110 (5.3 L). Mampu mencapai kelajuan maksimum 120-130 km/j.

      Seterusnya, saya serangkan kepada anda untuk membuat pilihan.

      Delete
  35. Assalamualaikum..bro..nak mintak pendapat..sy ulang alik keja dlm 30km sehari..plan nak beli moto baru yg harga rm4K kebwah..sy brcadang nak beli honda ex5..sbb sy dengar ex5 pon bleh tahan jgak minyaknyer..tolong bg pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      EX5 memang terkenal kerana tahan lasak dan jimat minyak, maka tidak hairanlah mengapa lebih 1.9 juta EX5 telah terjual di Malaysia sejak mula diperkenalkan pada tahun 1987. Tapi kelemahan terbesar EX5 ialah model ini juga terkenal sebagai antara model motosikal yang paling banyak dicuri. Memandangkan anda perlu berulang-alik ke tempat kerja sekitar 30 km sehari, saya sarankan agar anda menggunakan motor yang saiz cc besar sedikit (sekurang-kurangnya 110 cc), memandangkan EX5 ini menggunakan enjin 100 cc, jadi enjinnya akan terseksa dan meraung apabila dilenjan secara berterusan di lebuh raya pada kelajuan maksimum sekitar 100-110 km/j. Memandangkan bajet anda sekitar bawah RM4,000, maka model motosikal yang saya boleh cadangkan untuk anda ialah Modenas CT110 (model penghidup tendang).

      Delete
    2. bagaimanapula dgan penggunaan minyak utk CT110..adakah ia menjimatkan seperti ex5 atau honda future..?bolehkah saudara yakinkan sy tentang kualiti motor keluaran modenas ini..sbb sy kurang yakin dgn motor keluaran modenas sbb rmai yg mengatakan motor ini mempunyai bnyak masalah..

      Delete
    3. Penggunaan minyak CT10 ialah sekitar 46 km/L pada kelajuan 90 km/j, yang boleh dikatakan agak bagus. Honda EX5 memang lebih jimat jika ditunggang di dalam bandar, tapi pada kelajuan lebuh raya enjinnya meraung kuat, yang bermaksud penggunaan minyak pun kurang baik pada kelajuan lebuh raya.

      Tentang kualiti, sekiranya motor-motor Modenas kurang berkualiti, tak mungkin ia diteruskan pengeluarannya. Sebenarnya, setiap motosikal pasti ada isu-isunya yang tersendiri. Motor-motor Honda juga tak terlepas daripada komplen. Masalah mengenai motosikal keluaran Modenas ialah "misteri kekurangan minyak pelincir" yang memerlukan pengguna menambah sedikit minyak pelincir setiap kali berjalan jauh, ia sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan piston + blok + piston ring racing yang mempunyai kurang kecenderungan untuk berlaku "blow-by" yang menjadi punca sebenar misteri tersebut.

      Delete
    4. bro..modenas ct110 dah xder stock lg kat jb ni..puas 1 hri meronda crik ct 110 kat jb ni..sume kdai dah xder lg motor ct110 tu..sbb modenas dah x kluarkan lg model tersebut..so sy membuat keputusan membeli modenas ct100 keluaran trbaru (http://modenasbike.blogspot.com/2012/10/ct100-front-disc-brake-2013.html)dengan sport rim + front break disc + electric & kick starter brharga rm4200 otr(excluding roadtax and insurance)..ingat nak beli ex5 dengan hrga rm4100 otr(excluding roadtax and insurance)tapi macam tidak berbaloi kerana perbezaan hanya rm100 tetapi ex5 tidak mempunyai sport rim + front break disc + electric & kick starter dah paling banyak dicuri..

      sy ingin melakukan modifikasi yg simple utk ct100..apekah modifikasi yg sy perlu lakukan supaya motor ini SEDAP sikit..mintak pendapat sudara..

      Delete
    5. Untuk modifikasi mudah, anda boleh tukar klac racing untuk tambah kecekapan drivetrain. Dengan menggunakan klac racing, motor akan jadi lebih cekap, lebih jimat minyak dan lebih banyak kuasa enjin yang anda boleh manfaatkan (kerana power loss pada gearbox dikurangkan). Anda boleh juga tukar blok dan piston racing kerana kedua-dua komponen ini lebih tahan lama sebanyak 3 kali ganda berbanding standard, berguna untuk perjalanan jauh.

      Delete
  36. Bro saya pengguna Lagenda 115Z . Saya ingin bertanya kpda bro , mcmana nak meningkatkan kelajuan maksima ? Apakah pengubahsuaian yg perlu dibuat ? mntk nasihat dan pandangan beserta dgn budget yg dperlukan . Boring asyik kene tinggal dgn LC mmber je. Thanks so much bro ,salam .

    ReplyDelete
  37. Salam bro , nak mntak pendapat . Aku ni tak berapa tau menahu sgt pasal motor . Just takut kena tipu nnt dgn kedai , haha . Nak tanya , mcmana nak tambah speed motor aku ni ? Em aku guna Lagenda 115Z . Kalau bole beserta budget skali . Sedih aa asyik2 kene tinggal dgn mmber yg pkai LC haha . Thanks bro , asap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. LC memang lebih laju daripada Lagenda 115Z, itu memang hakikat yang perlu diterima, memandangkan enjin LC lebih besar dan lebih berkuasa daripada Lagenda 115Z. Tapi jika anda ingin menambah kelajuan untuk mencabar LC, anda boleh menukar camshaft racing, tapi penggunaan bahan api pun sudah tentu akan meningkat.

      Delete
  38. Ohh , okay thanks bro .Camshaft racing ? bole bagi detail skit tak ? and ada apa2 lagi yg bole ditambah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camshaft ialah komponen penting sistem injap yang berfungsi untuk menolak rocker arm untuk membuka injap ataupun mengembalikan kedudukan asal rocker arm untuk menutup injap. Camshaft racing akan membuka injap lebih lama sedikit ataupun lebih lama sedikit supaya kemasukan campuran udara-bahan api lebih lawas, jadi enjin akan jadi lebih berkuasa.

      Delete
  39. Okay thanks , ada apa2 yg bole ditambah untuk meningkatkan kelajuan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Anda boleh tukar coil racing untuk menjadikan api spark plug lebih panas untuk pembakaran lebih cekap dan sempurna, seterusnya meningkatkan kuasa enjin dan dalam masa yang sama lebih jimat minyak. Selain itu, anda boleh tukar klac racing untuk mengurangkan power loss pada gearbox.

      Delete
  40. saya dalam dilema dlm memilih motor untuk berulang alik kerja..lebih kurang dalam 95km sehari..pilihan diantara honda future & yamaha lagenda.

    dari segi CC HF mempunyai kelebihan tp dr segi rupa YL lebih..dr segi ketahanan mana yg lg bagus antara dua model ni,boleh bro shinoda komen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi ketahanan, Honda Future lebih baik sebab enjinnya memang dibina untuk lebih tahan ketika berjalan jauh.

      Delete
  41. Bro, saya beberapa soalan tentang pilihan moto ... Di antare Honda Future, Yamaha Lagenda, Honda ex5 & Modenas GT ... Saya akan gune moto sejauh 50km ... Tlg bgi pendapat tntg minyak, kualiti, speed ... Saya mempunyai berat kt 100kg jugak ... Terima kasih, 1 lgi .. Ape beza yamaha lagenda zr & z ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbandingan antara Honda Future 125, Yamaha Lagenda 115Z, Honda EX5 dan Modenas GT128:-

      1.) Penggunaan minyak - Modenas GT128 paling baik sebab pakai TPS (throttle position sensor) yang sebelum ini hanya dipakai oleh motor-motor yang pakai injection. Satu-satunya motor yang boleh lawan Modenas GT128 ialah Honda Future spec Thailand dan Indonesia, sebab model Honda Future di situ pakai injection. Apa pun, cara anda mengendalikan motor itulah yang jadi penentu sebenar.
      2.) Kualiti - Yamaha Lagenda 115Z dan Honda Future 125 mempunyai kualiti terbaik, walaupun pada masa sekarang sudah ada sebilangan kecil pengguna Honda Future batch terawal yang komplen tentang isu kualiti. Yang lain bukanlah kualitinya tak bagus, cuma belum sampai ke tahap Lagenda dan Future.
      3.) Kelajuan maksimum - Lagenda 115Z cuma boleh sampai 110 km/j. Honda Future pula 120 km/j, tapi ramai juga yang boleh cecah 130 km/j dalam keadaan standard. EX5 boleh sampai sekitar 100-110 km/j sebab badannya ringan, tapi balau badan berat pula cuma sekitar 100 km/j. Modenas GT128 pula sekitar 130-140 km/j.

      Yamaha Lagenda Z dengan ZR sebenarnya adalah motor yang sama. Yang membezakan antara keduanya ialah Lagenda ZR pakai sport rim kilang manakala Lagenda Z pakai rim lidi. Selain itu, Lagenda ZR guna gas absorber belakang dan meternya ada cahaya latar biru.

      Delete
  42. Salam bro sy nak Tanye skit sy nak bli honda future tpi lbh baik menggunakan model yg mane satu disc dpn blkg ataupun depan sahaje?

    Satu agi ape pendapat tentg Yamaha Fz150fi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda ingin membeli Honda Future, saya lebih mengesyorkan model brek cakera depan dan belakang kerana breknya bukan sahaja lebih makan malah kurang memerlukan penyelenggaraan berbanding brek gelendong yang perlu kerap dilaras.

      Yamaha FZ150i ialah motosikal dalam segmen berlainan iaitu motosikal naked / jalanan. Ia direka sebagai pengganti kepada Yamaha RX-Z. Bagi perjalanan jauh, model inilah yang paling disyorkan kerana tangkinya yang besar dan sangat jimat minyak kerana menggunakan fuel injection. Cuma kalau nak bawa barang, anda mungkin perlu memasang kotak barangan belakang (dan sisi jika anda mahu bawa lebih banyak barang), dan inilah kelemahan utamanya jika dibandingkan dengan motosikal kapcai. Selain itu, ia lebih stabil ditunggang kerana saiz tayarnya yang lebar.

      Delete
  43. Owh mcm to...Okey...terime kasih atas keterangan yg diberi...kemungkinan nak dpt honda future dlm bln ni gah menghitung hari je...

    ReplyDelete
  44. Ade bende nak Tanye ni pasal tayar untk honda future....lau tayar asl dye tiubkn....depan saiz 70/90-17m c38 Dan belakag 80/90-17m c50...agak2 berape lebar tayar blh masok agi kat sport rim asal???...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan saiz standard. Penggunaan tayar yang tidak mengikut saiz standard akan menyebabkan motor terasa terlalu berat (jika terlalu lebar) ataupun sukar untuk dikawal terutamanya di selekoh (jika terlalu kurus).

      Delete
  45. Saya masih keliru utk memilih samada Honda Future atau Yamaha Lagenda 115 ... Saya ade dgr cerita HF ade bnyk problem kt enjin, ade yg kate sbb enjin honda semakin x thn seperti dlu lgi ...
    YL pula, saya xde pulak dgr psl complain enjin, saya tkut kt enjin je ... Sbb saya memerlukan speed utk smpai ke destinasi pada setiap hari & pagi2 dlm kul 7

    Ade dgr cite HF ni susah nk start pagi2 & mse sejuk ... Adakah btul ?? & adakah YL pun same ...

    Hrp bro boleh beri keterangan :), tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-mana model motosikal memang ada cerita-cerita sebegitu. Namun demikian, jika cerita-cerita tersebut benar, maka mustahil Honda akan meneruskan pengeluaran model ini.

      Mengenai cerita Honda Future susah hendak dihidupkan pada waktu pagi, memang ada pengguna yang mengalami masalah sedemikian. Namun, masalah tersebut berkurangan sekiranya anda rajin menjaga spark plug (cuci ketika kotor dan tukar setiap 10,000 km sekali). Jika di Thailand dan Indonesia pula masalah motor susah hendak dihidupkan tidak timbul sama sekali kerana Honda Future di sana pakai injection.

      Delete
  46. Asalamualaikum minta pendapat ar spoket Top Speed Wave 125S bpe. Main highway balik cuti Selangor-Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelajuan maksimum Wave 125S ialah 130 km/j.

      Delete
    2. Terima kasih untuk jawapan ni. Nak tambah laju lagi boleh x, bg cadangan ar bpe nak tukar spoket ni, nak setting apa lg, sebab x best ar slalu duk tepi kena potong je dgn kenderaan lain. Kalau boleh nak gak tambah laju lagi. Boleh tolong bagi cadangan ke. Thanks.

      Delete
    3. Kalau anda nak lebih laju lagi, anda perlu membuat modifikasi yang lebih berat seperti guna CDI racing, coil racing, klac racing dan camshaft racing. Tapi ketahanan enjin anda tidak dijamin sama sekali.

      Delete
  47. salam. dalam list saya ada lagenda 115z dgn gt128:

    1) nk beli gune tuk gi kje kapar-usj (lbh krg 35km, 50min)
    2) berat 53kg, tinggi orgnya heee...
    3) ni 1st time beli moto, terpaksa bli sbb dpt kje jauh. naik bas/komuter kos bnyk
    4) xde pnglmn bwk moto jauh2. bwk pn sedang2 laju je
    5) tak taw pe2 psl dunia moto ni. xpyh nk saya ubah apa2 xreti lg hehe
    6) skunk ada cash rm6000 tuk beli moto, mkn mnum dll

    honda future mcm mhl so reject. nk mtk pndpt sdr.

    nk pndpt dr segi: mslh yg selalu berlaku/sng maintenance/jimat minyak/ketahanan enjin/jenis tayar (tube@tubeless)/risiko kecurian.
    hope bg pndpt sewajarnya. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kedua-dua model Yamaha Lagenda 115Z dan Modenas GT128 sesuai dengan bajet anda. GT128 memang didatangkan standard dengan sport rim dan tayar tanpa tiub, manakala varian Lagenda 115ZR yang didatangkan dengan sport rim dan tayar tanpa tiub (model biasa guna rim lidi). Dari segi penyelenggaraan, GT128 lebih jimat kerana hanya perlu tukar minyak hitam + penapis minyak setiap 4,000 km manakala Lagenda 115Z pula setiap 2,500 km dan memerlukan minyak hitam jenis mahal kerana enjinnya agak manja sedikit.

      Dari segi penggunaan minyak pula, GT128 lebih jimat (64 km/L @ 80 km/j). Kedua-dua model agak kurang panas berbanding Yamaha 135LC dan Honda EX5 yang terkenal sebagai motosikal paling banyak dicuri.

      Delete
  48. Saya nk tanya..sy ada honda ex5..memang suka mengembara..sbb honda ex5 dr segi spare part..senang dicari..ni lak nk pi johor mengembara..ada petua ke sebelum nk mengembara...minyak enjin mcmana nak digunakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda ingin menggunakan EX5 untuk perjalanan jauh, ada beberapa petua yang anda perlu ambil perhatian. Anda perlu lebih peka terhadap penyelenggaraan berkala (minyak hitam dsb). Untuk perjalanan jauh, saya syorkan sekurang-kurangnya minyak semi-sintetik 15W-40 atau lebih baik. Juga pastikan anda gunakan rim sport dan tayar tanpa tiub. Jika di lebuh raya, elakkan daripada menggunakan lorong kecemasan kerana kemungkinan ada sindiket menabur paku. Waktu terbaik untuk memulakan perjalanan ialah selepas solat Subuh. Pastikan anda berehat setiap 2 jam. Memandangkan tangki minyak EX5 kecil sahaja, isi minyak setiap kali di tempat rehat atau setiap 100 km. Jika anda tidak berapa pandai merancang di mana mahu mengisi minyak, lebih baik anda bawa minyak tambahan dalam botol (jangan guna bekas botol air, tetapi gunakan bekas botol minyak hitam kereta atau bekas botol sabun basuh yang bersih dan kering)

      Delete
  49. Nk tanye berapa anggaran harga otr honda future dan gt128 skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga Modenas GT128 OTR ialah sekitar RM5,200 (tak termasuk road tax + insurans), Honda Future pula antara RM5,600 (rim lidi, brek gelendong belakang) hingga RM6,000 (sport rim, brek cakera belakang).

      Delete
  50. guna moto ni best..isi minyak penuh rm11..jln sampai 200km..laju 40kmh-80kmh..jarum minyak tunjuk dekat E..isi semula rm6 je..jarum dh ade kt F balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 35 km/L bagi kelajuan 40-80 km/j? Saya boleh dapat angka sebegitu pada kelajuan 110 km/j di lebuh raya menggunakan Wave 125X Ultimo saya. Saya andaikan mungkin kerana banyak berhenti ataupun motor masih baru lagi, kalau motor dah jalan lama sikit mungkin anda boleh dapat sehingga lebih 45 km/L @ 80 km/j.

      Delete
  51. semlam baru amek HF meter bru 55km je..bwk 80 jew...tpi minyak isi penuh rm6.70 mcm tangki kecik jew...bukn 5.6liter..5.6l x 1.90 = 10.64...busuk2 pun dlm rm8.00 cina kedai tu isi ciput je...tpi x taula kalu dri kilang mmg dh ad minyak jugakkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia mungkin bermakna kandungan minyak semasa jarum tolok minyak mula mencecah zon merah ialah lebih kurang 2.07 liter.

      Delete
  52. apakah jenama cdi yg sesuai untuk hf,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti apa jenama yang sesuai, anda mungkin perlu banyak bertanya kedai alat ganti motosikal. harus diingat, penggunaan sesetengah CDI racing berkemungkinan memerlukan anda untuk menggunakan hanya petrol RON97 untuk mengelakkan knocking, jadi cuba tanya sama ada anda masih boleh menggunakan petrol RON95 biasa jika menggunakan CDI racing berkenaan.

      Delete
    2. klau just tukar cdi, bleh tmbh speed tak,..

      Delete
    3. adkah than lasak untuk pjalanan jauh,..

      Delete
    4. Jangan risau, ia memang tahan lasak dan sememangnya direka untuk perjalanan jauh.

      Delete
  53. salam,bro mau tnya kit nak setting sproket untuk gt128 yg mna sesuai bro mcm 15-40 ka 15-41 ka...sproket sekarang 14-37...betul ka bro cdi racing yg boleh adjust lebih poer dari cdi racing tetap.mntak tolong bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nisbah gegancu standard ialah 15-42, jadi jika anda mahu keseimbangan terbaik antara kelajuan maksimum, pickup dan penggunaan bahan api, nisbah-nisbah sekitar 15-40 atau 15-42 sudah cukup baik. Mengenai CDI racing, memang benar CDI racing jenis boleh laras berupaya menghasilkan lebih kuasa berbanding CDI racing tetap, dengan syarat mekanik yang melarasnya benar-benar pandai. Ini kerana jika salah laras, motor anda akan mengalami knocking yang kerap sehingga merosakkan enjin. Setting paling optimum ialah setting yang tidak memerlukan anda menggunakan petrol RON97 yang tentunya lebih mahal.

      Delete
    2. owhhh paham2 tq.aik ada ka cdi yg mesti pakai ron97? bahaya tu paqah duit cmtu..sy dh tukar dah cdi..tapi cmna nk taw cdi tu kna pakai ron97 bro?

      Delete
    3. Benar. CDI racing menambah kuasa enjin dengan menganjakkan timing spark plug lebih awal, jadi masa pembakaran akan jadi lebih lama. Hasilnya, lebih kuasa terhasil dari enjin. Tapi kalau terlalu awal takut akan berlaku knocking yang boleh merosakkan enjin, yang memerlukan anda menggunakan petrol RON lebih tinggi untuk mengurangkan kebarangkalian untuk berlaku knocking.

      Delete
    4. owhh ok2...tapi kadang2 bila sy pecut ja moto lebih daqi 7000rpm meter saya jammed terus terus x brfungsi bila saya perlahan sikit meer saya ok balik..saya ada tuka coil pada moto sy coil jaguh kot kalau xsilap sbb yg lama qosak..bro qasa masalah coil or cdi or iring yg mnyebabkn meter x brfungsi bila pecut?bateri ok..baru ja tukaq..gt128

      Delete
    5. satu g bro nk tnya napa bila saya pulas mnyak sy dngaq bnyi mcm gegaq kat enjin xtau la kat mna..qasa2 yg tu bnyi apa?

      Delete
    6. Tentang meter, ada 2 kemungkinan, sama ada coil "makan karan" lebih ataupun meter itu sendiri yang dah tak betul. Lagi satu, GT128 memang tak ada balancer shaft, jadi enjinnya akan bergegar kalau pulas minyak kuat. Tapi kalau ada gegaran dan bunyi yang abnormal, lebih baik minta pandangan mekanik di bengkel.

      Delete
    7. thanks bro..mnkin gak la sbb karan bro sbb qitu sy ada tukaq kabel yg rna biqu tu dia bg arus karan jln lncaq tapi masa nk pakai tu coil ori kna keqat la..pakai2 meter tequis jadi gila..pas tu pomen tu tukaq pakai yg besa blik tapi coil moto jaguh..apa pndapat bro?...haa tadi sy boh mnyak ron97 sy rasa bnyi2 di enjin tu kuqang kit..adakah itu bnyi knocking? sbb cdi sy tukaq pakai racing bro..jenama TAIKOM..sy takot tu bnyi knocking ja...

      Delete
    8. Coil motor Jaguh? Kalau masalah meter selesai setelah guna coil Jaguh, teruskanlah. Mengenai "bunyi" yang kurang setelah pakai petrol RON97 seperti yang anda katakan, itulah bunyi knocking. Jadi memang sakit kalau terpaksa pakai RON97 saja.

      Delete
    9. adoii yaka boleh qosak enjin dak? ada jalan pnyelesaian lain x bro?

      Delete
    10. Ada ubatnya... buat top overhaul, buang arang pada kepala silinder dan piston.

      Delete
    11. ok2.kalau buat yg tu bnyi knocking tu xdak dah ka bro?

      Delete
    12. Ya. Ia merendahkan kembali nisbah mampatan kepada asal supaya tidak terlalu tinggi. Selain itu, membuang arang semasa top overhaul juga menghapuskan titik panas bagi mencegah pembakaran sendiri yang menyebabkan knocking.

      Delete
    13. ok2..sy nk tnya kit apa tanda2 kat moto kalau CDI rosak? or tnda2 CDI rosak?

      Delete
    14. Kalau CDI rosak, motor tak boleh hidup.

      Delete
    15. ohh..bkn apa bro sbb dulu pakai cdi racing bee senang ja dapat 160 tapi tukar2 cdi adjust ni mula2 boleh p 160 tapi la ni nk dapat 160 susah kot2 la CDI nk rosak ka...tapi bila sy pulas mnyak rpm dapat full..satu g bro apa fnsi cmshaft racing? ada yg kata tmbah top ngn pickup? xpa ka kalau semua standard tapi camshft racing..

      Delete
    16. Fungsi camshaft ialah untuk membuka dan menutup injap-injap mengikut masa yang betul Camshaft racing membolehkan bukaan injap lebih besar supaya masukan campuran udara-bahan api serta ekzos lebih lawas. Jadi, kuasa enjin akan meningkat kerana enjin "bernafas" dengan lebih baik.

      Delete
    17. bro gt128 ngn wave 125i dia pnya pickup ngn top speed sama ka?

      Delete
    18. Tak sama. GT128 lebih pick-up dan lebih laju sebab kuasa kuda dan torknya lebih tinggi sedikit. Kelajuan standard GT128 ialah sekitar 130 km/j.

      Delete
    19. ohh.gt ni meter qingan kan sbb sy dapat 170km/h tapi kwan sy nek fz150 meter dia baqu ja 130km/h..

      Delete
    20. Benar, meter GT128 begitu ringan. Kelajuan maksimum sebenar GT128 hanya sekitar 130 km/j sahaja, dan ia sama laju dengan Modenas Xcite yang digantikannya kerana menggunakan enjin yang sama. Meter Xcite pula berat, dan angka kelajuan yang ditunjukkan lebih tepat.

      Delete
    21. boleh tak kalau nk bg berat kit meter gt?..sy nk tnya kit pasal enjin apa beza soch,doch n och

      Delete
    22. Tidak boleh. Satu-satunya penyelesaian bagi isu meter terlalu ringan ialah meminta Modenas dan Continental VDO Malaysia (pembekal meter Modenas GT128) menentukur semula (calibrate) meter menggunakan GPS dan seterusnya mengeluarkan semula meter yang telah diperbetulkan semula sebagai alat ganti.

      Mengenai beza antara SOHC dan DOHC, kedua-duanya merupakan jenis-jenis OHC (aci sesondol atas). SOHC bermaksud aci sesondol atas tunggal (single overhead camshaft) manakala DOHC bermaksud aci sesondol atas berkembar (dual overhead camshaft). OHC dibina bagi menyelesaikan masalah rpm enjin terhad pada enjin OHV (injap atas), juga dikenali sebagai enjin pushrod, yang berpunca daripada pushrod yang boleh meliuk pada kelajuan tinggi. Kelebihan utama SOHC ialah tork pada kelajuan rendah adalah tinggi, manakala DOHC pula mempunyai tork (dan kuasa kuda) yang lebih baik pada rpm tinggi. Sebab itulah majoriti motosikal kapcai menggunakan SOHC kerana lebih mementingkan penjimatan bahan api (hasil tork yang tinggi pada rpm rendah), manakala superbike pula menggunakan DOHC kerana enjin lebih ligat pada rpm tinggi.

      Anda boleh baca lebih lanjut di http://paultan.org/2005/06/22/sohc-vs-dohc-valvetrains/

      Delete
    23. nak tnya kit kuasa tourqe tu apa? horsepower? yg mna nk tngok laju ke tak enjin tu?

      Delete
    24. Horsepower = kuasa kuda, makin tinggi kuasa kuda makin kuatlah enjin tu. Torque (kilasan) pula ialah daya memulas. Pada setiap enjin, ada satu takat kelajuan enjin di mana enjin paling kuat menarik beban, dan situlah tork maksimum motor tu.

      Delete
    25. bro saiz taya ni main peranan x pada moto? mksud sy sdaqi segi speed? mnyak?

      Delete
    26. Ada, sebab tayar direka mengikut dimensi tayar, jejari rim, indeks berat rekabentuk yang boleh ditampung serta kelajuan rekabentuk maksimum. Contohnya, tayar 80/90-R17 pada tayar belakang bermaksud tayar itu mempunyai lebar nominal 80 mm, ketebalan tayar itu ialah 90% daripada lebarnya, tayar itu jenis tayar radial dan saiz rim yang digunakan ialah rim 17 inci. Jika anda menggunakan tayar yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, pengendalian motor akan terjejas.

      Delete
    27. ooo ok2...bro lc spec soch 4valve wave125 soch 2 valve..apa beza dia? sbb 4valve ka lc laju?

      Delete
    28. SOHC 4 injap lebih baik daripada SOHC 2 injap kerana saiz injap yang lebih kecil bermakna spring ia hanya memerlukan spring yang lebih kecil, di samping inertia injap yang lebih kecil. Jadi, enjin terasa lebih ringan dan lebih lancar. Selain itu, enjin berbilang injap juga lebih lawas. Jadi keseluruhannya SOHC 4 injap lebih berkuasa.

      Delete
    29. ooo thats y lc135 dia pnya pickup laju..paham2..bro kalau tukaq camshaft ngn cdi saja tapi caburator xtukaq xpa dak?

      Delete
    30. Boleh. Kalau pandai pilih camshaft, kemungkinan boleh lawan dengan LC.

      Delete
    31. ok2..brand camshaft apa yg bagus bro? CMS?TOKAHI?IKK?

      Delete
    32. Saya tak pasti jenama yang mana satu paling bagus, tapi jenama yang paling terkenal ialah Faito. Faito ada banyak pilihan camshaft dengan profiling yang berbeza.

      Delete
    33. salam bro..nk tnyaenjin sya bnyi mcm bising...qasa2 bnyi apa?

      Delete
    34. Bunyi bising di bahagian mana tu? Sebab lain tempat berbunyi lain puncanya.

      Delete
    35. mcm bnyi rod ja..kalau r rod tu bnyiod bnyi kna overhaul ka? apa pnca

      Delete
    36. Kalau con rod yang berbunyi, memang kena overhaul untuk tukar con rod, kalau tak tukar nanti takut con rod patah. Selalunya, con rod bermasalah disebabkan oleh minyak hitam yang tak sampai ke con rod. Dinding silinder yang haus juga boleh memberi kesan kepada con rod.

      Delete
    37. tapi tiap2 3000km sy tukaq mnyak hitam.sy amik yg semi syntehtic pnya...sy dok ulang alik daqi a.staq kulim kiqa2 p balik 200km...moto sy baqu setaun..mileage 32000km

      Delete
    38. Harap-harap tidaklah. Untuk memeriksa keadaan con rod setakat ini tak perlu turun enjin. Harap-harap gerakannya masih lancar dan tak ada sebarang tanda untuk ditukar.

      Delete
    39. bro kalau sy nak rebore block 53mm ke 57mm ok dak? dia bg apa2 kesan dak klau moto tu standard,x modi..

      Delete
  54. salam,
    baru-baru ni g kedai moto. so bgtau la kat dia nak moto utk ulang alik kerja lebih kurang 100km. hajatnya nak ambik LC takpun Honda FUTURE. Tapi biasa la kedai mgkin nak bg laris produk lain. LC mmg dh sedar brg panas, future pulak masih baru tp ruang simpan brg bwh seat n tangki myk besar itu kelebihan. dia pulak syor suzuki shogun axelo 125. dia pun pakai moto tu ulang alik lebih krg 100km jgk. yg best dia ckp top speed xgegar sbb ada balancer.
    mohon pendapat tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suzuki Axelo memang tahan dan tidak bergegar walaupun pada kelajuan tinggi, tetapi top speed dihadkan kepada 110 km/j sahaja (rujuk kepada komen di atas). Future pula lebih laju (sekitar 120 km/j; 130 km/j kalau main nisbah gegancu), jimat minyak dan tahan berjalan jauh kerana tangki besar, tetapi gegarannya agak kuat pada kelajuan tinggi kerana tiada balancer shaft. Satu lagi alternatif yang boleh anda pertimbangkan ialah Modenas GT128 kerana paling jimat minyak dan lebih laju daripada Future (cuma kalah kepada LC sahaja), tetapi GT128 berkongsi "penyakit" yang sama dengan Kriss iaitu "misteri" kehilangan minyak hitam, jadi anda perlu selalu memeriksa paras minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.

      Delete
  55. saya tengah pening ni nak cari motor yang sesuai untuk saya ulang alik ke tempat kejer sejauh 80km pegi balik..adakah honda future ini sesuai dengan jarak yang saya nyatakan atao GT128??
    lagi satu engine yang mana tahan lasak untuk perjalanan jauh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-duanya sama-sama sesuai untuk anda berulang-alik ke tempat kerja - Honda Future kerana saiz tangkinya, manakala Modenas GT128 kerana penggunaan bahan apinya yang sangat jimat. Dari segi kelajuan maksimum, GT128 lebih laju sedikit, iaitu sekitar 130 km/j. Jadi penentunya sekarang terletak kepada bajet anda sendiri - GT128 lebih murah daripada Future.

      Delete
    2. bagaimana pulak dengan kos penyelenggaraan,mn yang lebih jimat ?? spare part plk mudah dapat ke bagi kedua2 motor ini ??

      Delete
    3. Kos penyelenggaraan Honda Future lebih murah kerana tidak perlu tukar penapis minyak hitam sebagaimana GT128. Masa menukar minyak hitam bagi kedua-dua motor adalah sama iaitu 4,000 km.

      Delete
  56. pemunnya blog & mereka yg suda guna Honda Future,

    Saya ingin tukar motosikal lama(20tahun+) saya. Helmet lama letak di bakul depan. Saya guna motosikal di kaw bandar bukan utk jarak jauh. Minat dgn helmet in &jimat minyak. Apa nasihat -beli motosikal 110 cc dan Pasang bakul/kotak kunci belakang lebih baik?

    ada sebarang masalah dgn kerusi Future(dgn ruang utk helmet in)-ada longgar semasa di jalanan selain drp bunyi enjin kasar bila cecah 100km/j.
    TKasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anda jenis yang sekadar pakai motor di bandar, motor 110 cc pun sudah cukup baik.

      Delete
  57. atau beli motosikal biasa EX5 atau SYM Ebonus dan pasang kotak ka belakang.
    Motorsikal baru Ebonus 110 ada lg masalah minyak hitam spt Modenas.
    Ebonus ada bg spec Euro 3 manakala Future hanya Euro 2.ada ka ini bererti sym 110 juga jimat minyak. dlm spec 55km/l pd 90km/j
    Apa nasihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, enjin yang benar-benar lulus Euro 3 ialah enjin yang pakai injection. Tapi kalau benar SYM Ebonus berupaya lulus Euro 3 walaupun pakai karburetor, kemungkinan besar karburetornya ditala bagi menjadikan nisbah udara-bahan api menjadi nipis supaya ia kurang menggunakan bahan api serta kurang asap. Maka, anda boleh jangkakan ia agak payah untuk dihidupkan pada awal pagi. Cuma, ia mungkin kurang sesuai untuk digunakan untuk perjalanan jauh kerana talaannya yang memfokuskan kepada prestasi dan penjimatan minyak di bandar mungkin menyebabkan ia kurang berkuasa di lebuh raya.

      Delete
  58. terima kasih -Squall-Shinoda utk penerangan
    Jika dtala utk Euro3 spec -mgkn susah dihidup pd pagi.
    Euro3 mmg ada dlm brocur berwarna SYM (drpd MForce) utk Ebonus dan juga VTS200 EURO4
    ttp bukan utk Ebonus SR dan Jet Power 125; ttpi tidak pd website.
    Tinggal pilihan 100-110cc...HondaEX3 dream ..(lebih mahal dr Sym Ebonus)-harap kualiti EX3 dream - baru akan berbaloi dan tiada
    masalah tukar gear 1 kpd 2 dan tiada byk masalah hidup enjin.


    ReplyDelete
  59. Kabar semua otai n bro shinoda! Saya baru je ronda blog bro ni,sya rsa byk info n tip yg sya dpt ttng moto d cni.baguss bro teruskan..sya baru je amik gt128 dh lame idam moped utk long distance.dh servey info hf,gt128 n lc135..gt128 pilihan.coz range price,spec,performace...lc135 mmng power tpi mhal n panas.Hf pun bgus.gt128 tgk ader otai raider yg dh travel jauh ke vietnam,bandung.tgk blog brader hadi.sehari jln lbih 800km x de msalah major,yg pnting engine standard n jaga eo je.kagum2!..he2..sbnarnya gt128 bkan guna p keje pun.keje bwk van company round msia dah 10 tahun.teruja bila tgk raider2 kt jln cam best je bwk moto.dulu pkai suzuki fx110 n smash revo x leh nk jln jauh.dh trade in mik gt128 blehla join raider2.tayar depan pkai 90,80..tyar blkg 100,90.extra tong givi pun dh psg.tnggu abis pantang baru nk travel.meter baru 300km je,..soalan bro utk gt128 ade otai yg guna eo shell rimula rx3 utk truck engine diesel,ktanya lbih perfom.ape pndt bro ttng ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak enjin diesel dengan minyak enjin kereta tidak boleh digunakan untuk motosikal sama sekali. Sebabnya, minyak enjin motosikal direka bukan sahaja untuk melincirkan enjin, tetapi juga melincirkan klac dan gear, kerana enjin motosikal memang disepadukan bersama-sama klac dan kotak gear. Ia berbeza dengan kereta dan lori yang enjinnya berasingan daripada klac dan kotak gear, maka minyak gear dan minyak enjin adalah berbeza manakala klacnya pula tidak menggunakan minyak kerana ia dari jenis klac kering plat tunggal.

      Delete
    2. Ok,tq bro atas info...2nd bleh tahu tak penyakit misteri modenas kmungkinan trjdi atas sebab ape,..psa gna eo murah ke? Brapa liter eo utk gt128,

      Delete
    3. Penyakit misteri kehilangan minyak hitam tu mungkin berpunca daripada rekaan silinder, piston dan piston ring yang menyebabkan sebahagian kecil minyak hitam melepasi piston ring masuk ke kebuk pembakaran dan terbakar sekali dengan petrol. Mungkin penggunaan minyak enjin jenis mahal yang susah terbakar (e.g. minyak sintetik) dapat membantu. Kapasiti minyak enjin GT128 sama seperti Kriss, 1.0 liter.

      Delete
  60. Salam bro sebelum tue saya ucap tahniah la kat bro sbb berjaya memberi info yg berguna kpd masyarakat jarang dpt lihat admin blog begitu melayani setiap persoalan yg diajukan tanpa jemu so teruskan usaha bro nie....saya pun mempunyai pertayaan dan masalah pasal HF nie sbb baru ja beli..

    1.mcm mana nk selesaikan masalah gegaran pada kepala HF nie..bila pie kedai depa dah ketatkan skru tp gegaran masih lg berlaku tgk dlm iklan isu gegar tak patut ada kat HF nie..??

    2.adakah meter minyak HF nie tidak tepat sbb pas isi full tank(rapat smp ke tudung) dan bwk hingga meter bwh pada line merah (tahap paling bwh) tp bila bukak tank minyak masih lg byk atau moto saya yg ada masalah..??

    3.adakah merbahaya pada enjin jika selepas 500km saya menukarkan pada minyak fully sintetik 10w50..sbb ada info mengatakan tak bgs pakai minyak fully ketika piston masih baru..??

    4.apakah kelebihan mnggunakan minyak oil treatment (tak kira la jenama apapun) pada enjin baru adakah ianya digalakkan atau cukup sekadar menggunakan minyak fully sintetik...??

    5.mcm mana nk selesaikan masalah susah start time pagi sbb moto masih lg baru so plug dlm keadaan memuaskan dan adakah bersangkut paut dgn minyak enjin atau perlu tukar plug yg lbh bgs..??

    6.moto HF saya agak sukar nk masukkan gear petama dan agak susah nk undur ke gear neutral adakah normal bg moto baru atau ada bersangkut paut dgn apa2 masalah dalaman..??

    7.utk moto HF nie agak berat ckit utk memulakan perjalanan so apakah nisbah terbaik utk saiz spoket dpn dan belakang terutama sekali utk perjalan yg jauh dan berat rider dlm 70kilogram dan kekadang bwk pillion..??

    Jika bro dpt merungkai persoalan serta permasalah saya nie amat2 la saya hargai sbb saya amat menitik beratkan soal penjagaan moto biar modal kuar lbh ckit utk eo,tayar dsd asalkan moto dlm kualiti yg memuaskan..utk maklumat saya berulang alik keja 110km sehari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.) Seperti model motosikal Honda yang lain, enjin Honda Future tiada balancer shaft seperti mana Yamaha. Maka, anda boleh jangkakan gegaran akan berlaku jika anda menunggang laju.
      2.) Isu meter minyak tidak tepat memang sering menjadi isu di kalangan banyak model motosikal termasuk Honda Future. Sebagai panduan, rujuk di dalam buku panduan pengguna kerana buku panduan Honda Future ada menyatakan berapa banyak baki petrol yang tinggal apabila jarum meter mula mencecah zon merah. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu mula terus mencari stesen minyak setiap 170 km perjalanan.
      3.) Sebenarnya tidak salah menggunakan minyak sintetik, malah ia lebih baik kerana minyak sintetik lebih toleran terhadap haba. Memandangkan anda berulang-alik 110 km sehari, saya sarankan anda teruskan penggunaan minyak sintetik.
      4.) Oil treatment menambah baik sifat-sifat minyak enjin, terutamanya sifat pelincirannya dan kuasa pembersihannya. Ia sekaligus membantu anda bertahan lebih lama sedikit (sekitar 500 km) sekiranya sudah sampai masa menukar minyak enjin tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak cukup bajet.
      5.) Salah satu cara yang anda boleh pertimbangkan ialah menggunakan racing coil, kerana ia meningkatkan voltan spark plug. Jika anda berkemampuan, anda juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan spark plug iridium, tetapi harganya pula 5 kali lebih mahal (sekitar RM50 sebiji).
      6.) Sepatutnya tak jadi masalah untuk masuk gear pertama dari neutral. Tapi jika anda rasa agak susah sikit untuk turun ke gear pertama dari gear kedua, anda mungkin perlu memainkan pendikit sedikit untuk menyegerakkan gear. Untuk menurunkan gear, anda perlu memainkan pendikit sedikit jika susah hendak turun gear untuk menyegerakkannya. Namun, jika anda hendak terus ke gear neutral dari gear 4, anda perlu berhenti sepenuhnya.
      7.) Nisbah yang saya cadangkan ialah 14-36.

      Delete
  61. Bro shiyoda sya nk tanya ttng eo fully sentitic dgn semi sentitic,ada yg berpendapat eo fully lebih mudah kurang brbnding dgn eo semi utk kgunaan prjalanan jauh.krana eo fully lebih nipis berbanding eo semi yg lbih tebal kandunganya walaupun keduanya sama gred 10/40w.wlaupun secara benarnya eo fully lbih mberi kuasa secara total kpd perfom engine.adakah pndapat ini benar bro shiyoda,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat tersebut adalah tidak benar sama sekali. Minyak sintetik 10W40 sintetik sebenarnya sama likat seperti minyak mineral. Nombor SAE itulah yang merujuk kepada kelikatan minyak enjin. Minyak sintetik selalunya mempunyai julat suhu operasi yang lebih besar daripada minyak mineral.

      Delete
  62. Wow..tahniah nro..cukup aktif memberi maklumbalas.Kesimpulannya saya melihat dari gaya jawapan bro bahawa GT128 seolah-olah sebuah motosikal yang terbaik untuk dimiliki dan masib relevan dan terpaksa bersaing dengan kemunculan model baru.

    2. Sy mmg memiliki gt128..cuma gt128 bila bawa laju ianya bergegar di handle kanan..makin laju makin bergegar.Apa puncanya?

    2. bagaimana sy nak tingkat kelajuan gt128.Bila bawa mcm slow jer.Asyik makan asap Lc jer malah motor yg bawah cc dari gt128 leh potong sy.Sy berat 110 kg n tinggi 180cm.

    3. Sy cukup berkenan dengan kesenyapan bunyi LC bila bergerak..boleh gt128 dimodfikasi untuk bunyi lebih senyap macam LC...stress juka bunyi kuat..tapi tak laju mana...

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.) Punca utama kenapa GT128 bergegar kuat ketika laju ialah kerana enjinnya tiada balancer shaft sebagaimana motor-motor Yamaha. Ia memang tidak dapat dielakkan, dan satu-satunya cara untuk mengurangkan sedikit gegaran ialah dengan mengetatkan mounting enjin.
      2.) Kemungkinan besar berat badan anda mempengaruhi kelajuan maksimum yang anda dapat. Ada banyak cara untuk meningkatkan kuasa dan kelajuan GT128, seperti menggunakan CDI racing, coil racing, camshaft racing serta nisbah gegancu yang bersesuaian.
      3.) Enjin sejukan udara memang agak bising sedikit berbanding enjin sejukan air, kerana jaket air (water jacket) yang mengelilingi silinder menyerap sebahagian besar bunyi bising mekanikal. Tapi kalau anda hendak kurangkan sedikit paras bunyi bising, anda boleh cuba menggunakan minyak enjin yang lebih bagus seperti Shell Advance AX7 dan menambah oil treatment semasa menukar minyak enjin. Baru-baru ini saya sudah menguji oil treatment JTX5000, dan ia terbukti mampu mengurangkan sedikit paras bunyi bising motosikal saya. Harap ia membantu.

      Delete
  63. Terima kasih diatas jawapan yg diberikan saya amat berpuas hati cuma ada sedikit lg persoalan..

    1.minyak EO shell AX7 tue minyak fully atau semi dan brp harganya..??

    2.utk mode HF nie ada yg mengatakan saiz spoket kena naikkan satu mata utk meningkatkan kelajuan adakah betul teori nie sbb setahu saya nk tingkat kan kelajuan sepatutnya kena kecikka nlg saiz spoket so apa komen bro shinoda..??

    3.mengenai piring disc brek yg lbh besar kalu ditukarkan kpd after market punya brand adakah lbh bgs dan cengkam atau sebaliknya..

    4.soal semput dipagi hari nie adakah normal pada moto HF nie sbb ada yg kata time pagi tekanan minyak.moto rendah jd mmg semput bila dah panas ok la atau ianya berpunca dari setting angin carb yg tidak btl..??


    Harap bro shinoda dpt menbantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.) Harga Shell Advance AX7 ialah sekitar RM25-27. Ia jenis semi-sintetik. Minyak sintetik dalam barisan Shell Advance ialah Shell Advance Ultra, harganya sekitar RM53. Disebabkan harganya yang mahal, maka ia tidak berbaloi digunakan pada motosikal kapcai.
      2.) Anda perlu banyak bermain dengan nisbah gegancu untuk mendapatkan nisbah yang paling sesuai. Nisbah asal gegancu Honda Future ialah 14/35, tetapi kebanyakan penunggang keluarga Honda Wave 125 mendapati bahawa nisbah paling sesuai ialah 14/36 kerana ia paling seimbang. Saya sendiri pun telah mencubanya.
      3.) Segalanya bergantung kepada jenis yang digunakan. Namun, ada banyak jenis yang tidak sesuai digunakan, terutamanya dari segi ketebalan cakera. Jika anda menggunakan varian brek cakera belakang, jangan tukar cakera brek belakang kepada yang lebih besar kerana dikhuatiri motosikal akan hilang kawalan akibat agihan kuasa membrek tidak betul.
      4.) Ada banyak punca kenapa motor semput pada waktu pagi, biasanya akibat spark plug terlalu kotor ataupun kerana setting karburetor yang tidak betul. Jika motor semput akibat tekanan minyak tidak cukup kuat, motor akan kekal semput dan berkemungkinan boleh kejang (piston jam) apabila panas. Anda boleh juga mencuba oil treatment jenis JTX5000 kerana mengikut pengalaman saya, enjin lebih mudah dihidupkan apabila saya menggunakannya, walaupun ketika enjin dihidupkan pada waktu pagi yang sejuk selepas berhari-hari tidak dihidupkan.

      Delete
    2. salam bro nak tnya skit tntng kriss110 nie....moto aq kriss110 ada bunyi kreek kreek d bahagian enjin...bila pandu laju bunyi kuat dan kasar..aq dah tukar tensioner assy ngan tensioner guide (correct me if I wrong)dan dah check timing chin ok jgk msh...so apa masalah s'benar ni bro....ngn 1 lgi...ptong blok dan overhoule ni sama ke????maklum la ameture....

      Delete
    3. Kemungkinan ada kaitannya dengan mekanisme aci penghidup tendang, sebab Kriss 110 selalunya memang akan berbunyi "krek krek" bila enjin hidup tetapi aci penghidup tendang tidak bidas kembali ke kedudukan asal. Cuba minta mekanik periksa bahagian situ.

      Delete
  64. salam,, nk bli motor honda future,,tpi adakah honda future ni sesuai n tahan di jalan yg berbukit n berbatu.. kerana sering kali masuk di kawasan kampung..

    ReplyDelete
  65. tq bro....tpi mekanik ada ckp tensioner assy n tensioner guide....aq dah tukar tpi bnyi ttap sama....bro shinoda ada apa2 petua x nak laju kan moto kriss110 nie???moto aq naik bukit pn kena gna gear 2 bru dpt naik....bedua ngan istrilh....sporket aq gna 37-15 btl jgk spoket aq guna bro...dn 1 lgi...ptong blok ngan overhaul nie sma jgk ker bro>>>tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalam macam tu kemungkinan punca bunyi bising tu datang daripada timing chain ataupun timing sprocket. Cuba tukar timing chain kepada jenis silent chain, dan periksa keadaan timing sprocket. Kalau sudah haus, gantikannya.

      Nisbah sprocket 15/37 sebenarnya sangat tak sesuai untuk Kriss dan menjadikannya terasa berat, sebab nisbah primary reduction gear yang agak kecil (3.048). Kebanyakan motor lain seperti Honda dan Yamaha memiliki nisbah primary reduction gear yang agar besar, sebab itulah nisbah sprocket yang lebih kecil boleh digunakan. Nisbah sprocket standard Kriss ialah 14/42, tetapi saya rasakan ia juga masih belum cukup sesuai kerana ia menyebabkan motor agak pelahap sedikit di atas lebuh raya. Untuk Kriss, nisbah terbaik yang saya sudah uji ialah 14/39 atau 14/40.

      Untuk petua lajukan Kriss, anda boleh mulakan dengan menukar air filter kepada jenis K&N dsb. kerana air filter asal diperbuat daripada foam getah yang mudah rapuh dan reput bila sudah terlalu lama, sekaligus menjejaskan penapisan udara dan menjadikan motor lebih kuat makan minyak. Selain itu, anda boleh juga tukar klac kepada jenis racing clutch untuk meminimakan kehilangan kuasa. Seterusnya, anda boleh mempertimbangkan untuk modifikasi yang lebih mahal sedikit seperti memakai racing block, racing camshaft, racing coil, racing CDI dsb.

      Potong blok dengan overhaul tak sama. Potong blok bermaksud memendekkan blok untuk menaikkan nisbah mampatan, sebab nisbah mampatan yang lebih tinggi selalunya berupaya menghasilkan lebih kuasa, tetapi keburukannya ialah ia cenderung menyebabkan detonation dan knocking, sekaligus memaksa anda menggunakan petrol RON97 yang lebih mahal untuk mengurangkan knocking. Overhaul pula bermaksud meleraikan enjin dan menukar semua komponen dalaman enjin yang sudah haus seperti plat klac, piston ring, piston, gasket dsb. Selain itu juga, blok dan kebuk pembakaran juga akan dicuci untuk membuang arang yang melekat di situ.

      Delete
  66. oh tq bro nnti aq cba....klac racing ni mksud nya yng klac laning ka 2 bro???maklum la aq ni x tau sngt tntng motor...bru nak b'jinak2....silence chain ngan timing chain 2 x sma ker bro???rancang nak tukar motor bru jgk nie...tpi tngh pning nak ambil motor apa....gt128 mcm mnna bro ok jgk ker...sbab rmai org complain rosak itu la in la dll...ct100 pn ok jgk kn...nak gna p keja je...pergi dan balik..jarak dlm 80km s'hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klac racing ialah klac yang platnya lebih kesat dan springnya lebih keras. Biasanya kalau pakai klac racing, akan terasa liat sedikit untuk menukar gear (bagi kes kebanyakan motor kapcai dengan klac emparan automatik), ataupun tuas klac tangan terasa liat sedikit (bagi kes klac tangan). Disebabkan oleh permukaan plat yang lebih kesat dan spring yang lebih keras, klac racing lebih cekap berbanding klac standard.

      Selalunya, kebanyakan timing chain adalah dari jenis silent chain, tetapi ada juga timing chain yang rupanya seakan rantai motor biasa, dan timing chain sebegini biasanya lebih murah daripada silent chain. Maka, bunyinya sudah tentu lebih bising.

      Sebenarnya dari segi motor mana lebih ok, rasanya motor-motor yang ada di pasaran sekarang semuanya ok, tapi setiap model ada kelebihan serta kekurangan tersendiri. Misalnya, Modenas CT110 dan GT128 yang memberi nilai terbaik untuk wang anda tetapi mempunyai kelemahan yang sama iaitu misteri kehilangan minyak hitam, yang sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan blok racing, atau paling jimat pun sentiasa mengawasi aras minyak enjin. Begitu juga dengan Yamaha 135LC, ia sangat berkuasa dan laju, tetapi dalam masa yang sama pula manja, memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi (kerana menggunakan sistem sejukan air) serta sering menjadi sasaran pencuri. Kalau CT100 pula, enjinnya mungkin kurang berkuasa sedikit berbanding EX5, tetapi enjinnya boleh menerima alat-alat ganti EX5.

      Delete
  67. salam bro modenas kriss110 nie ada air filter ke???dan 1 lagi...coil apa yng bro maksd kn....coil nie bnyk jeniskn???lau aq tukar coil,cdi,klac,yng bkn racing blh jgk ker bro....???mcm mna plk lau cdi je yng aq tukar??blh laju jgk ker???tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kriss 110 ada air filter. Air filter yang digunakan adalah dari jenis sekeping foam getah nipis berspan yang mudah rapuh jika dibiarkan sahaja tanpa berganti.

      Coil yang saya maksudkan ialah ignition coil untuk spark plug. Coil racing akan menghasilkan voltan yang lebih tinggi daripada coil standard. Maka, api spark plug akan jadi lebih kuat, yang seterusnya menyebabkan pembakaran lebih lengkap. Hasilnya, enjin akan jadi lebih berkuasa dan lebih jimat minyak, di samping lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Ya, anda masih boleh guna komponen bukan racing jika anda pakai racing coil, tetapi sudah tentulah peningkatan kuasa tidaklah setinggi mana.

      Sebenarnya, tukar coil ni agak berisiko sedikit walaupun boleh laju, sebab ada risiko detonation yang boleh merosakkan enjin. Ada baiknya anda menguji dahulu dengan menggunakan petrol RON95. Jika ada knocking, maka anda terpaksa menggunakan petrol RON97 sahaja dan berhenti menggunakan RON95.

      Delete
  68. o ya ker...klo aq tukar cdi je yng stndrt je..ada ka k'lajuan bertambah atau pn ttap sama???apa plk k'burukan cdi racing atau pn stndrt???lgi 1 kriss110 aq guna kn hand clutch???mcm mnna plak klo gt128 convert 2 hand clutch ada kah blh m'jejas kn enjin atau pn b'tambah power???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau CDI standard, kelajuan tidak akan bertambah kecuali kalau ada guna barang racing. Kelebihan CDI racing ialah had maksimum rpm naik, kuasa maksimum naik dan dapat memanfaatkan petrol oktana tinggi dengan sebaiknya. Tapi kelemahannya ialah risiko detonation dan kemungkinan terpaksa menggunakan petrol oktana tinggi sahaja (RON97). Sebaiknya cuba tanya mekanik sama ada CDI racing yang anda mahu beli nanti sesuai digunakan untuk petrol RON95 atau tidak.

      Kecekapan mekanikal bagi klac tangan adalah lebih baik sedikit daripada klac emparan automatik biasa, kerana hanya ada satu punca kehilangan kuasa melalui kotak gear. Bagi klac emparan automatik, kehilangan kuasa berlaku pada klac emparan automatik serta klac multi-plat, manakala klac tangan manual pula hanya mengalami kehilangan kuasa pada klac multiplat sahaja. Sama ada anda guna klac tangan manual atau automatik, kecekapan klac hanya akan ebrtambah baik jika menggunakan plat klac racing.

      Delete