Monday, November 14, 2011

Jenis jalan persekutuan di Malaysia / Types of Malaysian federal highways

Salam sejahtera,

Di dalam penulisan yang lepas, saya menyertakan satu penerangan ringkas mengenai Jalan Persekutuan di Malaysia. Kali ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis jalan persekutuan:-

  • Lebuh Raya Ekspres Bertol (E1-E38) - Laluan utama dengan kawalan masuk penuh (keluar masuk hanya melalui persimpangan bertingkat yang diwartakan sahaja yang dihadkan bilangannya) bagi perjalanan jarak jauh berkelajuan tinggi yang lebih selamat dan lebih selesa, dibina dengan menggunakan konfigurasi jalan raya kembar (kecuali sebahagian Lebuhraya Senai-Desaru E22).
  • Jalan Persekutuan Utama (1-249) - Merupakan jalan-jalan utama yang membentuk asas bagi jaringan jalan raya di Malaysia. Ia menghubungkan antara bandar-bandar penting serta merupakan nadi utama ekonomi negara. Kebanyakannya terdiri daripada jalan raya dua lorong tetapi bahagian-bahagian yang mempunyai kadar trafik yang tinggi dinaik taraf sebagai jalan raya kembar.
  • Jalan Masuk ke Institusi Persekutuan Utama (250-499) - Merupakan jalan-jalan sekunder atau jalan kecil yang bertindak sebagai jalan masuk ke premis-premis milik kerajaan Persekutuan seperti hospital, universiti dan menara pemancar.
  • Jalan Industri (3000-3799) - Jalan masuk ke kawasan perindustrian. Kebanyakannya terdiri daripada jalan negeri yang diambil alih serta diwartakan semula sebagai jalan persekutuan.
  • Jalan Persekutuan FELDA/FELCRA (1000-2499) - Jalan masuk ke tanah rancangan FELDA/FELCRA termasuklah ke premis-premis milik tanah rancangan berkenaan seperti kilang kelapa sawit, dsb.
Perisai kod laluan terdiri daripada perisai berbentuk heksagon berwarna kuning (mengikut logo JKR) yang diisi nombor laluan. Selain daripada sekadar nombor sahaja, kod jalan persekutuan boleh juga ditambah dengan imbuhan FT di depannya, misalnya FT1 bagi Jalan Persekutuan 1.


Hello everyone,

In my previous post, I have already explained an overview about Malaysian federal highways. Today, I would like to explain further about types of federal highways:-

  • Toll Expressways (E1-E38) - Main highways with full access control (entry and exit only via gazetted grade-separated interchanges which are limited in numbers) for safer and more comfortable high-speed long distance travel, built with divided highway configuration (except some sections of Senai-Desaru Expressway E22).
  • Main Federal Highways (1-249) - Main highways that form the basis of Malaysian national highway network. They connect main towns and cities and also become a heart of national economy. Most of them are two-lane undivided highways but some areas with high traffic capacity may be upgraded to divided highways.
  • Main Federal Institutions Access Roads (250-499) - Secondary or minor roads that act as main access roads to federal government premises such as hospitals, universities and transmitter towers.
  • Industrial Highways (3000-3799) - Main access roads to industrial areas. Most of them are originated from state highways that have been taken over by the federal government and then being re-gazetted as federal highways.
  • FELDA/FELCRA Federal Roads (1000-2499) - Access roads to FELDA/FELCRA including to premises owned by their respective settlements e.g. palm oil factories, etc.
The highway shield consists of a yellow hexagon-shaped shield (resembling the JKR logo) with route numbers. Other than merely numbers, federal highway codes can be added with FT prefixes, such as FT1 for Federal Route 1.

2 comments:

  1. can i ask u something...who agencies and companies responsible for planning,construction,operating and maintenance of this all road..can u explain o me..please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Federal highways are under the responsibility of the federal Public Works Department, while state highways are under the state Public Works Department. Expressways are maintained by their respective concessionaire companies.

      Delete

Advertisement