Modenas 118EFI yang baru sahaja dilancarkan hari ini di Pulau Pinang (sumber: laman Facebook rasmi Modenas)
Salam sejahtera,
Hari ini (30 Jun 2013) tercatatlah satu sejarah baru dalam industri automotif Malaysia, iaitu pelancaran motosikal pancitan bahan api pertama keluaran syarikat motosikal Malaysia. Jika sebelum ini ramai yang berteka-teki mengenai nama model motosikal kapcai pancitan bahan api ini seperti Kriss 125i, CT125i dan CT120i, nama sebenar model itu untuk pasaran Malaysia akhirnya dimuktamadkan sebagai Modenas 118EFI. Sebelum ia dikeluarkan di pasaran negara sendiri, Modenas 118EFI sebenarnya sudah dijual bagi pasaran Greece dengan menggunakan nama Modenas Kriss 125i EFI. Modenas 118EFI dilancarkan oleh Pengarah Urusan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd. Kamil Jamil, sempena DRB-Hicom Autofest 2013 di Pulau Pinang.
Blog Jalan Raya Malaysia sebelum ini telah menyiarkan beberapa entri mengenai motosikal kapcai pertama keluaran Modenas ini. Bermula dengan pelancaran Modenas Kriss 125i EFI di Greece pada 22 Mac 2013, ia disusuli pula dengan anatomi sistem pancitan bahan apinya yang dibekalkan oleh Synerject. Saya juga turut membawakan beberapa gambar motosikal tersebut bagi pasaran Greece untuk dikongsi bersama.
Sebenarnya, kalau diikutkan, pelancaran 118EFI ini boleh dikatakan 10 tahun lebih lambat daripada sepatutnya, memandangkan Thailand sudah lama menerajui teknologi pancitan bahan api untuk motosikal kapcai pada model Wave 125i mereka, diikuti Yamaha Spark 135i (Yamaha 135LC model Thailand) dan Suzuki Shogun Axelo 125i. Namun demikian, ia tetap menunjukkan bahawa Modenas benar-benar serius dan komited untuk menghasilkan motosikal yang lebih berkuasa dan lebih jimat minyak tetapi dalam masa yang sama pula lebih mesra alam.
Modenas 118EFI dijual dengan harga atas jalan RM4,755.40 dan boleh didapati dalam dua warna iaitu Hijau Alam dan Biru Semesta.
Ikuti berita selanjutnya dalam Berita Harian.
(Nota: Siri kembara Blog Jalan Raya Malaysia @ Cameron Highlands 2013 akan bersambung selepas entri ini.)
Spesifikasi Modenas 118EFI
Enjin: 4 lejang SOHC 2 injap silinder tunggal 120 cc
Sesaran: 120.3 cc
Lubang x lejang: 55 x 50.6 mm
Nisbah mampatan: 9.8:1
Kuasa kuda: 5.76 kW (8.13 PS) @ 8,000 rpm
Tork: 8.4 N-m @ 4,000 rpm
Jarak roda: 1,245 mm
Berat kering: 101 kg
Muatan tangki bahan api: 4.3 liter
Saiz tayar: 70/90 - 17 38P (depan); 80/90 - 17 47P (belakang)
Apa yang saya suka
Apa yang saya suka
- Harga yang sangat murah bagi sebuah motosikal pancitan bahan api
- Kesemua faedah sistem pancitan bahan api (sangat jimat minyak, mudah dihidupkan semasa awal pagi, mesra alam, kurang pelepasan emisi dsb.)
- Populariti dan reputasi terbukti di Greece
- Penghidup elektrik, rim sport dan tayar tanpa tiub adalah standard
Apa yang saya tidak suka
- Enjin mengalami penurunan kuasa kuda yang ketara berbanding enjin sama yang digunakan pada Modenas Ace 115 (8.13 PS berbanding 10.3 PS) - bersiap sedialah untuk modifikasi enjin yang lebih ekstrim
- Saiz sebenar tangki yang kurang berbanding keluarga CT yang lain (4.3L berbanding 5.3L) berikutan modul penghantar bahan api yang banyak memakan ruang tangki - kelemahan ini diatasi oleh sifat pancitan bahan api itu sendiri yang jauh lebih jimat minyak
(Nota: Siri kembara Blog Jalan Raya Malaysia @ Cameron Highlands 2013 akan bersambung selepas entri ini.)
Nice information on here, I would like to share with you all my experience trying to get a loan to expand my Clothing Business here in Malaysia. It was really hard on my business going down due to my little short time illness then when I got heal I needed a fund to set it up again for me to begin so I came across Mr Benjamin a loan consultant officer at Le_Meridian Funding Service He asked me of my business project and I told him i already owned One and i just needed loan of 200,000.00 USD he gave me form to fill and I did also he asked me of my Valid ID in few days They did the transfer and my loan was granted. I really want to appreciate there effort also try to get this to anyone looking for business loan or other financial issues to Contact Le_Meridian Funding Service On Email: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com He also available on WhatsApp Contact:+1-9893943740.
ReplyDelete