Salam sejahtera,
Blog Jalan Raya Malaysia dengan berbesar hatinya ingin memperkenalkan satu lagi segmen baharu iaitu Aplikasi Jalan Raya Malaysia. Segmen ini menampilkan beberapa aplikasi mudah alih yang patut anda muat turun ke dalam telefon pintar anda bagi memudahkan urusan merancang perjalanan, mengenal pasti lokasi pelancongan menarik serta menyampaikan aduan kerosakan jalan. Namun, entri yang sepatutnya menjadi entri sulung dalam segmen ini ialah entri aplikasi Plus Expressways, tetapi pada masa itu saya langsung tidak terfikir untuk mengadakan segmen sebegini. Namun, memandangkan semakin banyak aplikasi baharu yang wajar diletakkan ke dalam segmen ini, maka saya mengambil keputusan untuk mengadakan segmen Aplikasi Jalan Raya Malaysia ini.
Hari ini, saya dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat mereka sudah selamat menyiapkan aplikasi aduan jalan raya untuk telefon pintar seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, dan aplikasi tersebut sudah pun dimuat naik ke Google Play dan Apple App Store. Maka, saya menggunakan kesempatan ini untuk mencuba sendiri aplikasi tersebut.
Aplikasi yang dibangunkan Bahagian Pengurusan Maklumat KKR ini diberi nama Aduan Jalan KKR yang boleh dimuat turun di sini bagi pelantar Android. Ia dibangunkan bagi memudahkan urusan laporan kerosakan jalan dengan memanfaatkan sepenuhnya ciri GPS yang ada pada telefon pintar moden bagi mengesan lokasi kerosakan jalan dengan lebih tepat. Apa yang anda perlu buat hanyalah menghidupkan GPS, menghidupkan langganan data (kerana aplikasi ini turut mengintegrasikan Google Maps ke dalamnya), mengambil gambar kerosakan jalan, mengisi butiran kerosakan jalan (termasuk butiran peribadi) dan klik Hantar Aduan. Itu sahaja. Mudah, kan...? Memandangkan ia menggunakan GPS, maka aduan kerosakan jalan dapat diambil tindakan dengan lebih pantas tanpa perlu tercari-cari lokasi sebenar.
Untuk pengetahuan, versi yang saya muat turun ini bukanlah versi pertama tetapi ditulis sebagai versi 15.01.15, dan sebenarnya versi lama bagi aplikasi ini memang ada. Mungkin disebabkan kebanyakan orang (termasuk saya sendiri) tidak menyedari kewujudan aplikasi ini disebabkan kurangnya usaha mempromosikannya, jadi saya mengambil kesempatan untuk mempromosikannya di Blog Jalan Raya Malaysia secara percuma untuk KKR. Seperti biasa, saya menyarankan agar anda menaik taraf versi Android anda kepada sekurang-kurangnya Android Jelly Bean 4.2 untuk menggunakan aplikasi ini. Saya tidak pasti sama ada aplikasi ini menyokong Android Lollipop 5.0 kerana kemas kini versi tersebut untuk telefon bimbit Sony Xperia Z masih belum dikeluarkan, jadi jika ada pengguna Android Lollipop 5.0 yang sedang menggunakan aplikasi ini boleh berkongsi maklum balas anda di sini.
Diharap lebih banyak usaha mempromosikan aplikasi ini dilakukan oleh KKR sebelum aplikasi ini dibangunkan pula untuk versi Windows Phone dan BlackBerry.
(Kemaskini: Aplikasi Aduan Jalan KKR kini boleh juga didapati untuk pelantar iOS untuk iPhone dan iPad di Apple App Store. Terima kasih kepada KKR atas makluman.)
(Kemaskini: Aplikasi Aduan Jalan KKR kini boleh juga didapati untuk pelantar iOS untuk iPhone dan iPad di Apple App Store. Terima kasih kepada KKR atas makluman.)
Muat turun aplikasi Aduan Jalan KKR di Google Play...!!!
Paparan utama app Aduan Jalan KKR
Lokasi jalan rosak ditandakan pada peta Google Maps yang diintegrasikan, ditambah pula dengan ciri mengambil gambar, bagi meningkatkan tahap ketepatan aduan kerosakan jalan
Jenis-jenis aduan kerosakan yang boleh dikemukakan, termasuklah aduan kerosakan perabot jalan dan lampu jalan. Bagi aduan lampu jalan, pastikan tiang lampu tersebut daripada jenis tiang lampu besi galvani dengan pelekat JKR negeri berwarna kuning.
Sudah ada utk IOS juga
ReplyDeleteTerima kasih atas makluman, entri sudah dikemaskini semula.
Deletetak boleh buka aplikasi nye
ReplyDelete