Banyak lurang yang ada di Malaysia yang lebih layak dipanggil sebagai "lubang kubur" berbanding "lubang orang"
(Kredit gambar: Lando)
Salam sejahtera,
Kerosakan jalan raya sememangnya satu perkara yang amat menyakitkan hati setiap pengguna jalan raya. Akibat jalan raya yang rosak, ramai pengguna jalan raya yang mengalami masalah tayar pecah, rim bengkok dan sistem suspensi rosak, sekaligus menjejaskan pengendalian kenderaan. Paling teruk, kerosakan jalan raya juga salah satu faktor kemalangan maut, sama ada akibat dilanggar atau hilang kawalan semasa hendak mengelak kerosakan jalan, ataupun akibat terlanggar bahagian jalan yang rosak atau berlubang. Salah satu daripada bentuk kerosakan jalan raya yang paling ketara tidak lain dan tidak bukan ialah penutup manhole yang tenggelam, timbul ataupun pecah di bahagian tepinya.
Apa itu manhole...? Manhole, atau dalam istilah Kamus Dewan iaitu lurang, merupakan satu bukaan atas bagi bilik utiliti bawah tanah yang menjadi perumah bagi sama ada sambungan telefon, sambungan elektrik, paip pembetungan, paip air, paip gas, saliran air banjir, ataupun sistem pemanasan daerah. Bilik utiliti bawah tanah tersebut hanya muat-muat untuk seorang sahaja di dalamnya, jadi ia diklasifikasikan sebagai ruang terkurung kerana ruang bekerja yang hanya cukup-cukup muat seorang serta hanya ada satu sahaja laluan keluar masuk iaitu melalui manhole.
Disebabkan manhole diklasifikasikan sebagai ruang terkurung, maka sudah tentulah ia mempunyai bahayanya yang tersendiri. Disebabkan lokasinya di bawah tanah, maka bilik utiliti bawah tanah berkemungkinan mengandungi gas-gas beracun seperti metana dan hidrogen sulfida akibat aktiviti respirasi bakteria pengurai di dalam tanah serta di dalam sistem pembetungan. Maka, gas-gas tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pekerja dibenarkan masuk. Selain itu, pekerja-pekerja manhole juga terdedah kepada risiko voltan sesat, terutamanya bagi kes lurang sistem telekomunikasi dan kabel elektrik.
Itu baru cerita bahaya lurang terhadap para pekerjanya itu sendiri. Bagaimana pula dengan bahaya lurang terhadap pengguna jalan raya...? Manhole membahayakan pengguna jalan raya sekiranya aras penutupnya tidak searas dengan jalan raya, sama ada tenggelam atau timbul. Sekurang-kurangnya, penutup lurang yang timbul kelihatan dengan jelas dan pengguna jalan raya boleh mengelakkannya dengan mudah. Namun, penutup lurang yang tenggelam pula sukar kelihatan terutamanya pada waktu malam, sekaligus membahayakan pengguna jalan raya. Jika terlanggar lurang yang terbenam itu, tayar boleh pecah, rim boleh bengkok atau patah, dan sistem suspensi juga boleh rosak. Paling teruk, lurang yang tenggelam boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan seterusnya boleh mengakibatkan kemalangan. Jika si mangsa itu penunggang motosikal, maka dia sudah tentu terdedah kepada risiko kemalangan maut.
Itu baru kes lurang yang tenggelam tanpa dibaiki agar searas dengan jalan raya. Bagaimana pula dengan penutup lurang yang tercabut...? Mana-mana kenderaan yang terlanggar lurang yang penutupnya tercabut, baik motosikal ataupun pemandu kenderaan beroda empat, sudah pasti terdedah kepada risiko kemalangan maut.
Lurang yang paling baik ialah yang dibina jauh di tepi jalan raya - tetapi adalah mustahil untuk mendapatkan lurang sebegini di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur
(Lokasi: Jalan Buloh Kasap FT1, Segamat, Johor)
Lurang di bandar raya besar seperti di Kuala Lumpur pula tidak begitu konsisten; sekejap di tengah-tengah jalan...
...dan sekejap di lorong tepi pula
(Lokasi kedua-dua gambar: Jalan Pahang FT2, Kuala Lumpur)
Jika diperhatikan, di kebanyakan pekan atau bandar yang lebih kecil, lurang selalunya terletak di bahagian tepi jalan ataupun di bahu jalan, tetapi apabila jalan raya di kawasan tersebut dilebarkan, maka kedudukan lurang juga beralih ke tengah jalan. Di bandar raya besar terutamanya di Kuala Lumpur, kedudukan lurang tidak sekata - sekejap di tengah jalan dan sekejap di tepi jalan. Kalau keadaan manhole tersebut begitu bagus, rata dan searas dengan jalan, tak apalah juga. Kita tidak mungkin boleh mengharapkan para pemilik lurang untuk mengalihkan lurang-lurang mereka ke siar kaki kerana melibatkan kos sangat tinggi. Namun, jika lurang tersebut dibiarkan tenggelam atau timbul, ia sememangnya satu kebobrokan yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Apa yang saya amat tidak berpuas hati ialah sikap lepas tangan para pemilik manhole yang hanya membiarkan sahaja manhole milik mereka diselenggara secara cincai. Banyak lurang di Malaysia dibiarkan terbenam terlalu dalam sehingga boleh dijadikan liang lahad yang hanya memerlukan batu nisan sahaja lagi. Ada juga lurang yang timbul seakan-akan seperti tanah kubur yang baru sahaja ditimbus. Bagi para pemilik manhole ini, nyawa pengguna jalan raya seolah-olah seperti nyawa seekor nyamuk yang sangat mudah mati dengan sekali penampar Jepun sahaja. Mereka anggap syarikat besar seperti mereka bermakna seolah-olah mereka lebih kebal daripada kereta kebal Israel di sisi undang-undang. Namun, mereka lupa dan alpa bahawa kereta kebal juga masih boleh dimusnahkan oleh roket anti kereta kebal. Kereta kebal Israel sendiri pun boleh dimusnahkan oleh roket al-Qassam yang mana bahan peledaknya dibuat daripada campuran gula dan baja sahaja. Jika para pemilik lurang (baca: lubang kubur) fikir mereka kebal di sisi undang-undang kerana mereka merupakan syarikat besar, mereka patut sedar bahawa sudah ada kes saman RM1 juta melibatkan keluarga mangsa yang terkorban akibat melanggar lurang maut, yang mana keluarga mangsa berjaya dalam tuntutan saman mereka. Pun begitu, syarikat-syarikat penyangak pemilik lurang ini masih berperangai seperti Israel sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian terutamanya di kalangan penunggang motosikal...!!!
Contoh lurang pembetungan milik Indah Water Konsortium (IWK) di Ukay Perdana yang lebih layak dipanggil sebagai pusara akibat penyelenggaraan yang dilakukan secara cincai oleh kontraktor pemalas - dakwaan ADUN songlap duit MARRIS memburukkan lagi keadaan
(Kredit gambar: Lando)
Inisiatif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang mewajibkan kontraktornya menurap semula jalan yang dikorek dengan sempurna dalam masa 24 jam sewajarnya dipuji - kenapa pula pemilik lurang yang lain bersikap lepas tangan dan membiarkan lurang mereka bertukar menjadi lubang kubur...?
Kenapa saya terlalu marah akan pemilik lurang ini...? Sudah tentulah kerana saya sendiri pun pernah dua kali menjadi mangsa lurang yang terbenam (satu di Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, dan satu lagi di Bulatan Kampung Pandan) sehingga menyebabkan tayar motosikal saya pecah dan rim bengkok, dengan jumlah kerugian lebih kurang RM900 untuk kedua-dua kes tersebut, tidak termasuk tambang teksi untuk pulang ke rumah akibat terpaksa meninggalkan motosikal di bengkel. Namun, adakah pemilik lurang lahanat ini membayar walau sesen pun ganti rugi kepada saya...? Langsung tak ada...!!! Agaknya nak tunggu berapa ramai lagi yang mati akibat terlanggar "lubang kubur" di tengah-tengah jalan raya itu...? Nak tunggu pak menteri, Sultan ataupun Yang Dipertuan Agong sendiri jadi mangsa baru nak bertindak...?
Setakat ini, saya hanya mendengar satu sahaja kes saman mahkamah yang mana keluarga mangsa berjaya menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kecuaiannya tidak membaiki lubang sehingga menyebabkan kematian mangsa. Pada 2 Disember 2014, seorang pengawal keselamatan, cedera parah akibat terlanggar sebuah lurang yang diselenggara secara cincai di Persiaran Tengku Ampuan BSA7, Seksyen 21 Shah Alam. Kecelakaan jalan raya tersebut telah mengakibatkan mangsa, Mohamad Azmi Jamek, cedera parah di kepala dan patah kedua-dua belah tangan serta enam tulang rusuk. Mangsa menderita selama lebih 2 bulan sehinggalah dia meninggal dunia pada 20 Februari 2015. Kejadian tersebut turut diviralkan di laman sosial, termasuklah di laman Facebook Encik Lando Zawawi dari kumpulan motosikal Brotherhood, sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di serata alam siber. Hanya setelah kejadian tersebut menjadi viral barulah pihak yang bertanggungjawab iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhegeh-hegeh hendak menurap semula lubang di situ, sedangkan selama ini setiap ADUN Selangor mendapat peruntukan MARRIS sekitar RM8-10 juta setahun untuk membaiki jalan tetapi langsung tidak dimanfaatkan - atau dengan kata lain, ADUN Selangor songlap duit MARRIS. Sekarang, keluarga mangsa sudah pun menang kes saman RM1 juta mereka terhadap kerajaan negeri Selangor atas kecuaiannya tidak menyelenggara jalan sehingga mengorbankan nyawa arwah Mohamad Azmi.
Sebab utama kenapa masalah manhole dibiarkan tenggelam sehingga menjadi pusara di jalan raya adalah disebabkan tiadanya komunikasi antara pemilik lurang dengan pemilik jalan raya [Jabatan Kerja Raya (JKR) ataupun pihak berkuasa tempatan (PBT)]. Ia sering berlaku terutamanya semasa penurapan semula jalan. Semasa penurapan semula jalan, kontraktor jalan tidak pernah berhubung dengan pemilik lurang. Mereka main turap sahaja dan menimbus penutup lurang dengan aspal. Begitulah kerja orang pemalas yang dilakukan secara cincai. Seterusnya, apabila pemilik lurang hendak melakukan penyelenggaraan, mereka sekadar mengikis aspal yang melitupi penutup lurang dan membiarkan sahaja aras lurang tenggelam tanpa sebarang inisiatif untuk meninggikan aras penutup lurang sehingga cukup rata dan searas dengan jalan raya. Patutlah lurang yang sepatutnya merupakan kependekan bagi "lubang orang" bertukar menjadi "lubang kubur" pula...!!! Sekiranya kontraktor jalan raya sentiasa berhubungan dengan pemilik lurang, maka sudah tentu masalah lurang maut dapat diatasi.
Memandangkan masih ramai di kalangan kontraktor yang dilantik para pemilik manhole masih jahil dan tidak kompeten sehinggakan mereka lebih banyak menggali lubang kubur daripada menyelenggara lurang secara semenggah, biar saya sekolahkan mereka kembali dengan menayangkan video bagaimana kontraktor lurang di Jerman menyelenggara penutup lurang mereka dengan begitu cantik dan rata - tenggelam sedalam hanya 3 mm pun tak boleh...!!! Lurang di Malaysia pula...? Kalau boleh biar sedalam 6 kaki...!!! Sebelum ini, video ini sudah pun dikongsi di laman Facebook Blog Jalan Raya Malaysia dan turut dikongsikan kepada para pegawai tertinggi Kementerian Kerja Raya. Justeru, saya sekali lagi menayangkan semula video tersebut dan saya mahu setiap kontraktor lurang yang ada di Malaysia menonton video ini berulang kali sehingga menjadi halwa mata - kalau ada di antara anda semua yang mahu memuat turun video ini, dipersilakan.
Dah tonton video yang saya kongsikan ini...? Bagus. Memandangkan anda semua sudah pun puas menonton video ini, jadi saya ingin bawakan satu amaran keras kepada para pemilik lurang serta kontraktor-kontraktor mereka - jangan sampai saya jadi mangsa lurang anda buat kali ketiga. Peringatan sudah diberi, amaran sudah pun diberi, video mengenai prosedur betul bagi penyelenggaraan lurang pun sudah saya tayangkan, dan para pegawai tertinggi termasuk Menteri Kerja Raya sendiri pun sudah menonton video yang saya tayangkan ini, jadi saya tidak mahu lagi mendengar kes lurang yang diselenggara secara cincai sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya, apatah lagi alasan-alasan bodoh yang bakal anda reka cipta nanti. Jika saya jadi mangsa lubang kubur anda buat kali ketiga, saya tidak lagi mahu mendengar sebarang permohonan maaf daripada anda kerana saya sudah pun memberi amaran awal; apa yang saya mahu dengar nanti hanyalah pampasan melalui mahkamah dengan nilai sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda daripada tuntutan keluarga arwah Mohamad Azmi (atau dengan kata lain, RM10 juta). Saya tak kira kalau anda jatuh muflis sehingga hanya tinggal sehelai seluar dalam sahaja, saya peduli apa. Pada masa itu, kalau anda mahu memanggil saya sebagai "Mahafiraun", dipersilakan - tetapi anda sepatutnya sedar bahawa anda sendiri jauh lebih zalim daripada Mahafiraun. Hanya tuntutan ganti rugi berat melalui mahkamah serta senarai hitam sahajalah yang mampu mengajar bajingan-bajingan pembunuh yang membina lubang kubur di tengah-tengah jalan raya dan bukannya lubang orang.
(Kemaskini: Semasa perbualan saya dengan Encik Lando Zawawi berkenaan dengan isu lurang ini, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian. Berikutan isu Brotherhood turap jalan KL yang heboh pada penghujung tahun lalu, DBKL kini sedang dalam proses memperketatkan undang-undang berkaitan lurang yang mana kadar denda terhadap pemilik lurang culas akan dinaikkan daripada hanya RM500 kepada RM50,000. Selain itu, wujud konflik antara pemilik lurang dengan kontraktor mereka, yang mana kebanyakan kontraktor mereka tidak membuat kerja mengikut spesifikasi dan hanya sekadar songlap duit dan buat kerja secara cincai. Selain itu, DBKL juga mendakwa bahawa Syabas sebenarnya masih bermasalah dalam isu jalan berlubang. Sementara itu pula, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berdepan dengan masalah kontraktor enggan mendengar cakap MBPJ berkenaan isu jalan berlubang.)

No comments:
Post a Comment