Tuesday, February 10, 2015

Pengumuman: Projek siri reviu jalan raya XPDC Teganu Kita 2015 / Announcement: 2015 XPDC Teganu Kita highway review series project



Exit 845 Persimpangan Kijal di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) E8
(Kredit kepada: Forum Pencakar langit Malaysia)


Salam sejahtera,

Blog Jalan Raya Malaysia berbesar hati ingin mengumumkan mengenai projek reviu jalan raya di Terengganu sempena pembukaan rasmi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) E8 pada 31 Januari 2015. Sebenarnya, perancangan asal saya untuk ke Terengganu adalah pada awal bulan Mac ini, namun rancangan tersebut diawalkan kepada 15 Februari 2015 berikutan permintaan oleh Saudara Fadhil Nordin dari New South Wales, Australia yang juga menderma bagi merealisasikan projek ini. Justeru, bagi yang masih belum menderma, anda masih berkesempatan untuk melakukannya dengan mengklik butang Donate di sebelah atas kanan blog untuk menderma melalui PayPal, kad kredit mahupun kad debit, kerana setiap ringgit yang didermakan membawa impak yang besar terhadap perjuangan kami dalam memartabatkan jalan raya negara.

Oleh kerana keadaan cuaca baik di seluruh negara sekarang, maka saya mengambil keputusan untuk ke Terengganu dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Jalan raya yang bakal dilalui adalah seperti berikut:-
  1. Lebuhraya Karak E8/FT2 dan Lebuhraya Pantai Timur E8 (termasuklah LPT2 E8)
  2. Jalan Tengku Mizan FT65 (termasuklah Jambatan Sultan Mahmud FT65)
  3. Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang FT14/FT106
  4. Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14

Oleh itu, saya sekali lagi menyeru kepada para pembaca Blog Jalan Raya Malaysia untuk menderma agar lebih banyak reviu jalan raya dapat dibawakan khas kepada anda. Setiap ringgit yang didermakan sangat bermakna dan membawa kesan yang besar terhadap perjuangan memartabatkan jalan raya negara.

Terima kasih!

4 comments:

  1. selamat datang ke negeri terengganu..negeri cantik budaya menarik InshaAllah orgnya baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kata-kata aluan anda. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada semua peminat Blog Jalan Raya Malaysia di Terengganu agar turut sama membantu menjayakan projek reviu jalan raya di Terengganu dengan menderma. Jika kutipan derma setakat sekarang membolehkan saya menghasil reviu sehari suntuk dan balik hari ke KL, maka sudah tentulah derma selanjutnya akan membolehkan saya bermalam di Terengganu dan menghasilkan lebih banyak reviu jalan raya untuk dikongsi bersama. Saya percaya Terengganu kaya dengan jalan raya yang cantik dan menarik untuk dikongsikan kepada dunia.

      Untuk keterangan lanjut mengenai bagaimana untuk menderma, anda boleh membacanya di http://blogjalanraya.blogspot.com/p/donate.html

      Delete
  2. Berhati-hati dalam perjalanan untuk review LPT.. mgkin akan sy akan jmput untuk projek masa hdpan.. sgt berminat dgn blog ini.. - fadhilnordin

    ReplyDelete