Salam sejahtera,
Sempena musim cuti perayaan Tahun Baru Cina 2019, PLUS Malaysia Berhad bersama-sama Polis Diraja Malaysia merancang untuk membuka bahu jalan keras aka lorong kecemasan dari KM367.6 hingga KM360.5 Lebuhraya Utara-Selatan E1 arah utara sepanjang 7 km dekat Slim River, bertujuan bagi mengurangkan kesesakan kronik di jajaran tersebut setiap kali musim perayaan, memandangkan lokasi tersebut merupakan lokasi berlakunya cerutan trafik daripada 3 lorong sehala kepada 2 lorong sehala. Rasionalnya adalah bagi melegakan keadaan trafik di situ, memandangkan lebih 1.9 juta kenderaan dianggarkan bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini - peningkatan 24% berbanding hari-hari biasa yang mencatatkan purata 1.45 juta kenderaan.
Berikut merupakan penjelasan tambahan daripada pihak PLUS sendiri mengenai pelaksanaan pembukaan lorong kecemasan terbabit:-
- Pembukaan Lorong Kecemasan hanyalah selepas pihak PLUS dan Polis membuat penilaian tentang keselamatan di lokasi.
- Pembukaan Lorong Kecemasan hanya akan diadakan selepas semua papan tanda keselamatan, trak tunda (sekiranya berlaku kemalangan) serta anggota keselamatan bersedia di lokasi.
- Langkah menggunakan Lorong Kecemasan ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti trafik di laluan utama yang dapat menjurus kepada laluan lebih lancar, seterusnya mengurangkan risiko kesesakan dan kemalangan.
- Langkah menggunakan Lorong Kecemasan ini akan dihentikan serta-merta sekiranya keadaan keselamatan di lokasi tergugat pada bila-bila masa sahaja.
Pun begitu, saya amat menentang sekeras-kerasnya akan penggunaan lorong kecemasan untuk dijadikan lorong trafik tambahan lebuh raya. Kenapa saya menentangnya...?
- Bahu jalan aka lorong kecemasan merupakan laluan larangan yang termaktub dalam Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan (RTR) 1959 & Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 - Keseluruhan jajaran lorong kecemasan di seluruh negara merupakan laluan larangan bagi sebarang jenis kenderaan motor hatta motosikal sekalipun, seperti mana tertakluk dalam Kaedah 53 RTR 1959. Hanya kenderaan kecemasan iaitu kereta polis, ambulans & kereta bomba sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan lorong kecemasan. Justeru, jika lorong kecemasan perlu dibuka sekalipun bagi menangani kesesakan lebuh raya, ia terlebih dahulu memerlukan Menteri Kerja Raya mewartakan penangguhan pelaksanaan Kaedah 53 RTR 1959 bagi jajaran terlibat di dalam Parlimen sebelum pembukaan lorong kecemasan boleh dilaksanakan, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 70 APJ 1987.
- Pembukaan lorong kecemasan bakal menyebabkan lengahan terhadap kenderaan kecemasan - Ini merupakan sebab utama kenapa saya amat menentang keras akan pelaksanaan pembukaan lorong kecemasan sebagai lorong trafik tambahan. Meskipun PLUS sudah memberikan jaminan bahawa kenderaan-kenderaan kecemasan sentiasa berada di lokasi, namun ia tetap melambatkan operasi anggota pasukan keselamatan kerana turut sama terperangkap dalam kesesakan bersama-sama orang lain. Akibatnya, pesakit tetap mati sebelum sempat sampai ke hospital. Kenderaan terbakar tetap rentung sebelum bomba sempat sampai. Penyangak tetap berjaya memboloskan diri daripada dikejar polis.
- Penggunaan lorong kecemasan di Slim River menggalakkan penyalahgunaan lorong kecemasan di kesemua jajaran lain di lebuh raya ekspres seluruh Malaysia - Pemandu Malaysia sangat terkenal kerana tahap disiplin yang sangat teruk di jalan raya. Tidak cukup dengan itu, mereka amat cepat sentap & melenting jika cuba didisiplinkan melalui pelbagai operasi penguatkuasaan. Lihat sahaja setiap kali operasi penguatkuasaan larangan salah guna lorong kecemasan semasa musim perayaan, pasti akan ada sebegitu ramai yang disaman kerana kebebalan mereka sendiri. Namun, meskipun sudah banyak kali disaman mereka tetap tidak serik & tiada rasa malu lagi menyesal. Tidak cukup dengan itu, pemandu Singapura yang selama ini terkenal sebagai pemandu yang (kononnya) paling berdisiplin di Asia Tenggara & memiliki angka nahas jalan raya antara terendah di dunia pun ikut sama "membuat tahi" di lebuh raya Malaysia. Jadi jika para penyangak lorong kecemasan diberi kelonggaran melalui 7 km lorong kecemasan, apa akan berlaku...? Sudah pastilah mereka akan semakin menjadi-jadi menyalahgunakan lorong kecemasan di kesemua jajaran lain tanpa sedikit pun rasa bersalah & rasa malu - lebih baik mereka jadi haiwan sajalah kalau peraturan pun tidak mahu ikut...!!!
- Perancangan perjalanan yang teliti yang sebenarnya mengurangkan kesesakan lebuh raya ekspres, bukan pembukaan lorong kecemasan - Kesesakan lebuh raya semasa musim perayaan memang lumrah, tetapi kesannya hanya dapat dikurangkan melalui perancangan perjalanan yang teliti. Disebabkan itulah diskaun tol diberikan pada hari atau masa trafik paling kurang semasa musim perayaan untuk menarik sebahagian trafik menggunakan lebuh raya pada masa tersebut, bukannya semasa kenderaan paling banyak menggunakan lebuh raya. Juga Jadual Waktu Nasihat Perjalanan dikeluarkan bagi mengagihkan trafik mengikut segmen masa tertentu supaya kapasiti lebuh raya sedia ada dapat dimanfaatkan bagi menangani lonjakan trafik pada musim perayaan. Membuka lorong kecemasan pada hari sesak hanya sekadar mengalihkan titik cerutan di lokasi tersebut sahaja, lebuh raya E1 tetap kekal sesak juga. Sepatutnya, manfaatkan aplikasi peta dalam telefon pintar untuk mencari laluan paling kurang sesak, bukannya sudah tahu sesak pun redah juga. Apa gunanya beli telefon pintar mahal-mahal tetapi tidak tahu memanfaatkan aplikasi peta bagi merancang perjalanan...?
Plus perlu sedar bahawa mereka harus menambah 1 lorong lagi pada setiap hala di jajaran yg selalu sesak seperti jajaran Sungkai-Tapah dan dari Skudai-Ayer Keroh.
ReplyDeleteSetuju. Persoalannya, sanggupkah pengguna lebuh raya di Malaysia menerima kenaikan tol bgi membolehkan pelebaran lorong dimulakan segera...?
Deletenumpang share ya min ^^
ReplyDeletebosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^