Saturday, September 21, 2013

Apa Kejadahnya: Desakan bawa pulang mayat Chin Peng - satu pengkhianatan terhadap anggota tentera dan pekerja JKR yang terkorban mempertahankan projek Lebuhraya Timur-Barat FT4 / What The Hell: The demand to take back Chin Peng's remains - a bloody insult towards the fallen soldiers and JKR workers defending the East-West Highway FT4 project



Salam sejahtera,

Pada Hari Malaysia baru-baru ini (16 September 2013), satu berita panas menggemparkan seluruh Malaysia - ketua pengganas Parti Komunis Malaya, Chin Peng (PKM), meninggal dunia dalam buangan di Bangkok pada usia 90 tahun akibat sakit tua. Tatkala generasi terdahulu merayakan kematian Chin Peng yang telah menyembelih ribuan rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu semasa zaman darurat dahulu, ada pula puak-puak bangsat yang mengangkat ketua pengganas paling berbahaya dalam sejarah Malaysia itu sebagai wira dengan pelbagai alasan dangkal lagi bebal.

Ya, memang benar Chin Peng sudah tidak lagi segagah zaman mudanya selepas Perjanjian Haadyai 1989 yang menyaksikan Parti Komunis Malaya dibubarkan dan saki-baki anggota yang ada meletakkan senjata. Namun, tidak semudah itu untuk generasi terdahulu memaafkan kezaliman Chin Peng dan "anjing-anjing" komunisnya, terutamanya di kalangan keluarga mangsa yang terbunuh akibat disembelih oleh bala tentera pengganas PKM. Sepanjang zaman darurat (1948-1960), 2,478 orang awam disembelih dengan kejam oleh pengganas komunis, manakala 1,865 orang tentera dan polis terkorban, di mana 1,346 orang daripadanya terdiri daripada anggota polis dan askar Melayu. Itu baru zaman darurat pertama sahaja, belum lagi zaman darurat kedua yang berlangsung dari tahun 1968 sehingga 1989. Sepanjang zaman darurat kedua, satu perkara yang tidak disangka-sangka berlaku, iaitu pembunuhan Ketua Polis Negara, IGP Tan Sri Abd. Rahman bin Hashim, di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur di Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Chulan pada 7 Jun 1974.

Selain anggota keselamatan dan orang awam, industri pembinaan jalan raya negara turut menjadi mangsa keganasan angkara bajingan-bajingan Parti Komunis Malaya. Buktinya, sejarah pembinaan Lebuhraya Timur-Barat FT4 sejauh 123 km bermula tahun 1970 dan siap pada tahun 1982 turut menyaksikan episod-episod dengki khianat bangsat-bangsat PKM yang langsung tak pernah kenal erti serik. Di lokasi terletaknya plak peringatan Lebuhraya Timur-Barat FT4 itulah berlakunya serangan hendap oleh tentera pengganas lahanat tersebut yang meletupkan sebanyak 63 buah jentolak yang dibiayai dengan duit rakyat pada 23 Mei 1974 - saya ulangi, duit rakyat. Selain itu, 3 orang pekerja JKR yang tidak bersenjata disembelih dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh barua-barua haram jadah PKM, sementara beberapa orang pekerja pula cedera akibat serangan pengganas komunis. Selain itu, seramai 116 orang tentera Malaysia terkorban sepanjang darurat kedua tersebut di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat FT4 itu sahaja.

Sekarang, setelah kepala pengganas PKM itu mampus pada Hari Malaysia, ada juga suara-suara sumbang dari kalangan barua-barua komunis yang menuntut agar abu mayat Chin Peng dibawa pulang dan meminta agar keganasannya itu diampunkan. Alasannya, beberapa orang bekas pemimpin PKM seperti Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh sudah dibenarkan untuk pulang ke Malaysia. Dah sembelih beribu-ribu rakyat Malaysia yang tidak bersalah, ada hati mahu meminta ampun? Pergi mampuslah ke neraka jahanam...!!! Lagipun, Chin Peng memang tidak pernah sekali-kali pun kesal dengan tindakan Mahafiraunnya itu, malah berbangga dengan tindakannya yang tidak berhati perut itu dan menulis mengenainya dalam buku My Side of History pada tahun 2003. Dalam kes Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad, sekurang-kurangnya mereka berasa amat menyesal dan malu atas kesesatan lampau mereka yang dikaburi alasan "kemerdekaan" oleh Chin Peng.

Cerita-cerita mengenai spesies-spesies bangsat yang mengkhianati negara dengan mengangkat komunis sebagai "wira" kemerdekaan bukanlah cerita baharu. Pada 21 Ogos 2011, 10 hari sebelum Hari Merdeka, Mohamad Sabu telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi yang mengatakan kononnya Mat Indera, seorang Melayu bangsat yang menjadi kepala pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong, sebagai "wira kemerdekaan sebenar" dan bukannya anggota polis Bukit Kepong yang terkorban itu, atas alasan dangkal kononnya anggota polis Bukit Kepong bekerja dengan British. Sejak daripada itulah satu demi satu spesies bangsat pengkhianat negara tampil mengangkat pengganas komunis sebagai "pejuang kemerdekaan" termasuklah pelbagai cubaan menghidupkan kembali ideologi haram jadah tersebut. Sekarang ini mereka bebas menjadi pendekar papan kekunci yang pada realitinya bacul, pengecut dan tak ada telur - jika dan hanya jika mereka membesar semasa zaman keganasan komunis dahulu, barulah mereka tahu tinggi rendahnya langit itu.

Kepada barua-barua komunis yang sanggup menjadi bangsat pengkhianat negara, jika benar askar-askar komunis adalah "pejuang kemerdekaan", :-
  1. Kenapa askar pengganas Parti Komunis Malaya menyembelih jauh lebih ramai orang awam serta rakyat Tanah Melayu daripada orang-orang British sendiri sehingga berlipat kali ganda?
  2. Kenapa bajingan-bajingan PKM bangsat tergamak membakar anggota polis Bukit Kepong serta ahli keluarga mereka hidup-hidup pada serangan hendap awal pagi, sedangkan anak-anak dan isteri anggota-anggota polis tersebut tidak bersenjata?
  3. Kenapa selepas merdeka pun pengganas komunis masih lagi tidak meletakkan senjata sebaliknya terus berperang menentang kerajaan Yang Dipertuan Agong sehingga tahun 1989, yang mana sepatutnya boleh dikenakan hukuman mati?
  4. Kenapa anjing-anjing komunis sering membuat onar semasa pembinaan Lebuhraya Timur-Barat FT4 dengan meletupkan jentera-jentera yang dibiayai oleh duit rakyat dan menyembelih para pekerja JKR yang terang-terangan tidak bersenjata?
  5. Kenapa buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, seorang pegawai berpangkat Ketua Polis Negara mati dibunuh dengan kejam oleh anjing-anjing komunis bangsat pada tahun 1974? Adakah dia masih lagi berkhidmat dengan British sedangkan Malaysia sudah lama merdeka?
  6. Kenapa tiada seorang pun wakil PKM yang tampil membayar pampasan ganti rugi kepada ahli-ahli keluarga mangsa kekejaman mereka sepanjang 1948-1989? Kalau pun ada yang mengatakan bahawa PKM menentang Jepun, sekurang-kurangnya Jepun sudah pun membuat permohonan maaf rasmi serta menebus kembali kesalahan mereka, dengan menjatuhkan hukuman mati kepada pemimpin-pemimpin zaman perang seperti Hideki Tojo dan menawarkan biasiswa kepada para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Jepun. PKM pula?

Saya akui, bahasa saya memang sangat kasar dalam entri kali ini, tetapi saya tidak akan sekali-kali meminta maaf, jauh sekali memaafkan spesies-spesies bangsat pengkhianat negara yang masih lagi sanggup menjadi barua komunis. Golongan-golongan yang mengangkat penyembelih rakyat yang sama kejamnya dengan Pol Pot itu sebagai "wira negara" tidak layak sama sekali untuk mengaku diri mereka sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi saudara seagama dan sebangsa. Saya sendiri bersumpah tidak akan sekali-kali mengaku bajingan-bajingan penyembelih rakyat ini sebagai saudara seagama dan sebangsa. Jika ada lagi puak-puak bebal lagi dangkal yang masih mahu menjadi barua komunis, lebih baik mereka gunakan kad pengenalan mereka itu untuk mengelap najis mereka sendiri dan dipersilakan untuk berambus dari negara Malaysia yang tercinta ini.



PERINGATAN: Segala penulisan oleh Blog Jalan Raya Malaysia adalah bersifat neutral tanpa memihak kepada mana-mana parti politik, sebaliknya ditulis dalam sudut pandangan sebagai pengkritik jalan raya. Oleh itu, sebarang komen berbaur sentimen politik akan dibuang dengan serta-merta.

2 comments:

  1. Saya sokong penulis 100%. Generasi muda skrg rata2 tak tau pengorbanan pejuang2 tanahair zaman dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Sebab itulah saya berasa amat marah apabila subjek Sejarah digugurkan daripada PBSMR tahun hadapan.

      Delete