Tuesday, May 24, 2016

Analisis Lebuh Raya Cadangan: Terowong bawah laut / jambatan ketiga Pulau Pinang / Proposed Expressway Analysis: Penang undersea tunnel / third bridge



Kenapa pula hendak bina lintasan ketiga Pulau Pinang tatkala Jambatan Kedua Pulau Pinang E28 masih lagi lengang...?
(Kredit gambar: Astro Awani)


Salam sejahtera,

Baru-baru ini, satu isu kontroversi timbul mengenai status pembinaan terowong bawah laut atau jambatan baharu sebagai lintasan ketiga Pulau Pinang sebagai alternatif kepada jambatan pertama dan kedua sedia ada. Kontroversi tersebut timbul susulan pendedahan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng sebenarnya tidak pernah pun memohon kepada kerajaan persekutuan untuk membina lintasan ketiga dari tanah besar ke Pulau Pinang sebagai projek kerajaan persekutuan. Pendedahan tersebut dibuat bagi menjawab dakwaan Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk membina terowong bawah laut sebagai lintasan ketiga Pulau Pinang kononnya disebabkan permohonan untuk membina jambatan ketiga ditolak oleh kerajaan - atau dengan kata lain, mereka bukannya ditolak permohonan mereka tetapi sebenarnya mereka memang tidak memohon langsung pun. Kalau sudah memang tak mohon langsung, macam mana Kementerian Kerja Raya (KKR) nak luluskan...?

Tambah melucukan lagi, Lim Guan Eng mendesak KKR agar meluluskan dahulu permohonan jambatan ketiga sebelum pelan jambatan tersebut dilukis. Kelakar kan...? Macam mana KKR hendak tahu sama ada projek tersebut berdaya saing atau tidak, ataupun berbaloi atau tidak untuk dibina kalau pelan pun tak ada...? Ironinya, kerajaan negeri Pulau Pinang boleh pula melukis pelan bagi cadangan terowong bawah laut yang kosnya jauh lebih mahal daripada membina jambatan.


Pelayar web anda tiada sokongan PDF. Anda sebaliknya boleh terus memuat turun fail PDF ini dengan mengklik sini.



Pelayar web anda tiada sokongan PDF. Anda sebaliknya boleh terus memuat turun fail PDF ini dengan mengklik sini.



Pelayar web anda tiada sokongan PDF. Anda sebaliknya boleh terus memuat turun fail PDF ini dengan mengklik sini.



Kenapa pula kerajaan negeri Pulau Pinang mahu membina lintasan ketiga...? Menurut kerajaan negeri Pulau Pinang, bilangan kenderaan di kawasan metropolitan Pulau Pinang adalah melebihi 2 juta buah, jauh melebihi populasi Pulau Pinang seramai lebih kurang 1.5 juta. Maka, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil jalan penyelesaian yang saya sifatkan sebagai penyelesaian jangka pendek iaitu melalui pembinaan terowong lintasan ketiga tersebut.

Masalah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang sememangnya satu isu lama yang timbul sejak zaman penjajah lagi. Ia susulan status bandar raya Georgetown sebagai bandar raya terbesar di Tanah Melayu sewaktu zaman penjajah dahulu. Maka, tidak hairanlah kenapa Georgetown merupakan bandar raya pertama yang diwartakan di Malaysia, dimasyhurkan sendiri oleh Ratu Elizabeth II. Namun, reka letak bangunan-bangunan lama zaman penjajah di situ adalah lebih kurang sama seperti di bandar-bandar lain, yang mana bangunan-bangunan di situ rapat-rapat dan jalan-jalan di situ pula sempit-sempit belaka, malah lebih teruk daripada kota sesat di bandar lama Melaka. Maka, tidak hairanlah kenapa masalah kesesakan di situ gagal ditangani sehingga sekarang.




Pelan induk bagi keseluruhan projek jalan raya dan terowong bawah laut Pulau Pinang




Fasa 1a: Jalan raya kembar baharu Tanjung Bungah-Teluk Bahang




Fasa 1b: Jalan baharu dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu FT3113 ke Ayer Itam




Fasa 2: Naik taraf Jalan Sungai Pinang, Jalan Perak dan Jalan Pangkor




Fasa 3: Terowong bawah laut Butterworth-Georgetown


Baiklah, saya teruskan pula dengan master plan bagi keseluruhan projek terowong lintasan ketiga Pulau Pinang ini. Keseluruhan projek terdiri daripada 3 fasa:-
  1. Fasa 1a - Jalan raya kembar 4 lorong baharu sepanjang 12 km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang
  2. Fasa 1b - Jalan raya kembar 4 lorong baharu sepanjang 5 km dari Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu FT3113. Mungkin melibatkan pembinaan terowong merentasi Bukit Gambir ataupun sekadar dibina bertingkat mengikut konturnya.
  3. Fasa 2 - Naik taraf Jalan Sungai Pinang, Jalan Perak dan Jalan Pangkor di Georgetown.
  4. Fasa 3 - Pembinaan terowong sepanjang 7.2 km

Kajian kemungkinan mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang kini sedang berlangsung dan dijangka siap pada Julai 2016. Sekali lagi kontroversi tersetus apabila kos bagi kajian kemungkinan tersebut dikatakan mencecah RM350 juta. Lim Guan Eng menegaskan bahawa kos bagi kajian kemungkinan projek tersebut hanyalah RM31.269 juta bagi Fasa 1a, 1b dan 2, manakala kos kajian kemungkinan bagi terowong pula hanyalah RM20 juta, menjadikan kos keseluruhan bagi kajian kemungkinan projek terowong dasar laut Pulau Pinang sebenarnya hanyalah RM51.269 juta. Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada Konsortium Zenith-BUCG selaku kontraktor utama sejumlah RM153 juta hanyalah bayaran pendahuluan bagi kerja-kerja reka bentuk bagi projek tersebut.

Namun, adakah projek lintasan ketiga Pulau Pinang - sama ada jambatan ketiga ataupun terowong dasar laut - benar-benar berdaya saing...?


Pelayar web anda tiada sokongan PDF. Anda sebaliknya boleh terus memuat turun fail PDF ini dengan mengklik sini.



Sila rujuk kepada slaid persembahan mengenai rancangan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah E28 oleh Pengarah Urusannya, Dato' Prof. Ir. Dr. Ismail bin Mohamed Taib. Jika anda perhatikan kepada pelan cadangan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang E28, anda akan mendapati bahawa rancangan lintasan ketiga oleh Lim Guan Eng sebenarnya sekadar mengitar semula salah satu cadangan jajaran E28 iaitu pilihan Jajaran Utara (Northern Route) yang akhirnya ditolak atas beberapa sebab. Sebab paling utama ialah sudah tentulah kerana terdapat kem Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth, yang mana struktur jambatan sudah tentulah akan mengganggu penerbangan. Jika pembinaan diteruskan juga, anda boleh jangkakan nahas kapal terbang terlanggar jambatan. Maka, hanya terowong bawah laut sahaja yang sesuai bagi jajaran tersebut. Pun begitu, kalau pun hanya pembinaan terowong sahaja yang sesuai di jajaran utara itu, ia seterusnya bakal mengakibatkan kesesakan teruk di Butterworth akibat percampuran trafik dengan lori-lori berat, memandangkan Butterworth juga menempatkan salah satu pelabuhan utama negara bertaraf antarabangsa.

Namun, ada satu lagi sebab utama yang menjadikan lintasan ketiga. Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, bancian trafik di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah E28 mendapati bahawa kadar aliran trafik di E28 masih sangat rendah iaitu hanya 40% daripada kapasiti maksimumnya. Saya juga sependapat dengan Datuk Seri Dr. Hilmi berkaitan isu itu kerana reviu yang pernah saya adakan di situ turut membuktikannya. Tatkala Jambatan Pulau Pinang E36 sangat sesak semasa waktu gegas sehingga ke tahap trafik tidak bergerak langsung menurut adik saya, Dr. Mohd. Hazwan Hussin, trafik di E28 pula sangat lengang. Dengan kata lain, masalah kesesakan di Georgetown masih tidak berkesudahan kerana keengganan pengguna jalan raya untuk beralih ke E28 yang kurang sesak atas alasan kedudukannya yang jauh. Untuk pengetahuan, lokasi E28 yang terletak jauh di selatan memang sengaja dipilih untuk mengelakkan kesesakan di pusat bandar Georgetown akibat susun atur jalan raya yang sempit lagi menyesatkan. Dah tahu jalan-jalan di Georgetown itu sempit, berserabut dan menyesatkan sehingga mengakibatkan lalu lintas tersekat habis, lagi mahu bina lintasan ketiga yang disambungkan terus ke neraka trafik sebegitu. Kalau begitu, bina 100 buah jambatan atau terowong sekalipun tetap tidak berupaya menyelesaikan masalah kesesakan di Georgetown.

Kesimpulannya, Blog Jalan Raya Malaysia menolak cadangan lintasan ketiga Pulau Pinang - sama ada dalam bentuk jambatan ketiga ataupun terowong dasar laut - atas dasar kapasiti Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah E28 yang masih sangat lengang dan tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kalau kedua-dua jambatan E36 dan E28 sesak teruk, tak apalah juga. Jambatan Pulau Pinang E36 dibina susulan kesesakan di pengkalan feri. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah E28 dibina setelah kedua-dua feri dan jambatan lama E36 sesak habis. Justeru, apa gunanya hendak membazirkan wang rakyat dengan membina lintasan ketiga kalau lintasan kedua pun masih lagi lengang...? Mungkin akan ada macai-macai politik yang akan mengatakan kononnya saya sebagai anjing kerajaan Barisan Nasional kerana sengaja menolak cadangan lintasan ketiga di negeri pimpinan Pakatan Harapan, tetapi biar saya ingatkan macai-macai tersebut baik-baik bahawa saya juga ada menolak beberapa cadangan lebuh raya oleh kerajaan Barisan Nasional seperti projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), kesemuanya atas faktor kejuruteraan dan daya saingnya. Apa sahaja projek yang mencabuli etika kejuruteraan, membawa impak buruk serta membazir sudah tentunya saya tolak, bukannya kerana parti politik. Jika kerajaan negeri Pulau Pinang benar-benar serius dalam usaha mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang, mereka sepatutnya merancang untuk mengurangkan kenderaan yang memasuki Pulau Pinang serta membangunkan rangkaian monorel yang lebih mesra alam, tidak memakan banyak ruang serta tidak mengganggu trafik jalan raya.

5 comments:

  1. Saya merasakan cadangan laluan ketiga ( terowong atau jambatan) ada signifikannya bagi menyuraikan trafik di jambatan pertama dan jalan jalan utama di bahagian pulau kerana cadangan pembinaan laluan ketiga ini melibatkan utara pulau ke utara seberang p.pinang. Jika melihat pada topografi di bahagian utara pulau,terdapat kawasan tumpuan pelancongan spt b.feringhi dan kawasan warisan selain pusat negeri pulau pinang, begitu juga kawasan komersial gurney yg sering menjadi tumpuan pelancong. Saya merasakan apabila laluan ketiga dibina disertakan dengan rancangan penyuraian trafik (termasuk dalam pembangunan kawasan reakreasi Gurney Whraft) di kawasan pulau akan memudahkan pengguna dari utara khususnya dan mengurangkan trafik di jambatan pertama. Mengenai samaada terowong ataupun jambatan, saya berpendapat terowong agak sesuai kerana kawasan tersebut sibuk dgn laluan kapal kargo ke penang port selain kapal kapal peranginan yg besar seperti Queen Elizebeth cruise yg melabuh di swettenham pier di bhg pulau.

    Sedikit pandangan saya mengenai jambatan kedua, saya merasakan lebih kurang 5 ke 10 tahun lagi, jambatan tersebut akan menangggung jumlah trafik yang agak tinggi kerana pembangunan di Batu Kawan yang rancak berlaku seperti aspen smart city, ikea, pusat pendidikan antarabangsa dan pembangunan pusat perindustrian batu kawan. Di bhg pulau pula, memlalui rancangan tambak laut di selatan pulau bagi membiayai Penang Transport masterplan bakal menyaksikan pembangunan bercampur dan pembesaran kawasan FIZ bayan lepas serta pembesaran Penang International Airpot yg sudah capai capacitynya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaubagaimana pun saya bersetuju bagi pembinaan lrt dan monorail terlebih dahulu dan third link ini dijadikan projek terakhir. Dan itulah yang dirancang melalui bacaan dan selidikan saya dari laman rasmi PTMP

      Delete
    2. Terima kasih atas pandangan anda.

      Walaupun saya akui kawasan-kawasan peranginan di sebelah utara Pulau Pinang seperti Batu Feringghi, Teluk Bahang dan Tanjong Bungah mewujudkan keperluan bagi hubungan yang lebih baik ke situ, namun ia tetap tidak cukup kuat untuk menjadikan cadangan lintasan ketiga Pulau Pinang sebagai berdaya saing atau feasible buat masa sekarang. Jika kedua-dua jambatan E36 dan E28 memang sudah sesak, maka keperluan bagi lintasan ketiga sudah jadi cukup kuat. Memandangkan kapasiti jambatan E28 masih belum dimanfaatkan sepenuhnya, maka membina lintasan ketiga sekarang sudah tentu menjadi satu pembaziran wang rakyat yang amat merugikan.

      Delete
  2. Saya bersetuju dgn cadangan penulis yg pembinaan terowong ini tidak perlu. In fact, saya tidak bersetuju langsung lebuhraya baru dibina didalam kawasan bandar. Pasal pada pendapat saya ia tidak menyelesaikan masalah langsung. Kalau lebuhraya antara bandar/daerah/negeri takpe. Pendapat saya lebih baik bajet tersebut digunakan untuk membina pengangkutan awam spt lrt, mrt atau brt. Terutamanya pulau pinang yg pada pengamatan saya bentuk fizikalnya sama mcm hongkong atau singapura. Tgklah negara mereka, pengangkutan awam sgt cekap. Boleh kata rata2 org menggunakan pengangkutan awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju. Pulau Pinang sepatutnya mencontohi model pengangkutan di Hong Kong dan Singapura.

      Delete