Penutup kowling dan radiator seperti yang dipasang pada Yamaha 135LC ini sebenarnya boleh merosakkan enjin.
Salam sejahtera,
Saya percaya ramai di kalangan pemilik-pemilik Yamaha 135LC di luar sana yang suka memasang aksesori penutup kowling bawah hadapan serta penutup radiator bagi menjadikan motosikal mereka nampak cantik. Apa tidaknya, aksesori sebegitu banyak dijual di mana-mana bengkel motosikal dengan harga yang murah. Namun, tahukah anda bahawa pemasangan penutup kowling dan radiator sebenarnya boleh merosakkan motosikal anda?
Saya ingin berkongsi maklumat yang dibawakan oleh saudara Apiey di blognya bagi membuktikan dakwaan tersebut. Beliau juga turut menyertakan salinan pekeliling yang dikeluarkan oleh Hong Leong Yamaha berkenaan penggunaan penutup kowling dan radiator sebegitu. Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Hong Leong Yamaha, penggunaan penutup kowling akan menyekat aliran udara ke bahagian enjin, sekaligus menyebabkan enjin menjadi lebih panas dan seterusnya menghasilkan bunyi bising. Ia dibuktikan melalui kes beberapa buah motosikal 135LC yang bermasalah bunyi enjin bising dan siasatan jurutera mendapati ia berpunca daripada penggunaan penutup kowling pada motosikal-motosikal tersebut.
Berkenaan penutup radiator pula, selain menyekat aliran udara ke radiator, pemasangan penutup radiator yang tidak kemas dan dilakukan secara cincai juga boleh menyebabkan kebocoran pada radiator yang berpunca daripada tertebuk radiator semasa pemasangan penutup tersebut.
Kesimpulannya, elakkanlah daripada menggunakan aksesori tersebut kerana sungguhpun motosikal anda menjadi bertambah cantik, namun kedua-doa aksesori tersebut sebenarnya lebih memudaratkan motosikal anda. Harus diingat bahawa 135LC menggunakan sistem sejukan air yang tentunya memerlukan penyelenggaraan berkala. Tambahan pula, satu-satunya amaran yang ada sekiranya enjin panas lampau hanyalah sebiji lampu amaran panas lampau yang hanya akan menyala apabila keadaan sudah terlambat. Oleh itu, sebar-sebarkanlah maklumat ini kepada rakan-rakan, sanak saudara ataupun kenalan yang menggunakan motosikal Yamaha 135LC demi kesedaran bersama.
Pekeliling oleh Hong Leong Yamaha ini membuktikan bahawa pemasangan penutup kowling dan radiator boleh menyebabkan bunyi bising, panas lampau serta kebocoran bendalir penyejuk (kredit kepada: Apiey)
Telah lihat entri saudara, keep on posting. Oh ya, telah follow blog saudara.
ReplyDeleteTerima kasih kembali atas sokongan saudara :)
DeleteHi. Sebelum ni saye ade post entry berkenaan honda future. Saya sudah membuat keputusan dan telah beli yamaha 135lc. Saya terkejut bila baca entry ni. Saya dah berkira2 nk pasang bende tu. Saya terkejut bila ade masalah jika pasang penutup tu. Tapi ade x cara lain utk cover sedikit bahagian kowling n radiator sebab saya tgk kawasan tu kosong sangat n nampak bende bergetah kt bawah tu. Sebagai contoh jika musim hujan dan saya perlu meredah hujan utk balik rumah. Ade x kesan sampingan jika dibiarkan kawasan tu terbuka macam tu je. Saya ulang alik dari rumah dalam 40km sehari. Lagi satu, motor saya baru 250km. So ade lg 750km utk abis pantang. Kalau la saye terlanggar pantang tu ape akibatnye. Macam mane saya nk maintainkn motor tu supaya sentiasa elok dan tidak mudah rosak terutama bahagian enjin. Kenapa motor/enjin baru kene berpantang.
ReplyDeleteSebenarnya lebih baik dibiarkan bahagian bawah itu agak terdedah sedikit, kerana ia membolehkan udara menyejukkan radiator dengan lebih baik. Jika anda menutupnya, bermakna anda menghalang aliran udara dan seterusnya boleh menyebabkan lampau panas.
DeleteTempoh 1,500 km pertama adalah amat kritikal kerana enjin yang masih baru lagi sedang dalam proses "mengasah" komponen-komponen bergerah supaya cukup licin untuk beroperasi. Pada masa ini, kadar geseran adalah amat tinggi; maka, jangka hayat minyak pelincir turut dipendekkan kerana pada masa inilah paling banyak sisa besi yang terhasil semasa melicinkan bahagian bergerak dalam enjin. Sebab itulah kena berpantang. Kalau langgar pantang, takut enjin kejang sebelum tiba masanya.
saya mohon nasihat dari mr squall-shinoda bagaimana untuk menjaga motor 135lc saya. motor saya sudah melepasi 1000km. saya telah pun tukarkan minyak hitam yang pertama. apakah langkah2 yang perlu untuk menjaga motor saya dari segi enjin. setiap berapa km perlu tukar minyak hitam, oil filter, minyak gear dn lain2 yang saya tak tau. saya tidak tahu sangat bab2 dalaman motor. amat perlukan nasihat. sekian.
ReplyDeleteMemandangkan Yamaha 135LC adalah motosikal sejukan cecair, maka ia memerlukan lebih penyelenggaraan berbanding motosikal sejukan udara. Sentiasa jaga aras bendalir penyejuk (coolant) dan seeloknya tukar bendalir penyejuk setahun sekali. Tukar minyak enjin setiap 4,000 km dan tukar penapis minyak enjin setiap 8,000 km. Motosikal 4 lejang menggunakan minyak enjin yang sama bagi pelinciran kotak gear. Bagi jenis minyak enjin yang sesuai, dinasihatkan agar menggunakan sekurang-kurangnya minyak enjin jenis semi-sintetik seperti Shell Advance AX7.
Deletetq for the info....
DeleteSama-sama.
DeleteAslm saya ingin pendapat kalian jika saya pasang kwling bwah saje utk elak dri lumpur dn sbgai nye sahaja boleh ke??? Sbb sy tgk hong leong klua kan notice pasal sprti ini adalah cver enjin yg di custom maknanya kalau pasang cver enjin selain dri gambr ini... Mohon pncerahan
ReplyDeleteBagi saya penutup tu tidak merosakn.kerna ada ruang utk udara.kereta pun ada penutup.tidak tidak pula terjadi over panas
ReplyDeletesy ada sedikit perkongsian utk semua..sy baru beli lc v6 dan selepas 2 mggu km cecah 1000.sbb sy ulang alik kerja lbih kurng 100km stiap hari.sy tuka minyak hitam fully sintetik yamalube dan join konvoi sabak bernam ke melaka.70 peratus perjalan di hgway sy full throtle dan sskali sy bawa bawah 110km/j.alhamdulillah sampai rumah motor masih dlm keadaan baik.enjin pun ok..sy cdg bila cecah 3000km sy akan tukar lagi minyak hitam.
ReplyDelete