Salam sejahtera,
Untuk kali keenam, saya akan menyertai rombongan FTRoadpedia anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bermula esok (14 Februari 2019) hingga 16 Februari 2019. Edisi kali ini merupakan kesinambungan kpada edisi kedua FTRoadpedia yang diadakan pada penghujung Februari 2017, juga di kawasan pantai timur.
Laluan yang bakal kami gunakan adalah seperti berikut:-
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2
- Jalan Persekutuan 8 (keseluruhan laluan)
- Jalan Raya Utama Tengah FT34 (separa, reviu akan digabungkan dengan FT8)
- Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu FT3 (separa)
- Jalan Pantai Penarik FT3685
- Jalan Tepuh-Batu Rakit T147
- Lebuhraya Pantai Timur E8 (Fasa 1 & Fasa 2)
Kalau diikutkan jarak, ia pastinya lebih jauh daripada yang dilalui semasa FTRoadpedia Pantai Timur sebelum ini, tetapi disebabkan edisi keenam ini turut menggunakan lebuh raya ekspres semasa perjalanan balik, maka sudah tentunya keseluruhan edisi kali ini hanya memerlukan masa 3 hari 2 malam seperti kelaziman.
Buat para peminat Blog Jalan Raya Malaysia di Kelantan, kita jumpa di Kota Bharu...!!!
numpang share ya min ^^
ReplyDeletebosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^