Monday, February 17, 2014

Jika jata Lebuh Raya Asia ditambah pada papan tanda jarak jalan raya Malaysia... / If an Asian Highway shield is added to Malaysian highway distance signboards...

Salam sejahtera,

Masih ingat lagi dengan entri mengenai Rangkaian Lebuh Raya Asia...? Kita mempunyai tujuh laluan Lebuh Raya Asia yang dikenal pasti, tetapi malangnya tiada satu pun yang ditandakan pada papan tanda jalan yang terlibat. Sungguhpun saya telah menulis mengenai Rangkaian Lebuh Raya Asia bagi tujuan mendidik para pengguna jalan raya Malaysia agar mengenalinya, namun sayangnya saya tidak ada nampak pun sebarang inisiatif memasang jata laluan Lebuh Raya Asia, baik dari pihak konsesi lebuh raya ekspres mahupun Jabatan Kerja Raya. Untuk pengetahuan anda semua, entri mengenai Rangkaian Lebuh Raya Asia itu juga turut dibaca dan diambil perhatian oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya, Encik Sarani Dollah, antara "orang kuat" utama dalam KKR sendiri.

Sehubungan dengan itu, kami ada membuat permintaan kepada salah seorang daripada pembaca setia kami, Saudara Fiq Shafiq, untuk menghasilkan imej grafik bagaimana jata laluan Lebuh Raya Asia boleh digunakan pada papan-papan tanda di jalan raya dan lebuh raya Malaysia sebagai rujukan syarikat konsesi dan JKR sendiri. Maka, inilah hasilnya:-




Contoh di atas adalah untuk lebuh raya ekspres. Bagi jalan persekutuan, ia seharusnya kelihatan seperti di bawah ini:-




Imej akan ditambah dari masa ke semasa untuk rujukan JKR dan syarikat konsesi. Terima kasih kepada Saudara Fiq Shafiq kerana sudi menghasilkan imej grafik untuk dikongsi bersama. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Encik Sarani Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya, kerana turut sama menjadi pembaca setia Blog Jalan Raya Malaysia dan mengambil perhatian akan isu-isu berkaitan jalan raya Malaysia untuk diutarakan ke peringkat Kementerian Kerja Raya.

No comments:

Post a Comment