Sunday, January 25, 2015

FAQ: Pengubahsuaian motosikal yang dibenarkan dan tidak dibenarkan / Legal and illegal motorcycle modifications



Ubah suai identiti Yamaha FZ150i kepada Yamaha YZF-R15 merupakan antara modifikasi yang lazim dilakukan peminat motosikal - sentiasa dapatkan nasihat daripada JPJ sebelum memulakan sebarang kerja ubah suai


Salam sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana agak lama tidak mengemaskini Blog Jalan Raya Malaysia ini berikutan urusan keluarga. Kali ini saya ingin bawakan kepada anda mengenai jenis-jenis pengubahsuaian motosikal yang dibenarkan atau tidak dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia berikutan pengumuman tentang operasi besar-besaran bagi menangani kesalahan ubah suai haram motosikal yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, ACP Mahamad Akhir Darus, bermula 2 Februari ini.




Penukaran sistem transmisi asal 5 kelajuan pada model Yamaha 135LC 2011 klac manual kepada 6 kelajuan adalah dibenarkan tanpa memerlukan keizinan daripada JPJ


Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan satu garis panduan menyeluruh mengenai jenis-jenis ubah suai kenderaan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Bagi motosikal, saya rumuskan beberapa jenis ubah suai kenderaan yang tidak memerlukan kebenaran daripada JPJ:-

  1. Pemasangan pengadang angin - popular di kalangan pemilik motosikal American cruiser, kerana kebanyakan model cruiser terutamanya buatan Harley-Davidson memang tidak didatangkan dengan pengadang angin bagi melindungi penunggang daripada angin kuat mahupun habuk.
  2. Pemasangan penutup lampu dan enjin (fairing) - Pemasangan fairing bertujuan melindungi enjin daripada puing-puing jalanan di samping membantu meningkatkan tahap aerodinamik motosikal. Selain itu, fairing juga berupaya memberi perlindungan kepada enjin daripada kerosakan akibat kemalangan secara perlindungan korban.
  3. Pemasangan brek cakera - popular di kalangan pemilik motosikal kapcai. Kebanyakan motosikal kapcai dilengkapi brek gelendong hadapan dan belakang, dan ada juga yang dilengkapi brek cakera hadapan; hanya beberapa model prestasi seperti Yamaha 125Z, Yamaha 135LC 5 kelajuan klac manual, Honda Future 125 dan Modenas GT128 sahaja yang dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang. Seperti yang diketahui umum, brek cakera menawarkan kuasa membrek yang lebih baik dan lebih cekap daripada brek gelendong serta tidak perlu dilaras.
  4. Penukaran klac dan sistem transmisi - Klac racing meningkatkan prestasi enjin dengan meminimakan kehilangan kuasa dari aci engkol ke roda akibat geseran pada klac. Jika klac asal menyebabkan kehilangan kuasa sekitar 10%, klac racing pula mengurangkan kehilangan kuasa ini kepada sekitar 5-7%. Justeru, penggunaan klac racing dibenarkan penggunaannya kerana kuasa asal enjin tidak berubah. Begitu juga dengan penukaran klac emparan automatik kepada klac tangan manual dan penukaran sistem transmisi kepada bilangan gear yang lebih tinggi (contoh: Yamaha 135LC 5 kelajuan kepada 6 kelajuan), juga atas sebab yang sama.




Hanya blok enjin yang mempunyai sesaran sama seperti blok asal sahaja yang dibenarkan penggunaannya, boleh dikenal pasti melalui label sesaran pada blok




Sebenarnya penggunaan CDI racing tidak dibenarkan, tetapi penggunanya sering terlepas disebabkan rupa bentuknya yang hampir sama seperti CDI asal


    Ubah suai motosikal yang tidak dibenarkan pula adalah seperti berikut:-

    1. Pemasangan pemijak kaki yang mengubah kedudukan tapak - Setiap jenis motosikal mempunyai kedudukan pemijak kaki yang disesuaikan mengikut fungsinya. Misalnya, bagi motosikal cruiser, pemijak kaki lazimnya jauh terjulur di hadapan untuk mendapatkan posisi tunggangan yang lebih santai, manakala motosikal sport pula mempunyai kedudukan pemijak kaki yang terkebelakang sedikit serta boleh dilipat bagi tujuan aerodinamik serta pengendalian lebih lincah di selekoh. Bagi motosikal jenis lain pula, posisi pemijak kaki pula disesuaikan dengan posisi tunggangan yang neutral. Sebab itulah pemasangan pemijak kaki yang melibatkan pengubahsuaian tapak atau kedudukannya tidak dibenarkan.
    2. Pengubahsuaian ekzos - Ubah suai ekzos yang tidak dibenarkan merupakan satu jenis kesalahan ubah suai kenderaan yang paling kerap diambil tindakan. Sebabnya...? Ubah suai ekzos boleh menyebabkan bunyi yang lebih bising di samping pelepasan asap berbahaya yang lebih tinggi. Sistem ekzos asal memang direkabentuk untuk mendapatkan paras bunyi dan pelepasan emisi yang optimum serta mematuhi peraturan jalan raya, melalui sedikit halangan bagi menghalang campuran udara-bahan api tak terbakar daripada terlepas begitu sahaja serta mengurangkan bunyi bising enjin yang berpunca daripada letusan yang terhasil daripada lejang kuasa. Ekzos "bikin" memang boleh meningkatkan sedikit kuasa enjin hasil pelepasan ekzos yang lebih lawas dengan mengurangkan halangan pada sistem ekzos, tetapi dalam masa yang sama pula lebih bising, menghasilkan lebih banyak gas ekzos pencemar udara serta lebih kuat makan minyak.
    3. Pemasangan cover set dan fairing yang mengubah identiti asal - Antara ubah suai cover set dan fairing yang popular di kalangan pemilik motosikal ialah ubah suai daripada Yamaha FZ150i kepada Yamaha YZF-R15 dan daripada Yamaha 135LC kepada Yamaha X1R. Lazimnya, kedua-dua ubah suai tersebut dapat dilakukan kerana berasaskan kerangka dan pelantar yang sama. Apa pun, lebih baik dapatkan nasihat daripada JPJ sebelum memulakan sebarang ubah suai melibatkan identiti motosikal.
    4. Pemasangan lampu-lampu yang tidak dibenarkan - Peraturan jalan raya global menetapkan bahawa warna bagi lampu hadapan, lampu posisi, lampu kabut, lampu pencahayaan siang (DRL) dan lampu undur ialah warna putih kekuningan (warm white) ataupun warna putih biasa sahaja, manakala lampu belakang dan lampu brek pula dihadkan kepada warna merah sahaja. Lampu isyarat membelok pula hanya boleh menggunakan warna jingga / amber sahaja. Penggunaan lampu-lampu berwarna selain daripada yang ditetapkan tadi merupakan satu kesalahan kerana ia mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.
    5. Pemasangan hon berirama atau dua nada - Hon-hon tersebut diharamkan kerana boleh mengelirukan di samping bunyi bising.




    Dapatkan nasihat daripada JPJ dan Jabatan Alam Sekitar jika anda merancang untuk menukar sistem bahan api daripada karburetor kepada pancitan bahan api


    Apa yang saya senaraikan di atas tadi merupakan ubah suai yang disenaraikan oleh Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1982. Bagaimana pula dengan ubah suai lain di bawah ini...?

    1. Pemasangan kotak barangan belakang dan sisi - Boleh tanpa perlu keizinan daripada JPJ. Pemasangan kotak barangan hanya melibatkan pemasangan tapak yang sekadar diskrukan pada subkerangka sedia ada. Namun, harus diingat bahawa ada jenis tapak yang merosakkan kerangka dan ada yang tidak.
    2. Penukaran enjin - Hanya dua keadaan sahaja yang mengizinkan anda untuk menukar enjin, iaitu sama ada disebabkan enjin asal rosak atau pecah akibat kemalangan ataupun enjin asal sudah rosak dan tidak dapat dibaik pulih kembali. Namun, kedua-duanya memerlukan keizinan daripada JPJ kerana melibatkan pindaan pada geran kenderaan. Selalunya, kenderaan yang ditukar enjinnya wajib menjalani pemeriksaan oleh Puspakom.
    3. Penukaran karburetor - Tidak dibenarkan sama sekali. Jika karburetor asal rosak, hanya karburetor daripada model yang sama ataupun setara sahaja yang dibenarkan. Karburetor asal dengan karburetor bukan standard amat mudah dibezakan.
    4. Penukaran blok enjin - Tidak dibenarkan kecuali apabila blok asal mengalami kerosakan teruk ataupun jika blok baharu itu menghasilkan sesaran yang sama. Dengan kata lain, anda hanya boleh tukar blok racing sekiranya blok tersebut menghasilkan sesaran yang sama seperti blok asal. Blok enjin selalunya mempamerkan saiznya dalam bentuk sesaran enjin, jika angkanya berbeza daripada blok asal, maka blok tersebut tidak dibenarkan penggunaannya. Blok yang dikorek juga diharamkan penggunaannya kerana ia boleh meningkatkan tahap kebisingan enjin.
    5. Penukaran aci sesondol dan aci engkol jack-up - Sebenarnya ia tidak dibenarkan kerana melibatkan perubahan kuasa dan kelajuan motosikal, tetapi pemilik motosikal yang menggunakannya selalunya terlepas daripada ditahan kerana tidak melibatkan perubahan bunyi enjin motosikal. Tambahan pula, polis dan JPJ bukanlah mekanik yang boleh meleraikan enjin. Asalkan anda menggunakan ekzos dan karburetor standard, anda sudah tentu akan terselamat. Aci sesondol racing meningkatkan kuasa enjin melalui bukaan injap yang lebih besar dan lebih lawas, manakala aci engkol jack-up pula meningkatkan kuasa enjin melalui lejang yang lebih panjang. Namun, kedua-duanya berisiko mengakibatkan kerosakan enjin akibat injap terhentak pada omboh.
    6. Penukaran gelung penyalaan dan CDI - Modul sistem penyalaan nyahcas kapasitor (CDI) racing meningkatkan prestasi enjin dengan mengubah pemetaan penyalaan palam pencucuh lebih awal daripada sepatutnya, membolehkan lebih banyak hasil pembakaran campuran udara-bahan api yang dimanfaatkan kepada kuasa berguna. Namun, kelemahan utama CDI racing ialah risiko pra-nyalaan yang lebih tinggi, yang seterusnya memaksa penggunanya untuk menggunakan petrol oktana tinggi sahaja (RON97 ke atas). Sementara itu, gelung penyalaan racing meningkatkan prestasi melalui penghasilan voltan penyalaan yang lebih tinggi, menjadikan api palam pencucuh lebih panas. Seperti aci engkol dan aci sesondol, penggunaan gelung dan CDI racing sebenarnya tidak dibenarkan, tetapi penggunanya selalunya terlepas daripada ditahan kerana tidak melibatkan perubahan bunyi enjin motosikal. Tambahan pula, gelung dan modul CDI asal dan racing sukar dibezakan, dan kedudukan gelung penyalaan dan CDI berbeza mengikut model motosikal.
    7. Penukaran nisbah gegancu - Nisbah gegancu yang asal disesuaikan mengikut berat purata penunggang motosikal biasa. Namun, nisbah gegancu asal tidak semestinya sesuai untuk semua jenis penunggang motosikal. Penunggang yang lebih gempal tentunya memerlukan nisbah gegancu yang lebih besar sedikit untuk lebih pecutan terutamanya semasa mendaki bukit. Ada juga penunggang yang menukar nisbah gegancu menjadi lebih kecil sedikit untuk meningkatkan kelajuan maksimum motosikal di samping lebih menjimatkan minyak. Apa pun nisbah gegancu yang dipilih, semuanya dibenarkan oleh JPJ kerana kuasa asal enjin tetap tidak berubah.
    8. Penukaran ECU (bagi pancitan bahan api) - Kini semakin banyak model motosikal kapcai yang dilengkapi pancitan bahan api, bermula dengan Modenas 118EFI dan diikuti pula dengan Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection. Kini, Suzuki pula menyertai "perang" kapcai pancitan bahan api melalui model Suzuki Smash FI mereka. Tidak seperti motosikal karburetor, motosikal pancitan bahan api ditala dengan mengubah pemetaan sistem penyalaan dan pancitan bahan api, yang memerlukan ECU khas yang boleh ditala dengan hanya menggunakan komputer sahaja. Seperti CDI racing, ECU boleh diaturcara ini sebenarnya tidak dibenarkan penggunaannya, tetapi penggunanya boleh terlepas kerana amat sukar hendak mengenal pasti sama ada ECU yang digunakan adalah yang asal mahupun jenis racing yang boleh diaturcara; tambahan pula, ia amat bergantung kepada orang yang menalanya itu sendiri. Setakat ini belum ada pengeluar ECU boleh diaturcara bagi motosikal kapcai, tetapi FSR Technology Sdn. Bhd. ada merancang untuk menghasilkan ECU Tune Boss untuk motosikal Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection dalam tahun 2015 ini.
    9. Penukaran sistem karburetor kepada pancitan bahan api - Terdapat empat kelebihan utama bagi sistem pancitan bahan api berbanding karburetor, iaitu lebih jimat bahan api, lebih mesra alam, lebih cekap serta lebih mudah dihidupkan semasa enjin sejuk pada awal pagi. Justeru, sudah terdapat kit-kit penukaran sistem pancitan bahan api yang boleh dibeli secara atas talian. Namun, ia merupakan jenis ubah suai yang memerlukan kebenaran bertulis daripada JPJ. Sebelum anda bercadang untuk menukar kepada sistem pancitan bahan api, elok anda membuat pertanyaan di pejabat JPJ berhampiran sama ada anda dibenarkan atau tidak serta prosedurnya jika ia memerlukan kebenaran JPJ. Jika ia memerlukan kebenaran JPJ, anda perlu menghantar motosikal anda ke Puspakom dan Jabatan Alam Sekitar untuk duji terlebih dahulu - jika paras emisi melebihi sepatutnya, anda mungkin perlu menala semula ECU sehingga paras yang dibenarkan tercapai.

    109 comments:

    1. 1.kalau lampu led yang berkelip-kelip berwarna biru pada belakang motosikal macam mana...adakah dikira kesalahan ?
      2.adakah lampu led tersebut mestilah berwarna merah jugak ?
      3.kalau pengubahsuaian lampu signal motosikal kepada lampu hazard adakah ia juga menjadi kesalahan ?.. mohon pencerahan dari penulis.. terima kasih..

      ReplyDelete
      Replies
      1. 1.) Ya, ia juga satu kesalahan.
        2.) Hanya dua warna sahaja yang dibenarkan, iaitu merah (untuk lampu belakang dan lampu brek) dan jingga (untuk lampu isyarat membelok). Itu sahaja. Lampu lensa jernih dibenarkan jika warna mentolnya mengikut peraturan warna yang saya katakan itu.
        3.) Mengubahsuai sistem lampu isyarat membelok untuk menyertakan suis lampu hazard dibenarkan, tidak jadi masalah.

        Delete
      2. Saya pasang suis lampu....siang tutup... malam buka balik, suis Hazard.... adakah di benarkan atau tidak

        Delete
      3. Boleh ada suis lampu hadapan, tetapi wajib hidupkan lampu hadapan sepanjang masa. Tetapi jika sekadar hidupkan lampu posisi pada waktu siang, masih dibenarkan.

        Delete
      4. Kalau pasang lampu berkelip putih pada lampu depan..adakah itu satu kesalhan

        Delete
      5. Saya tukar mentol lampu led pada honda ex5
        Boleh ke?

        Delete
    2. Salam, kalau pasang fairing r15 kat fz boleh dapat hitam putih tak untuk kelulusan dari jpj? Berapa kos dia ye?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Selagi bahagian lain masih boleh dikenali sebagai FZ150i, ia masih dibenarkan. Saya tak pasti berapa kosnya, tapi agak memakan belanja.

        Delete
      2. Saya nk beli R15 v3 pastu saya nk menukar ekzos kepada akrapovic dibenarkan tak?..dan saya menukar lampu depan eye lid berwarna biru dan signal beralun boleh tak?

        Delete
    3. Kalau full fairing yang mengubah identiti tu cuma ada sikit je pengenalan model asal seperti sticker dll, agak2 boleh tak? Terima kasih

      ReplyDelete
    4. Lc 135 convert ke yamaha x1r bleh dak

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kedua-duanya menggunakan enjin sama. Ada baiknya anda dapatkan nasihat daripada JPJ kerana ada yang kata boleh & ada yang kata tak boleh.

        Delete
      2. Kalau pasang lampu belakang yang apabila brek berkelip merupakan satu kesalahan ke?

        Delete
    5. Assalamualaikum....kalau pasang fairing r15 dekat fz150 boleh tak? Hanye depan sahaja tukar belakang Masih nampak motor Tu fz150

      ReplyDelete
    6. Tumpang tanya ..Kalau tukar swing arm motosikal tukar swing arm asal kepada swing arm alloy tanpa kebenaran jpj boleh ke

      ReplyDelete
    7. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    8. klau pasang intergrated signal boleh tak

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kalau motosikal anda itu model sebelum tahun 2013, boleh. Tapi jika motor anda itu model selepas tahun 2013 seperti Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection, tak boleh. Dengan kata lain, kalau sudah lampu signal asalnya jenis capang, anda tidak boleh menukarkannya kepada jenis bersepadu.

        Delete
    9. Salamualaikum..kalo model jenis kriss mr1 nak buat pemasangan klac tangan manual beserta transmisi gear kena ada keizinan jpj ke tidak

      ReplyDelete
      Replies
      1. Penukaran kepada plac manual tidak perlu keizinan JPJ.

        Delete
    10. Coverset plak mcm mne ye...dlm geran wrna putih...tp nk wrna lain...huhu..

      ReplyDelete
    11. Kalau lc v1 tukar kpd clutch pun satu kesalahan ke???
      Klau nk tukar ekzos ?? Tukar yg std tapi sound agak kuat sikit dprd yg orginal punya ...so boleh ke ??

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tukar kepada klac manual dibenarkan. Kalau tukar ekzos pula, asalkan tidak melebihi paras bunyi yang dibenarkan, masih ok.

        Delete
    12. Kalau pasang rim 3 batang tu boleh ke?

      ReplyDelete
    13. Salam. Nak tanya, saya pakai motor Yamaha FZ150i. Lampu brek belakang sudah disertakan sekali dengan signal. Adakah saya masih perlu pakai signal capang?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Setahu saya, Yamaha FZ150i memang sejak generasi pertama menggunakan lampu isyarat membelok belakang capang. Jika ia sudah ditukarkan kepada jenis yang disepatukan dengan lampu brek, sila tukar kembali kepada jenis capang.

        Delete
    14. Salam,lc135 kalau tukar auto clutch kepada clutch tangan kena mintak izin jpj or hanta puspakom untuk pemeriksaan ke?

      ReplyDelete
    15. kalau buang mudguard kena saman tak?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Selalunya tak kena. Tapi ada sesetengah motosikal yang mana lampu isyarat membelok belakang ditempatkan pada madgard. Jika lampu isyarat membelok itu juga dibuang atau ditukarkan kepada jenis bersepadu dengan lampu belakang, boleh kena saman.

        Delete
    16. salah x kalau signal capang tu buang?conth lc135 v4 nk pakai yg model lama,signal masuk dlm?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Membuang signal yang asalnya capang & digantikan kepada jenis bersepadu merupakan satu kesalahan.

        Delete
    17. bos klau ex5 side mirror standard tuka yg bentuk lain skit kena saman jugak ke

      ReplyDelete
      Replies
      1. Rasanya tak jadi kesalahan, tapi kalau boleh elakkan daripada menggunakan cermin yang terlalu kecil.

        Delete
    18. klau swing arm lagenda biasa tukar pakai monoshock boleh ke

      ReplyDelete
      Replies
      1. Rasanya tak boleh muat. Jika boleh pun, kosnya sangat mahal & melibatkan kimpalan pada kerangka.

        Delete
    19. adakah satu kesalahan jika mr1 guna footrace racing dan tukar kepala kpd 125z?

      ReplyDelete
    20. boleh ke tukar kepala mr1 kpd kriss 120?...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Boleh kerana reka bentuknya serupa. Samalah seperti memasang kowling hadapan Yamaha RX-Z Catalyzer & lampu belakang Yamaha 125Z pada Yamaha RX-Z Boss.

        Delete
    21. salah tak r25 gunakan bar end aide mirror

      ReplyDelete
    22. Salam nk tnye adakah satu kesalahan memakai lampu headlamp led brand osram di ex5?

      ReplyDelete
    23. Salah tak kalau moto kapcai pakai footrest racing?

      ReplyDelete
    24. Kalau pakai bar end mirror boleh ke?

      ReplyDelete
    25. Hallo. Adakah dibenarkan guna lampu led untuk lc135?

      ReplyDelete
    26. Assalam, kalau modi pakai clutch tangan boleh ke?

      ReplyDelete
    27. Salam kalau tukar ekzos tpi cutting standard v3 ke v1 boleh ke

      ReplyDelete
    28. bos nk tanya kalau chopper contoh honda shadow nk convert softtail bobber dan kena kerat ekor sikit lepas x jpj??😅

      ReplyDelete
    29. Kalau pakai lampu tinted gelap atau smoke salah tak?

      ReplyDelete
    30. Bos, kalau nak tukar saiz spoket boleh tak?

      ReplyDelete
    31. Assalamualaikum, slamat ptg, sya ingin bertnya kalau memasang lampu berkelip2 wrna putih/biru pada skuter blh tidak ? *EgoLcFuelInjection

      ReplyDelete
    32. salam bole ke kalau moto standard tak ada clutch tpi nak pasang clutch . kena saman tak ?

      ReplyDelete
    33. Nk tanya kalau tukar swing arm boleh x

      ReplyDelete
    34. If nk convert...kne bt inspection la kn?

      ReplyDelete
    35. Assalamualaikum nak tnye kalau fz150i convert jdi cafe racer mcmne ye lepas jpj x?

      ReplyDelete
    36. Boleh ke tukar coverset dengan warna yang sama but design lain

      ReplyDelete
    37. Sy seorg pereka, sy ingin mereka cover set motor sy tanpa mebuang logo asal. Hanya background sahaja di tukar, boleh ke tuan?

      ReplyDelete
    38. Sy seorg pereka, sy ingin mereka cover set motor sy tanpa mebuang logo asal. Hanya background sahaja di tukar, boleh ke tuan?

      ReplyDelete
    39. Sy seorg pereka, sy ingin mereka cover set motor sy tanpa mebuang logo asal. Hanya background sahaja di tukar, boleh ke tuan?

      ReplyDelete
    40. Salam,kalau nak tukar block STD LC nk upsikit ke block 62 kena minta keizinan JPJ

      ReplyDelete
    41. Kalau pasang tinted gelap pada lampu bleh x?

      ReplyDelete
    42. Kalau pasang rim std y15 dekat lc boleh tak

      ReplyDelete
    43. assalamualaikum,kalau nak pasang botol pam break blh k?

      ReplyDelete
      Replies
      1. ya dibenarkan ..asal jngn pasang botol mineral water.

        Delete
    44. Kalau rs150 honda tukar single arm,jpj benarkan ke?

      ReplyDelete
      Replies
      1. boleh yg penting jngn single untuk selamanya

        Delete
    45. Salam,jika side mirror rs pakai di tepi handler ade diterima oleh jpj?

      ReplyDelete
    46. kalau pakai master pump salah ker?

      ReplyDelete
    47. hi
      nak tanya..
      1) kalo tayar bocor dan pergi bengkel untuk dicacingkan adakah ia satu kesalahan kepada JPJ?

      terima kasih atas jawapan anda

      ReplyDelete
      Replies
      1. nie first time saya dengat di cacingkan kebiasaannya disotongkan,biasa sotong ade musim murah ade musim mahal so harga x ikut pasaran kita akan saman

        Delete
    48. Adakah di benarkan memasang sticker berdesign full set tetapi dalam masa yang sama,warna cover set sama dengan dalam garan..?? hanya lekat sticker berdesign..

      ReplyDelete
    49. Adakah salah kalau motor y15zr memakai pump botol yang berada di antara sebelah meter dan sidemirror?

      ReplyDelete
    50. Y15 buang lampu signal cabang ke saiz kecik,ari tue nyris path kna kaki..ssh lh bcabang nie..nk parking pn risau kna lalu org tpi

      ReplyDelete
    51. Salah ker kalau tukar side mirror yg asal jenis plastik pigi tukar dengan side mirror yg ala2 racing ni smart sikit jnis besi/aluminium

      ReplyDelete
    52. Kalau lampu dada lc135 saya tukar kpd lampu led warna putih boleh ke? Tetapi apabila signal lampu tu akn kelip ii warna jingga

      ReplyDelete
    53. Fz150i guna bar end mirrors boleh?

      ReplyDelete
    54. Boss,kalau YAMAHA fz150i convert ke r15..jpj x saman ke?

      ReplyDelete
    55. Boss, kalau saya tukar side mirror standard ke END BAR SIDE MIRROR/ SIDE MIRROR HUJUNG HANDLE kena saman dak? Tpi cermin tu besar

      ReplyDelete
    56. Mengarutlah itu tak boleh ini tak boleh. Suka hatilah nak buat apa pada motor sebab geran motor atas nama sendiri bukannya guna nama jpj

      ReplyDelete
      Replies
      1. ye memang name kita tapikan undang² tetap dipatuhi

        Delete
    57. boss ,kalau i nak tukar meter lc 135 v6 saya jadi digital boleh ke atau haram?

      ReplyDelete
    58. Boss kalo saya lc 4s nak convert 5s bole ke?? Kene saman x??

      ReplyDelete
    59. Assalamualaikum,jika motor Saya pakai spotlight Salah @ tidak?

      ReplyDelete
    60. 1)saya ade niat nak pasang lampu rgb seperti link dibawah:https://youtu.be/Ekh2fF_AV28 adakah ini melanggar undang jln raya /tidak

      ReplyDelete
    61. Klaw lc135 v6 pasang handclutch dibenarkan x?

      ReplyDelete
    62. Assalamualaikum, kalau pakai crankcase yg baru beli kosong xde no.enjin(ade surat) bleh tak?.. Sbb crankcase yg asal rosak.. Ade prosedur x..?

      ReplyDelete
    63. Kalau pasang lampu depan smoke dan signal smoke dan fork frame sliders crash protector dibenarkan tak?

      ReplyDelete
    64. hello bos, kalau pakai swingarm panjang kena saman tak

      ReplyDelete
    65. Hi boss, kalau motor absober convert ke monoshock adakah salah ?

      ReplyDelete
    66. Salam bang nk tnya bleh ke pkai swing arm ysuku dkat lc135 5s..sye nk overhaul moto..nk psg saiz 57 ekzos std dkt lc bleh ke

      ReplyDelete
    67. as salam tuan, kalau kita mengubah swing arm ori kepada aftermarket adakah dibenarkan?

      ReplyDelete
    68. Tukar spoket racing dibenarkan tak bos?

      ReplyDelete
    69. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    70. Boleh tak saya gunakan kuda atau haiwan sebagai pengangkutan jalan raya

      ReplyDelete
    71. Assalamualaikum, sya pakai motor cbr150. Lps tu sya sunat ekor motor tu. Nombor plate standard ade. Dibenarkan tak klu time buat inspection?

      ReplyDelete