Lampu Periksa Enjin
Lampu Periksa Enjin menyala semasa kunci baru diputar ke posisi On...
...dan sepatutnya padam setelah enjin dihidupkan
Jika lampu Periksa Enjin kekal menyala dan tidak padam walaupun selepas enjin dihidupkan, ia bermaksud ada masalah pada sistem pancitan bahan api
Salam sejahtera,
Boleh dikatakan kesemua model kereta yang dijual sekarang dilengkapi pancitan bahan api. Malah, motosikal kapcai pun sudah mula ada model pancitan bahan api, sebagai respons kepada kenaikan harga petrol. Selain sangat jimat bahan api, mesra alam serta mudah dihidupkan semasa sejuk, sistem pancitan bahan api boleh dikatakan tidak memerlukan sebarang pelarasan atau penyelenggaraan berkala, tidak seperti karburetor yang perlu dilaras semula sekiranya kelajuan melahu sudah turun atau naik daripada sepatutnya. Anda hanya perlu berwaspada dan memerhatikan sama ada lampu Periksa Enjin menyala atau tidak selepas enjin berjaya dihidupkan. Itu sahaja.
Lampu Penunjuk Kerosakan (MIL), atau lebih popular dengan panggilan Lampu Periksa Enjin, merupakan sejenis lampu penunjuk amaran yang memberitahu sekiranya terdapat masalah pada sistem pancitan bahan api. Lampu penunjuk ini merupakan sebahagian daripada sistem diagnosa dalam kenderaan (on-board diagnostics) bagi mengenal pasti punca masalah pada sistem pancitan bahan api. Asalnya lampu Check Engine tiada simbol seragam selain tulisan seperti Check Engine dsb., tetapi logo khas bagi lampu tersebut yang berbentuk seperti enjin kereta mula diperkenalkan pada tahun 1996 selaras dengan piawaian OBD-II yang diguna pakan dalam kesemua sistem pancitan bahan api sekarang. Lampu Periksa Enjin menyala semasa kunci baru sahaja diputarkan ke posisi On (dan akan padam setelah sekian lama), dan lampu tersebut sepatutnya padam sebaik sahaja enjin berjaya dihidupkan. Namun, sekiranya lampu Periksa Enjin terus menyala walaupun selepas enjin dihidupkan, maka ia memberi petunjuk bahawa terdapat masalah pada sistem pancitan bahan api. Tahap keseriusan masalah yang dihadapi bergantung kepada jenis nyalaan lampu tersebut.
Terdapat dua jenis isyaran amaran yang dihasilkan oleh lampu Periksa Enjin. Jenis amaran pertama ialah apabila lampu hanya menyala sahaja selepas enjin dihidupkan tanpa berkelip. Amaran jenis pertama ini menunjukkan masalah yang kurang serius pada sistem pancitan bahan api, tetapi ia tidak boleh dihiraukan kerana jika kenderaan terus dipandu sahaja tanpa mempedulikan lampu Periksa Enjin yang terus menyala itu boleh menyebabkan masalah yang lebih serius pada sistem pancitan bahan api. Selain itu, ia juga boleh membawa kepada penurunan prestasi, penggunaan bahan api yang lebih lahap serta pelepasan asap ekzos yang lebih kotor. Dengan kata lain, sekiranya anda terus memandu dengan membiarkan lampu Periksa Enjin terus menyala, anda sudah tentu tidak akan lulus pemeriksaan asap kenderaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sekiranya pihak JAS melalukan operasi sedemikian dan akan disaman RM2,000. Jadi yang mana lebih baik, duit melayang sedikit di bengkel kereta ataupun duit melayang banyak untuk membayar saman JAS...?
Jenis amaran kedua pula lebih serius, iaitu lampu Periksa Enjin berkelip-kelip selepas enjin dihidupkan. Corak kelipan lampu tersebut menunjukkan masalah spesifik yang dihadapi oleh sistem pancitan bahan api. Jika lampu Periksa Enjin berkelip, anda tidak boleh terus memandu lagi kerana kelipan lampu Periksa Enjin menandakan masalah yang serius pada sistem pancitan bahan api, yang boleh menyebabkan kereta anda tersadai di tengah jalan. Sebaliknya, terus panggil lori tunda untuk menunda kenderaan anda ke bengkel.

Sensor lambda atau sensor oksigen yang rosak merupakan salah satu punca utama masalah lampu Periksa Enjin menyala
Penutup tangki minyak yang tidak ditutup kemas juga boleh menyebabkan lampu Periksa Enjin menyala
Antara punca-punca utama yang menyebabkan lampu Periksa Enjin menyala selepas enjin dihidupkan ialah:-
- Sensor lambda atau sensor oksigen rosak
- Penutup tangki minyak tidak ditutup dengan kemas
- Sambungan wayar palam pencucuh longgar dan kurang kemas
- Penapis udara yang terlalu kotor sehingga tersumbat (punca nisbah udara-bahan api terlalu pekat) ataupun bocor atau dicabut terus (punca nisbah udara-bahan api terlalu nipis)
- Masalah-masalah sampingan enjin seperti panas lampau, aras minyak pelincir terlalu rendah ataupun gelang omboh sudah terlalu haus
- Kerosakan pada pemangkin asap
- Salah cetusan dan masalah ketukan / letusan serius (masalah paling serius)
Jadi apa patut anda lakukan sekiranya lampu Periksa Enjin menyala atau berkelip selepas enjin dihidupkan...?
Pertama sekali, jangan panik. Jika lampu Periksa Enjin terus menyala tanpa berkelip selepas enjin dihidupkan, cuba matikan enjin dan periksa sama ada penutup tangki minyak sudah ditutup ketat. Jika memang sudah ketat, cuba periksa sama ada penutup tangki minyak itu terdapat sebarang kebocoran ataupun gelang getah O penutup tersebut sudah merekah. Jika ada, cuba tukar dengan penutup tangki minyak yang baharu. Masalah lampu Periksa Enjin menyala itu sudah tentu tidak akan padam dengan serta-merta selepas penutup tangki minyak ditukar, tetapi akan padam selepas 1-2 hari. Kebanyakan masalah lampu Periksa Enjin yang menyala selepas enjin dihidupkan boleh diselesaikan dengan hanya menggantikan penutup tangki minyak sahaja.
Jika lampu Periksa Enjin masih menyala walaupun selepas penutup tangki minyak ditukar, cuba periksa pula sambungan wayar palam pencucuh. Jika sambungan wayar palam pencucuh tidak kemas, cuba ketatkan. Jika wayar palam pencucuh sudah merekah serta sambungannya rosak, tukarkannya dengan wayar palam pencucuh yang baharu. Kebanyakan kereta sekarang diengkapi sistem penyalaan dengan gelung penyalaan di atas palam pencucuh (coil-on-plug), jadi cuba periksa sama ada setiap gelung disambung dengan kemas pada palam pencucuh. Jika lampu Periksa Enjin masih menyala walaupun sambungan palam pencucuh sudah dikemaskan, pergi ke bengkel kereta dan minta mekanik mendiagnosa masalah dengan menggunakan alat pengimbas kod OBD-II. Jangan sekadar pergi ke bengkel cap ayam bawah pokok yang tidak mendiagnosa menggunakan alat pengimbas kod tetapi sekadar memerhatikan kelipan lampu dan terus memberitahu punca masalah secara membuta-tuli. Hanya hantar ke bengkel yang menawarkan khidmat membaca kod OBD-II kerana ia membolehkan punca sebenar masalah dapat dikenal pasti dan terus diselesaikan dengan sekali kunjungan sahaja. Menghantar ke bengkel cap ayam tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi menimbulkan masalah baru kerana ia boleh menyebabkan kos pembaikan yang mahal - komponen yang bukan punca masalah pula yang ditukar tetapi masalah masih tidak selesai.
Namun, sekiranya lampu Periksa Enjin sudah mula berkelip, jangan terus pandu lagi - terus panggil lori tunda dan hantar ke bengkel terdekat.
Info yang sangat bermanfaat..terima kasih
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteApa penyebab check engine berkelip, krta alza,on kunci check engine berklip dan tak boleh start.
DeleteSekarang dah ada cara mudah untuk scan masalah lampu enjin menyala. Boleh lihat di https://youtu.be/Qi6u5jkjF2Y
ReplyDeleteLampu engine kereta proton saga se menyala walaupun dh guna alat pengimbas kod.. tiada menunjukkan sebarang masalah semasa mengimbas.. akhirnya pomen cabut wayar utk matikan terus nyalaan enjin.. adakah cara ini baik?
ReplyDeleteKenapa masih mneyala amaran enjin setelah di kenal pasti penca nye..contoh dikesan mngunakn diagnosis komputer throtel body sensor ada masalah..selepas di ganti komponen tersebut..masih lagi menyala amaran enjin itu..apakah yang berlaku dan punca nye..ada sensor lain ke yg problem?
ReplyDelete