Wednesday, July 20, 2016

Reviu Jalan Gombak FT68 oleh Hezeri Samsuri / Jalan Gombak FT68 review by Hezeri Samsuri

Salam sejahtera,

Blog Jalan Raya Malaysia kini kembali setelah sebegitu lama bercuti sakan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kali ini saya ingin membawakan satu reviu jalan raya untuk anda, iaitu reviu Jalan Gombak FT68. Err... bukankah reviu ini sudah kami hasilkan 2 tahun lepas pada tahun 2014...? Memang betul, tetapi kali ini reviu Jalan Gombak FT68 dihasilkan oleh Hezeri Samsuri, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia automotif. Bukan senang hendak melihat seorang wartawan automotif terkenal menghasilkan reviu jalan raya pula. Untuk reviu jalan raya kali ini, kami berbesar hati menyiarkan reviu Jalan Gombak FT68 yang dihasilkan beliau.

Jika dibandingkan dengan entri yang pernah kami tulis sebelum ini, entri yang dihasilkan oleh Hezeri Samsuri ini ringkas tetapi sangat menarik. Jika sebelum ini reviu FT68 dihasilkan dengan menggunakan motosikal, reviu kali ini pula menggunakan lori pikap. Paling menarik, beliau turut menemui beberapa tempat menarik untuk dikongsikan bersama, termasuklah jalan masuk ke Mimaland yang sebelum ini saya gagal menemuinya. Jadi apa kata kita sama-sama baca reviu menarik oleh beliau, sebagai sokongan terhadap usaha memartabatkan rangkaian jalan raya negara.

Jika anda terlepas reviu kami, anda boleh baca di sini.



Jalan Gombak Lama - Bentong

Oleh: Hezeri Samsuri


Ramai yang tahu jalan ni, tapi ramai yang dah lama tak follow jalan ni.

Terus-terang saya kata, ia tidaklah menakutkan. Cuma kalau semasa hujan, saya sarankan jangan lalu kerana cerun dan tebing yang curam serta pokok yang mungkin tumbang.

Selain dari itu, saya suka jalan ini kerana ia menawarkan pemandangan yang lain dari Lebuhraya Karak. Serta saya boleh memandu dengan tingkap terbuka, menikmati kedinginan udara dan nyamannya oksigen di hutan. 

Mungkin anda patut mencubanya sekali? Gambar ini saya ambil dari Bentong ke arah Gombak.




Ada beberapa jambatan baharu yang dibina kerana jambatan lama terlalu kecik.




Banyak kebun dan dusun di sepanjang jalan.




Kehijauan yang nyata, teringat semasa jalan ke Kuala Lumpur perlu melalui pekan Triang.




Redup dan nyaman, tetapi hati-hati kerana ada monyet sekali sekala di tepi jalan.




Di daerah Bentong, kita ada Kolam Air Panas Awam, dan sekarang ini sudah ada resort kecil di sebelahnya. Kolam ini terbuka untuk awam. Yang bertembok itu kawasan resort - kena bayaran.




Tandas awam di kolam air panas awam Bentong. Biasalah, nasib baik masih ada pintu.




Airnya suam suam kuku sahaja. Tak boleh rebus telur. 
Telur ayam ya.




Airnya, mengikut kata uncle Cina yang ada di situ, bagus untuk mengubati sakit kulit.




Sampah tak berapa banyak, tapi tong sampah pun sama tak banyak. Pahang, satu negeri yang masih lemah dalam menjaga kawasan alam semulajadinya. Saya berani cakap kerana saya rakyat Pahang.




Abang-abang lori ramai yang berhenti rehat di kolam air panas.




Cerun bukit yang mungkin runtuh jika hujan lebat.




Artis jalanan mencuba bakat.




Siapalah Saipul itu?




Ini merupakan tiang untuk Lebuhraya Karak di atas.




Dan depan sedikit, ada air terjun di tepi jalanraya. Nak turun, nampak sampah sarap penuh di tanah.




Semasa hujan, air yang turun sangat besar dan deras. Masa musim kering, besar inilah air terjunnya.




Jalan raya kecil dan sempit dan lori-lori banyak yang ambil cara mudah - jalan di tengah. Nasihat saya, pandu perlahan dan bunyikan hon bila lalu di selekoh tajam.




Jambatan ini muat untuk sebuah kenderaan sahaja.




Dari atas bukit selepas Bukit Tinggi.




Itu kawasan pertanian Bukit Tinggi.




Pokok buluh banyak yang tumbuh rendah menutup jalan.




Abang berdua ini berkata air bukit ini sangat berkhasiat dan menyegarkan. Dia suruh saya basuh muka saya, dan terus saya rasa segar!




Bukit sebelum naik ke Terowong Genting Sempah.




Sampah di jalan lama. Biasalah, ini kan Malaysia di mana rakyatnya sangat bijak.




Semasa hari raya, jangan harap keadaan lengang begini.




Genting Sempah, kawasan R&R. Sure ingat!!!




Ada banyak cerun yang runtuh dan tiada pagar, jadi hati-hati.




Di beberapa kawasan, saya tahu sudah jadi port minum.




Lengang!




Sampai di Gombak, bolehlah melawat muzium Orang Asli




Nak pergi, tapi dah tutup.




Ini masa operasinya.




Dan ini bangunan muziumnya.




Muzium tutup, kita hiking sikit naik lori ke atas bukit, tapi jalan ditutup.




Nak tanya tuan rumah ini, tapi segan.




So berhentikan lori dan berjalan kaki ke atas.




Ada signboard. Hmmm..ada kemajuan.




Tapi tempat hendak dituju dah ditutup dan berpagar.




Siap ada kunci besor!




Jadi hulurkan kamera celah lubang, snap.
Itu ialah pintu masuk MIMALAND.



Semua kredit gambar & entri asal: Hezeri Samsuri

No comments:

Post a Comment