Saturday, June 8, 2013

Galeri imej Modenas Kriss 125i EFI di Greece / The Greek Modenas Kriss 125i EFI image gallery

Salam sejahtera,

Dalam beberapa entri terdahulu, saya telah pun melaporkan mengenai pelancaran motosikal pancitan bahan api pertama keluaran Modenas di Greece iaitu Modenas Kriss 125i EFI. Motosikal tersebut sebenarnya langsung tiada kaitan dengan varian Kriss lama kerana ia dibina berasaskan siri Modenas CT tetapi menggunakan enjin 120 cc seperti Modenas Ace 115, maka kita juga boleh memanggilnya sebagai Modenas CT120i. Seperti yang anda semua sedia maklum, model ini dikeluarkan bagi mematuhi pengatkuasaan piawaian emisi Euro 3 yang mula berkuatkuasa di negara pasaran eksport terbesar Modenas itu. Seterusnya, saya turut menerangkan mengenai anatomi sistem pancitan Synerject M3A yang digunakan oleh Modenas Kriss 125i dalam satu lagi entri terdahulu.

Kenapa saya begitu teruja dengan motosikal ini? Pertama, kerana motosikal inilah model pancitan bahan api pertama keluaran Modenas. Kedua, rakyat Malaysia sangat menanti-nantikan kemasukan model motosikal kapcai yang menggunakan pancitan bahan api kerana ia sangat jimat petrol serta mesra alam. Malangnya, dasar automotif Malaysia begitu caca-marba tanpa sebarang hala tuju melainkan daripada melindungi kepentingan pihak tertentu sahaja, dan ia dibuktikan dengan piawaian emisi kolot yang mula diguna pakai sejak tahun 1997 dan tidak pernah dikemaskini sehingga sekarang. Lihat sajalah di Thailand, negara pencipta kapcai pancitan bahan api pertama di dunia - kini semua motor kapcai di sana menggunakan pancitan bahan api. Begitu juga di Indonesia, sejak piawaian Euro 3 mula dikuatkuasakan di sana bermula tahun ini (2013), kesemua motor kapcai di sana juga menggunakan pancitan bahan api. Malah, motor pancitan bahan api pun sudah mula dijual di Vietnam. Sebab itulah kita amat mengharapkan agar Modenas memasarkan motor pancitan keluaran mereka ini dengan segera demi mengurangkan beban rakyat akibat harga minyak yang mahal, di samping memacu perkembangan industri automotif tanah air serta memelihara kelestarian alam sekitar kita.

Sebelum ini, kita hanya disajikan dengan imej-imej kecil Kriss 125i seperti mana dalam gambar-gambar promosi oleh para pengedar Modenas di Greece. Kali ini, saya akan menyajikan beberapa gambar terbaik Modenas Kriss 125i EFI dari jarak dekat dari pelbagai sudut. Saksikanlah!







Pandangan keseluruhan Modenas Kriss 125i EFI






Pandangan dari sudut bahagian bawah dekat enjin. Perhatikan ECU berwarna hitam yang melekat pada badan pendikit






Pandangan dari sudut berlawanan di sebelah kiri pula






Gambar papan pemuka Modenas Kriss 125i EFI yang paling jelas dapat saya cari. Perbezaan paling ketara dengan meter CT110/CT100 biasa ialah lampu periksa enjin (check engine) berwarna jingga di penjuru kiri papan pemuka






Di Greece, mereka panggil Modenas Kriss 125i, tetapi di Malaysia pula kita akan panggil sebagai Modenas CT120i






Pandangan dari sudut belakang kiri






Pandangan dari bahagian bawah belakang kanan pula. Perhatikan lampu-lampu isyarat membelok belakang bagi model pasaran Greece adalah dari jenis tangkai sebagaimana motor-motor yang lebih besar






Perhatikan sensor oksigen kecil berwarna hitam pada pangkal paip ekzos. Kehadiran sensor oksigen inilah yang membolehkan Modenas Kriss 125i lulus piawaian Euro 3 dengan mudah serta bersedia untuk piawaian Euro 4






Paip ekzos Modenas CT100/CT110 biasa tiada penukar bermangkin di dalam peredam bunyi, tetapi Modenas Kriss 125i EFI pula ada penukar bermangkin






Tangki minyak Modenas Kriss 125i EFI. Muatannya sama sahaja seperti CT110/CT100 iaitu 5.3 L, tetapi perhatikan penutup plastik bulat besar berwarna hitam itu. Untuk pengetahuan anda, komponen tersebut sebenarnya ialah unit penghantar bahan api yang terdiri daripada penapis bahan api, pam bahan api, pengawal tekanan bahan api, pelampung bagi bacaan tolok bahan api
Salur besar beranyam di bahagian atas itu ialah salur bahan api bertekanan tinggi ke pemancit, manakala salur yang lebih kecil di bahagian bawah ialah wayar untuk menghantar maklumat kandungan bahan api ke tolok bahan api

2 comments:

  1. salam encik squall-shinoda,

    saya tertarik dengan isi kandungan blog ini. Malah mengagumi ada blog khas berkenaan dengan jalanraya.

    saya ada beberapa pertanyaan memandangkan puas saya mencari maklumat (di mana akhirnya sampai ke blog ini),

    1- Betulkah ada lebuhraya yang menghubungkan Bandar baru selayang ke serendah? Sebab saya ada terbaca dan juga melihat sendiri kerja2 pembersihan hutan di susr keluar LATAR Taman Templer.

    2- Dengan pengetahuan saudara berkenaan dengan lebuhraya yang sedang dan bakal dibina, di kawasan manakah yang bakal boom (mencanak naik) kesan daripada perhubungan baru ini?

    Terima kasih

    matrodi.my
    radzitajuddin@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.) Sebenarnya tiada lebuh raya terus dari Bandar Baru Selayang ke Serendah. Yang ada sekarang cuma Lebuhraya Rawang FT1 sehingga ke Rawang dan seterusnya ia menjadi jalan raya dua lorong biasa sahaja sehingga ke Serendah. Memang ada ura-ura perancangan Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah, tetapi akhirnya ia masih tidak dibina buat masa sekarang.
      2.) Pada pendapat saya, kawasan baru yang bakal mencanak naik hasil pembinaan lebuh raya ekspres baharu ialah negeri Terengganu dan pantai barat Selangor.

      Delete