Monday, September 30, 2013

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection vs Modenas 118 EFI - buku bertemu ruas / Two worthy opponents



Modenas 118EFI




Yamaha Lagenda 115ZR Fuel Injection


Salam sejahtera,

Awal bulan lalu, Yamaha telah melancarkan model motosikal kapcai pancitan pertama mereka iaitu Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection, menjadikan model tersebut sebagai kapcai pancitan bahan api kedua di Malaysia selepas Modenas 118EFI. Memandangkan kedua-dua model mempunyai saiz enjin yang hanya berbeza 5 cc sahaja, maka kedua-dua model bolehlah dianggap sebagai "buku bertemu ruas".



Sistem Modul M3A oleh Synerject yang digunakan pada Modenas 118EFI




Sistem Yamaha YEC_FI yang digunakan pada Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection (kredit kepada: gearjahat.blogspot.com)

Berbeza dengan Modenas yang menggunakan sistem pancitan bahan api kos rendah Synerject M3A, Yamaha pula membangunkan sistem pancitan bahan api kos rendah mereka sendiri iaitu Sistem YEC_FI. Sistem ini terdiri daripada pam bahan api, pemancit bahan api, ECU berasingan 33 pin, pengesan suhu minyak enjin (dipasang pada kepala silinder), pengesan oksigen, pengesan kedudukan aci engkol, dan badan pendikit yang menggabungkan 3 lagi pengesan, iaitu pengesan kedudukan pendikit (TPS), pengesan suhu udara masukan (IAT) dan pengesan tekanan udara mutlak (MAP). Ia merupakan pembaharuan daripada generasi terdahulu yang dipasang pada Yamaha FZ150i, YZF-R150 dan Spark 135i (135LC versi Thailand), di mana perbezaan utama ialah kehadiran pengesan oksigen.

Sekarang mari kita bandingkan motor yang manakah yang lebih berkuasa. Modenas 118EFI yang menggunakan enjin 120 cc sekadar menghasilkan 5.76 kW (8.13 PS) @ 8,000 rpm, sedangkan Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection pula mampu menghasilkan 7.2 kW (10.4 PS) @ 7,750 rpm. Dari segi penjimatan bahan api pula, sekali lagi Lagenda Fuel Injection mendahului dengan 84.15 km/L seperti yang telah diuji oleh para wartawan di Thailand, tetapi 118EFI pula berupaya mencatatkan penggunaan bahan api 59.5 km/L. Harus diingat, bahawa Modenas 118EFI mencatatkan kadar penggunaan bahan api 59.5 km/L pada kelajuan malar 80 km/j, tetapi Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection pula diuji menggunakan piawaian ECE40 yang mana ia diuji pada kelajuan serendah 40 km/j. Sekiranya Modenas menguji 118EFI pada kelajuan yang sama, maka sudah tentulah ia mampu mencatatkan angka-angka yang lebih kompetitif.

Bagaimana pula Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection boleh jadi lebih berkuasa dan lebih jimat? Rahsianya ialah melalui komponen-komponen baru yang digunakan pada Lagenda Fuel Injection. Lagenda 115Z Fuel Injection menggunakan lengan jumpelang dengan alas bebola yang kurang geseran berbanding lengan jumpelang tanpa alas bebola yang digunakan pada model-model Lagenda terdahulu. Selain itu, profil sesondol dan profil engkol 115Z telah pun direka semula

Jadi apa yang patut dilakukan oleh Modenas untuk bangkit semula melawan seterunya itu? Buat masa sekarang, apa yang boleh dilakukan oleh Modenas ialah menala semula ECU mereka agar lebih berkuasa daripada sebelumnya. Saya percaya tentunya Modenas mempunyai unit-unit motosikal pembangun dengan ECU yang boleh ditala semula menggunakan komputer. Saya tidak pasti sama ada ECU yang dipasang oleh Modenas pada setiap unit 118EFI yang dijual itu flashable atau tidak, tetapi harap-harap ia flashable supaya talaan ECU boleh dikemas kini di pusat servis. Jika mereka mampu meningkatkan kuasa enjin AN110 yang digunakan pada Modenas Kriss 110 daripada 7.5 PS kepada 9.0 PS pada tahun 2000, maka tidak mustahil mereka boleh melakukannya sekali lagi pada 118EFI ini. Selain itu, Modenas perlu mengambil inisiatif bagi menambah baik kecekapan enjin-enjin motosikal keluaran mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah menggunakan lengan jumpelang jenis alas bebola yang lebih rendah tahap geserannya. Langkah sebegini sudah tentu akan mengambil masa, tetapi adalah penting bagi Modenas untuk terus menambah baik kecekapan enjin-enjin motosikal keluaran mereka agar dapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar besar khususnya jenama-jenama dari negara matahari terbit.

259 comments:

  1. Slm bro..
    Saya nk mnta pndpt u..

    Nak beli motosikal yg sesuai..
    Antara pilihan saya
    1, Lagenda 115 fuel injection
    2, honda wave 110 R & S
    3, honda Future
    4, yamaha LC 135

    Jarak tmpt kerja +/- 120km pergi balik sehari/... +/- 600km 5 hari bkerja

    Maintenance blnn yg sederhana( low cost)
    Spare part yg bnyk

    @ U ada model yg lbh baik dr list saya?

    If dh beli, apakah cadangan @ tips yg bgs utk moto itu
    Cth mnyk itm yg sesuai, plug yg sesuai,

    Tq



    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih mengesyorkan Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection, kerana ia adalah model yang paling jimat minyak di antara keempat-empat model tersebut, sesuai dengan keadaan anda yang perlu berulang-alik jauh ke tempat kerja. Ia juga model kedua paling berkuasa dan kedua paling laju antara keempat-empat model tersebut, kalah hanya di belakang Yamaha 135LC.

      Jika kos penyelenggaraan menjadi keutamaan, sudah tentulah model-model keluaran Honda mempunyai kos penyelenggaraan terendah, kerana ia boleh menerima minyak enjin jenis murah serta tiada penapis minyak, sedangkan motor-motor Yamaha pula agak manja dan hanya menerima minyak enjin jenis mahal (seperti Shell Advance AX7). Yamaha 135LC mempunyai kos penyelenggaraan paling mahal kerana perlu tukar coolant setahun sekali.

      Delete
    2. Saya rasa honda future lebih baik, hal ini kerana, cc nya 125, tangkin minyak terbesar dimana perlu isi skali untuk perjalanan 200++ km(dah try, speed 80)ruang tengah juga boleh boh helmet, selamat skit, seperti yg dikatakan, honda maintainence lebih murah dan lebih banyak di malaysia. enjin juga dicipta untuk penjimatan.

      Delete
    3. Sebenarnya dari segi penggunaan minyak, Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection sememangnya sudah berjaya menewaskan Honda Future. Ia dicapai bukan sahaja melalui penggunaan pancitan bahan api, tetapi enjinnya juga sudah mengalami pembaharuan ketara, iaitu penggunaan rocker arm dengan roller bearing, profil sesondol yang direka semula dan piston jenis tempaan yang lebih ringan dan kurang geseran. Malah, wartawan di Indonesia yang mencuba motor tersebut berupaya mencatatkan hampir 80 km/L, yang hanya boleh dicapai melalui penggunaan pancitan bahan api.

      cc lebih besar bukanlah bermakna lebih berkuasa. Ia terbukti apabila Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection menghasilkan 10.4 PS @ 7,750 rpm, sedangkan Honda Future pula menghasilkan 9.6 PS @ 7,500 rpm. Namun demikian, Honda Future masih mempunyai kelebihan dari segi pecutan dan pendakian bukit kerana torknya yang lebih tinggi. Apa pun, ia satu persaingan sihat antara pengeluar motosikal.

      Delete
  2. Berapakah jarang running yg sesuai sevelum saya boleh memecut moto?
    1000km
    2000km
    @ 3000km

    ReplyDelete
  3. Dgr HF ada mslh dgn pnukaran gear 2 ke 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga ada terdengar khabar angin sebegitu, mungkin ada sikit masalah dengan dog clutch.

      Delete
  4. Dgn keadaan jln pergi balik ke tmpt kerja yg jauh, naik bukit & turun bukit..
    Kesesuaian moto yg patut adalah HF kan Bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda perlu banyak naik turun bukit, maka Honda Future lebih baik kerana torknya lebih tinggi.

      Delete
  5. Assalammualaikum..saya pun baru bercadang untuk beli moto kapcai dlm masa terdekat nie..utk makluman saya juga ada sebiji honda cbr600...dan untuk pengetahuan mmg honda selalu problem skit je pada gear 2...sy baru bercadang nak beli honda dash wave..tp yamaha plak kuar efi...masih dlm dilema mana nak pilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara Honda Wave Dash vs Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection, dari segi kuasa kuda dan tork saja pun Lagenda sudah menang mudah. Begitu juga dengan penggunaan bahan api, kerana Lagenda sekarang pakai pancitan bahan api. Satu-satunya perkara yang Wave Dash menang sekarang hanyalah kos penyelenggaraan, kerana tidak perlu tukar penapis minyak enjin serta boleh menggunakan minyak enjin jenis murah.

      Delete
  6. Replies
    1. Tork ialah daya memulas. Tidak seperti daya (dalam unit Newton) yang biasanya bergerak pada garis lurus, tork (dalam unit Newton meter) pula bergerak secara putaran. Untuk memahami dengan lebih mudah mengenai tork, bayangkan anda hendak mengetatkan nat menggunakan spanar sepanjang semeter. Anda kenakan daya 5 Newton untuk mengetatkan nat itu, maka tork yang terhasil untuk mengetatkan nat tersebut menggunakan spanar sepanjang semeter itu ialah 5 N-m.

      Tork amat penting supaya kenderaan boleh digerakkan oleh sesuatu enjin, jika tidak cukup kuat maka kenderaan susah untuk digerakkan. Gear rendah menggandakan tork supaya lebih mudah digerakkan semasa kenderaan baru hendak bergerak, mengangkut lebih beban dan mendaki bukit. Pada kelajuan tinggi, hanya sedikit tork diperlukan untuk mengekalkan kelajuan, maka gear tinggi lebih sesuai agar tork tidak dibazirkan.

      Motor 2 lejang mempunyai tork yang tinggi tetapi banjaran tork pula sangat terhad, sebab itulah Yamaha 125Z mempunyai 6 gear. Sebagai perbandingan, motor 4 lejang dengan saiz enjin yang sama mempunyai tork yang lebih rendah tetapi banjaran tork lebih lebar, sebab itulah Honda Future 125 cuma perlukan 4 gear sahaja.

      Delete
  7. Dgn khbar honda bakal keluarkan moto yg di lengkapi Fuel Injection juga?
    & negara jiran dh laksanakan begitu pada HF..
    Boleh ke saya order spare part Fuel Injection itu & pasang ke HF keluaran msia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa sekarang, Boon Siew Honda tiada perancangan untuk mengeluarkan motor kapcai pancitan.

      Anda mungkin boleh memesan komponen-komponen PGM-FI untuk dipasang pada Honda Future, tetapi pendawaian juga perlu diubahsuai. Setakat ini belum ada bengkel motor di Malaysia yang ada menawarkan khidmat penukaran ke sistem PGM-FI, tetapi di Thailand ada banyak.

      Delete
  8. bro aku nak tnya bleh kerr...kwn aq jual motor dia kt aq..honda wave 125s.. semua stdrt x de kacau cuma cover set je yg bnyk longar...apa pun msla ni motor rasa mcm kuat minum mnyak lh plk..aq guna ni motor untuk kgunaan krja... ok mcm ni prjln krja ke tmpt aku 16 km ulang alik 32 km...tank mnyak hbis dlm 5 kali prjlnan je iaitu 79 km..mksud kata full tank cuma 79 km je pas tu isi balik..x kah pelik mcm tu??? aku tnya dia...dia dia x tau plk..????? aku dh pkai motor ni 2 bln...apa kh masalah2 enjin?? atau pun ada komponen2 yg msti d tukar...?? terangkn sedikit tntng nma2 kompenen yg msti di tukar.tkut nak bli barang motor x tau plk nk sebut..?? dan satu soalan lagi ada x cara2 nk bgi speed honda wave 125s ni ?? cara dgn selmt dari enjin rosak..tkut nk guna part2 racing.orng ckp x tahan lama...trimakasi dan slmt bjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faktor yang menyebabkan motor jadi kuat makan minyak ada banyak, dan yang paling utama ialah disebabkan malas menyelenggara motor secara berkala. Dengan kata lain, suka bertangguh apabila menservis motosikal (malas tukar minyak enjin, penapis udara tak pernah bersihkan, dsb.). Jadi, cuba anda minta mekanik tukar penapis udara, spark plug dan minyak enjin. Minyak enjin mesti ditukar setiap 4,000 km. Selain itu, rantai yang dibiarkan kendur juga boleh menyebabkan motor lebih kuat makan minyak tetapi tak sampai kelajuan maksimum. Minta mekanik tegangkan dan minyakkan rantai. Kalau gigi gegancu sudah nampak tajam, terus tukar rantai dan gegancu sebagai 1 set (sekurang-kurangnya rantai dan gegancu jenama RK-M).

      Delete
  9. salam bro...berapa kelajuan yamaha 115 fuel injection selepas full throttle?mohon penjelasan ye...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. knp motor yamaha 115 ZR FI saya setakat 100 km/j je.. tu pon lepas tukar sporket belakang ke 36

      Delete
    2. knp motor yamaha 115 ZR FI saya setakat 100 km/j je.. tu pon lepas tukar sporket belakang ke 36

      Delete
    3. Nisbah gegancu tersebut terlalu kecil, sebab itulah kelajuan yang dicapai hanya 100 km/j. Cuba tukar kepada 14/39.

      Delete
  10. salam bro,,,nk tnye cket btul ke lagenda 115z lepas tukar minyak enjin utk prtma kali (1000 km)kelajuan moto akn bertukar mnjdi 100km/h dr 130km/h.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah secara mendadak, tetapi secara beransur-ansur.

      Delete
  11. bagaimanakah utk mngekalkan kelajuan moto tersebut(lagenda 115z fuel injection)minta pendapat ckit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud anda, 130 km/j? Ikutilah penyelenggaraan berkala seperti yang telah tercatat dalam buku panduan pengguna.

      Delete
  12. adakah meter 130kmh sama dengan 130kmh lc135?
    tq bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama dengan meter LC baru, cuma agak liat sikit untuk sampai 130 km/j.

      Delete
    2. Ic..saya baru angkat satu tadi warna putih.best jugak. Rasa 60kmh Laj. Sikit dari 60kmh Lc lama.

      Delete
    3. Benar. LC lama ada ralat meter yang sangat ketara. Kelajuan sebenar LC ialah sekitar 140 km/j (kedua-dua LC lama dan baru), tapi meter LC lama pula mencatatkan 165 km/j yang menunjukkan sisihan ralat yang begitu besar. Meter LC baru lebih berat dan lebih tepat.

      Delete
    4. Brapavsaiz sporket depan lagenda ni bro?Belakang 41t

      Delete
    5. Depan 13. Tapi saya syorkan agar tidak mengikut nisbah gegancu standard Yamaha ini kerana tidak memanfaatkan peningkatan kuasa kuda dan tork. Sebaliknya, saya cadangkan nisbah gegancu 14 (depan), 38 (belakang).

      Delete
    6. berat saya 88kg bro,.. ok ke setting tu?

      Delete
    7. Tak ada masalah. Kalau anda masih rasa berat, anda boleh cuba nisbah 14/39 pula.

      Delete
    8. Slamat Petang bos.. Cuma nak maklum.. Lc135 tak mampu nak Kejar saya huhu.. Speed baru 105kmh.Itu pun sporket ori.Kalau meter Lc lama maybe Da sampai 125kmh kot.memang berbaloi tukar kepada lagenda fuel injection ni. Minyak pun rm3 je sehari berbanding lc135 saya dulu rm6 sehari n speed pun kurang dari lagenda ni.Btw, speed 100kmh lagenda ni sama dgn 90kmh Gps.just nak share kat sini jer bro.. :)

      Delete
    9. Dah pakai Lagenda Fuel Injection..? Tahniah! Memandangkan motor tu masih baru, selalunya kelajuan maksimum yang boleh dicapai sekitar 105 km/j, dan ia akan semakin lama semakin naik sehingga ke kelajuan maksimum sebenar. Tapi memandangkan motor tu masih lagi baru, jangan terus lenjan sehingga kelajuan maksimum, sebaliknya tunggang dengan perlahan-lahan dan tingkatkan kelajuan secara beransur-ansur:-

      1.) Kurang 150 km: Maksimum 40 km/j
      2.) 150-500 km: Maksimum 60 km/j
      3.) 500-1,000 km: Maksimum 80 km/j
      4.) Selepas 1,000 km: Tukar minyak enjin dan penapis minyak dan anda boleh lenjan ke kelajuan maksimum

      Delete
    10. Meter Dah lebih 1k bro. Dah service dan baru tukar sporket depan ke 14 dan 41. Engine lebih smooth. Belum cuci lagi air cleaner.

      Delete
  13. memang review yg saya cari.. penerangan lebih teknikal. terima kasih atas maklumat tuan.

    ReplyDelete
  14. nice info....otw na angkat 115z....tp 115z indon lg lawa....hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, sebab Yamaha Lagenda 115z Fuel Injection model Indonesia tiada lampu isyarat belakang jenis capang macam di Malaysia, sebaliknya lampu isyarat belakangnya disepadukan dengan lampu belakang.

      Delete
  15. berapa harga OTR kedua-dua model? Saya pakai Modenas GT128, boleh bagi perbandingan antara motor saya dengan Lagenda baharu ni. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gt128 dapat potong lc135 standard tak? Lagenda ni dpt potong senang jer.. Power lagi kuat pada high rpm.

      Delete
    2. Izzuddin Shah: Harga OTR bagi Modenas 118EFI ialah RM4,755.40 manakala harga ORT bagi Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection ialah RM4,792 (rim lidi, penghidup tendang), RM5,168 (rim sport, penghidup elektrik) dan RM5,410 (varian 115ZR dengan tambahan penyerap hentakan jenis gas).

      Delete
    3. Gabriel John: Yamaha 135LC standard lebih berkuasa daripada Modenas GT128 dan Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection.

      Delete
    4. Bro squall, teori memang Lc kuat.pickup Lc memang kuat. Tapi top die kalah dgn lagenda injection ni.you need to try for your self to believe.

      Delete
    5. Serius...? Menarik betul. Tapi memang ada kemungkinan Lagenda injection mampu kalahkan LC disebabkan nisbah kuasa kepada berat yang semakin baik. LC memang lagi berat daripada Lagenda kerana enjin yang semakin besar dan berat di samping tambahan radiator yang turut menambah berat. Lagipun, LC cuma beza 1 kuasa kuda saja dengan Lagenda injection, jadi memang ada kemungkinan sebegitu.

      Delete
    6. alamak.. segan pula saya membuatkan tuan terpaksa bersetuju dengan saya huhu.. anyway, banyak terima kasih kepada tuan.. kerana setelah terbaca blog ini saya terus membuat keputusan untuk membeli Lagenda ini yang saya rasa sungguh berpuashati. :)

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam bro squall,ape kelebihan dan kekurangan lc135 ss baru ni?

    2) apa beza lc135 5 speed ngan lc135 4 speed baru dari segi kelajuan,dan lain2.TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelebihan LC baru berbanding LC lama ialah kotak gear 5 kelajuan pada model klac manual, slot kunci berpenutup dan speedometer yang lebih tepat daripada LC lama. Kelajuan maksimum bagi model klac auto dan manual tetap sama, tetapi dari segi pecutan pula model 5 gear lebih senang memecut kerana nisbah gear yang semakin rapat.

      Delete
  18. L115z fi xde utk klac manual ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada. Semua varian menggunakan klac auto hatta varial 115ZR sekalipun.

      Delete
  19. Salam bro, apa kelebihan dan kekurangan lc135 lama.TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pengguna yang mengatakan LC lama lebih laju daripada LC baru, tetapi saya sendiri belum berkesempatan menguji kedua-dua model untuk perbandingan. Apa yang ketara, LC lama terkenal kerana ralat meter yang begitu besar; 160 km/j LC lama sebenarnya sekitar 140 km/j meter kereta. Namun, LC baru pula meternya lebih berat, menyebabkan timbul persepsi LC baru lebih perlahan. Selain itu, LC lama amat mudah dicuri kerana masih menggunakan sistem kunci tanpa penutup slot.

      Delete
    2. Kalau Tanpa modifikasi, Lc baru lebih Laju.. Mungkin kerana system karburator yang berlainan.

      Delete
  20. kalau lc135 lame ni ape kekurangan pada enjin ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos penyeleggaraan agak tinggi disebabkan sistem sejukan air dan tambahan penapis minyak enjin yang memerlukan penyelenggaraan tambahan, di samping keperluan menggunakan minyak enjin jenis mahal (sekurang-kurangnya semi-sintetik).

      Delete
  21. saya ade dengar bahawa lagenda 115 fi di indonesia hanya boleh menggunakan minyak ron 97...betul ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabar tersebut tidak benar sama sekali. Petrol di Indonesia ada 2 jenis, iaitu RON88 dan RON95. RON95 tidak disubsidi manakala RON88 masih disubsidi. Namun demikian, hanya beca berenjin (bajaj) sahaja yang boleh menggunakan RON88.

      Delete
  22. Lg 4 hari in sh ALLAH keluar dh moto saya 115ZR :)

    ReplyDelete
  23. utk lagenda 115z fuel injection, apa benda2 yang perlu ditukar semasa standard sevice? dan apa saranan bro untuk penjagaan masa panjang bagi motor jenis ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi servis dan penjagaan jangka panjang, ia sama seperti versi karburetor (tukar minyak enjin + penapis minyak).

      Delete
  24. blog yg menarik...sy pon mau beli la yamaha 115zr...yg penting fuel injection...

    ReplyDelete
  25. asalamualaikum bro.. saya nak tanya.. selain daripada tukar minyak hitam dan tukar penapis minyak pada 115zr yamaha.. ada benda lain tak yang kita perlu jaga pada enjin motor? ((masalah2 kecil, servis secara sendiri dan tak perlu hantar ke mekanik))

    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara penyelenggaraan lain yang boleh dibuat sendiri termasuklah menukar palam pencucuh, penapis udara dan meminyakkan rantai.

      Delete
  26. Kedua-duanya sama-sama jimat minyak, tapi saya lebih suka Lagenda Fuel Injection kerana ia lebih berkuasa.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. aslmualikum bro.. saya nak minta pendapat bro.. jarak perjalanan saya dalam 76km ((termasuk pergi dan balik)) tiap2 hari..

    aspek yg saya ambil kira dalam pemilihan motor ialah:-

    1) Penjimatan minyak.
    2) penjimatan keseluruhan Kos Penyelenggaraan.
    3) memiliki top speed yg tinggi.

    motor jenama dan model apa yang paling sesuai dgn saya.? saya ingat nak beli motor baru tahun ni.. hehehe

    terima kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dibandingkan antara Modenas 118EFI dengan Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection, kedua-duanya sama-sama jimat minyak dan mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih kurang sama. Namun, Lagenda Fuel Injection menang dari segi kelajuan maksimum.

      Delete
  29. haloo..

    sya bru sambar sebijik lagenda 115fi apa yang saya dapat
    - minyak rm 5 boleh pergi sampai 130kmj dengan kelajuan malar 80-90kmj
    - handle depan sangat gegar dan goyag pada kelajuan 80kmj pun dah terasa,mgkin
    tayar depan kecik 70/90 so sy tukar tayar depan 80/90 gegar dan gyang dh x de
    cuma top speed dapat kurang skit.
    - top speed sebelum tukar tyar depan besar dapat 110kmj pulas abis tu pun kena tarik dari gear 2. dah tukar tayar top hanya dapat 90kmj.(sebab berat sya 90kg lbh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gegaran yang anda rasai itu berpunca daripada rpm enjin yang terrlalu tinggi. Cara terbaik mengurangkannya ialah menggunakan gegancu belakang yang lebih kecil sedikit (saya syorkan saiz 38 atau 39). Tayar hadapan yang besar akan menambah rintangan golekan (rolling resistance), jadi ada baiknya anda guna saiz standard 70/90. Kalau anda mahukan tayar yang mempunyai pengendalian yang lebih baik, saya syorkan tayar jenis Maxxis.

      Delete
  30. assalam...bro boleh tlg suggest mnyak enjin yg sesuai utk lagenda 115zr fuel injection x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya syorkan Shell Advance AX7. Kalau lari bajet, sekurang-kurangnya Shell Advance AX5.

      Delete
  31. Tuan squall shinoda..sy bru 2 bulan guna L115zrfi dan bru 360km perjalanan..dgn berat 77kg dan masih menggunakan gegancu standard L115zrfi 13 / 41 (kalau x silap)..berapakah saiz gegancu yg sesuai utk meningkatkan tork@kuasa L115zrfi sy kpd tahap maximum..tq.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba nisbah gegancu 14/38 atau 14/39. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan nisbah yang asal yang saya sifatkan terlalu besar kerana tidak memanfaatkan kuasa dan tork Lagenda FI sebaik-baiknya.

      Delete
  32. salam bro squal saya baru pakai lagenda 115zr slama sebulan dan telah melebihi 1000 km tapi speed masih tak leh cecah 110 .ader tak tip yang boleh meningkat kan speed...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu punca utamanya ialah nisbah gegancu belakang Yamaha Lagenda Fuel Injection yang saya rasakan terlalu besar. Cuba tukarkannya kepada saiz 14 (depan), 39 atau 38 (belakang).

      Delete
  33. Bro.. Lagenda saya pun 110 jer. Tapi lc135 ori makan asap la bro.
    110 lagenda=125kmh Lc.. Lebih kurang cam tu lah.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. boleh bagitaw saya....pada kelajuan ape untuk saya membawa moto lagenda 115z sebelum 1000km??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah 150 km: Jangan tunggang lebih 40 km/j
      150-500 km: Jangan tunggang lebih 60 km/j
      500-1,000 km: Jangan tunggang lebih 80 km/j
      Lebih 1,000 km: Tukar penapis minyak dan minyak enjin dan anda boleh tunggang pada kelajuan penuh

      Delete
    2. seandainya jika saya tunggang 60 km/j pada bawah 150km...apa yang akan berlaku??

      Delete
    3. Jika motosikal ditunggang lebih 60 km/j semasa masih di bawah 150 km, kemungkinan akan timbul masalah piston jem. Proses break-in adalah proses "mengasah" komponen-komponen yang mengalami geseran seperti piston, canshaft dan injap, maka kelajuan perlu ditingkatkan secara beransur-ansur dan bukannya secara mengejut.

      Delete
  36. bro.. boleh jelaskan tak kesesuaian gear dengan kelajuan.. maksudnya gear 1 utk mulakan perjalanan, gear 2, gear 3 dan gear 4...sekiranya atas lebuhraya dan kelajuan hanya 80kmj, sebaiknya gunakan gear 3 atau 4? harap dapat penjelasan mengenai gear.. kadang2 bila turun bukit guna gear 3 terlalu laju pula..boleh ke terus tukar gear 2? setahu saya mmg tak digalakkan. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulakan perjalanan dari gear pertama. Gear 2 dan gear 3 adalah untuk meningkatkan kelajuan seterusnya. Gear 4 adalah gear meluncur (cruising) untuk kelajuan maksimum dan penjimatan bahan api maksimum Gandaan tork adalah maksimum bagi gear 1 dan minimum bagi gear 4. Jika had laju 80 km/j pun, adalah lebih baik kekal pada gear 4 bagi penjimatan bahan api maksimum - melainkan jika di kawasan bukit.

      Untuk menuruni bukit curam, pastikan anda boleh mengagak kecerunan dan tukar gear rendah semasa di bahagian awal cerun tersebut. Jika dah turun bukit curam terlalu laju baru tukar gear rendah, ia boleh menyebabkan motosikal hilang kawalan.

      Delete
    2. terima kasih bro.. blog ni byk membantu saya dalam mengenali motosikal saya lagenda 115zr.

      Ttg penggunaan gear tu, kiranya kalau saya bawa motor dalam kelajuan 40-60 kilometer di atas jalan raya, lebih baik sy gunakan gear 4 kan.. sbb lebih jimat minyak.. itu pemahaman sayalah..

      meter baru 200km lbh.. dan kelajuan maksimum yg saya bawa adalah 60kmj. cuma sesekali akan pergi 80kmj memandangkan kenderaan di kl ni bergerak laju..perlahan sgt pun kena hon je..hehe..

      Delete
    3. Kalau 60 km/j, boleh saja guna gear 4. Tapi kalau 40 km/j, tukarlah ke gear 3 sebab kurang kuasa untuk memecut.

      Delete
    4. hehe..ok bro... thanks again.. biasalah, budak baru bljr.. byk tanya..hehe

      Delete
  37. bro masalah apa yg kerap berlaku pada model modenas efi118?
    spoket yg disarankan?berat saya lebih kurang 90kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah yang sering berlaku pada motor pancitan bahan api ialah lambda sensor rosak. Ia boleh dikenal pasti melalui lampu "check engine" pada meter - kalau lampu kekal menyala dan tak padam selepas enjin dihidupkan, bermakna ada kerosakan pada lambda sensor. Kerosakan lambda sensor memang paling biasa berlaku pada mana-mana kenderaan pancitan bahan api kerana lambda sensor beroperasi pada suhu sekitar 300-900 °C. Kerosakan lambda sensor boleh menyebabkan ECU tidak dapat mengira dengan tepat kadar pancitan serta pemasaan spark plug. Kadar pancitan yang salah boleh menyebabkan sama ada enjin kuat makan minyak ataupun semput, manakala pemasaan spark plug yang salah boleh menyebabkan knocking dan detonation yang boleh merosakkan enjin.

      Nisbah gegancu yang saya cadangkan ialah 14/39.

      Delete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Salam bro, berkenaan dgn lambda sensor yg bro sebutkan sebelum ni, bagaimana nak tahu bila sensor tu rosak, cara membaiki dan kaedah penyelenggaraan yang betul? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda-tanda lambda sensor rosak ialah apabila lampu "check engine" menyala dan tidak padam walaupun selepas enjin dihidupkan. Jika lampu "check engine" menyala, terlebih dahulu cuba ketatkan semula penutup tangki minyak dan sambungan wayar palam pencucuh, kerana penutup tangki minyak dan sambungan wayar palam pencucuh yang longgar juga boleh menyebabkan lampu "check engine" menyala. Jika sudah dipastikan penutup tangki minyak dan wayar palam pencucuh memang sudah cukup ketat dan kemas, barulah anda uji lambda sensor dengan menggunakan multimeter. Lambda sensor mesti ada suatu nilai rintangan tertentu. Jika bacaan rintangannya ialah sifar ohm atau infiniti, ia bermakna lambda sensor tersebut sudah rosak dan perlu diganti.

      Delete
  40. salam bro.. berapa lamakah/jauhkan lagenda 115zri boleh bergerak di atas jalan raya/ lebuh raya sebelum berhenti rehat sebentar bagi menyejukkan enjin. Adakah setiap 2 jam perlu berhenti atau setiap beberapa puluh kilometer? dan sekiranya saya mahu menukar spocket dan rantai, apakah jenama yang boleh bro syorkan? bajet dalam rm100-200. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya 2 jam sekali. Selain menyejukkan enjin, anda boleh menggunakan kesempatan tersebut untuk berehat sebentar. Untuk rantai pula, rantai dan gegancu RK-M sudah dikira sangat bagus. Sebenarnya memang ada jenama yang lebih tahan lama, tapi saya tak ingat apa jenamanya.

      Delete
  41. assalamualikum....tumpang tanye..meter saya bru 500km.1)knapa lagenda 115z pada gear 1 (HANYA PADA GEAR 1) terasa mcm semput jer dngn gegaran trasa pada hadapan??kedua exzos berbnyi lain drpd mula-2 saya menggnuakan kapcai lagenda 115z??Adakah masalah tersebut adalah normal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua motosikal siri Yamaha Lagenda sepatutnya tidak bergegar kerana dilengkapi balancer shaft. Jika ada gegar, berkemungkinan berlaku kehausan abnormal pada bush gear. Minta pusat servis Yamaha memeriksa motosikal tersebut.

      Mengenai masalah motor semput dan bunyi ekzos pula, minta mekanik memeriksa sama ada berlaku kebocoran pada gasket ekzos.

      Delete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. kehausan abnormal??mohon diperterangkan,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem transmisi motosikal adalah jenis constant mesh, atau dengan kata lain, gigi-gigi gearnya sentiasa bergerak bersama-sama. Maka, salah satu gear bagi setiap pasangan kelajuan tidak berhubung terus pada syaf / pinion yang memegangnya; sebaliknya, gear tersebut dihubungkan aliran kuasanya ke syaf / pinion melalui cekam kokot. Gear tersebut berpaut kepada syaf / pinion melalui permukaan licin yang dipanggil bush. Tiada bearing pada setiap gear. Maka, sistem transmisi motosikal perlu sentiasa dibasahi minyak enjin supaya minyak sampai pada bush gear untuk mengelakkan kehausan.

      Delete
  44. Minta pandangan 115zr fuel injection @ 135 LC
    Kedua2 saya minat...
    ulang alik kerja 120 km
    berat badan 75 kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagenda 115ZR Fuel Injection lebih jimat minyak, LC pula lebih berkuasa.

      Delete
    2. Yang terbaik LC @ 115zr dari semua sudut????

      Delete
    3. Jika dilihat dari semua sudut, Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection lebih baik daripada 135LC. Ia lebih murah dan lebih jimat minyak daripada 135LC, Kos penyelenggaraan Lagenda Fuel Injection juga lebih murah daripada 135LC kerana tidak menggunakan sistem penyejuk cecair.

      Delete
  45. bro.. utk 115ZRI, apakah saiz tayar/roda yg sesuai bagi kestabilan semasa membelok sbb standard tayar rasa mcm sedikit lari bila membelok.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiz tayar standard sudah cukup baik (80/90-R17). Kalau tayar rasa macam ada lari-lari sikit, mungkin jenama tayar yang digunakan itu kurang baik kerana kurang mencengkam. Saya paling syorkan tayar jenama Maxxis. Jika anda merasakan suspensi belakang agak kurang sedap, anda boleh cuba gunakan sistem suspensi yang lebih keras sedikit.

      Delete
  46. Salam.

    Saya kerja ulang alik kl-shah alam setiap hari. Boleh dikira long distance. Sedang berkira utk ambil Lagenda FI. Soalan saya:

    1)Selesa ke tak ye model ni untuk kegunaan harian jarak jauh?

    2)Bagaimana dengan performance?

    3) So far ada after market issu tak model ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      1.) Ya, Lagenda FI sangat sesuai untuk kegunaan harian jarak jauh.
      2.) Dari segi prestasi, Lagenda FI lebih berkuasa daripada Future, cuma kalah dari segi tork maksimum sahaja. Maka, Lagenda FI kalau sikit dengan Future semasa mendaki bukit. Kelajuan maksimum Lagenda FIialah sekitar 115-120 km/j, tetapi anda boleh naikkan kelajuannya sehingga 130 km/j dengan hanya menukar nisbah gegancu, memandangkan nisbah gegancu yang digunakan Lagenda FI saya sifatkan terlalu besar (paling sesuai ialah sekitar 14-38 atau 14-39).
      3.) Setakat ini tiada isu berkaitan Lagenda FI.

      Delete
  47. SALAM BOS

    KALAU LAGENDA 115Z ni

    1)LEPAS TAK ULANG ALIK KL-PUTRAJAYA?
    2)AKAN ADA APA MASALAH TIMBUL TAK KALAU HARI HARI ULANG ALIK
    3)BERAT SAYA 120KG SETTING APA YANG CANTIK UNTUK LONG DISTANCE MACAM NI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      1.) Ya, Yamaha Lagenda 115Z FI memang sangat sesuai untuk anda berulang-alik KL-Putrajaya.
      2.) Tiada masalah yang akan timbul jika anda menggunakannya berulang-alik KL-Putrajaya selagi anda mematuhi jadual penyelenggaraan berkala.
      3. ) Cuba nisbah 14-39.

      Delete
    2. 14-39 Tu set spoket kan bos?

      Delete
    3. Ya. Selain nisbah gegancu, saya percaya anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk menggunakan racing camshaft, racing coil dan racing clutch untuk meningkatkan kuasa sesuai dengan berat badan anda.

      Delete
    4. racing camshaft, racing coil dan racing clutch mahal x?? untuk apa kegunaan dya??

      Delete
    5. Racing camshaft meningkatkan kuasa dengan membesarkan bukaan injap, sekaligus menjadikan enjin lebih lawas. Racing camshaft mungkin boleh menjimatkan bahan api ataupun kuat makan minyak, bergantung kepada pemilihan. Namun, kelemahan utamanya ialah penggunaannya meningkatkan risiko injap berlaga dengan piston. maka, ada baiknya jika anda turut menggunakan piston racing yang direka untuk racing camshaft.

      Racing coil pula meningkatkan kuasa enjin dengan meningkatkan voltan palam pencucuh. Apabila voltan palam pencucuh meningkat, bunga api yang terhasil lebih panas dan seterusnya meningkatkan kuasa enjin. Ia juga membantu anda menghidupkan enjin dengan lebih mudah semasa sejuk.

      Racing clutch pula meningkatkan kuasa dengan mengurangkan kehilangan kuasa akibat geseran pada klac. Ia diperbuat daripada bahan yang mempunyai pemalar geseran statik yang lebih tinggi supaya kurang berlaku clutch slip.

      Saya tidak pasti harga sebenar bagi ketiga-tiga komponen terbabit, anda boleh rujuk kepada bengkel terdekat untuk harga sebenar.

      Delete
    6. kalau 14-39. angaran top speed dngn berat badan 120 brapa??

      Delete
    7. Kalau berat 120 kg, mungkin sukar hendak mencapai 120 km/j, jadi mungkin sekitar 110 km/j sahaja.

      Delete
  48. salam. motor lagenda 115z fi sye x dpt lame lagi. apkh kljuan yg besesuain prlu sye tunggang pada mula2 beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0-150 km pertama: Jangan tunggang lebih 40 km/j pada gear 4
      150-800 km: 60 km/j pada gear 4
      800-1,000 km: 80 km/j pada gear 4
      1,000 km ke atas: Boleh tunggang pada kelajuan maksimum

      Delete
  49. perghhh... suma komen dia balas...
    saja nak salute kat Admin... *salute*

    ReplyDelete
  50. Terbaik..byak info lagenda yg sy dpt..tp boleh sy tau minyak hitam ape paling sesuai utk dptkan topspeed yang max??dan ada x cara utk modify moto lagenda fi utk dpt 140kmh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya syorkan Shell Advance AX7, tapi kalau anda ada duit lebih, anda mungkin mahu mencuba minyak enjin jenis Motul. Untuk ubah suai yang membolehkan anda mencapai 140 km/j, saya cadangkan anda menggunakan camshaft racing, coil racing dan klac racing, di samping menggunakan nisbah gegancu yang sesuai. Nisbah yang saya cadangkan ialah 14/38.

      Delete
    2. Kalau minyak hitam motul yang jenis mana yang paling bagus?dan kalau modify makan bayak minyak x? Ada kesan pada enjin x dalam jangka masa panjang?tq

      Delete
    3. Motul ada banyak produk minyak enjin, jadi saya tidak dapat kenal pasti jenis yang manakah yang terbaik kerana untuk minyak sintetik sahaja ada banyak jenis, begitu juga semi-sintetik dan mineral. Jadi, terpulanglah untuk anda mencuba sendiri jenis yang paling bersesuaian dengan bajet anda.

      Modifikasi enjin ada yang boleh menyebabkan motor kuat makan minyak dan ada yang boleh menyebabkan motor semakin jimat minyak. Berikut adalah senarai modifikasi yang telah dikenal pasti:-

      Modifikasi makan minyak:-
      1.) Tukar karburetor (paling kuat makan minyak)
      2.) Korek blok
      3.) Tukar ekzos
      4.) Pakai camshaft racing (bergantung kepada pemilihan camshaft)

      Modifikasi jimat minyak:-
      1.) Tukar sistem bahan api kepada fuel injection
      2.) Klac racing
      3.) Coil racing
      4.) CDI racing
      5.) Penapis udara racing (saya tidak menggalakkan anda mencabut penapis udara kerana ia boleh menyebabkan karburetor tersumbat)
      6.) Nisbah gegancu yang bersesuaian

      Delete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas kerana berjaya tingkatkan prestasi motor anda seperti yang dikehendaki.

      Delete
  53. salam bro.. lama tak jengah ke sini..
    dah 8 bulan ZRi digunapakai dan prestasi mmg mengujakan.. tak rugi saya membelinya.. thanks atas info dari bro dan kawan2 di sini.
    Sekarang ni saya bercadang utk tukar cover set n airbrush..
    gegancu masih standard sbb syg nak tukar awal sbb yg asal masih elok lagi...

    ReplyDelete
  54. As salam.. saya pengguna lagenda 115zr fuel injection.. sudah biasa dengan 105-110km/h... Ingin merasa 130++km/h.. boleh kongsi ilmu cara menambahkan kelajuan or accelerationnya? Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda ingin mendapatkan kelajuan melebihi 130 km/j, anda boleh cuba gunakan camshaft racing dan coil racing. Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection menggunakan ECU dan bukannya CDI untuk mengawal nyalaan api palam pencucuh (dan pancitan bahan api), jadi kita mungkin kena tunggu sehingga ada ECU racing yang boleh diprogramkan jika mahu meningkatkan kelajuan dengan cara sama seperti CDI.

      Delete
  55. Salam bro ade effect tak kalau pkai mnyk hitam hdeo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pernah mengujinya lagi. Kalau ada di antara pembaca yang pernah menguji jenama tersebut boleh kongsikan di sini.

      Delete
    2. Heavy duty engine oil (hdeo) ni mnyk utk lori tpi ade org ckp boley je pkai kt moto@ kete n engine jdi smooth . ape pndpt bro? Btul ke tidak? Hehe

      Delete
    3. Sebenarnya minyak enjin untuk kereta mahupun lori sangat tidak sesuai untuk digunakan pada motosikal. Sebabnya, enjin, klac dan sistem transmisi motosikal berkongsi perumah yang sama iaitu kotak engkol, jadi minyak yang sama digunakan untuk melincirkan enjin, klac dan kotak gear. Sifat yang diperlukan pada minyak enjin motosikal ialah selain melincirkan enjin, ia seharusnya mampu membasahkan klac bagi menyejukkannya tanpa menyebabkan berlaku gelinciran klac.

      Minyak enjin kereta dan lori pula mempunyai pengubahsuai geseran (friction modifier), jadi ia sangat tidak sesuai digunakan pada motosikal kerana akan menyebabkan gelinciran pada klac.

      Delete
  56. bnyk penerangan admin blog kasi, terbaik..
    saya dlm proses penerimaan Lagenda fi dr kedai. dlm minggu ni or mnggu dpan..
    sebelum ni saya survey pd Honda Dash.. tetapi kbnykan kedai menyarankan Lagenda Fi lbh better dr segi performance n penjimatan minyak.. dan kebtulan satu kedai memberi harga special pd saya yg mna lbh murah dbandingkan dgn Honda Dash.. (Lagenda 115z penghidup elektrik + sportrim)
    1) Bila masanya saya blh menukarkan spoket utk mencapai tahap topspeed.. adakah setelah 1000km? berapa size yang sesuai dgn berat saya 70kg..
    2) sekarang saya menggunakan EX5 dengan kelajuan topspeed pd 113kmj.. berharap lagenda baru saya nnti tidak kecewakan saya..
    3) Jarak perjalan saya ke kerja dr Seri Kembangan - Shah Alam, adakah ssuai menggunakan Lagenda Fi ini?
    4) Berbanding Dash, Lagenda Fi sy berasa costing pd penambahan kena tukar penapis minyak. berapa RM ya penapis minyak kebiasaannya?
    5) Adakah sesuai kalau saya nak gunakan minyak enjin Castrol.?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.) Anda hanya akan memperoleh kelajuan maksimum sebenar selepas lebih kurang 10,000 km, jadi lebih baik anda tukar hanya apabila gegancu sudah haus. Saiz yang saya cadangkan ialah 14-39 atau 14-38.
      2.) Jangan bimbang, Lagenda Fuel Injection pasti tidak akan mengecewakan. Ia dibuktikan dengan kedudukannya sebagai motosikal kapcai pancitan bahan api paling laris di Malaysia buat masa ini.
      3.) Ya, ia sangat sesuai.
      4.) Tukar penapis minyak enjin setiap 10,000 km atau 2 kali tukar minyak enjin. Harga penapis minyak enjin pun tidak mahal, lebih kurang dalam lingkungan harga penapis minyak Modenas Kriss / CT110 / 118EFI.
      5.) Boleh, tidak jadi masalah.

      Delete
  57. salammm squall shinoda

    apakah saiz yg sesuai jika sy hanya ingin tukar sprocket blkg shj? depan kekal saiz asal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anda pengguna Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection...? Jika ya, ada baiknya anda tukar juga gegancu hadapan kerana nisbah penurunannya terlalu besar. Saya cadangkan nisbah sekitar 14/39.

      Delete
    2. Ya..sy pengguna baru yamaha lagenda FI
      Terima kasih beri sy jwpn tuan..

      Delete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. Salam otai2 sume..saya bru beli 115zr semalam.masalah saya terasa gegar or bumpy pd fork depan.gegar below 50kmh tp berkurangan selepas 80kmh..adakah tayar stock macam tu or tayar bengkak..frust gak moto br gini..mohon nasihat otai2 cane nak solve masalah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mengetahui sama ada tayar bengkak atau tidak, anda perlu memeriksa tayar itu sendiri. Kesan tayar bengkak boleh kelihatan dengan jelas melalui mata kasar. Jika tiada kesan tayar bengkak, ada kemungkinan bearing roda yang sudah pecah.

      Delete
  60. lagenda 115z/zr fi- 7.4kw(10,06ps)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pembetulan. Asalnya saya menggunakan formula asal yang diberikan oleh Wikipedia iaitu P [kW] / 0.7457 / 0.95, tetapi tak sangka pula formula itu sebenarnya salah.

      Delete
  61. Salam... camne nak ejas pancaran lampu lagenda 115z? lampu rendahnya terlebih tinggi... lampu tinggi lagi la tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya di bahagian bawah perumah lampu hadapan motosikal kapcai terdapat satu skru pelaras untuk melaras sasaran pancaran lampu hadapan. Untuk melarasnya, pastikan motosikal anda menghadap dinding dan naikkan tongkat tengah. Hidupkan motosikal dan putar skru tersebut untuk melaras sasaran lampu. Sambil melaras, perhatikan pada sasaran pancaran lampu motosikal anda. Jika ia tidak seperti yang dikehendaki, laras lagi sehinggalah sasaran pancaran seperti yang anda kehendaki.

      Delete
  62. Palam pencucuh lagenda fi nie sama ke ngn moto jenis lain....rse kuasa moto kurang lpas tukar palam pencucuh baru...

    ReplyDelete
  63. Palam pencucuh lagenda fi nie sama ke ngn moto jenis lain....rse kuasa moto kurang lpas tukar palam pencucuh baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection menggunakan palam pencucuh jenis NGK C6HSA atau jenis setara sebagaimana model-model pendahulunya. Jika palam pencucuh C6HSA dirasakan kurang berkuasa, anda boleh cuba palam pencucuh jenis C7HSA yang lebih panas.

      Delete
  64. yamaha lagenda 115z fi ni boleh pasang manuak clutch ke bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada membuat pencarian di Google tetapi keputusan pencarian hanya menunjukkan set klac manual untuk model Lagenda 115Z lama. Nasihat saya, cuba anda risik-risik kedai alat ganti motosikal dan jika hanya set klac manual untuk model Lagenda 115Z lama sahaja yang didapati, cuba dapatkan nasihat mekanik sama ada ia boleh dipasang pada Lagenda Fuel Injection atau tidak. Jangan main beli sahaja, takut menyesal kalau tak boleh dipasang.

      Delete
  65. setakat ini ade oil cooler yang sesuai digunakan untuk lagenda 115fi?

    ReplyDelete
  66. Aku pernah guna keempat2 brand kapcai yg famous di Malaysia nie (Yamaha, Modenas, Honda, Suzuki)...Yamaha 4 model aku pernah pakai (125z, LC135 Extreme Spirit, Lagenda 115zr first edition, FZ150i second model), Modenas (Kriss 110, Kriss MR1), Honda (Wave 125 first model, EX5 Class bapak aku), Suzuki (Shogun 125SP)...Kalo ikut turutan untuk kepuasan hati aku dari segi kelajuan, keselesaan, x byk ragam, berpatutan dgn harga : Suzuki > Yamaha > Modenas > Honda...Kalo rupa yg jadi ukuran mmg Yamaha sapu licin semuanya, after sales service pun Yamaha plg bagus...Moto aku semua standard xde modi...Aku ingat nak try Honda Future tp bila tgk review sume mcm seram jerrr aku nak amik...Nak tau apa kelemahan Honda??? Semua motor (kecuali EX5 High Power) gegar mcm nak runtuh...Aku try bwk Honda Future bapa sedara aku pun gegar...Honda dah bertahun2 x selesaikan masalah gegaran nihh pada moto diaorg...Dr zaman EX5 Class lg, coverset mesti haus punya kat lubang2 skru tue sbb gegaran...Aku jenis yg pantang motor bergegar2 nie...Sbb tue aku kondem honda kaw2 punya...After sales service mmg out dr dulu lg...Honda boleh hidup sbb reputasi lama je...Skrg Yamaha dah take over ranking tue...Honda Future yg xde apa pembaharuan sgt kecuali kosmetik pun harga mahal mencanak...Harap Boon Siew Honda bukak mata laaa...Even Modenas punya motor pun aku rate lebih bagus drpd Honda yg ada skrg nie...Kriss MR1 aku selamba jerrr lenjan 170km setiap hari tanpa masalah gegar mcm Honda...Yamaha punya motor yg paling mengecewakan aku setakat nihhh Lagenda 115zr first edition jerrrr, lemau habisss...rasa mcm nak tercabut pinggang aku bwk motor nie...Yg paling best setakat nie dlm hati aku Suzuki Shogun 125SP laaa, jalan jauh sedap cuma x laju laaa...Aku masih pakai motor nihhh, mmg x jual punya laaa...Yg aku nak trade in utk amik Lagenda 115zr-fi nie Kriss MR1 aku skrg...Motor nie motor back up jerrr sbnrnya sbb aku keje peon, tp kira puas hati laaa aku melenjan moto nie...padan dgn harga dia...Apepun blog ko best bro...Sorry aku melalut2 dlm kat comment nihhh...Aku x puas hati dgn Boon Siew sbnrnya sbb jual motor xde kualiti mcm dulu...Hehehe...Yg guna Honda jgn marah aku plakkk, aku ckp pasal pengalaman aku jerrr, lu org pandai2 laaa pilih, duit lu org bukan duit gua...Hehehe...






















    ReplyDelete
  67. Salam, Satu pertanyaan, lambda Light Modenas efi ssaya, selepas ignition key dihidupkan, dan setelah 30 saat lampu lambda padam, dia akan menyala dan berkelip kelip, tetapi setelah enjin dihidupkan lampu lammda padam, soalannya, kenapa lampu lambda itu berkelip kelip
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kelipan tersebut sebenarnya merupakan prosedur "power on self test" bagi sesetengah kenderaan pancitan bahan api. Ia adalah normal. Yang paling penting di sini ialah lampu Periksa Enjin mestilah sudah padam setelah enjin dihidupkan; jika ia menyala atau berkelip semasa enjin sudah dihidupkan, barulah ia petanda masalah pada sistem pancitan.

      Delete
  68. Setelah 2 tahun guna lagenda fi ni, battery dia pun mati.. terus motor saya jadi lembab.. power lost.. kelajuan menurun.. selepas tukar battery baru, prestasi meningkat seperti sediakala.. adakah kerana motor ni menggunakan ECU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Ia menggunakan ECU. Namun, komponen pancitan bahan api yang paling kuat makan bateri sebenarnya bukanlah ECU tetapi pam bahan api. Untuk sistem pancitan bahan api kapcai, pam bahan api memakan 5 ampere arus elektrik.

      Delete
  69. Respect pada admin Dan lain lain.Terbaik!. Btw terima kasih atas info.

    ReplyDelete
  70. Spoket yang sesuai untuk honda wave dash 110R

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bru pakai . kelajuan dapat 100kmh je..

      Delete
    2. Saiz gegancu yang sesuai ialah 14/36, sama seperti Honda Wave Ultimo dan Honda Future.

      Tentang kelajuan maksimum, ia memang normal; motor yang masih baharu lagi memang tidak berupaya mencapai kelajuan maksimum kerana komponen-komponen enjin seperti omboh, sesondol, injap dan bearing rata-ratanya masih baharu dan masih belum benar-benar licin lagi. Anda hanya akan berupaya memperoleh prestasi maksimum dalam keadaan standard selepas lebih kurang 10,000 km.

      Delete
  71. Assalamualaikum tuan dan otai otai yg lain , saya mnunggang GT128
    1) haritu lepas plug mletop , saya tukaq plug baru , then ada asap . Asap ni biasanya minyak tu tk tbakar lengkap , sbb hitam .
    Plug yg saya apply skarang ni plug biasa ja , nama dia Standart WC6S . Plug sbenar adlh lbih panjang . Ptut ke saya tukar plug saja ?
    Bole terangkan mcm mna bnda ni jadi n cara nk mnangani ?

    2)bole x bagi pndapat apa yg bole di"buat" dgn Gt128 ni ? Dri segi spoket n brg brg dalaman .

    Terima kasih .

    ReplyDelete
  72. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  73. Ade komen tak utk motor kapcai yg takde oil cooler tpi buat pengubahsuaian dgn tmbah oil cooler. Ade owg ckap moto akn ade msalah sbb mnyak tak smpai ke oil cooler dan piston moto yg takde oil cooler kbanyakkan ke depan brbanding dgn lc135 dn lain2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap saya memang ada kit retrofit untuk motor yang tiada sistem sejukan minyak seperti Honda EX5. Bagi model seperti Honda EX5, ia mungkin turut melibatkan penukaran kepala silinder kerana enjin-enjin Honda menggunakan sistem perpaipan minyak enjin dalaman dari pam minyak ke kepala silinder. Bagi Modenas Kriss 110 / CT110 pula, mudah untuk memasang penyejuk minyak tanpa perlu menukar kepala silinder kerana ia menggunakan paip minyak enjin luaran.

      Delete
  74. Salam...tuan nak tanya lampu belakang yamaha lagenda 115z fi,ada x yg boleh ditukar kepada yg ada signal sekali...t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pasaran Malaysia, tidak ada. Kalau anda mahu, anda mungkin perlu membeli lampu belakang Yamaha Jupiter Z1 dari Indonesia.

      Delete
  75. Sebab lampu belakang lagenda ni lampu signal dia asing...nak cari yg lampu belakang degan signal sekali...

    ReplyDelete
  76. Sebab lampu belakang lagenda ni lampu signal dia asing...nak cari yg lampu belakang degan signal sekali...

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum tuan, berapa saiz spoket asal lagenda110z? Boleh ke tukar kepada fuel injection 115? Mohon pencerahan.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gegancu asal Yamaha Lagenda 115Z bersaiz 39 (belakang) / 15 (hadapan). Kalau tak silap saya, nisbah gegancu Lagenda Fuel Injection pula agak besar, jadi ada baiknya anda kekalkan nisbah sedia ada.

      Delete
  78. salam bro. saye gune lagenda baru 2016.slalu travel seremban melaka gune highaway plus.standard speed 110.plan nak tukar rantai and spocker sbb da makan.kalau tukar jadi 14/39 boleh laju sikit ke?

    ReplyDelete
  79. Salam .. lagenda 115 fi bole masok klac tangan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Saya memang ada nampak sudah banyak pemilik Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection yang memasang klac tangan manual.

      Delete
  80. saya dh beli yamaha legenda fi..ulang alik melaka-kl..isi minyak penuh rm7..ada baki lagi utk time balik ke melaka pulak..saya bercadang nak masuk clutch tangan dan juga brek disc belakang..saya ambik motor pada 18.5.3017.skrg dh 2 minggu..1000km dlm masa 3 hari sahaja..kelajuan penuh saya bt 130km....saya berpuas hati yamaha legenda 115z FI..hingga kan partner jerung saya..terus saya simpan bungkus..x guna2 dah

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum Squall-Shinoda..

    Maaf.. saya dalam dilema sekarang ni..

    Antara (Lagenda 115z fi) yang baru VS (LC132 v4), yang mana lebih menepati ciri-ciri motor keperluan saya seperti:

    1.Penjimatan minyak,
    2.Ruang simpan barang yang banyak,
    3.Spare part mudah didapati,
    4.Penjagaan yang mudah & murah,
    5.Bukan sasaran utama pencuri,
    6.Sesuai untuk perjalanan yang jauh,(Melaka-Terengganu)*sekali sekala
    7.Mempunyai kelajuan sekurang-kurangnya 120km/j tanpa modifikasi,(sayang enjin)
    8.Jangka hayat motor yang mampu bertahan lebih lama

    dan mohon tuan jelaskan sekali jawapan tuan.

    Harap tuan dapat menyelesaikan Dilema saya sekarang ini~~Huhuhu ��

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. *TAMBAHAN!!

      Kalau berat saya dalam linkungan 60kg, berapakah nisbah sproket yang perlu saya gunakan untuk kegunaan harian pada motor cadangan tuan tersebut supaya saya dapat menikmati top speed di highway dengan terbaik? Dan berapa pula nisbah sproket yang perlu saya gunakan jika saya membawa muatan tambahan dalam likungan 15kg-20kg ketika ingin pulang ke kampung di Terengganu jika dari Melaka?

      MOHON PENCERAHAN.. TERIMA KASIH

      Delete
    2. Motosikal yang memenuhi kesemua kriteria yang anda nyatakan itu ialah Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection. Meskipun Yamaha 135LC lebih laju, namun ia tentunya lebih makan minyak berbanding Lagenda FI, kos penjagaannya lebih tinggi (kerana menggunakan sejukan air) dan paling teruk, ia menjadi sasaran utama pencuri.

      Nisbah gegancu yang saya ingin cadangkan bagi Lagenda FI ialah 14-38 atau 14-37, bergantung kepada berat badan anda. Jika anda rasa pecutannya terlalu lembab ataupun kelajuan maksimum terlalu rendah tapi makan minyak, anda boleh ubah semula nisbah gegancu mengikut kesesuaian.

      Delete
    3. Okay terima kasih tuan... saya memang salute tuan kerana sanggup melayan semua komen² yang ada.. Insyallah bulan depan keluarlah Lagenda saya yang berLOANkan kedai.. tapi saya tertanya-tanya, Adakah dalam masa terdekat ni akan ada Lagenda versi terbaru seperti Lagenda ZR?? taknak lah harini beli esok dah keluar lagenda versi yang baru.. huhu ��

      Delete
    4. Jangan bimbang, setakat ini tiada berita baharu mengenai ura-ura generasi terbaharu Yamaha Lagenda yang menggantikan generasi sekarang.

      Delete
  82. Berat badan saya 75kg, apakah saiz spoket yang sesuai? Dan berapa kpa tekanan angin tayar bagi saiz standard?

    ReplyDelete
  83. As Salam tuan,

    1. Boleh bg sy rumusan utk service motor Lagenda? Contoh 1st service 1000km kena tukar apa dan next service bro km? Jenama barang apa yg tuan recommend?

    2. Apakah cara pengggunaan gear terbaik sebelum/semasa nk masuk roundabout?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.) Tukar minyak enjin sahaja pada servis pertama pada 1,000 km, servis kedua pada 2,000 km. Servis seterusnya ialah pada setiap 2,000 km. Bagi Yamaha Lagenda, saya syorkan Shell Advance AX7.
      2.) Semasa hendak memasuki bulatan, turun ke gear 2 & semasa di dalam bulatan pula gear 3.

      Delete
    2. Knpa kriss 125efi x kluar kt malaysia?..mna nk cri cver set tu?

      Delete
  84. Besok baru nk amek moto lagenda ni.. harap2 tidak mengecewakan saya..

    ReplyDelete
  85. Sy dh beli lagenda 115 fi..mmg berpuas ht sbb sy kj jauh hampir 100km sehari..dgn berat badan yg mencecah 93kg masih mampu lg mencecah kelajuan 125km.j semua standart lg.blh lg saing2 lc135.igt nk turun spocket lps ni..mgkin 39 -38..lagenda fi terbaik..

    ReplyDelete
  86. Motor skrg byk pakai rocker arm bearing... Contoh model 115z injection dll model..Yamaha honda dll.. . X syok ada bunyi knocking... Lebih baik guna teknologi lama enjin pun senyap tiada bunyi engine knocking

    ReplyDelete
  87. Boss nak tanya sikit. Saya pakai lagenda 115z fi. Saya nak modified dan nak pasang coolant. Boleh ke lagenda 115z fi pasang coolant?

    ReplyDelete