Salam sejahtera,
Akhir-akhir ini, banyak kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres berlaku di Malaysia dalam tempoh 2 minggu ini sahaja, yang mana kebanyakannya melibatkan bas ekspres 2 tingkat. Kes terkini melibatkan sebuah bas persiaran 2 tingkat yang mengorbankan seorang pelancong warga Singapura di KM70, Lebuhraya Segamat-Kuantan FT12 dekat Muadzam Shah. Ironinya, tidak seperti kebanyakan kes kemalangan berprofil tinggi melibatkan bas, bas tersebut dipandu dengan begitu cermat dan perlahan sekali. Akibatnya, banyak pihak yang mula mempersoalkan mengenai keselamatan bas ekspres dua tingkat sehingga membawa kepada penggantungan beberapa laluan bas yang melalui jalan raya pergunungan seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands, memandangkan kes terbaharu di Pahang itu berlaku semasa pemandu memandu bas dengan sebegitu cermat dan perlahan, tetapi nahas masih boleh berlaku. Apa sebenarnya yang tidak kena dengan rekaan bas ekspres dua tingkat...?
Bas dua tingkat merupakan salah satu daripada beberapa konfigurasi bentuk badan bas yang lazim digunakan di dunia. Rekaan sedemikian sebenarnya sudah lama digunakan sejak tahun 1945 lagi di United Kingdom, terutamanya di London, sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tamat. Rekaan bas dua tingkat kemudian menjadi sebegitu popular sehingga ia menjadi satu simbol kebangsaan England dan United Kingdom. Kenapa bas dua tingkat popular di Britain...? Rekaan sedemikian membolehkan bas direka bentuk lebih pendek tetapi mampu mengangkut penumpang seramai bas setingkat yang hampir dua kali ganda panjangnya. Selain itu, ia kurang memerlukan ruangan untuk penumpang berdiri; kalau ada pun hanya di tingkat bawah sahaja. Di Malaysia pula, rekaan bas dua tingkat lebih banyak digunakan sebagai bas ekspres daripada bas dalam bandar.
Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan keselamatan bas ekspres dua tingkat mula dipersoalkan...? Jika anda perhatikan spesifikasi bas dua tingkat binaan SKS Bus, anda sebenarnya boleh nampak satu faktor utama yang menyumbang kepada isu keselamatan bas dua tingkat - bilangan penumpang mengikut tingkat. Jika anda perhatikan kepada spesifikasi bas dalam rajah di atas, bilangan penumpang di tingkat atas adalah tiga kali ganda daripada penumpang di tingkat bawah. Dalam kes bas binaan SKS Bus, penumpang tingkat bawah hanyalah 10 orang, tetapi kapasiti penumpang tingkat atas pula seramai 30 orang. Selebihnya, ruang tingkat bawah merangkumi ruang enjin dan ruang kargo.
Jika diperhatikan pada bilangan penumpang sahaja, maka sudah tentulah bas dua tingkat ini sangat tidak stabil, kerana bilangan penumpang di tingkat atas yang jauh lebih tinggi ini menjadikan titik graviti lebih tinggi. Mungkin ada yang mengatakan bahawa enjin dan kerangka bas adalah berat dan boleh merendahkan titik graviti, tetapi ia hanya benar apabila bas kosong, ataupun hanya penuh di tingkat bawah, ataupun bilangan penumpang tingkat atas tidak melebihi 10 orang sahaja. Itu belum masuk lagi dengan spesifikasi teknikal enjin bas termasuklah kelajuan maksimumnya; jika kelajuan maksimum bas tidak dikunci atau sekurang-kurangnya dikunci pada kelajuan melebihi 90 km/j, maka bas dua tingkat menjadi semakin berbahaya.
Bas dua tingkat baharu jenis New Routemaster di London
Jika dibandingkan dengan bas dua tingkat London, meskipun bilangan kerusi tingkat atas lebih banyak daripada tingkat bawah, namun ruangan penumpang berdiri turut disediakan di tingkat bawah untuk menjadikan bilangan penumpang tingkat bawah lebih ramai daripada di tingkat atas, sekaligus menjadikan bas kekal stabil. Selain itu, bas dua tingkat di United Kingdom hanya digunakan bagi tujuan pengangkutan dalam bandar sahaja, tidak ada bas ekspres dua tingkat di sana.

Jadi bagaimana untuk menjadikan rekaan bas dua tingkat lebih selamat...? Berikut adalah cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap rekaan bas ekspres dua tingkat supaya ia lebih selamat:-
- Bilangan kerusi tingkat bawah mestilah lebih ramai daripada tingkat atas.
- Tidak boleh ada ruang berdiri langsung di tingkat atas
- Kelajuan enjin WAJIB dihadkan kepada 90 dan hanya 90 km/j sahaja, dan tidak boleh sama sekali lebih daripada itu.
- Memasang sistem ABS, EBD, kawalan cengkaman (traction control) dan kawalan kestabilan kenderaan (VSC).
- Mengguna pakai piawaian-piawaian serta peraturan antarabangsa dalam pembinaan bas dua tingkat
- Mengkaji rekaan bas dua tingkat yang berjaya dan terbukti seperti bas dua tingkat New Routemaster di London
No comments:
Post a Comment