Salam sejahtera,
Hari ini (29 Januari 2019) saya memenuhi undangan daripada Anih Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur E8 untuk menghadiri majlis pelancaran Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baru Cina 2019 anjuran Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR). Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa perkara sebegini sudah berulang kali diadakan setiap kali musim perayaan besar seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya, tetapi ia tetap penting untuk dihebahkan kepadaumum. Sebab apa...? Pertama, musim perayaan adalah musim yang mencatatkan paling banyak nahas jalan raya. Kedua, bagi memenuhi perintah Allah dalam Surah al-'Asr yang menyuruh manusia berpesan-pesan demi kebaikan semua pihak. Tambahan pula, pihak KKR, LLM & PSKLM mahu memanfaatkan media sosial untuk menularkan satu video pendek bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan pengguna lebuh raya supaya tertib & sopan ketika menggunakan lebuh raya ekspres agar semua pengguna lebuh raya ekspres dapat pulang ke kampung bagi memanfaatkan cuti Tahun Baru Cina dengan keluarga tersayang tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Tarikh-tarikh penting
Cuti am Tahun Baru Cina 2019 adalah pada hari 5 hingga 6 Februari 2019. Biasanya masyarakat Cina akan mengambil cuti sehingga hari kelima. Namun, disebabkan masih ada satu hari bekerja, maka ramai yang akan mengambil cuti pada hari Isnin (4 Februari) supaya mereka boleh pulang ke kampung pada hari Sabtu, 2 Februari 2019. Bagi mereka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, mereka mendapat cuti tambahan sehari pada hari Jumaat (1 Februari 2019) kerana cuti Hari Wilayah. Maka, dijangkakan bahawa lebuh raya ekspres utama negara (Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2 & Lebuhraya Pantai Timur E8) paling sesak pada 1, 2 dan 10 Februari, jadi elakkan daripada bertolak pada hari-hari tersebut.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia melancarkan Ops Selamat 14 yang bermula hari ini (29 Januari) hingga 12 Februari, yang menyaksikan had laju jalan persekutuan daripada 90 km/j kepada 80 km/j. Sepanjang tempoh tersebut, saman serta-merta pada kadar maksimum RM300 akan dikenakan bagi 6 kesalahan utama yang akan saya terangkan dalam bahagian berikutnya dalam entri ini. Selain itu, KKR sudah mengeluarkan arahan agar semua kerja penyelenggaraan di lebuh raya ekspres dihentikan kecuali bagi kerja-kerja kritikal sepanjang tempoh sama.
Bagi para pemandu kenderaan berat, anda dilarang daripada menggunakan lebuh raya ekspres bermula 2 hingga 4 Februari 2019, dan juga dari 9 hingga 10 Februari 2019.
Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad & Anih Berhad masing-masing sudah mengeluarkan Jadual Nasihat Waktu Perjalanan bagi lebuh raya ekspres kendalian mereka. Jadual Nasihat Waktu Perjalanan bagi lebuh raya ekspres kendalian PLUS Malaysia & Anih Berhad adalah seperti berikut:-
Untuk memudahkan anda mengingat kesemua tarikh penting ini, saya tulis semula secara susunan kronologi:-
- 29 Januari:-
- Ops Selamat 14 bermula
- Arahan Berhenti Kerja dikeluarkan kepada semua syarikat konsesi
- 31 Januari - Jadual Nasihat Waktu Perjalanan di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia mula berkuatkuasa
- 1 Februari - Hari Wilayah Persekutuan (hari paling sesak)
- 2 Februari:-
- Jadual Nasihat Waktu Perjalanan dari Lembah Klang di LPT1 E8 bermula (hari paling sesak)
- Larangan penggunaan kenderaan berat bermula
- 3 Februari - Hari terakhir Jadual Nasihat Waktu Perjalanan dari Lembah Klang di LPT1 E8
- 4 Februari - Hari terakhir larangan penggunaan kenderaan berat
- 5 Februari - Tahun Baru Cina (Diskaun tol diberikan)
- 8 Februari - Jadual Nasihat Waktu Perjalanan ke Lembah Klang di LPT1 E8 bermula
- 9 Februari - Larangan penggunaan kenderaan berat bermula
- 10 Februari - Hari terakhir Jadual Nasihat Waktu Perjalanan ke Lembah Klang berkuatkuasa di lebuh raya ekspres kendalian PLUS Malaysia & Anih Berhad (hari paling sesak)
- 12 Februari - Ops Selamat 14 tamat
Jangan lakukan 6 kesalahan ini
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, saman serta-merta RM300 akan dikenakan jika anda melakukan 6 kesalahan utama sepanjang Ops Selamat 14. Kesalahan tersebut ialah:-
- Melanggar had laju
- Melanggar lampu merah
- Memotong di garisan berkembar
- Menyalahguna lorong kecemasan
- Memotong barisan
- Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
Kadar diskaun tol
Sebanyak 25 buah lebuh raya ekspres akan memberikan diskaun antara 10 hingga 30 % pada 5 Februari 2019 iaitu pada hari pertama Tahun Baru Cina itu sendiri. Kadar diskaun mengikut lebuh raya ekspres adalah seperti berikut:-
Diskaun 30%
Diskaun 20%
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE) E10
- Lebuhraya Besraya E9
Diskaun 15%
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) E12
- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) E13
- Lebuhraya Kajang SILK E18
- Lebuhraya Guthrie E35
- Lebuhraya Maju (MEX) E20
- Jalan Pintasan Selat Klang Baru E30
Diskaun 10%
- Lebuhraya Utara-Selatan E1/E2
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) E20
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) E6
- Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE) E15
- Jambatan Pulau Pinang E36
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) E8
- Terowong SMART E38
- Lebuhraya Shah Alam E5
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) E8/FT2
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) E8
- Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) E22
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) E25
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth E17
- Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah E28
- Lebuhraya Linkedua E3 (kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang)
- Plaza Tol Ampangan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) E21
Diskaun tol kali ini tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana diskaun tol diberikan pada waktu paling lengang, iaitu pada hari pertama Tahun Baru Cina itu sendiri. Keadaan lengang itu adalah disebabkan adat resam orang-orang Cina yang memerlukan mereka berada di kampung halaman masing-masing sebelum malam Tahun Baru Cina. Justeru, kepada pengguna lebuh raya selain daripada kaum Cina, gunakan hari pertama Tahun Baru Cina untuk pulang ke kampung dan berikanlah peluang kepada sahabat-sahabat kita daripada kaum Cina untuk pulang beraya bersama-sama keluarga di kampung halaman.
Pelancaran video rasmi bagi Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baru Cina 2019
Wakil-wakil syarikat konsesi bergambar kenangan bersama Menteri Kerja Raya, Ketua Pengarah Kerja Raya & Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia
Majlis pelepasan konvoi kenderaan pasukan keselamatan
Baru Bian menyampaikan beg cenderahati kepada pengguna lebuh raya bertuah
numpang share ya min ^^
ReplyDeletebosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^