Contohilah Awie yang menaiki motosikal dalam video klip ini - tak payah kena bayar tol...!!!
Salam sejahtera,
Semalam (12 Oktober 2015), warga Lembah Klang dikejutkan dengan berita pesta kenaikan kadar tol di beberapa batang lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2, Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) E9, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) E10, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) E11, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) E12, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) E13, Lebuhraya Kajang Silk E18, Lebuhraya Maju (MEX) E20, Lebuhraya Lekas E21, Lebuhraya Latar E25, Lebuhraya Guthrie E35 dan Terowong SMART E38. Kenaikan tol bagi kesemua lebuh raya ini berkuatkuasa Khamis ini (15 Oktober 2015), sekaligus menamatkan teka-teki selama ini sama ada tol akan naik pada tahun 2015 ini atau tidak.
Kadar tol baharu di 12 lebuh raya ekspres berkuatkuasa Khamis, 15 Oktober 2015
(Sumber: New Straits Times dan Malaysiakini)
Kadar baharu tol di lebuh raya tersebut bagi Kelas 1 (kereta persendirian) adalah seperti berikut:-

- Lebuhraya KL-Karak E8/FT2:-
- Plaza Tol Gombak - RM6.00
- Plaza Tol Bentong - RM3.50
- Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) E9 - RM2.00 (Plaza Tol Mines dan Loke Yew)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE) E10:-
- Plaza Tol Pantai Dalam: RM2.30
- Plaza Tol PJS5 - RM2.30
- Plaza Tol PJS2 - RM1.00
- Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) E11 - RM2.10 (kesemua Plaza Tol Penchala, Petaling Jaya, Puchong Barat dan Puchong Selatan)
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) E12 - RM2.50
- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) E13:-
- Plaza Tol Seri Muda - RM1.70
- Plaza Tol Alam Impian - RM0.90
- Lebuhraya Kajang Silk E18 - RM1.80 (kesemua Plaza Tol Sungai Long, Bukit Kajang, Sungai Ramal dan Sungai Balak)
- Lebuhraya Maju (MEX) E20:-
- Plaza Tol Salak Selatan - RM2.00
- Plaza Tol Putrajaya - RM3.50
- Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) E21:-
- Plaza Tol Ampangan - RM2.30
- Sistem tol tertutup - Antara RM1.30 hingga RM6.00
- Lebuhraya Latar E25:-
- Plaza Tol Kundang - RM1.30
- Plaza Tol Templer Park, Kuang Timur, Kuang Barat dan Ijok - RM2.50
- Lebuhraya Guthrie E35 - RM1.90 (kesemua Plaza Tol Bukit Jelutong, Elmina dan Bukit Lagong)
- Terowong SMART E38 - RM3.00
Seperti yang sudah saya jangkakan, sudah tentulah ramai di kalangan pengguna lebuh raya yang marah-marah dan memaki-hamun di media sosial kerana tidak berpuas hati akan kenaikan kadar tol kali ini. Sudahlah rakyat dibebani dengan GST, harga minyak yang tidak menentu, kejatuhan nilai ringgit, skandal 1MDB serta skandal "duit derma" RM2.6 bilion, kali ini tol pula naik - naik pada bulan Oktober pula tu. Jika tahun lalu lagu Tragedi Oktober dendangan Awie menjadi halwa telinga kerana kenaikan harga minyak, kali ini lagu tersebut sekali lagi menjadi siulan rakyat susulan kenaikan harga minyak dan kadar tol.
Sebelum anda marah-marah dan memaki-hamun syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, anda perlu sedar bahawa syarikat-syarikat konsesi lebuh raya dikendalikan oleh orang-orang seperti kita juga. Tatkala kita terbeban kerana perlu membayar hutang kereta dan rumah kepada bank, mereka juga terbeban kerana perlu membayar pinjaman bank yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya. Kita terlewat sedikit sahaja pun bank sudah bising, dan mereka pun menerima nasib sama juga. Jika kita terbeban akibat kenaikan kos sara hidup, mereka juga terbeban kerana kenaikan kos penyelenggaraan dan gaji pekerja. Syarikat konsesi lebuh raya juga terbeban akibat GST sebagaimana kita, kerana tol lebuh raya merupakan antara bayaran perkhidmatan yang tidak dikenakan GST, tetapi mereka tetap perlu membayar GST untuk kos-kos penyelenggaraan dan bayaran bil utiliti.
Sebenarnya, kebanyakan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang telah saya sebutkan tadi sudah lama memohon kepada kerajaan sejak tahun 2008 untuk membenarkan mereka menaikkan kadar tol, Malangnya, permohonan mereka telah banyak kali ditolak oleh kerajaan atas alasan tidak mahu membebankan rakyat. Namun, mereka tetap terpaksa membayar pinjaman bank seperti biasa, meskipun ada di antara mereka yang mengalami kerugian akibat permohonan menaikkan kadar tol telah ditolak. Kepada para pejuang lebuh raya percuma di luar sana, lebih baik anda duduk bergaul dengan para pemain industri lebuh raya ekspres dan bukannya menunjukkan kejahilan anda tentang bagaimana industri lebuh raya ekspres bertol berjalan. Ingat baik-baik bahawa lebuh raya yang rugi bermaksud ia akan semakin kurang diselenggara akibat kekurangan wang, dan dalam keadaan yang lebih ekstrim pula, lebuh raya boleh disita oleh mahkamah sekiranya syarikat gulung tikar dan diisytiharkan bankrap. Justeru, jangan terperanjat jika jalan-jalan susur masuk ke lebuh raya tiba-tiba disekat dengan tembok Jersey setelah ia disita oleh mahkamah akibat ketidakupayaan syarikat konsesi membayar pinjaman bank, jadi jangan sekali-kali meminta keadaan ekstrim sebegitu terjadi kerana anda juga yang akan rugi.

Ada juga pihak yang menggesa agar kadar tol diturunkan atas alasan kononnya syarikat konsesi semakin untung besar kerana bilangan kenderaan yang meningkat di lebuh raya ekspres, tetapi hakikatnya dakwaan tersebut ternyata meleset sama sekali. Bilangan kenderaan yang meningkat sebenarnya bermaksud kekuatan struktur binaan di lebuh raya ekspres (seperti jejambat, jambatan serta turapan lebuh raya itu sendiri) semakin terjejas kerana terpaksa menampung tegasan yang sangat tinggi hasil jumlah berat kenderaan yang semakin tinggi. Dalil utama yang membuktikannya ialah kes retakan pada jejambat Exit 1114 Persimpangan Puchong Jaya di LDP E11 pada tahun 2009. Meskipun retakan tersebut disahkan hanya sekadar retakan kecil di permukaan dan bukannya kegagalan struktur, namun ia seharusnya berupaya memberi amaran kepada kita bahawa kadar aliran trafik yang tinggi sebenarnya bermaksud kos penyelenggaraan juga mencanak naik.
Selain itu, ada di antara lebuh raya yang dinaikkan kadar tolnya itu sedang menjalani penambahbaikan, misalnya pembinaan Lebuhraya Duke E33 Fasa 2 serta pembinaan jejambat tebing utara di jajaran Jelatek-MRR2 di Lebuhraya AKLEH E12 untuk melebarkan jajaran tersebut daripada 4 lorong kepada 6 lorong. Maka, sudah tentulah mereka memerlukan wang yang banyak untuk membinanya, dan mereka tidak lagi boleh membuat hutang baharu melainkan menggunakan dana sedia ada hasil kutipan tol. Dalam kes AKLEH E12 pula, kenaikan tol di situ sebenarnya merupakan sebahagian daripada syarat perjanjian konsesi yang hanya membenarkan Prolintas menaikkan tol E12 apabila kerja-kerja naik taraf dilaksanakan.
Jadi apa yang patut anda lakukan tatkala berdepan dengan kenaikan kadar tol Khamis ini...? Menyalak di media sosial, blog dan YouTube...? Memaki-hamun di alam siber sama sekali tidak akan menurunkan kadar tol, sebaliknya perbuatan sebegitu hanyalah ibarat anjing menyalak bukit serta hanya menampakkan kejahilan dan kebebalan diri sendiri sahaja. Jika anda mahu memboikot lebuh raya ekspres yang menaikkan tol, boikotlah dengan bijak. Kenderaan apa yang langsung tidak dikenakan tol walau sesen pun di lebuh raya ekspres...? Motosikal kan...? Dah tahu duit minyak mahal, tol mahal, jalan sesak, petak parkir susah nak cari, kenapa anda masih berdegil mahu berkereta seorang sebuah ke tempat kerja...? Nah rasakan, kedegilan sebegitulah yang memakan diri balik. Suruh naik motor, dianggap seolah-olah naik motor itu hina, setaraf macam mat rempit, sedangkan menunggang motosikal itulah satu-satunya mod pengangkutan yang paling versatil, boleh mencelah ketika jalan sesak, jimat masa, jimat minyak, jimat kos pengangkutan, tak perlu bayar tol dan paling mudah untuk diparkir. Paling teruk pun cuma kena berteduh di kedai, hentian bas, stesen minyak dan di bawah jambatan jika hujan. Kalau disuruh naik bas pula, dikatakan bas lambatlah, macam tin sardinlah, terpaksa hidu bau ketiak Banglalah, serta macam-macam alasan lagi. Jika anda sendiri yang tidak mahu berubah untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kadar tol tetapi hanya tahu memberikan berbagai alasan dangkal serta menyalahkan orang lain, jangan haraplah Allah akan membantu anda untuk mengurangkan beban kos sara hidup. Oleh itu, cara paling bijak untuk "memprotes" kenaikan kadar tol adalah dengan menaiki motosikal, menggunakan pengangkutan awam, ataupun jika anda masih hendak berkereta, gunakan sahaja panduan memintas tol kami.
Hijrah itu pengorbanan - jom berhijrah kepada penggunaan motosikal pancitan bahan api...!!!
Rasanya cukup setakat ini sahajalah nukilan saya berkenaan pesta naik kadar tol Khamis ini. Ia memang tidak boleh dielakkan lagi kerana kebanyakan lebuh raya yang disenaraikan itu sudah lama tidak dinaikkan tolnya. Sampai bila hendak menggunakan duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membina lebih banyak sekolah, masjid, klinik kesihatan, hospital, balai polis, balai bomba, balai raya dsb. untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya ekspres...? Yang pasti, Kementerian Kerja Raya sudah pun menjalankan peranannya dengan berunding terus dengan syarikat konsesi dan bank-bank yang memberi pinjaman supaya kadar tol tidak dinaikkan. Namun, jika kenaikan tol sebegini berlaku, ia sudah tentu bermaksud bank-bank sudah tidak lagi boleh bertolak-ansur dan mahukan wangnya cepat. Kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Jika anda tidak berpuas hati dengan perjanjian konsesi lebuh raya, anda dipersilakan untuk mencabarnya di mahkamah, tetapi anda pasti akan tewas kerana anda tidak mungkin berkemampuan untuk mengupah seorang peguam handal yang berupaya untuk berdepan dengan segerombolan peguam yang mewakili syarikat-syarikat besar yang tentunya mempunyai kuasa kewangan yang jauh lebih besar. Jadi apa pilihan yang anda ada sekarang...? Kalau setakat nak ke pejabat seorang diri, jangan telampau manja sangat; lebih baik anda naik motor sahaja dan simpan kereta di rumah. Sempena dengan sambutan Maal Hijrah tidak lama lagi, sekarang ialah masa untuk berhijrah kepada penggunaan motosikal pancitan bahan api sebagai pengangkutan harian anda.

mantaaaaap nice share brooo , salam kenal
ReplyDeleteportal berita motogp