Salam sejahtera,
Kali ini saya ingin membawakan kepada anda satu perbandingan antara dua model motosikal yang sama tetapi berlainan generasi, iaitu antara Yamaha Ego LC generasi kedua (2014) dan generasi pertama (2010). Yamaha Ego LC mula dikeluarkan pada November 2010 hasil kejayaan jualan Yamaha Nouvo LC 135 sejukan cecair sebelum ini. Semasa Yamaha Ego mula dikeluarkan pada tahun 2004, ia menggunakan enjin yang sama seperti Yamaha Nouvo 115 sehingga sekarang. Namun, berbeza dengan Nouvo yang dihentikan pengeluarannya dan digantikan dengan Nouvo LC, Ego dan Ego LC pula dijual bersama-sama dan kedua-duanya kini dilengkapi sistem pancitan bahan api. Satu lagi perbezaan antara Ego LC dengan Nouvo LC ialah Ego LC tidak berkongsi enjin yang sama seperti Nouvo LC, sebaliknya ia menggunakan enjin 125 cc yang direka khas sesuai dengan saiznya yang kecil.
Semasa model generasi kedua mula dikeluarkan pada Januari 2014, saya langsung tidak perasan akan kewujudannya dan menyangka ia sekadar "model salin kulit" semata-mata, sehinggalah saya terjumpa laman-laman web mengenainya yang menyatakan bahawa model 2014 ini sebenarnya menggunakan pancitan bahan api dan bukannya karburetor seperti sebelum ini!
Kenapa saya boleh tidak perasan selama ini...? Tidak lain dan tidak bukan kerana reka bentuknya yang lebih kurang sama seperti generasi terdahulu - meternya 99% sama, badannya 100% sama, cuma lampu-lampunya sahaja yang nampak sedikit berbeza. Lampu-lampu posisi hadapan dialihkan dari kedudukan asal (di bahagian kepala hendal) ke bahagian kowling, betul-betul di bawah lampu kepala. Sementara itu pula, lampu isyarat membelok belakang pula ditukar kepada jenis capang sebagaimana Lagenda 115Z Fuel Injection.
Sementara itu pula, panel meter yang digunakan boleh dikatakan 99% sama; satu-satunya perbezaan dengan model terdahulu ialah lampu amaran periksa enjin dan lampu amaran lampau panas. Pada model terdahulu, Ego LC mempunyai lampu amaran periksa enjin walaupun ia model berkarburetor, tetapi ia tiada lampu amaran lampau panas walaupun ia model sejukan cecair. Ia sekaligus mengelirukan pengguna model terbabit. Jika dibandingkan dengan Nouvo LC, Nouvo LC juga mempunyai lampu amaran periksa enjin walaupun ia menggunakan karburetor, tetapi Nouvo LC mempunyai tolok suhu analog bagi menunjukkan suhu bendalir penyejuk serta memberi amaran lampau panas. Jadi bagaimana hendak mengetahui sekiranya Ego LC mengalami panas lampau...? Sebenarnya, "lampu periksa enjin" pada Ego LC terdahulu (dan Nouvo LC) sebenarnya adalah lampu amaran lampau panas yang bukan sahaja menyala semasa enjin mengalami panas lampau, tetapi akan berkelip sekiranya berlaku kerosakan pada sensor kedudukan pendikit serta sensor suhu bendalir, sama seperti lampu amaran panas lampau pada Yamaha 135LC. Saya akan menulis mengenai lampu-lampu tersebut dalam entri akan datang. Maka, lampu periksa enjin pada Ego LC generasi kedua kali ini sememangnya lampu periksa enjin dalam erti kata sebenar, yang akan menyala terus ataupun berkelip sekiranya sistem pancitan bahan api mengalami masalah; lampu amaran lampau panas kali ini ditambah bagi mengelakkan kekeliruan.
Bagi model Yamaha Ego LC 2014 kali ini, sistem pancitan bahan api YMJET_FI menggantikan karburetor yang digunakan pada model terdahulu. Meskipun enjin yang digunakan masih sama, namun penggunaan sistem YMJET_FI meningkatkan kuasa kuda enjin daripada 10.6 PS @ 8,000 rpm pada model lama kepada 11.3 PS @ 9,000 rpm. Kilasan juga meningkat daripada 10.0 N-m @ 7,000 rpm (model lama) kepada 10.4 N-m @ 6,500 rpm. Peningkatan kuasa enjin sebegini sudah tentunya menjadikan Ego LC jauh lebih jimat minyak daripada sebelumnya.
Bagaimana pula dengan ongkosnya...? Ego LC baharu ini lebih mahal sedikit, iaitu RM5,640.00 (tanpa insurans dan cukai jalan), manakala model lama pula berharga RM5,450.00. Jika anda ingin mengetahui pesaing utamanya, maka Honda Airblade 125 ialah jawapannya.
Laman web rasmi: http://www.yamaha-motor.com.my
Spesifikasi 2014 Yamaha Ego LC YMJET_FI
Enjin: 4 lejang SOHC 2 injap silinder tuggal 125 cc
Sesaran: 125 cc
Lubang x lejang: 52.4 x 57.9 mm
Nisbah mampatan: 10.9:1
Kuasa kuda: 8.3 kW (11.3 PS) @ 9,000 rpm
Tork: 10.4 N-m @ 6,500 rpm
Jarak roda: 1,265 mm
Berat bersih: 101 kg (dengan minyak enjin dan tangki penuh)
Muatan tangki bahan api: 3.8 liter
Saiz tayar: 70/90-14 M/C 34P (hadapan); 90/80-14 M/C 49P (belakang)
Apa yang saya suka
Apa yang saya suka
- Jauh lebih murah daripada Honda Airwave 125 yang juga menggunakan enjin 125 cc sejukan cecair
- Enjin pancitan bahan api yang jimat minyak dan mesra alam
- Lampu periksa enjin kali ini benar-benar untuk sistem pancitan bahan api, manakala lampu amaran lampau panas berasingan kali ini diwujudkan untuk mengelakkan kekeliruan
Apa yang saya tidak suka
- Nampak macam model terdahulu - anda tidak akan menyedari ia adalah model baharu sehinggalah anda terjumpa label YMJET_FI serta lampu isyarat membelok capang di belakang.
Pandangan hadapan 2014 Yamaha Ego LC YMJET_FI...
...dan ini pula model Yamaha Ego LC terdahulu
Panel meter 2014 Yamaha Ego LC ini dua kali lima sahaja seperti model terdahulu kecuali ada lampu amaran panas lampau
Panel meter Yamaha Ego LC lama pula tiada lampu amaran panas lampau sungguhpun ia model sejukan cecair - lampu periksa enjin itulah sebenarnya lampu amaran panas lampau bagi Ego LC ini...!!!
Yamaha Ego LC baharu menggunakan lampu isyarat membelok belakang jenis capang...
...manakala lampu isyarat membelok belakang bagi Ego LC lama pula disepadukan dengan lampu belakang
Salam! bro shinoda, saya baru beli Yamaha Fuel Injection 115Z bulan jan 2014, memang jimat minyak, 1 liter dapat 60++km. Saya guna seperti yg disarankan iaitu kurang 150km @ max 40km/j, 150-500 km @ max 60km/j, 500-1000 km @ 80km/j, lepas je 1000km sy tukar penapis minyak dan minyak hitam Shell AX7 seperti yg disarankan, kemudian satu hari dlm 1100km sy lenjan sampai 110km/j saje nak test power, kemudian saya mula perasan bunyi enjin agak kasar apabila RPM tinggi, kalau dulu dlm pantang 80km/j bunyi smooth je tp sekarang meter baru cecah 1600km bunyi enjin makin kasar, 65km/j pun dah perasan bunyi kasar tu,tp sy x perasan/x tau jika ada kekurangan power so apa yg boleh saya buat untuk pulihkan,apakah kerosakan sebenarnya? adakah kerosakkan tu dalam waranty??- TQVM
ReplyDeleteCuba tunggu sehingga 2,000 km untuk menukar minyak enjin. Perhatikan bunyi enjin pada masa tersebut.
DeleteAdakah gegaran tersebut berlaku semasa gear 4 sahaja...? Jika ya, berkemungkinan bush gear 4 tersebut ada masalah.
Terima kasih byk kerana reply, bukan sahaja gear 4, gear 3 pun bunyi juga kalau RPM tinggi contoh gear 3 bawa 60km/j, mula2 sy ingatkan gegaran pada mana2 tempat, tp sy mula perasan apabila pulas pendikit baru bunyi, kalau meter dlm 95km/j tp tak pulas pendikit bunyi tu tiada. Sebenarnya bunyi tu tak la ketara, mungkin kalau org lain x perasan, tp sy sensitif sebab masa dlm pantang x bunyi benda tu. Bunyi tu seolah-olah macam bunyi motor saya Yahama Sport 100 sebelum ini yg ada masalah dengan piston atau blok yg calar sbb x berpantang lepas potong blok, so kalau bawa laju akan bunyi benda tu. Kalau nak tukar minyak hitam pada 2000 km nanti kena pakai fully sintentik ke ?? JTX 5000 seperti yg disarankan dlm post sebelum ni boleh membantu tak?? Boleh agak tak apa sebenarnya masalah motor saya. Terima kasih sekali lg..
ReplyDeleteDisarankan agar memakai minyak sintetik. Kalau nak pakai JTX5000, lagi baik. Berdasarkan penerangan anda itu, saya turut mengesyaki perkara yang sama juga - tingkatkan kelajuan mestilah secara beransur-ansur dan bukannya main lenjan sahaja, memandangkan Yamaha dikenali kerana reputasi enjinnya yang agak "manja".
DeleteHai...bro..ego lc injktion saya lampu enjin menyala ketika enjin hidup. Mati tiba2 tgh jln...bateri (bateri baru)tahan 1 hari lps cas..apa mslhnya?
ReplyDeleteKemungkinan pam bahan api.
DeleteSlm.. lampu cheak injin mnyala masa injin dihidupkn knp ye. Dn spedometer x gerak masa jln.
ReplyDeleteJika lampu Periksa Enjin menyala & enjin semput, kemungkinan kerana pam bahan api rosak & perlu diganti. Tetapi jika motor tidak semput, kemungkinan kerana sensor oksigen rosak.
DeleteSpeedometer rosak kerana 2 sebab, sama ada gear speedometer rosak ataupun kerana kabel speedometer putus.
Bro kalau mcm sensor oksigen rosak tu cmne utk baiki yer..ad advce pape x..tlg sbb ad moto tu je wt keje..
DeleteSalam broo...kalau ego lc sy kalau lepas minyak jer mati apa masalah?
ReplyDeleteSalam boss nk tny... Block nuovo lc boleh dipakai tak kat moto ego lc(2010)
ReplyDeleteSalam bossku..nak tnya .kenapa ego lc sy mcm bunyi rim piston je..and berasap
ReplyDeleteMoto ego lc saya kenapa yer lampu pada meter tidak menyala satu pun. Bateri saya cek oke ada power. Lg saya dah start motor guna padel cara manual pun xblh juga nak hidup. Masalah fius ker @ stand motor yer.
ReplyDeletesalam bang, lampu enjin sy menyala kelip kelip, mcm mana nak buat yaa, mnyak hitam dh tukar.. kalau repair di kedai brpa rm anggaran ?? hmmm
ReplyDeleteSalam bro lampu chek injin x menyala stater blh tp x hidup
ReplyDelete