Salam sejahtera,
Setelah sekian lama tidak mengeluarkan model serba baharu selepas Modenas 118EFI pada tahun 2013, Modenas akhirnya mengeluarkan model motosikal serba baharu iaitu Modenas CT115S yang merupakan model generasi kedua siri Modenas CT. Model ini dikeluarkan sebagai pengganti kepada model Modenas CT110 yang sudah lama dihentikan pengeluarannya pada tahun yang tidak diketahui.
Sebenarnya peminat Modenas sememangnya sudah lama tertunggu-tunggu akan model motosikal serba baharu kerana satu demi satu pengeluar motosikal sudah menapau kedudukan Modenas. Jika dahulunya Modenas pernah mendominasi pasaran kapcai 4 lejang sehingga melebihi 50% pada tahun 2000 dan 2001, kini Modenas hanya mampu menguasai 9% daripada pasaran motosikal Malaysia. Kekurangan model baharu, ketiadaan inovasi baharu serta model yang dikeluarkan tidak benar-benar memenuhi cita rasa peminat motosikal tempatan merupakan antara punca penguasaan Modenas merosot teruk sehingga ke tahap ada yang sudah tidak mengetahui langsung akan kewujudan Modenas. Modenas pernah membuat satu kejutan dengan mempamerkan model cafe racer sulung mereka, Modenas TTR200, tetapi tiada pula perancangan untuk mengeluarkannya sungguhpun ia menarik minat ramai pencinta motosikal Malaysia.
Bagi memastikan rakyat Malaysia terus menyedari akan kewujudan mereka, Modenas membangunkan model generasi kedua siri CT yang dimulakan dengan Modenas CT115S. Ia merupakan pengganti sah kepada CT110 yang dihentikan pengeluarannya pada tahun yang tidak diketahui kerana terlalu menumpukan terhadap jualan CT100. Sementara CT110 menggunakan 100% enjin asal Modenas Kriss 110 jenis AN110 tanpa sebarang pengubahsuaian, model-model seterusnya seperti Kriss 120, Ace dan 118EFI kesemuanya menggunakan enjin AN110 yang dikorek semula dengan diameter lubang 55 mm berbanding diameter lubang asal 53 mm. Kali ini, Modenas hanya mengorek sedikit sahaja lubang enjin AN110 menjadi 53.75 mm untuk menghasilkan sesaran 114.8 cc untuk kegunaan CT115S ini.
Malangnya, tiada inovasi tambahan lain pada enjin 115 cc ini selain daripada sekadar mengorek lubang sahaja. Kalau setakat korek lubang blok enjin, mat rempit yang tak belajar tinggi pun boleh buat di bengkel bawah pokok dengan selamba. Semasa pelancaran CT110 dahulu, Modenas ada jugalah menambah baik enjin AN110 itu dengan menambah mekanisme penyahmampatan untuk membolehkan enjin lebih mudah dihidupkan, di samping menggantikan penutup minyak enjin dan skrin kaca penunjuk aras minyak enjin yang mudah kotor sehingga menyukarkan pengguna mengetahui aras minyak enjin kepada jenis penutup baharu yang dilengkapi ukur celup yang lebih mesra pengguna - dua perubahan kecil yang tetap bermakna dan lebih baik daripada sebelumnya. Namun, tiada sebarang inovasi baharu pada enjin CT115S kali ini, malah Modenas dilihat semakin mengundur ke belakang apabila masih memilih untuk menggunakan karburetor Spaco berbanding model-model pesaing yang sudah pun berhijrah kepada pancitan bahan api. Lihat sajalah pada Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection; mereka bukan sahaja menggantikan karburetor dengan pancitan bahan api, malah turut menambah baik enjin Lagenda itu dengan menggantikan lengan jumpelang biasa dengan lengan jumpelang jenis baharu dengan bearing penggelek. Sebab itulah Lagenda 115Z Fuel Injection sangat laris kerana pembaharuan yang dilakukan itu menjadikan enjin lebih berkuasa, lebih jimat minyak, dan kurang kos penyelenggaraan kerana jarak masa bagi penyelenggaraan berkala sudah dapat dipanjangkan. Modenas, apa sudah jadi ni...? Selepas pelancaran 118EFI, Modenas sepatutnya beransur-ansur menukarkan sistem bahan api pada model-model sedia ada dan model-model akan datang kepada jenis pancitan bahan api, bukannya terus menggunakan karburetor...!!!
Suis-suis hendal yang digunakan pula dikitar semula daripada model Kriss terdahulu. Suis-suis sama turut digunakan pada model-model motosikal Yamaha, bermula dengan Yamaha RX-Z dan diikuti model 110SS, SS Two, Sports II 100, SRE, SRX, 125Z, SR Lagenda dan Lagenda 110. Sejujurnya, saya tidak menyukai suis jenis ini kerana suis lampu isyarat membeloknya mudah rosak jika sering terdedah kepada cuaca hujan dan panas. Suis CT110 pula lebih boleh diharap, tetapi saya tidak faham kenapa Modenas memilih untuk mengitar semula suis-suis Kriss ini, mungkin atas alasan kos.
Satu lagi perkara yang saya patut sebut tentang CT115S ini ialah meternya. Jika anda perhatikan betul-betul, meternya 100% sama seperti meter motosikal Honda Wave 125X Ultimo saya, tetapi julat meter dikurangkan daripada 160 km/j pada Honda Wave Ultimo kepada 140 km/j bagi Modenas CT115S, manakala logo sayap Honda digantikan dengan logo Gunung Jerai Modenas. Mana-mana pemilik motor Honda Wave Ultimo pasti akan memperlekehkan Modenas CT115S ini seolah-olah Modenas sudah tiada idea untuk merekabentuk meter, tetapi saya berpendapat mungkin juga Modenas mengambil keputusan sebegini atas faktor kos dan juga ketepatan meter, kerana satu isu yang sering dialami oleh pemilik motosikal Modenas ialah meter yang tidak tepat dan lari banyak daripada bacaan sebenar pada GPS.
Sungguhpun Modenas CT115S kali ini telah banyak mengecewakan saya, namun ia bukanlah sebuah motosikal yang teruk. CT115S ini masih ada kelebihannya yang tersendiri. Satu kelebihan utama CT115S sudah tentulah pada reka bentuk badan dan lampu-lampunya. Reka bentuk badannya begitu cantik sehingga melayakkan Modenas untuk memenangi anugerah Malaysian Good Design Mark sebanyak beberapa kali bagi model GT128, CT110 dan 118EFI. Jika anda bencikan lampu-lampu isyarat jenis capang seperti pada Lagenda 115Z Fuel Injection dan Honda EX5 FI, maka Modenas CT115S ini sememangnya untuk anda - tetapi rekaan lampu belakang sebegitu sebenarnya tidak lulus piawaian UNECE yang mensyaratkan lampu belakang dan lampu isyarat membelok diasingkan. Selain itu, lampu hadapan yang digunakan pula begitu terang kerana menggunakan lampu jenis halogen.
Inovasi terbaik yang patut saya puji pada CT115S ini sudah tentulah soket kuasa 12 volt untuk membolehkan anda mengecas telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan soket tersebut untuk kegunaan pam tayar elektrik ketika saat-saat kecemasan. Cuma, anda tidak boleh menggunakan soket tersebut untuk menyalakan api rokok kerana terminal soket tersebut tidak direka bagi kegunaan penyala rokok. Soket kuasa yang digunakan itu adalah dari jenis yang sama seperti yang digunakan pada Proton Persona.
Secara keseluruhan, Modenas CT115S ini begitu mengecewakan dari segi teknologi enjinnya kerana tiada sebarang inovasi atau penambahbaikan terhadap enjinnya, tetapi ia masih mampu menarik minat pencinta motosikal kerana rekabentuknya yang anggun. Jika Modenas benar-benar serius mahu merampas semula pasaran mereka yang jatuh ke tangan Yamaha, Honda, Demak dan SYM, mereka sepatutnya menerapkan inovasi serta menambah baik enjin yang digunakan, iaitu dengan menggunakan lengan jumpelang jenis bearing penggelek serta menggunakan pancitan bahan api. Ini cabaran saya kepada Modenas jika mereka benar-benar serius mahu menggondol semula takhta pengeluar motosikal utama di Malaysia. Mungkin ramai peminat motosikal Malaysia yang kecewa akan model ini, tetapi dalam kes ini saya maafkan memandangkan CT115S ini model pengganti sah CT110, tetapi dengan syarat Modenas mestilah serius menambah baik enjin motosikal tersebut dengan menggantikan lengan jumpelang biasa kepada jenis bearing penggelek serta menggantikan karburetor dengan pancitan bahan api. Jika mereka masih juga di takuk lama tanpa sebarang inovasi pada teknologi enjin yang digunakan, sampai bila-bila pun Modenas tidak berupaya untuk bangkit dan merampas semula mahkota mereka yang kini dimiliki oleh Yamaha. Takkanlah nak kena panggil Tun Dr. Mahathir untuk menerajui Modenas barulah mereka boleh berubah...?

Spesifikasi Modenas CT115S
Enjin: 4 lejang 1 silinder SOHC 2 injap sejukan udara
Sesaran: 114.8 cc
Lubang x lejang: 53.75 x 50.6 mm
Kuasa kuda maksimum: 8.8 PS @ 9,000 rpm
Tork maksimum: 8.1 N-m @ 8,500 rpm
Penghidup: Elektrik dan tendang
Transmisi: 4 kelajuan
Brek: Cakera depan dan belakang
Berat kering: 99 kg
Muatan tangki minyak: 4.8 L
Penggunaan bahan api: 46.8 km/L @ 80 km/j
Modenas CT115S sekadar menggunakan enjin AN110 yang dikorek semula - ia sepatutnya ditambah baik melalui penggunaan lengan jumpelang jenis bearing penggelek dan pancitan bahan api
Salah satu kelebihan Modenas CT115S ialah rekaan lampunya yang begitu cantik
Jika anda bencikan rekaan lampu isyarat membelok belakang jenis capang, maka Modenas CT115S ini sememangnya khas untuk anda
Cuba perhatikan meter CT115S di atas dengan gambar di bawah, ada rasa macam deja vu tak...?
Soket kuasa 12 volt ini sememangnya satu ciri yang patut dipuji
(Semua kredit gambar: MotoMalaya.net)

Apa yang saya suka
- Soket kuasa yang memudahkan pengguna untuk mengecas telefon bimbit serta ketika saat-saat kecemasan
- Sistem gantungan monoshock Kayaba yang membolehkan motosikal dikendalikan dengan lincah di selekoh
- Reka bentuk yang anggun dan lampu-lampu yang terang
Apa yang saya tidak suka
- Tiada sebarang inovasi pada enjin selain daripada sekadar mengorek blok enjin
- Tiada pancitan bahan api tetapi masih menggunakan karnuretor yang sudah kuno, sedangkan model pesaing yang lain sudah pun berhijrah kepada pancitan bahan api
Modenas CT115S sekadar menggunakan enjin AN110 yang dikorek semula - ia sepatutnya ditambah baik melalui penggunaan lengan jumpelang jenis bearing penggelek dan pancitan bahan api
Salah satu kelebihan Modenas CT115S ialah rekaan lampunya yang begitu cantik
Jika anda bencikan rekaan lampu isyarat membelok belakang jenis capang, maka Modenas CT115S ini sememangnya khas untuk anda
Cuba perhatikan meter CT115S di atas dengan gambar di bawah, ada rasa macam deja vu tak...?
Soket kuasa 12 volt ini sememangnya satu ciri yang patut dipuji
(Semua kredit gambar: MotoMalaya.net)
Juga salah satu punca kenapa keluaran modenas yang terbaru ini sambutannya kurang memberansangkan(CT115s),bukan sahaja dari segi pembinaan enginnya,malah salahsatunya disebabkan oleh reka bentuk lampu membelok di bahagian belakang yang terlalu menonjol,monoshock belakangnya terlalu keras,coverset juga tiada dalam pasaran(amat sukar didapati),alatganti dan perkakasan jenama nasional seharusnya mudah didapati,berbeza dengan model motorsikal keluaran pesaingnya yang dimana iyanya dari luar negara dan kini mendapat tempat yang kukuh dalam bidang perniagaan permotoran seperti yamaha,sym,honda dan selainnya di Malaysia..mereka menerapkan design yang tidak lapuk dan ianya design yang lebih Aerodynamic dimana design itu lebih menarik perhatian para peminat kenderaan dua roda masa kini serta alatganti dan perkakasan juga mudah didapati dalam pasaran berbanding jenama keluaran nasional..kepada team modenas,jangan berputus asa,teruskan usaha..jika perlu,buat survey kepada para peminat kenderaan dua roda tempatan bagi memenuhi dan menarik minat mereka kepada jenama nasional.imbuhannya,model dan jenama motorsikal nasional kita akan dikagumi,dilihat dimana mana sahaja,begitu ia membolehkan jenama motorsikal nasional kita ini memberi modal untuk berdaya saing didalam dunia permotoran..
ReplyDeleteMotor ct115s,,sy pakai dh hampir 3 tahun..x de spare part utk upgrade enjin.tak mcm motor Kriss banyak spare part untuk memberi impak yg lebih maksimum dari segi kelajuan..g bengkel motor pun dorg buat tak layan je..bagaimana utk membangunkan motor buatan Malaysia untuk bersaing dengan motor lain yg mempunyai banyak alat ganti sama ada yg standard mahupun yang racing
DeleteSy berani perkatakan hal ini sebab ada rasa x berpuas hati dengan teknologi modenas dan perlu di pertingkatkan lagi..agar jenama kita di pandang tinggi dan tidak di perlekehkan
ReplyDeleteSaya rasa modenas perlu kaji semula akan kelemahan yg ada pada modenas ct115s ini..
ReplyDeleteMinta maaf sebab sy cuma nk luahkan apa sy fikirkan..dan tidak ada ertinya kalau tiada spare part yg khusus untuk motor ni
ReplyDeleteSelamat petang.nak minta pendapat,,pengguna 115s .apakah motor ini,tahan lasak,Bole jalan jauh?
ReplyDeleteSeat yg membuatkan bontot krem,lampu yg menyuluh pokok walau dh adjust skru,ekzos yg berbunyi tin,eksesori yg kurang,monoshock yg keras serta cover set yg rapuh disertai dgn skru2 yg cpt longgar..kecewa sgt2
ReplyDeleteKecewa dengan motosikal nasional
ReplyDelete