Salam sejahtera,
Terlebih dahulu, kami di Blog Jalan Raya Malaysia dan Fuel Gain Kit Kuala Lumpur mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pelumba Cub Prix negara, Md. Hafiz Nor Azman yang maut dalam nahas ketika pusingan akhir Kategori CP150 Malaysian Cub Prix AAM di Bandar Penawar, Johor pada 16 Disember 2018. Nahas tersebut membangkitkan kemarahan para peminat sukan bermotor tanah air, termasuklah bekas pelumba Cub Prix negara Haji Wazi Abdul Hamid, yang mana ramai yang mempersoalkan tahap keselamatan litar jalan raya yang digunakan dalam perlumbaan tersebut. Nahas tersebut telah mengingatkan saya kepada insiden nahas maut EIMARace 2016 di Bandar Indera Mahkota, Pahang yang mengorbankan seorang bapa dan anak perempuannya yang menonton perlumbaan tersebut.
Detik-detik terakhir Md. Hafiz sebelum terkorban dalam nahas Cub Prix Pandar Penawar
Nahas EIMARace 2016 di Kuantan yang mengorbankan seorang bapa dan seorang anaknya
Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia terkenal kerana mempunyai bala tentera papan kekunci yang terdiri daripada firma penyiasatan "Detektif Konon", makcik-makcik bawang, barisan "hakim Mahkamah Persekutuan Facebook", ustaz-ustaz Google, doktor-doktor YouTube, model-model Instagram dan banyak lagi. Dalam kedua-dua nahas ini, kita dapat saksikan sebegitu ramai hakim Mahkamah Persekutuan Facebook yang terus menjatuhkan hukuman mati terhadap penganjur kedua-dua perlumbaan tersebut tanpa terlebih dahulu mengkaji senario sukan bermotor di Malaysia.
Malaysia memiliki angkatan tentera papan kekunci (atas), firma penyiasatan Detektif Konon (tengah) dan barisan hakim Mahkamah Persekutuan Facebook (bawah) yang digeruni seantero dunia
Ku terpinga, tertanya di dalam dilema
Di Malaysia, sukan bermotor merupakan sukan yang langsung tidak bersifat marhaen kerana hanya golongan yang berduit sahaja yang mampu menyertainya. Peserta terpaksa berlumba dengan bermodalkan wang sendiri dan mencari penaja sendiri. Lihatlah bagaimana pelumba Formula Satu (F1) sulung negara, Alex Yoong mula berlumba pada tahun 1992 menggunakan wang sendiri sebelum berjaya bergelar pelumba F1 pada tahun 2001, mengharungi musim penuh memalukan apabila dipandang rendah oleh anak bangsa sendiri setelah tidak berjaya memperoleh sebarang kemenangan sepanjang berlumba dalam F1 sehingga menamatkan karier sebagai pelumba F1 setahun kemudian, dan seterusnya memenangi 3 pusingan A1GP antara 2005 hingga 2008. Juga lihatlah kegigihan pelumba rali negara Karamjit Singh yang banyak kali mengharumkan nama negara dalam sukan rali tetapi pernah mengharungi zaman getir apabila menghadapi masalah kewangan sehingga ke tahap terpaksa menjual rumahnya sendiri untuk membayar denda dan untuk mengangkut keretanya pulang ke Malaysia.
Karamjit Singh, pelumba rali yang banyak mengharumkan nama negara
Pelumba sekarang pula sangat beruntung kerana terdapat saluran yang disediakan untuk menceburi bidang sukan bermotor dengan kos permulaan yang jauh lebih rendah berbanding pelumba generasi terdahulu. Bagi sukan lumba motosikal, Malaysian Cub Prix merupakan tapak permulaan bagi kesemua pelumba negara dalam acara MotoGP & Asian Road Racing Championship. Namun, memandangkan Malaysian Cub Prix ini merupakan sukan bermotor peringkat akar umbi bersifat marhaen, maka hampir kesemua pusingan perlumbaan menggunakan litar jalan raya yang berpengadang dan berpagar menggunakan pagar mudah alih. Pemasangan sebegini membolehkan para penonton yang majoritinya merupakan penduduk tempatan menonton perlumbaan secara percuma tanpa perlu membayar tiket walau sesen pun - tidak seperti perlumbaan di litar sebenar yang memerlukan bayaran tiket yang mahal. Kos penganjuran yang rendah di litar jalan taya tertutup juga membolehkan pihak penganjur menggunakan lebihan bajet penganjuran untuk membiayai kos penganjuran & kos sewa litar di litar tertutup pula supaya penonton masih berupaya menontonnya secara percuma. Longgokan tayar buruk atau guni pasir ditempatkan di selekoh bagi menyerap impak pelanggaran sekiranya ada pelumba terjatuh di selekoh. Perlumbaan EIMARace pula lebih rendah tahap keselamatannya disebabkan bajet penganjuran yang jauh lebih kecil; semasa EIMARace 2016 di Kuantan, pihak penganjur sekadar bergantung kepada pengadang Jersey plastik dan tali bagi memisahkan kawasan litar daripada penonton dan tidak mampu untuk membeli pagar mudah alih yang biasa digunakan di litar Cub Prix.
Jika dibandingkan, perlumbaan premier seperti F1 & MotoGP diadakan di litar lumba sebenar dengan ciri keselamatan dan darjah kawalan masuk yang tertinggi. Keseluruhan litar adalah berpagar. Terdapat tembok yang memisahkan antara litar dengan tempat duduk utama (grand stand). Di selekoh terdapat longgokan tayar buruk dan perangkap pasir bagi memerangkap kenderaan yang terbabas agar tidak melantun ke arah penonton. Namun, adakah kesemua ciri keselamatan tersebut menjadi jaminan bahawa pelumba tidak akan mati...? Tidak sama sekali. Antara bukti paling ketara, Marco Simoncelli & Ayrton Senna yang maut di litar lumba sebenar yang dilengkapi ciri keselamatan tertinggi.
Detik-detik akhir Marco Simoncelli sebelum maut di Litar Sepang
Justeru, wajarkah kita mengambil alih peranan Ketua Hakim Negara dengan menjatuhkan hukuman mati kepada penganjur secara melulu tanpa memberi ruang kepada badan pemantau utama sukan bermotor negara menjalankan tugas siasatan secara menyeluruh...? Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap kes nahas EIMARace 2016 di Kuantan yang menjadi kes mahkamah selama 2 tahun. Kes tersebut berakhir dengan pengumuman Mahkamah Koroner Kuantan pada 29 Mac 2018 yang mengesahkan bahawa nahas tersebut merupakan satu bentuk kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Justeru, kita seharusnya memandang kes-kes sebegini sebagai satu bentuk bahaya pekerjaan (occupational hazard) yang tidak dapat dielakkan tetapi dapat dikurangkan, dan menyerahkan urusan siasatan kepada badan-badan bertanggungjawab seperti AAM.
Jadi jika sekiranya kesemua acara sukan bermotor akar umbi diadakan di litar sebenar yang dilengkapi ciri keselamatan tertinggi seperti Litar Sepang, adakah kita sanggup hendak membayar harga tiket yang mahal sedangkan sebelum ini tak perlu keluar duit walau sesen pun...? Tahu pula orang-orang kita kata "tiket harga Yahudi Israel". Tapi bila diadakan di litar jalan raya bertutup supaya semua orang boleh menonton secara percuma, dikatakan "mengabaikan ciri keselamatan" pula. Orang kita apa pun tak boleh, semuanya serba tak kena. Macam mana sukan bermotor kita hendak maju...? Inilah dilema yang dihadapi para penganjur sukan bermotor akar umbi.
Sekiranya sukan bermotor akar umbi sebegini dihentikan, apa akan terjadi kepada para penggiat sukan sebegini...? Anak-anak muda tiada saluran untuk melepaskan keinginan berlumba secara sah, halal dan selamat. Akibatnya, mereka kembali merempit di jalan raya. Pelumba sedia ada pula terpaksa bersara awal kerana khidmat mereka tidak lagi diperlukan oleh negara. Akibatnya, negara kerugian besar kerana hilang bakat-bakat berharga yang berpotensi mengharumkan negara ke peringkat lebih tinggi. Sementara itu pula, mahasiswa yang menceburi bidang sukan bermotor (khususnya daripada kalangan penuntut jurusan kejuruteraan automotif) pula hilang saluran untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari di kampus demi memperoleh pengalaman berharga yang membantu mereka semasa mencari kerja kelak.
Kesimpulannya, sukan bermotor sememangnya berbahaya dan boleh meragut nyawa. Kesemua pelumba memang sedar mengenainya, tetapi tetap memilih untuk kekal dalam bidang ini kerana lebih mementingkan maruah negara daripada nyawa mereka sendiri. Kemalangan maut seperti yang berlaku di Bandar Penawar itu sememangnya bahaya pekerjaan (occupational hazard) yang terpaksa dihadapi mereka. Tidak dinafikan kemungkinan ada unsur kecuaian dari segi penganjurannya, tetapi kita tidak seharusnya menjadi Detektif Konon mahupun hakim Mahkamah Persekutuan Facebook dan mengambil alih tugas badan pemantau sukan bermotor negara, tetapi memberi peluang kepada badan pemantau tersebut untuk menjalankan siasatan dan sekiranya terdapat unsur kecuaian, maka si pelakunya dikenakan tindakan yang setimpal mengikut lunas undang-undang.

No comments:
Post a Comment