Jambatan Merdeka FT1 yang menyeberangi Sungai Muda di sempadan negeri Kedah-Pulau Pinang
(Kredit kepada: Memori Kedah)
Salam sejahtera dan salam kemerdekaan kepada para pembaca,
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan rancangan untuk mengadakan ekspedisi jelajah ke Lebuhraya Timur-Barat FT4 seperti yang telah diumumkan sebelum ini berikutan masalah minyak enjin cepat kering yang memerlukan top overhaul dilakukan. Ekspedisi tersebut akan ditangguhkan ke minggu hadapan bagi memberi masa untuk top overhaul dilakukan. Sungguhpun demikian, tarikh sasaran bagi penulisan entri mengenainya tetap tidak berubah.
Sebagai pengganti, saya bawakan anda kepada kisah sejarah ringkas mengenai sebuah jambatan yang dibuka pada tahun yang sama dengan tahun kemerdekaan Malaysia, iaitu Jambatan Merdeka FT1 yang menyeberangi Sungai Muda yang membentuk sempadan semula jadi antara negeri Kedah dengan Pulau Pinang. Sebenarnya, ada sebatang lagi jambatan yang dinamakan sebagai Jambatan Merdeka iaitu di Jalan Gemas-Tampin FT1 dekat Sungai Kelamah, tetapi kebanyakan pengguna jalan raya dan penduduk setempat hanya memanggilnya sebagai Jambatan Sungai Kelamah sahaja. Kali ini, saya ingin bawakan sejarah ringkas mengenai jambatan yang lebih terkenal di sebelah utara sana.
Jambatan Merdeka FT1 dibina pada tahun 1955 bagi menggantikan jambatan asal yang telah diletupkan oleh tentera British pada tahun 1942 bagi menghalang kemaraan tentera Jepun yang semakin bermaharajalela semasa Perang Dunia Kedua. Jambatan tersebut menghubungkan antara pekan Kepala Batas, Pulau Pinang (kampung halaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) dengan Sungai Petani, Kedah. Ia menggunakan reka bentuk jambatan bergalang konkrit dengan tiga lengkungan yang sungguh unik bagi mengukuhkan struktur jambatan. Jambatan Merdeka FT1 mendapat namanya kerana siap dibina dan dibuka kepada lalu lintas pada tahun kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British. Ia dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, yang juga merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Jika anda berkunjung ke Jambatan Merdeka FT1, terdapat sebuah kampung yang turut dinamakan sempena jambatan tersebut iaitu Kampung Jambatan Merdeka. Kampung tersebut terletak dalam kawasan Pulau Pinang. Di situ, terdapat banyak kesan peninggalan sejarah peperangan antara British dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua seperti kubu lama dan tinggalan senjata-senjata lama yang dibuang ke dalam sungai. Penduduk di sana juga rata-ratanya tahu akan sejarah pertempuran yang pernah berlaku di kampung mereka semasa zaman Jepun dahulu. Justeru, Kampung Jambatan Merdeka wajar dibangunkan sebagai tempat bersejarah bagi tatapan generasi muda, termasuklah mendirikan monumen peringatan Pertempuran Jambatan Merdeka di sana.
Jambatan Merdeka FT1 sangat berjasa bukan sahaja kepada penduduk setempat, tetapi juga kepada seluruh pengguna jalan raya amnya. Sebelum Jambatan Permatang Bendahari yang mula dibina pada tahun 2005 siap dua tahun kemudian, Jambatan Merdeka FT1 merupakan jambatan yang paling menghampiri muara Sungai Muda. Jambatan Merdeka FT1 itu sendiri merupakan nadi utama pengangkutan di Kedah dan Pulau Pinang sebelum terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan E1. Namun, kemasyhuran Jambatan Merdeka FT1 dari segi kejuruteraan jalan raya ada hadnya. Jambatan yang dibina sebelum merdeka dan siap betul-betul pada tahun merdeka itu sudah dianggap sempit dalam konteks kejuruteraan jalan raya sekarang. Maka, untuk menaik taraf Jalan Butterworth-Sungai Petani FT1 kepada jalan super two dengan piawaian JKR R5, maka Jambatan Merdeka FT1 perlu dikembarkan kerana jambatan sedia ada itu sudah tidak lagi boleh dilebarkan kepada piawaian JKR R5. Kerja-kerja membina Jambatan Merdeka FT1 kedua bagi lalu lintas arah Butterworth siap pada tahun 2008, menjadikan kedua-dua jambatan tersebut sebagai jambatan kembar dua lorong (selorong sahaja bagi setiap jambatan). Pendekatan sama turut digunakan semasa kerja-kerja naik taraf jajaran Jalan Persekutuan 1 dari Ayer Hitam ke Gemas sejauh 120 km, siap pada tahun 2007.
Bagi memperingati Jambatan Merdeka FT1 yang begitu bersejarah serta banyak berjasa kepada rakyat sejak merdeka, Pos Malaysia telah mengambil inisiatif menerbitkan sampul surat hari pertama berjudul Jambatan-jambatan di Malaysia pada tahun 2008. Sampul surat hari pertama yang mengandungi empat keping setem edisi terhad itu menampilkan Jambatan Merdeka FT1 bersama-sama tiga lagi jambatan bersejarah yang lain, iaitu Jambatan Victoria (jambatan kereta api, dibina tahun 1897 dan siap tahun 1900), Jambatan Kota FT2/FT5 (dibina tahun 1957 dan siap 1959), dan Jambatan Kereta Api Sungai Segamat (dibina tahun 1933, siap tahun yang sama).
Bagi memperingati Jambatan Merdeka FT1 yang begitu bersejarah serta banyak berjasa kepada rakyat sejak merdeka, Pos Malaysia telah mengambil inisiatif menerbitkan sampul surat hari pertama berjudul Jambatan-jambatan di Malaysia pada tahun 2008. Sampul surat hari pertama yang mengandungi empat keping setem edisi terhad itu menampilkan Jambatan Merdeka FT1 bersama-sama tiga lagi jambatan bersejarah yang lain, iaitu Jambatan Victoria (jambatan kereta api, dibina tahun 1897 dan siap tahun 1900), Jambatan Kota FT2/FT5 (dibina tahun 1957 dan siap 1959), dan Jambatan Kereta Api Sungai Segamat (dibina tahun 1933, siap tahun yang sama).
Setakat ini sahaja dahulu entri khas Merdeka untuk kali ini. Bagi projek reviu Lebuhraya Timur-Barat FT4 yang dijangka akan dihasilkan sebelum Hari Malaysia pada 16 September ini, saya sekali lagi merayu kepada para pembaca agar dapat menderma bagi membolehkan projek reviu tersebut dapat direalisasikan. Keikhlasan anda menderma bukan sahaja membantu menjayakan reviu Lebuhraya Timur-Barat FT4, tetapi juga projek-projek reviu berjarak jauh akan datang kelak. Terima kasih atas sokongan anda.
Situs Betting Online Terpercaya
ReplyDeleteNikmati Kemudahan Bermain Game Online
Di Palapabola
Proses Cepat Aman & Terpercaya
Pelayanan 1x24 Jam
Bisa Menggunakan via Pulsa
#PalapaBola #Lay520Jade #1D5SOSPartyAtHome #PunchMV
WA : +855 96 2474901
TWITTER : PALAPABOLA
Situs Betting Online Terpercaya
ReplyDeleteNikmati Kemudahan Bermain Game Online
Di Palapabola
Proses Cepat Aman & Terpercaya
Pelayanan 1x24 Jam
Bisa Menggunakan via Pulsa
#PalapaBola #Lay520Jade #1D5SOSPartyAtHome #PunchMV
WA : +855 96 2474901
TWITTER : PALAPABOLA