Saturday, June 1, 2013

Pengumuman: Projek siri reviu jalan raya Cameron Highlands / Announcement: Cameron Highlands highway review series




Salam sejahtera,

Pada hujung bulan Jun ini, Blog Jalan Raya Malaysia akan mengadakan satu siri jelajah ke Cameron Highlands, yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Jun 2013. Siri jelajah kali ini bertujuan bagi mempromosikan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan jalan raya yang utama di Pahang, di samping meneroka dan menghasilkan siri reviu bagi beberapa jalan masuk utama ke Cameron Highlands.

Laluan yang terlibat dalam siri jelajah kali ini adalah seperti berikut:-
  1. Kuala Lumpur-Bentong: Lebuhraya Karak E8/FT2
  2. Bentong-Raub: Jalan Persekutuan 8
  3. Raub-Sg. Koyan: Jalan Cheroh / Jalan Felda Sg. Koyan C5/FT1503
  4. Sg. Koyan-Cameron Highlands: Jalan Ringlet-Sg. Koyan FT102
  5. Cameron Highlands: Jalan Persekutuan 59
  6. Cameron Highlands-Simpang Pulai: Lebuhraya Timur-Barat Kedua FT185
  7. Simpang Pulai-Kuala Lumpur: Lebuhraya Utara-Selatan E1
Buat masa sekarang, saya berserta dua orang rakan akan menyertai siri jelajah kali ini. Jadi, nantikanlah siri reviu Cameron Highlands dan teruskan sokongan anda terhadap Blog Jalan Raya Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Advertisement