Wednesday, November 30, 2011

Jalan Juasseh-Bahau FT13

Reviu Jalan Juaseh-Bahau FT13 merupakan siri terakhir dalam lima reviu jalan raya hasil perjalanan hujung minggu saya pada 19 November 2011 dari Kuala Lumpur ke Segamat. Namun begitu, ia tidak bermakna tiada lagi reviu jalan raya selepas ini; insya-Allah reviu jalan raya akan tetap terus diadakan.

Di Malaysia, ada dua jalan raya dengan kod laluan FT13 - yang lebih pendek terletak di Semenanjung Malaysia dengan jarak 13 km, manakala yang lebih panjang terletak di Sabah dengan panjang 20 kali ganda atau 268 km yang menghubungkan Sandakan dengan Tawau. Reviu kali ini adalah untuk jalan yang lebih pendek ini.


Peta laluan Jalan Juasseh-Bahau FT13



Sebenarnya, kilometer sifar Laluan Persekutuan 13 ini terletak di Simpang Juasseh di Laluan Persekutuan 9. Saya tidak menggunakan kilometer sifar ini untuk ke Bahau, sebaliknya saya ada main tipu sikit - saya menggunakan jalan Kuala Jemapoh-Juasseh untuk ke Juasseh kerana ia lebih lurus, tidak seperti bahagian FT9 dari Kuala Jemapoh ke Simpang Juasseh yang lebih panjang kerana ada selekoh. Jalan Kuala Jemapoh-Juasseh sebenarnya memang bukan sebahagian laluan FT13, sebaliknya ia sekadar jalan kampung yang hanya boleh dilalui kenderaan ringan kerana dibina menggunakan piawaian JKR R3 dengan lebar lorong 3 m sahaja; beberapa tahun dahulu jalan ini lebih sempit dengan lebar lorong hanya 2.75 m.

Di Pekan Juasseh barulah saya bertemu dengan laluan FT13 ini. Dari arah Bahau, pemandu perlu belok ke kanan untuk meneruskan perjalanan; papan tanda yang ada sudah untuk untuk mengalihkan arah pemandu. Ia memang direka sebegitu rupa supaya majoriti pemandu tidak akan cenderung menggunakan jalan pintas Kuala Jemapoh-Juasseh tadi, yang seterusnya boleh mengakibatkan jalan tersebut rosak.

Tidak banyak yang dapat diceritakan mengenai jalan FT13 ini kerana ia begitu pendek dan lurus. Kalau FT13 di Sabah, lain pula ceritanya kerana ia jauh lebih panjang daripada "kembarnya" di Semenanjung ini. Jalan ini memang pendek; lebih kurang 10-15 minit sahaja dah pun sampai ke pekan Bahau.

Pekan Bahau ini adalah bandar terbesar di daerah Jempol, Negeri Sembilan, tetapi ia bukanlah ibu daerah Jempol. Sebaliknya, Bandar Seri Jempol menjadi ibu daerah. Pemilihan Bandar Seri Jempol sebagai ibu daerah Jempol sememangnya satu penghargaan buat warga Felda kerana bandar terancang tersebut sebenarnya merupakan bandar pusat bagi gugusan Felda Raja Alias yang dibina oleh Felda sebelum ia ditambah fungsinya sebagai ibu daerah Jempol.

Seterusnya di pekan Bahau, jalan FT13 dipisahkan kedua-dua arah laluan kepada satu pasangan sehala (kedua-dua jalan sehala tersebut bernama Jalan Mewah) sebelum disatukan kembali. Laluan Persekutuan 13 berakhir betul-betul di simpang lintasan kereta api Bahau di mana ia bertemu dengan Laluan Persekutuan 10 - jalan terus untuk ke Gemas, belok kiri untuk ke Bandar Seri Jempol dan Temerloh.

Untuk galeri penuh gambar, sila klik sini.




Jalan Kuala Jemapoh-Juasseh






Pekan Juasseh






Jalan Juasseh-Bahau FT13






Bukit di Bahau yang seakan Hollywood






Pasangan sehala di pekan Bahau






Penamat FT13 di lintasan kereta api Bahau

5 comments:

  1. assalamualaikum saudara,
    saya nak buat pertanyaan, sepanjang perjalanan saudara ke sana, saudara ada nampak tak bekas tempat stesen kereta api yang dari kuala pilah ke bahau tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada masa saya membuat reviu FT13 itu saya tidak pula berkesempatan menjejak bekas laluan kereta api Kuala Pilah-Bahau, termasuk bekas tapak stesen kereta api Kuala Pilah. Insya-Allah jika masa mengizinkan saya akan cuba menjejakinya.

      Delete
  2. ok,terima kasih ye saudara..
    sbnrnye sy tgah buad kajian mngenai stesen keretapi pilah-bahau..so the middle of station i need to find the info..:)

    ReplyDelete