Salam sejahtera,
Blog Jalan Raya Malaysia kembali aktif semula setelah lebih seminggu berehat sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Kali saya ingin membawakan kepada anda sebuah reviu eksklusif mengenai Jalan Gombak FT68, juga dikenali sebagai Jalan Karak Lama, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong malah ada juga yang memanggilnya sebagai Jalan Pahang lama, yang juga merupakan reviu jalan raya pertama yang dikuasakan oleh Sony Xperia Z sebagai telefon pintar rasmi Blog Jalan Raya Malaysia bagi menggantikan telefon bimbit Sony Ericsson C903 sebelum ini.
Imej Google Maps menunjukkan kesesakan teruk di sepanjang Lebuhraya Karak E8/FT2 semasa warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri
(klik untuk besarkan)
Seperti yang telah dijangka, lebuh raya ekspres utama negara iaitu Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2, Lebuhraya Karak E8/FT2 dan Lebuhraya Pantai Timur E8 menyaksikan pertambahan mendadak bilangan kenderaan yang menggunakannya sepanjang musim perayaan. Namun, apa yang berbeza pada musim cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini ialah kadar aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan E2 boleh dikatakan agak terkawal berikutan adanya Lebuhraya Lekas E21 yang berfungsi sebagai laluan alternatif dari Kuala Lumpur ke Seremban, meskipun jajaran Nilai-Seremban di E2 tetap sesak seperti biasa. Di sebelah utara dan pantai timur pula, kadar aliran trafik boleh dikatakan "lebih perlahan daripada kura-kura", dibuktikan dengan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan Alor Setar yang masing-masing mengambil masa sehingga 16 jam dan 11 jam. Untuk entri kali ini, saya ingin menumpukan kepada arah pantai timur terlebih dahulu.
Imej Google Maps bertarikh 26 Julai 2014 menunjukkan keadaan Lebuhraya Karak E8/FT2 yang terlalu sesak di sepanjang laluannya sehingga ke Exit 810 Persimpangan Bentong. Sebaik sahaja selepas Exit 810, aliran trafik boleh dikatakan lancar, lebih-lebih lagi setelah jajaran Jabor-Cheneh baru sahaja dibuka bagi mengurangkan kesesakan Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14. Kenapa Lebuhraya Karak E8/FT2 boleh jadi terlalu sesak...? Jawapannya sudah tentulah kerana Lebuhraya Karak E8/FT2 mengangkut dua aliran trafik yang sangat tinggi, iaitu dari arah Kelantan (melalui Jalan Persekutuan 8) serta dari arah Kuantan dan Terengganu.
Ironinya, Jalan Gombak FT68 yang sepatutnya menjadi alternatif bebas tol bagi Lebuhraya Karak E8/FT2 pula boleh dikatakan sangat lengang; kalau ada pun aliran trafik yang meningkat, itu cuma di sekitar pekan Bukit Tinggi sahaja. Kenapa ramai yang enggan menggunakan Jalan Gombak FT68 dan lebih sanggup meredah kesesakan E8/FT2...? Jawapannya sudah tentulah disebabkan keadaan FT68 yang sempit, berbengkang-bengkok dan dimeriahkan dengan cerita-cerita hantu yang berlaku di sepanjang laluannya. Untuk membuktikannya, Blog Jalan Raya Malaysia memberanikan diri untuk mencuba sendiri Jalan Gombak FT68 yang juga terkenal sebagai antara jalan raya paling "keras" di Malaysia.
Jalan Gombak FT68 dipercayai telah dibina semasa zaman penjajahan British di Malaysia, dibuktikan melalui reka bentuk jalan raya itu sendiri yang boleh dikatakan sezaman dengan beberapa batang jalan raya pergunungan yang dibina semasa zaman penjajah seperti Jalan Persekutuan 59 yang dibina pada tahun 1928 dan siap pada tahun 1930 dengan kos sejumlah tiga juta dolar. Namun, tiada sumber rasmi yang menyatakan dengan tepat bila Jalan Gombak FT68 itu mula dibina, tetapi saya percaya bahawa FT68 dibina jauh lebih dahulu daripada FT59 berikutan keadaan jalan yang sangat sempit serta tidak lagi relevan dengan tahap kejuruteraan jalan raya sekarang. Sekurang-kurangnya, jalan FT59 yang dikatakan mempunyai lebih 750 selekoh itu lebih lebar, ada bahu jalan lembut serta banyak pengadang jalan, menjadikan ia jauh lebih selamat daripada FT68. Bagaimana pula dengan Jalan Gombak FT68...? Teruskan membaca reviu ini untuk mengetahui keadaannya.
Saya memulakan perjalanan dari Jalan Pahang FT2 di Kuala Lumpur semasa kesesakan lalu lintas awal pagi di ibu kota sudah mula reda. Jalan Gombak bermula secara rasminya di sebuah persimpangan trompet dekat Balai Polis Setapak, yang menghubungkan Jalan Gombak dengan Jalan Pahang FT2 dan Jalan Genting Klang. Buat masa ini, Jalan Gombak masih lagi membentuk sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan 2 di Kuala Lumpur. Titik permulaan sebenar bagi Jalan Persekutuan 68 terletak di persimpangan Jalan Kampung Bandar Dalam, yang mana Jalan Gombak kali ini merupakan Jalan Persekutuan 68 - Jalan Persekutuan 2 pula melalui Jalan Kampung Bandar Dalam yang hanya selebar dua lorong sehingga ke Exit 3309 Persimpangan Kampung Bandar Dalam, di mana FT2 bertindih dengan Lebuhraya Duke E33, KL MRR2 FT28 dan seterusnya Lebuhraya Karak E8/FT2.
Persimpangan Taman Ibu Kota membentuk sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Sebaik melepasi simpang tersebut, saya secara rasminya memasuki negeri Selangor. Keadaan di Jalan Gombak FT68 di sebelah Selangor dan Kuala Lumpur memang berbeza - tatkala Selangor memartabatkan rangkaian jalan raya negara melalui penggunaan kod laluan yang betul di papan-papan tandanya, Kuala Lumpur seperti biasa menunjukkan contoh yang paling teruk - sudahlah kod laluan langsung tak ada, papan-papan tanda tunjuk arah pula dirojakkan dengan sebegitu banyak nama jalan, taman perumahan atau kawasan sehingga bercelaru dan berselirat. Beginikah contoh yang ditunjukkan oleh sebuah bandar raya yang sepatutnya mencapai status bandar raya global...? Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penyelenggara Jalan Gombak FT68 di sebelah Kuala Lumpur sepatutnya berasa amat malu dengan Kementerian Kerja Raya serta Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya yang semakin menekankan kepentingan memartabatkan jalan raya melalui penggunaan kod laluan yang betul. Cubalah tanya mana-mana orang KL sama ada mereka tahu yang mana satukah jajaran Jalan Persekutuan 2 di dalam Kuala Lumpur atau tidak. Terus-terang saya katakan, saya berani bertaruh untuk mengatakan hampir kesemua orang KL tidak tahu langsung laluan FT2 di KL selain Lebuhraya Persekutuan FT2.
Di sebelah negeri Selangor pula, Jalan Gombak FT68 pula tiada bahu jalan keras sebagai mana di sebelah Kuala Lumpur. Keadaan sebegini sudah tentu membahayakan pengguna jalan raya kerana banyak kenderaan yang diparkir di tepi jalan sehingga mengganggu aliran lalu lintas berikutan tiada bahu jalan di samping kekurangan petak parkir sah. Namun, apa boleh buat, ruang tanah tidak mencukupi - kalau nak lebih lebar serta ada bahu jalan keras, lebih banyak rumah dan bangunan perlu dirobohkan. Perbezaan keadaan sebegini berlaku kerana Jalan Gombak FT68 dinaik taraf kepada jalan raya kembar pada dua waktu yang berbeza - jajaran dari simpang Taman Ibu Kota sehingga ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dilebarkan terlebih dahulu sebagai salah satu projek Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), diikuti dengan jajaran di sebelah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek naik taraf Jalan Gombak FT68 itu termasuklah pembinaan sebuah jejambat merentasi persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga Batu Caves bagi lalu lintas arah Bentong. Sebelum Jalan Gombak FT68 dilebarkan, ia 100% jalan raya dua lorong sahaja, walaupun di sebelah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebaik melalui di bawah jejambat KL MRR2 FT28, semakin kurang bangunan serta kawasan tepu bina, menunjukkan bahawa saya hampir meninggalkan kawasan metropolitan Lembah Klang. Jalan raya kembar tamat di simpang UIA yang terletak di Batu 8 Gombak. Saya berhenti minum sebentar di pekan Batu 8 Gombak sebelum meneruskan perjalanan.
Sebaik meneruskan perjalanan, Jalan Gombak FT68 dua lorong ternyata lebih sempit daripada sebelah hala jalan raya kembar tadi. Jalan Gombak FT68 yang dinaik taraf kepada jalan raya kembar itu mempunyai lebar lorong purata 3.25 m (JKR U4), menjadikan had lajunya 60 km/j. Namun, jajaran selepas Batu 8 Gombak itu pula hanyalah selebar 3.0 m (JKR R3), menjadikan had lajunya kekal 60 km/j. Lanskap turut berubah kepada lanskap perkampungan yang tenang dan mendamaikan, jauh daripada hiruk-pikuk ibu kota.
Sepanjang saya melalui jalan ini, saya tidak dapat menjumpai pintu masuk ke Mimaland yang kini sudah pun terbiar. Mungkin saya terlepas pandang mengenainya, kerana tiada papan tanda yang menunjukkannya. Saya hanya berpeluang mengunjungi Mimaland yang pernah menjadi taman tema terbesar di Kuala Lumpur itu sekali sahaja, iaitu pada tahun 1991 semasa saya berusia 9 tahun. Mimaland yang dikendalikan oleh Magnum Corporation mula dibuka pada tahun 1975 dan ditutup pada tahun 1994 berikutan kes kematian melibatkan salah seorang pengunjungnya sehingga memaksa ia ditutup sementara atas arahan mahkamah, diikuti dengan beberapa siri tanah runtuh yang berlaku kemudian di situ, yang menyebabkan Magnum Corporation sekali lagi dikenakan tindakan mahkamah sehingga memaksa Mimaland menutup pintunya buat selama-lamanya. Penutupan Mimaland ini sebenarnya merupakan salah satu punca utama aliran trafik yang sangat lengang di sepanjang Jalan Gombak FT68 sekarang.
Suasana di Mimaland semasa zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu
Petikan filem Gila-Gila Remaja

Jika ada di antara anda yang pernah melalui Jalan Gombak FT68, anda pasti akan merasakan bahawa keadaan FT68 ini seakan "hidup segan, mati tak mahu" sejak Lebuhraya Karak FT2 mula dibuka kepada lalu lintas. Keadaan FT68 sekitar tahun 1980an masih boleh dianggap agak "meriah" berikutan adanya taman tema Mimaland yang terletak di tepi jalan FT68, tetapi jalan FT68 sunyi semula setelah Mimaland ditutup pada tahun 1994. Malah, Mimaland itu sendiri seolah-olah seperti "rumah hantu" kerana keadaannya yang terbiar sehingga bersemak-samun.
Di KM24 pula terletaknya sebuah perkampungan Orang Asli yang terancang. Perkampungan tersebut turut dilengkapi masjid dan kliniknya sendiri, malah sebuah muzium khas Orang Asli turut didirikan di situ. Seterusnya, Kampung Sungai Rumput merupakan petempatan terakhir di sepanjang Jalan Gombak FT68 di sebelah negeri Selangor sebelum keadaan jalan berubah menjadi lebih sempit, lebih berbengkang-bengkok dan lebih berbahaya.
Sebaik melepasi Kampung Sungai Rumput, had laju diturunkan kepada 50 km/j sahaja. Keadaan jalan menjadi lebih sempit dan lebih berbengkang-bengkok seperti ular kena palu. Keadaan jalan juga sudah mulai curam, tetapi tidaklah curam sangat, dengan kecerunan purata sekitar 2-3%. Bermula dari situlah suasana Jalan Gombak FT68 berubah menjadi sangat sunyi; bilangan kenderaan yang melaluinya boleh dibilang dengan jari. Terus-terang saya katakan, saya sendiri pada mulanya berasa agak takut-takut sepanjang melalui jajaran yang begitu sunyi ini - apa tidaknya, kebanyakan jajaran yang mendaki Banjaran Titiwangsa ini begitu berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana keadaannya yang sempit iaitu dengan lebar lorong sekitar 2.75-3.0 m (JKR R2 / R3). Tidak cukup dengan itu, terdapat banyak jajaran yang tiada bahu jalan hatta bahu jalan lembut sekalipun. Tambah menyeramkan, jajaran yang tiada bahu jalan itu pula ada gaung yang begitu dalam di sebelah jalan dan sebelah lagi pula ialah cerun curam 90 darjah. Turut menjadikan FT68 lebih berbahaya ialah banyak "jajaran ekstrim" yang tidak dilengkapi pengadang jalan (guardrail), menyebabkan kenderaan mudah terjatuh ke dalam gaung sekiranya berselisih dengan lori-lori besar. Apa tidaknya, lori-lori besar memang terpaksa "makan jalan" untuk membolehkan mereka melalui jalan sebegini. Sekurang-kurangnya keadaan turapan di sepanjang jajaran Jalan Gombak FT68 boleh dikatakan sangat bagus. Maka, tidak hairanlah kenapa Jalan Gombak FT68 ini sangat terkenal dengan reputasinya sebagai antara jalan raya paling "keras" di Malaysia, kerana keadaan jalan yang sebegitu ekstrim itu menunjukkan bahawa FT68 sudah banyak memakan korban sepanjang sejarah penggunaannya sebelum Lebuhraya Karak FT2 dibina.

Dari segi reka bentuk jalan pula, reka bentuk FT68 sememangnya sudah tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Ia dibina semasa zaman penjajah British, malah ia boleh dikatakan antara jalan raya pergunungan terawal yang dibina merentasi Banjaran Titiwangsa. Semasa ia dibina, rekaannya mungkin relevan pada zaman tersebut di mana tidak ramai yang memiliki kereta sendiri sebagaimana sekarang. Dengan lebar purata lorong sekitar 2.75-3.0 meter sahaja (JKR R3), ia terlalu sempit untuk dijadikan sebagai jalan raya utama; tambahan pula, jalan FT68 ini tiada bahu jalan, pengadang jalan tidak banyak dipasang serta banyak selekoh tajam. Sebab itulah rata-rata pengguna jalan raya enggan menggunakannya kerana keadaan jalan itu sendiri yang berbahaya. Namun, memandangkan Lebuhraya Karak E8/FT2 sering sesak teruk, masanya sudah tiba untuk Kementerian Kerja Raya menaik taraf jalan FT68 sebagai jalan super two sebagai alternatif kepada E8/FT2.
Kenapa Jalan Gombak FT68 perlu dinaik taraf kepada jalan super two...?
- Lebuhraya Karak E8/FT2 sering sesak teruk - Seperti yang kita sedia maklum, Lebuhraya Karak E8/FT2 sering sesak teruk semasa musim perayaan, memandangkan ia mengangkut aliran trafik dari arah Kelantan serta Terengganu. Dengan menaik taraf FT68 kepada jalan super two, ia berupaya mengurangkan kesesakan Lebuhraya Karak E8/FT2 sebanyak lebih kurang 20-30%.
- Keadaan Jalan Gombak FT68 yang sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya - Keadaan Jalan Gombak FT68 yang sangat ekstrim itu telah saya terangkan dalam dua perenggan terdahulu serta ditebalkan. Maka, untuk meningkatkan tahap keselamatannya, FT68 perlu dinaik taraf kepada jalan super two yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi, seperti lorong yang lebih lebar (3.75 m), bahu jalan keras yang lebar, had laju rekabentuk yang lebih tinggi, serta jejari selekoh yang lebih besar. Sebab itulah majoriti jalan raya utama yang lebih baharu seperti Lebuhraya Timur-Barat Kedua FT185, Jalan Ringlet-Sungai Koyan FT102 dan Lebuhraya Kimanis-Keningau dibina sebagai jalan super two.
- Membela nasib penduduk yang tinggal di sekitarnya - Semasa zaman kegemilangan Mimaland dari tahun 1975 sehingga tahun 1994, kadar aliran trafik di Lebuhraya Karak FT2 dan Jalan Gombak FT68 boleh dikatakan agak seimbang. Lokasi Mimaland yang terletak di Batu 11 Jalan Gombak FT68 turut membawa limpahan kemakmuran ekonomi kepada penduduk di sekitarnya. Ramai penduduk yang mengambil kesempatan berniaga berhampiran Mimaland. Namun, setelah Mimaland ditutup, penduduk kampung tidak lagi berniaga kerana jumlah kenderaan yang menggunakan FT68 turun mendadak selain sesama mereka sendiri. Nasib yang sama turut dialami oleh Perkampungan Orang Asli KM24 Jalan Gombak FT68; Orang-orang Asli yang tinggal di situ tidak dapat memasarkan produk-produk tempatan mereka kerana bilangan kenderaan yang menggunakan FT68 boleh dibilang dengan jari. Sebab itulah Jalan Gombak FT68 perlu dinaik taraf menjadi jalan super two demi menjamin kelangsungan hidup para penduduk di sepanjang laluannya.
Sungguhpun demikian, adalah amat sukar untuk menaik taraf Jalan Gombak FT68 ini. Ia berikutan kaedah pembinaan primitif yang digunakan pada zaman penjajah British, iaitu dengan banyak bergantung kepada tulang empat kerat semata-mata tanpa menerapkan teknologi automotif terkini, tanpa menggunakan jentera bagi menarah bukit ataupun membina benteng. Jika FT68 hendak dinaik taraf, maka ia turut memerlukan kerajaan negeri Selangor untuk menggantung sementara status Hutan Simpan Kekal Gombak yang dilaluinya itu sebelum kerja-kerja naif taraf boleh dimulakan. Sebab itulah jalan raya yang terhasil itu sangat berbahaya jika diikutkan standard sekarang. Sebab itulah Lebuhraya Karak FT2 dibina pada tahun 1970an sebagai laluan berasingan sepenuhnya. Namun, dalam keadaan sekarang ini, pengguna jalan raya terutamanya yang sering berulang-alik dari ibu kota ke pantai timur sudah tentu memerlukan laluan alternatif bebas tol yang selamat. Justeru, saya mencadangkan agar Kementerian Kerja Raya mengadakan satu rombongan kerja ke Jambatan Kelok 9 di Sumatera Barat, kerana pendekatan yang diambil oleh kerajaan Indonesia bagi membina jambatan tersebut amat berguna untuk menaik taraf jalan-jalan raya pergunungan yang berbahaya. Dengan kata lain, penyelesaian ekstrim seperti membina beberapa siri jambatan amat diperlukan bagi menggantikan jajaran-jajaran ekstrim di sepanjang FT68 yang sudah tidak lagi boleh dilebarkan.
Jambatan Kelok Sembilan di Sumatera Barat, Indonesia. Jalan super two ini dibina bagi menggantikan jajaran lama yang sangat berbahaya kepada kenderaan awam berikutan terdapat sembilan selekoh yang sangat tajam di sepanjang jajaran lama.
Jajaran dari Kampung Sungai Rumput ke Genting Sempah dirasakan amat panjang. Setiap selekoh perlu ditangani dengan penuh berhati-hati agar riwayat saya tidak berakhir di dalam gaung. Secara amnya, kelajuan selamat di sepanjang jajaran pergunungan ini hanyalah sekitar 40 km/j. Hanya setelah menemui simpang jalan sehala bagi laluan arah barat barulah saya berasa lega kerana ia menunjukkan saya sudah sampai di simpang jalan masuk ke Genting Highlands. Jalan Gombak FT68 bertemu dengan Jalan Genting Sempah-Genting Highlands sehingga ke Bulatan Genting Sempah yang membolehkan anda keluar ke Lebuhraya Karak E8/FT2 ataupun membuat pusingan U untuk ke Genting Highlands. Oh ya, jika anda penat, anda boleh berehat sebentar di Kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah, kerana hentian rehat tersebut boleh dimasuki bukan sahaja dari arah Lebuhraya Karak E8/FT2 malah Jalan Gombak FT68 juga. Namun, ada tiga perkara yang tidak kena di sini, iaitu tiada papan tanda sempadan negeri Selangor-Pahang, keadaan jalan yang berubah menjadi teruk dan menggerutu sebaik memasuki daerah Bentong, serta batu penanda jarak yang tiba-tiba berubah angka jarak perjalanan. Batu penanda jarak pertama selepas simpang Taman Ibu Kota menunjukkan jarak Bentong yang hanya sekitar 39 km, yang sudah tentulah tidak logik kerana ia seakan-akan menunjukkan bahawa adalah lebih dekat untuk ke Bentong melalui Jalan Gombak FT68 yang berbengkang-bengkok berbanding melalui Lebuhraya Karak E8/FT2 yang kurang berkelok-kelok. Sebelum tiba di Genting Sempah, batu penanda jarak terakhir dalam negeri Selangor menunjukkan jarak ke Bentong hanya tinggal beberapa belas km sahaja, tetapi sebaik menemui batu penanda jarak pertama dalam negeri Pahang yang terletak di belakang Kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah, ia berubah kepada lebih kurang 37 km pula. Biar betul...!!! Justeru, saya memohon kerjasama JKR Gombak agak memperbetulkan semula kiraan jarak ke Bentong.
Di sebelah daerah Bentong, keadaan Jalan Gombak FT68 tidak begitu konsisten; ada kalanya keadaan jalan begitu teruk seolah-olah tidak pernah diselenggara (malah ada selekoh yang berpasir tetapi langsung tidak dibersihkan), dan ada kalanya pula keadaan jalan agak elok terutamanya di enam kilometer terakhir sebelum penamatnya di Ketari. Selain itu juga, tiada papan tanda yang jelas untuk ke Janda Baik dan pekan Bukit Tinggi; satu-satunya petunjuk utama ke Jalan Janda Baik C1 hanyalah pintu gerbang yang terletak di simpang masuknya. Akibat ketiadaan papan tanda, saya terlepas salah satu simpang untuk ke pekan Bukit Tinggi yang terletak betul-betul selepas simpang ke Janda Baik, tetapi mujurlah saya tidak terlepas simpang yang kedua pula.
Sepanjang Jalan Gombak FT68, ia beberapa kali melintasi Lebuhraya Karak E8/FT2. Lintasan pertama adalah di Kampung Sungai Rumput, Gombak, betul-betul sebelum perkampungan Orang Asli. Hanya setelah berada di Bukit Tinggi barulah terletaknya lintasan yang kedua pula. Selain itu, Jalan Gombak FT68 juga dilintasi Exit 805 Persimpangan Bukit Tinggi di Lebuhraya Karak E8/FT2 untuk ke Berjaya Hills Resort. Jika anda hendak ke Berjaya Hills Resort, tiada jalan masuk terus dari Jalan Gombak FT68; sebaliknya, anda perlu terlebih dahulu keluar ke Lebuhraya Karak E8/FT2 melalui pekan Bukit Tinggi.
Sebaik melepasi bawah jejambat Exit 805 Persimpangan Bukit Tinggi, keadaan jalan sudah kurang berkelok-kelok. Jika anda ingin memotong kenderaan perlahan, inilah masanya yang sesuai setelah sebegitu lama bersabar sehingga lebih sejam tanpa sebarang lurusan. Namun, ia tidak bermakna tiada langsung "jajaran ekstrim" yang sempit, tiada pengadang jalan serta terdapat gaung yang dalam dan cerun curam 90 darjah di sebelah jalan - sebaik melepasi lintasan terakhir di bawah Lebuhraya Karak E8/FT2 semasa perjalanan hanya berbaki lebih kurang 9 km sahaja lagi pun masih ada "jajaran ekstrim".
Sebaik sahaja menghampiri simpang ke Jalan Sambung Kuala Lumpur-Karak FT121 yang panjangnya hanya beberapa ratus meter sahaja itu barulah saya berasa sangat lega kerana perjalanan penuh liku dan ranjau di sepanjang Jalan Gombak FT68 sudah hampir ke penghujungnya. Simpang ini terletak ketika perjananan cuma berbaki 6 km untuk ke Bentong. Selain jajaran di sebelah daerah Gombak, jajaran dari simpang FT121 sehingga ke penamatnya itulah yang betul-betul dijaga rapi, kerana laluan ini sering digunakan oleh pengguna jalan raya dari ibu kota yang hendak ke Kelantan, Raub dan Kuala Lipis. Bermula selepas simpang inilah baru betul-betul terasa sudah dekat dengan bandar Bentong. Memandangkan saya sudah menghabiskan masa lebih kurang sejam setengah di sepanjang jalan FT68, badan pun sudah terasa letih dan perut pun sudah mendendangkan irama nu metal. Secara kebetulan, terdapat sebuah restoran nasi ayam Gemas yang baru dibuka di situ, jadi saya menggunakan kesempatan ini untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan. Jalan Gombak FT68 berakhir di pekan Ketari yang terletak betul-betul di sebelah bandar Bentong. Lega pun akhirnya...!!! Saya pulang ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak E8/FT2, tetapi terlebih dahulu saya memenuhkan tangki minyak motosikal saya kerana perjalanan penuh liku dan ranjau sepanjang FT68 tadi sudah tentunya menjadikan motosikal saya lebih pelahap, meskipun kelajuan purata hanyalah antara 40-60 km/j.
Secara amnya, saya amat berpuas hati dengan pengembaraan saya di sepanjang FT68, meskipun keadaannya sangat berbahaya berikutan terdapat banyak selekoh tajam, keadaan jalan yang sempit, serta kekurangan pengadang jalan. Saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah kerana tiada kejadian yang tidak diingini di sepanjang perjalanan termasuklah diganggu hantu syaitan dan makhluk halus, memandangkan Jalan Gombak FT68 sangat terkenal dengan reputasinya sebagai antara jalan raya paling "keras" di Malaysia. Apa pun, saya ingin menggesa Kementerian Kerja Raya agar menaik taraf laluan ini kepada jalan super two, untuk menyediakan laluan alternatif bebas tol bagi Lebuhraya Karak E8/FT2 yang sering sesak ketika waktu cuti serta musim perayaan. Ia boleh dilakukan dengan memotong "jajaran-jajaran ekstrim" (guna pendekatan Jalan Kelok 9 di Indonesia) serta memperelokkan jajaran di kawasan lurusan dan tanah rata. Nyawa Jalan Gombak FT68 tidak seharusnya "dibunuh" melalui pembinaan Lebuhraya Karak E8/FT2; sebaliknya, ia perlu diperelokkan untuk menyediakan laluan alternatif yang percuma serta selamat, sebagaimana kerajaan memperelokkan Jalan Semenyih-Mantin-Seremban FT1 ketika membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dahulu.
Untuk galeri gambar penuh, sila klik sini.

Permulaan Jalan Gombak di Persimpangan Jalan Gombak dekat Jalan Pahang FT2. Pada masa ini, Jalan Gombak masih lagi sebahagian Jalan Persekutuan 2
Simpang Desa Gombak
Simpang Kampung Bandar Dalam. Di sinilah permulaan Jalan Gombak sebagai Jalan Persekutuan 68; FT2 dilencongkan ke Jalan Kampung Bandar Dalam
Pasar Besar Gombak
Simpang Taman Ibu Kota untuk ke Danau Kota. Simpang ini membentuk sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor
DBKL sepatutnya malu dengan KKR kerana gagal memartabatkan jalan raya Malaysia melalui penggunaan kod laluan yang betul sebagaimana yang dilakukan oleh JKR Gombak ini
Simpang Tiga Batu Caves kini sudah dinaik taraf menjadi persimpangan bertingkat
Melintasi KL MRR2 FT28
Pusingan U di Batu 7 Jalan Gombak FT68
Simpang ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - jalan raya kembar tamat!
Suasana di pekan Batu 8 Gombak
Jalan Gombak FT68 menyempit - pengguna jalan raya dihidangkan dengan lanskap kampung yang mendamaikan
Lintasan pertama di bawah Lebuhraya Karak E8/FT2
Perkampungan Orang Asli di KM24 Jalan Gombak FT68
Had laju turun kepada 50 km/j - jajaran ekstrim mendaki Banjaran Titiwangsa bermula...!!!
Jajaran FT68 yang terjejas akibat tanah runtuh
Gaung dalam di sebelah kiri + cerun curam 90 darjah di sebelah kanan + jalan sempit + tiada bahu jalan + tiada pengadang jalan = laluan maut lagi ekstrim
Antara kerja-kerja pembaikan cerun di sepanjang FT68
Salah satu selekoh hairpin di Ulu Gombak
Lagi selekoh yang perlu diratah berterusan di Ulu Gombak
Pasangan sehala di Genting Sempah - masuk ke negeri Pahang secara rasminya
Jajaran Jalan Genting Sempah-Genting Highlands yang membentuk sebahagian FT68 - keadaan jalan sudah mula menggerutu
Papan tanda di Bulatan Genting Sempah ini perlu digantikan ataupun diperbaiki
Kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah bukan sahaja boleh dimasuki dari Lebuhraya Karak E8/FT2, malah dari Jalan Gombak FT68 juga
Keadaan jalan yang menggerutu sebaik melepasi hentian rehat Genting Sempah
Simpang ke Janda Baik - tiada papan tanda tunjuk arah ke sana, hanya pintu gerbang sahaja jadi mercu tanda
Selekoh ini sangat cantik tetapi garisan jalan sudah tiada
Turapan di selekoh ini elok pula tetapi berpasir dan tidak dibersihkan
Longgokan pasir yang berpotensi menjadi jerangkap samar di jajaran Janda Baik-Bukit Tinggi
Akibat ketiadaan papan tanda, saya terlepas simpang pertama ke pekan Bukit Tinggi, tetapi nasib baik saya tidak terlepas simpang masuk terakhir ke pekan Bukit Tinggi - itu pun hasil gerak hati sendiri!
Melintasi Lebuhraya Karak E8/FT2 buat kali kedua
Di atas ini ialah Exit 805 Persimpangan Bukit Tinggi
Lagi "jajaran ekstrim" sebaik melepasi Bukit Tinggi
Saya faham Jalan Gombak FT68 ini sudah jarang digunakan orang, tetapi ini bukanlah alasan untuk tidak menyelenggaranya
Lurusan pertama setelah berpuluh km dipenuhi liku dan ranjau
Melintasi Lebuhraya Karak E8/FT2 buat kali terakhir
Dah nak sampai Bentong pun masih ada "jajaran ekstrim" sebegini
Simpang ke Jalan Sambung Kuala Lumpur-Karak FT121 ini menandakan saya hampir tiba ke Bentong
Jarak Kuala Lumpur ke simpang FT121 melalui FT68 sebenarnya ialah 69 km
Dah nak sampai ke Bentong dah...!!!
Restoran nasi ayam Gemas yang baru sahaja dibuka di Bentong - masa makan tengah hari...!!!
Sekolah Teknik Bentong kini dinamakan Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan
Jalan Gombak FT68 tamat di simpang Jalan Persekutuan 8 dekat pekan Ketari, Bentong
No comments:
Post a Comment