Sunday, November 13, 2011

Kenali Jalan Persekutuan / Know Your Federal Road


Pengenalan
Salah satu tugas utama Kementerian Kerja Raya adalah membina dan menyenggara jalan-jalan Persekutuan yang diwartakan di bawah Menteri Kerja Raya Malaysia. Sehingga kini terdapat lebih daripada 16,000 km Jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Jalan-jalan ini telah diberi nama laluan masing-masing dan di selenggara oleh KKR melalui konsep penswastaan. Beberapa syarikat konsesi telah di lantik oleh Kerajaan bagi tujuan penyenggaraan jalan-jalan Persekutuan yang di bahagi mengikut zon-zon tertentu.
Maklumat-Maklumat Jalan
Jalan-jalan Persekutuan di ketegorikan kepada empat (4) kategori utama, iaitu :-
  • Jalan Persekutuan Utama
  • Jalan Persekutuan Felda
  • Jalan Persekutuan ke Institusi
  • Jalan Persekutuan ke kawasan Industri
Kesemua kategori jalan-jalan ini mempunyai sistem penomboran masing-masing yang boleh dilihat pada papan tanda - papan tanda yang tertera di setiap jalan berkenaan. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk kepada bahagian maklumat Jalan Persekutuan dan Negeri di para dua dalam portal ini.
Kerja-Kerja Penyenggaraan
Jenis-jenis kerja penyenggaraan untuk kesemua jalan adalah sama. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja penyenggaraan jalan telah disenaraikan dengan jelas dalam dokumen perjanjian antara pihak Kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi yang telah di lantik. Antara kerja utama yang dijalankan adalah :-
  • Kerja-kerja penyenggaraan rutin;
  • Kerja-kerja penyenggaraan berkala; dan
  • Kerja-kerja kecemasan.
Antara kerja-kerja Penyenggaraan Rutin adalah :
  • Menampal pothole;
  • Meratakan bahu jalan;
  • Memotong rumput;
  • Mencuci perabot jalan;
  • Mencuci pembetung & jambatan;
  • Mencuci longkang; dan
  • Pemeriksaan berjadual.
Antara kerja-kerja Penyenggaraan Berkala adalah :
  • Kerja-kerja penyenggaraan turapan (pavement); dan
  • Kerja-kerja penyenggaraan bukan turapan (non-pavement).
Kerja-kerja kecemasan adalah terdiri daripada kerja-kerja pengalihan pokok tumbang dan bangkai binatang serta penyediaan laluan sementara beserta pengurusan lalulintas apabila berlaku cerun runtuh, jalan terputus akibat kegagalan pembetung/jambatan, banjir dan sebagainya.



Introduction
Among the main tasks of Ministry of Works are to build and to maintain Federal Roads which are gazetted under Minister of Works, Malaysia. Up to now, there are over 16,500 km Federal Roads throughout the country including in Sabah and Sarawak. These roads had been named according to respective routes and its maintenance is managed by the Ministry of Works through privatization. Concession companies have been appointed by the Government which purposely to be responsible for Federal Roads maintenance divided according to designated zones.
Road Information
Federal roads are divided into four (4) categories :-
  • Main Federal Road
  • Felda Federal Roads
  • Institutional Federal Roads
  • Industrial Federal Roads
All categories of Federal Roads have been assigned numbering system accordingly and can be seen from the signboard at every respective road. For more details, please refer to Federal and State Roads information in 2nd paragraph from this portal.
Maintenance Activities
Road maintenance works are basically similar for all Federal Roads. Matters related with these activities have been listed clearly in agreement documented between government with appointed concession companies. Among the activities prior to the maintenance:-
  • Routine Maintenance Activities;
  • Periodical Maintenance Activities; and
  • Emergency Works.
Some Routine Maintenance Activities :
  • Patching Potholes / Pavement;
  • Grading Road Shoulder / Maintenance of Road Shoulder;
  • Grass cutting;
  • Maintenace of Road Furniture;
  • Maintenance of Bridge and Culvert;
  • Drainage; and
  • Routine Inspections.
Some Periodical Maintenance Activities :
  • Maintaining Pavement Work; and
  • Non - Pavement Maintenance Works.
Emergency works refer to those road maintenance activities where the accurrences of which are difficult to predict or not within the control of the Company but which have an immediate effect on road maintenance and therefore have to be dealt with without delay.

(Sumber / Source: Kementerian Kerja Raya)

No comments:

Post a Comment

Advertisement