Tuesday, January 1, 2013

Memintas tol Lebuhraya Cheras-Kajang E7 / Shunpiking the Cheras-Kajang Expressway E7

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya di Blog Jalan Raya Malaysia ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada para pembaca setia Blog Jalan Raya Malaysia. Tirai 2012 sudah dilabuhkan dengan melepasi angka 200 peminat di Facebook. Sokongan anda semua terhadap perjuangan memartabatkan jalan raya Malaysia amat saya hargai.

Sebagai pembuka tirai 2013, saya ingin membawakan satu penemuan menarik yang tidak disangka-sangka semasa saya sedang membelek-belek peta jalan raya dan lebuh raya di Lembah Klang melalui perisian Garmin Mapsource. Selama ini kebanyakan warga Kajang dan Cheras menyangka bahawa Lebuhraya Cheras-Kajang E7 tiada jalan alternatif bebas tol, memandangkan sebahagian besar lebuh raya tersebut dibina dengan menggunakan jajaran lama Jalan Cheras FT1 dari Cheras Kuala Lumpur ke Kajang. Mereka terpaksa memnbayar tol RM1.90 setiap kali hendak berulang-alik dari Kalang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. Demi meringankan beban kewangan penduduk Cheras dan Kajang yang terpaksa menggunakan E7 setiap hari kerana tiada laluan lain, maka kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan kutipan tol di plaza tol keluar (i.e. pemandu dari Kuala Lumpur hanya perlu membayar tol di Plaza Tol Batu 9 manakala penduduk dari Kajang hanya perlu membayar tol di Plaza Tol Batu 11 sahaja. Namun, tahukan anda bahawa anda sebenarnya boleh menjimatkan lagi kos penggunaan E7, atau dengan kata lain, menggunakan E7 tanpa tol? Ia memang boleh dilakukan!




Peta pintasan Plaza Tol Batu 11 Cheras (klik untuk besarkan)



Dari arah Kajang, anda sebenarnya boleh memintas Plaza Tol Batu 11 melalui jalan-jalan di pekan Batu 11 Cheras. Keluar dari E7 ke pekan Batu 11 Cheras melalui Exit 705 Persimpangan Batu 11 Cheras. Sebaik sahaja anda memasuki Pekan batu 11 (belok kiri), belok pula ke kanan sehingga anda ternampak pasar di sebelah kiri anda. Seterusnya, belok kiri ke Jalan 15 Batu 11 Cheras sehingga ke penghujung dan belok kiri lagi. Jalan terus sehingga anda tiba di sebuah simpang dekat dengan stesen minyak Petronas. Kemudian, belok kanan ke arah Bandar Tun Hussein Onn dan seterusnya belok kanan lagi untuk memasuki semula lebuh raya E7 melalui Exit 704 Persimpangan Bandar Tun Hussein Onn.





Peta pintasan Plaza Tol Batu 9 Cheras (klik untuk besarkan)



Sementara itu, jalan alternatif bagi memintas Plaza Tol Batu 9 Cheras pula agak mengelirukan sedikit. Dari arah Kuala Lumpur, keluar dari lebuh raya E7 melalui Exit 701 Persimpangan PGA. Di situ, belok kiri. Sebaik sahaja tiba di persimpangan pertama selepas pangsapuri Taman Masria, belok ke kanan pula. Jalan terus sehingga ke penghujungnya dan seterusnya belok kanan ke Jalan Kinabalu. Jalan terus sehingga ke penghujungnya dan belok kanan sekali lagi. Teruskan perjalanan dan anda akhirnya akan keluar di Jalan Taman Suntex yang terletak betul-betul selepas Plaza Tol Batu 9. Namun demikian, anda tidak boleh masuk semula ke E7 melalui Exit 702 Persimpangan Hulu Langat secara terus; anda terpaksa meneruskan perjalanan sepanjang sebatang jalan pendek lama yang sebenarnya merupakan sebahagian Jalan Persekutuan 1 sehinggalah anda dapat masuk semula ke lebuh raya melalui Exit 703 Persimpangan Telekom.

Jadi apa pendapat anda mengenai jalan pintasan ini? Sungguhpun ia memberi keistimewaan kepada anda yang suka memintas tol, ia juga boleh menyebabkan jalan-jalan perumahan yang berhampiran menjadi sangat sesak. Ia juga boleh menyebabkan jalan raya di sana cepat rosak kerana jalan tersebut direka sebagai jalan raya tempatan dan tidak mampu menampung berat kenderaan yang berlebihan. Kesimpulannya, memintas tol ini memang berupaya menjimatkan kos pengangkutan, tetapi jalan yang dilaluinya mungkin ada masalahnya sendiri. Jadi laluan mana yang anda hendak pilih? Saya serahkan kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik - jika anda mahu perjalanan yang sangat selesa, anda mungkin terpaksa berkorban sedikit dengan membayar tol. Begitu jugalah jika anda mahukan jika anda mahukan penjimatan maksimum, anda mungkin terpaksa bersabar dengan mutu jalan yang kurang baik.

5 comments:

  1. Salam...sebagai warga kajang/cheras...agak ramai yg dh tau jln short cut ni..& dh lama digunakan...ye mmg biasa masuk ikut kg baru cina bt11...mula2 mmg akan jumpa pasar tepi jalan...lepas tu akan menghala ke sebuah sekolah cina yg terletak dihujung jln & akhirnya tembus ke petronas cheras perdana & keluar ke highway semula...malah pengguna boleh mengelakkan keseluruhan tol 90 sen & 1 ringgit(sebelum dimansuhkan) dgn menghala ke bandar tun husein on dgn membelok ke kiri di simpang traffic light. Ikut jalan nak ke carrefour bandar husein onn & di persimpangan traffic light berdekatan carrefour pengguna boleh belok ke kanan utk menghala terus ke taman minang, tmn bukit cheras, tmn alam damai & pelbagai tmn lagi serta jalan utama ke bandar tun razak, bdr tasik selatan, kl & pj....masa tol 1 ringgit menghala ke kl masih ada mmg ramai yg menggunakan jln pintas ni terutama sekali waktu puncak. tapi bukan jln terbaik utk mengejar masa krn terpaksa menempuh beberapa traffic light & simpang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas maklum balas anda. Saya percaya sebagai penduduk Cheras / Kajang tentunya anda lebih arif mengenai jalan-jalan yang boleh digunakan untuk memintas tol E7 ini.

      Delete
  2. Anda semua patutlah bersyukur atas sistem tol terbuka yang berlaku di kebanyakan jajaran lebuhraya di Lembah Klang/Kuala Lumpur Raya. Cubalah tengok kat Jakarta, meski tol di Jakarta berlakukan "sistem tol terbuka", kenyataannya anda tak bisa mengelak dari pembayaran tol di Jakarta. Sebut sahaja Lebuhraya Lingkaran Luar Jakarta (JORR), dimane setiap masuk lebuh raya dari mana-mana persimpangan bertingkat, anda mahu-tak mahu kena membayar kadar tol JORR yang mahal. Jadi, di Jakarta, tiada tol terbuka yang sebenar, hanya kadarnya yang disamaratakan di plaza tol tiap2 persimpangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pesanan tersebut. Cuma ada satu perkara yang anda harus tambah kepada pengguna jalan tol di Malaysia. Semua sepeda motor bisa menggunakan jalan tol di Malaysia secara gratis. Jika dibandingkan, kalau tidak silap saya sepeda motor tidak dibenarkan untuk memasuki jalan tol Indonesia (kecuali Jalan Tol Bali Mandara kerna ada jalur khusus sepeda motor).

      Delete
  3. brtambah tambah TOLYOL di mlysia. betol2 ikut yahudi kaparat zmn jahil dn fantasik akir zmn ni.
    yahudi kerja nya buka jln baru...lepas tuh dia duduk sembah jln tu utk kutip duit

    ReplyDelete