Salam sejahtera,
Hari ini saya dengan rasa berat hati membawa satu perkhabaran sedih kepada semua pemilik motosikal jenama Demak. Seperti mana yang ditularkan semalam (28 Mei 2018), Demak Motor sah sudah menghentikan operasi mereka - atau dengan kata lain, sudah gulung tikar. Mungkin ramai di kalangan anda yang berasa seakan tidak percaya, memandangkan terdapat sebegitu banyak motosikal Demak yang terjual di Malaysia, tetapi memang itulah hakikatnya.
Berita mengenai penutupan syarikat DNC Asiatic Holdings, pengeluar motosikal jenama Demak menjadi heboh dan tular di serata media sosial terutamanya pada hari semalam (28 Mei 2018). Ia dikukuhkan lagi dengan tularnya gambar pintu pagar kilang Demak Motor di Olak Lempit, Banting yang disimbah dengan cat merah serta gambar penutupan pusat servisnya di Batu Caves. Malah, laman sesawang rasmi mereka di http://www.demakmotor.com sudah tidak boleh diakses serta laman Facebook mereka juga sudah lenyap begitu sahaja. Berita penutupan mengejut Demak Motor turut mendapat liputan beberapa portal automotif popular Malaysia termasuklah portal-portal sekutu kami iaitu PanduLaju.com.my dan Careta.
Gambar pintu pagar kilang Demak di Olak Lempit yang disimbah cat merah tular di media sosial
Berita penutupan kilang Demak Motor sememangnya amat mengejutkan para peminat motosikal di Malaysia, memandangkan begitu banyak motosikal Demak yang terjual di Malaysia. Demak Motor menduduki tempat keempat dalam penguasaan pasaran motosikal Malaysia, di belakang Honda, Yamaha & SYM, dengan purata sekitar 40,000 buah motosikal setiap tahun. Sepanjang tempoh operasinya bermula tahun 2002, Demak Motor telah mengeluarkan lebih 400,000 buah motosikal yang dijual di 15 buah negara. Tambah mengejutkan lagi, Demak Motor menutup operasinya tatkala sebelum ini mereka telah mengumumkan 8 model motosikal baharu yang sepatutnya mula dikeluarkan tahun ini, di samping pengumuman eksport ke Kemboja bermula Jun 2018.
Sejarah Demak Motor yang berpangkalan di Kuching, Sarawak bermula tatkala "demam skuter" sedang melanda Malaysia sekitar tahun 2002. Pada masa itu, pasaran motosikal Malaysia terutamanya di kawasan bandar didominasi model-model skuter Suzuki kerana selain mudah dikendalikan, terdapat banyak komuniti skuter yang mengubahsuai skuter masing-masing dengan mengecat badan skuter menggunakan airbrush serta memasang sistem audio pada skuter. Hasil daripada ledakan "demam skuter" ini, maka lahirlah syarikat-syarikat motosikal seperti Comel, Nitro & Demak yang mengeluarkan model-model skuter klon dari China ke pasaran Malaysia. Namun, disebabkan masalah kualiti yang sangat teruk pada skuter-skuter klon ini, maka jenama Comel & Nitro berkubur dengan cepat. Hanya Demak sahaja yang mampu bertahan kerana mereka mengambil inisiatif meningkatkan kualiti motosikal keluaran mereka.
Video korporat Demak semasa zaman kegemilangannya
Kilang asal Demak Motor terletak di Demak Laut, Kuching, Sarawak, mula beroperasi pada tahun 2002. Seterusnya, bagi memenuhi pasaran yang semakin meningkat, Demak Motor membuka kilang kedua mereka di Olak Lempit, Banting, Selangor yang mula beroperasi pada tahun 2014, menjadikan Demak Motor sebagai satu-satunya syarikat motosikal nasional yang memiliki lebih daripada sebuah kilang di Malaysia (Modenas masih kekal mempunyai hanya satu sahaja kilang di Gurun, Kedah). Setiap kilang mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 60,000 buah motosikal setahun, dengan jumlah kapasiti pengeluaran gabungan sebanyak 120,000 buah. Setiap tahun, pengeluaran motosikal Demak Motor dianggarkan sebanyak 60,000 buah setahun bagi pasaran tempatan & eksport. Bagi urusan jualan & servis, Demak Motor mengendalikan 6 buah pusat servis di seluruh negara.
Penutupan operasi kilang Demak menjadi tanda tanya, memandangkan Demak merupakan sebuah jenama motosikal yang sangat laris di Malaysia, malah menjual lebih banyak motosikal daripada Modenas. Apa sebenarnya yang tidak kena...? Sejak berita penutupan Demak menjadi tular, ada jugalah saya mendengar cerita-cerita tidak baik mengenai pihak pengurusan Demak seperti khabar angin kononnya CEO Demak songlap duit syarikat & Demak terpaksa meminjam wang daripada Ah Long untuk membayar gaji pekerja sebelum penutupannya. Ada juga cerita yang mendakwa bahawa kerenah birokrasi dan red tape dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyebabkan model kenderaan komersial kecil mereka, Demak Eco 3, tidak dapat dijual di Malaysia membawa kepada kemelut yang melanda Demak. Sama ada berita-berita tidak baik yang saya dengar itu benar atau palsu, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Antara cerita-cerita tidak baik yang ditularkan di sebalik penutupan Demak, harap-harap cerita tersebut tidak benar
(Kredit gambar: Nizam Giler-giler Rider)
Reviu Demak Eco 3 yang tidak sempat dikeluarkan & hanya tinggal kenangan
Namun, berita yang paling sahih datang daripada laman portal automotif sekutu kami, Careta. Menurut sumber dalaman yang dihubungi oleh Careta, kemelut yang dialami oleh Demak sebenarnya bermula sejak tahun 2017 disebabkan kemerosotan jualan motosikal secara keseluruhan susulan pasaran motosikal Malaysia yang hampir tepu. Dalam tempoh setahun ini, kita lihat jualan motosikal Demak masih tinggi, tetapi sebenarnya angka jualan keseluruhan sudah jatuh ke tahap Demak menanggung rugi bagi setiap motosikal yang terjual. Kalau diikutkan, Demak sepatutnya boleh diselamatkan sekiranya mereka menaikkan harga motosikal mereka, tetapi menaikkan harga sudah tentu bermaksud semakin ramai pelanggan akan lari. Selama ini pun, jenama Demak popular kerana harga motosikal mereka yang murah tetapi reka bentuknya menarik, tahan lasak & boleh dilenjan.
Jadi apa yang patut dilakukan oleh para pemilik motosikal Demak...? Mereka sudah tentunya paling terjejas dengan berita penutupan operasi Demak Motor ini kerana mereka sudah terputus bekalan alat ganti tulen terutamanya yang melibatkan komponen kritikal. Sekarang ini, apa yang mampu dilakukan oleh komuniti pemilik motosikal Demak ialah mengenal pasti alat ganti motosikal jenama lain yang serasi dengan motosikal Demak. Paling penting, mereka tentunya perlu menjaga motosikal mereka dengan lebih baik dan mengelakkan daripada terlibat dalam kemalangan kerana komponen badan motosikal sekarang sudah sukar untuk dicari ganti.
Semoga nasib malang yang menimpa para pemilik motosikal Demak ini mendapat perhatian daripada pemain industri motosikal tempatan, terutamanya pengeluar & pembekal alat ganti. Namun, sekiranya ada syarikat besar yang sanggup mengambil alih syarikat Demak Motor ini supaya pengeluaran motosikal dapat disambung semula, ia sudah tentu berita yang paling menggembirakan para pemilik motosikal Demak.
Khas buat para pemilik motosikal Demak yang ingin menaik taraf ke sistem pancitan bahan api, dapatkan set pancitan bahan api Fuel Gain Kit (FGK) dengan harga hanya RM300 sahaja
Sementara itu, bagi para pemilik motosikal Demak yang ingin berhijrah kepada penggunaan pancitan bahan api tanpa perlu menjual motosikal kesayangan anda, anda boleh PM inbox Blog Jalan Raya Malaysia untuk mendapatkan set pancitan bahan api Fuel Gain Kit (FGK) dengan harga hanya RM300 sahaja.

(Kredit gambat: PanduLaju.com.my)
Gambar pusat servis Demak di Batu Caves yang sudah ditutup

(Kredit gambar: funtasticko.net)

No comments:
Post a Comment